Tanaman Ladang

Buluh

Spesis Pokok Buluh Di Malaysia


 Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluargaBambusoideae. Manakala sub-keluarga ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.


 Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras pada dasarnya mempunyai dua (2) tabiat pertumbuhan iaitu berumpun dan jenis tunggal (dominan). Genera yang lazim terdapat adalah Bambusa, Chusquea (ditanam), Dendrocalamus, Dinocloa, Gigantochloa, Phyllostachys (ditanam), Racemobambos, Schizostachyum, Thyrosostachys(ditanam).
 Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di hutan-hutan sudah dibalak (tanah pamah dan di atas permatang), di dalam belukar (hutan peringkat kedua), di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.
 Di dalam hutan di Malaysia dan juga di negara-negara Tropika yang lain sering dijumpai buluh tumbuh menegak serta berumpun-rumpun seperti Gigantochloa spp., Dendrocalamus spp. dan Bambusaspp.
 Di negara kita taburan buluh biasanya boleh didapati daripada paras laut hingga 1000m tinggi. Ia boleh hidup dikebanyakan kawasan seperti di tebing-tebing sungai, tanah rata hingga ke lereng-lereng bukit. Kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman buluh ialah di kawasan berpaya dan terendam dengan air (kawasan berlumpur).
 Buluh hidup subur di kawasan yang mempunyai saliran yang baik khususnya pada tanah pasir peroi(sand) sehingga ke tanah liat peroi. Di samping itu tanah berasid khususnya yang mempunyai keasidan pada tahap pH 5.0 - 6.5 adalah paling sesuai bagi tanaman buluh.
 Semasa pemilihan kawasan untuk penanaman buluh, selain daripada ciri-ciri di atas, faktor yang terpenting perlu diambil kira ialah sumber air untuk penyiraman. Air amatlah penting di peringkat awal selepas penanaman.
 Terdapat lebih kurang 12 spesis yang biasa digunakan untuk tujuan komersial. Lima (5) spesis ditanam dan hanya terdapat di sekitar kawasan kampung dan selebihnya hidup liar di tepi-tepi sungai, di kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang sungai. Di dapati tujuh (7) spesis buluh yang hidup liar boleh diambil rebungnya seperti di Jadual di bawah.



Nama Tempatan

Nama Saintifik

Penghasilan/Kegunaan

Buluh Beting

Gigantochloa levis

Rebung Dan Batang

Buluh Minyak

Bambusa vulgaris

Rebung Dan Batang

Buluh Tumpat

Gigantochloa ligulata

Rebung Dan Batang

Buluh Semantan

Gigantochloa scortechinii

Batang

Buluh Beti / Raga

Gigantochloa wrayi

Rebung Dan Batang

Buluh Semeliang

Schizostachyum grande

Batang

Buluh Dinding

Schizostachyum zollingeri

Batang


 Hanya dua (2) spesis buluh liar yang biasa diambil rebungnya dan mempunyai pasaran yang baik ialah Buluh Beting dan Buluh Tumpat. Terdapat juga beberapa spesis buluh yang ditanam mempunyai nilai komersial yang tinggi adalah seperti Jadual di bawah.



Nama Tempatan

Nama Saintifik

Penghasilan/Kegunaan

Buluh Duri

Bambusa blumeana

Rebung Dan Batang

Buluh Galah

Bambusa heterostachya

Batang

Buluh Betong

Dendrocalamus asper

Rebung Dan Batang

Buluh Lemang

Schizostachyum brachycladum

Rebung Dan Batang



Buluh atau nama botaninya Bambusa sp. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok buluh yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Rebung buluh sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh sedap.
Buluh merupakan sejenis tumbuhan jenis rumput, juga dikenali sebagai aur, atau bambu.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buluh, antaranya adalah:-
  1. buluh akar
  2. buluh batu/tumpat
  3. buluh betung
  4. buluh cina
  5. buluh duri
  6. buluh gading
  7. buluh kasap
  8. buluh minyak/padang
  9. buluh peleting
  10. buluh perindu
  11. buluh sembilang
  12. Buluh lemang

SETIAP individu pasti ingin berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Begitu juga dengan bekas pengusaha ladang kelapa sawit, Abu Bakar Ismail.


Abu Bakar, 68, dari Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang, Kedah berazam untuk melakukan sesuatu yang berbeza di samping berjaya melalui tanaman pokok buluh madu.
Sehubungan itu, dia mula mencari beberapa ladang buluh madu di sekitar daerah Padang Terap dan Kubang Pasu untuk melihat cara-cara pokok itu ditanam.
Buluh madu menghasilkan rebung madu yang enak selain buluhnya yang sesuai dijadikan produk kraftangan dan perabot.
Begitupun, hasrat warga emas ini hampir gagal apabila isterinya Siti Leha Hashim, 65, menganggap idea itu tidak masuk akal.
Namun, dengan keazaman yang menggunung, Abu Bakar tetap meneruskan tanaman itu di atas tanah seluas satu hektar di depan rumahnya tiga tahun lalu. Ia mengambil masa selama setahun sebelum buluh madu itu membesar dengan baik.
Menurut Abu Bakar, pada peringkat awal dia hanya menanam 50 batang pokok saja untuk melihat kesesuaian tanah dan persekitaran.
"Apabila mendapati semua pokok yang ditanam tumbuh dengan baik, saya mula menanam lebih banyak anak pokok buluh madu di sekeliling rumah," katanya ketika ditemui Kosmo!.
Sehingga tahun ini, Abu Bakar berjaya menanam lebih 650 pokok buluh madu di sekeliling rumahnya.
"Pada mulanya, saya menjual rebung ini kepada masyarakat setempat dan ada juga peniaga yang mengambilnya dua kali seminggu untuk dijual di pasar malam.
"Permintaan terhadap rebung meningkat memandangkan ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu," ujarnya
Abu Bakar yang dibantu oleh isteri dan tiga anak mereka memberitahu, dia menjual rebung yang belum diproses pada harga RM3.50 sekilogram manakala yang siap diproses RM5 sekilogram.
Katanya, permintaan untuk rebung yang ditanamnya itu meningkat pada musim cuti sekolah khususnya daripada individu yang ingin mengadakan kenduri.
"Kebiasaannya pada majlis-majlis kenduri, rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari," jelasnya.
Justeru, dia sering mendapat tempahan rebung madu yang tinggi sehingga dengan pendapatannya mencecah RM30,000 sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, pokok buluh madu tidak sukar dijaga kerana ia merupakan tumbuhan yang lasak.
"Ia cuma perlu diberi baja selain memastikan aliran air yang sempurna bagi menjaga tahap kelembapannya terutama pada musim kemarau," kata Abu Bakar.
Selain menjual rebung, dia juga turut menjual benih pokok buluh madu pada harga RM10 sepokok.


REBUNG madu antara menu yang popular pada majlis-majlis kenduri.

Apakah rancangan masa akan datangnya? Abu Bakar memberitahu, dia akan menggunakan segala keistimewaan yang ada pada buluh madu untuk mengembangkan perniagaannya.
Abu Bakar berkata, dia akan cuba mendapatkan mesin untuk memproses buluh madu itu untuk dijadikan lidi pencucuk sate dan buluh sebagai perabot.
Jelasnya, dia juga sedang mencari kawasan yang mungkin boleh disediakan oleh kerajaan untuk mengembangkan perniagaannya itu. Pada masa yang sama, mahu menjadikan perniagaannya sebagai model kepada orang lain yang mahu menceburi bidang yang sama.
"Saya berhasrat melangkah setapak lagi dengan mempelbagaikan fungsi pokok buluh madu.
"Mungkin pada masa depan saya akan membekalkan produk-produk yang berasaskan buluh madu selain menyediakan benih kepada mereka yang berminat," tambahnya.

Pokok Kenaf



POKOK KENAF: PILIHAN PERTANIAN BARU NEGARA
(Tanaman ini adalah dibawah perkhidmatan Jabatan Hutan)


Nama saintifiknya Hi-Biscus Cannabinus
Pokok kenaf barangkali masih terlalu asing bagi kebanyakan petani di negara ini memandangkan ia bukanlah dari kelompok pertanian yang diusahakan secara komersial seperti buah buahan.

Pokok mudah diperolehi di Afrika, India, Amerika Syarikat serta beberapa kawasan di benua Eropah dan Asia ini.  Melalui usaha berterusan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), pokok kenaf dilihat dapat menjana industri baru dalam penghasilan pelbagai produk berasaskan fiber di negara ini.

Lebih daripada itu, usaha yang diketuai oleh Ketua Projek kenaf  itu juga wajar diberi perhatian kerana ia bersifat mesra alam sekitar dan bebas dari sebarang unsur pencemaran.
Kenaf  ialah sejenis pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil.  Pokok kenaf secara keseluruhannya dari hujung pucuk hingga ke batang mempunyai pelbagai kegunaan sekali gus menjadikannya sebagai pilihan pertanian baru di kebanyakan negara. Pokok kenaf mungkin dapat menggantikan pokok getah sebagai alternatif dalam penghasilan produk berasaskan kayu seperti plywood dan sebagainya.  Fiber daripada pokok kenaf pula paling mendapat sambutan kerana ia boleh menghasilkan pelbagai produk berkualiti seperti papan pemuka dan siling kenderaan, baju, kertas dan sebagainya.   Daun pokok kenaf pula boleh dijadikan makanan haiwan ternakan dan teh, manakala bunganya dapat dijadikan anak belih.

Pokok kenaf sebaliknya dapat dituai pada tempoh empat bulan sahaja. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga buruh kerana proses menuainya tidak memerlukan sumber tenaga yang banyak..
 
Kopi




KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Pokok kopi memerlukan taburan hujan di antara 2000-3000 mm setahun.  Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering semasa pembentukan primordia bunga bagi pengeluaran hasil yang baik.  Pokok kopi juga memerlukan purata suhu di antara 19oC - 28oC serta kelembapan di antara 70-80%.
Faktor tanah
Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah.  Ini termasuk tanah-tanah yang berasal daripada lahar, granit, shales serta batu pasir.  Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai.  Tanah terebut mestilah mempunyai saliran air yang baik serta nilai pH diantara 4.5 - 6.5 disamping mempunyai unsur-unsur pemakanan yang mencukupi seperti nitrogen, fosforus, kalium, mangnesium serta bahan organik.
Faktor-faktor tanah dan kesesuaian untuk tanaman kopi



Sifat tanah
Kesesuaian
SesuaiSederhana sesuai
 Kecerunan0 - 12o12 - 20o
 SaliranTak sempurna salir ke salir*Agak sangat salir
 Kedalam tanah berkesan> 75 cm50 - 70 cm
 Tekstur dan strukturSelain dari pasir yang tidak berstruktur
dan lempung masif
Lempung masif
 Kemasinan> 50 cm25 - 50 cm
 pH4.5 - 6.5
 Ketebalan gambut< 25 cm25 - 50 cm
 Kandungan batu< 25% tersebar sama rata atau terdapat
di bawah kedalaman 75 cm
25-75% tersebar sama rata atau terdapat di bawah kedalaman 75 cm.
 Ketidak seimbangan nutrienTiada kandungan nutrien mikro yang berlebihan atau CEC dari sederhana
rendah ke rendah
CEC sederhana rendah
* Tak sempurna salir bermaksud mata air (water table) diantara 50-75 cm.
   Air bertakung semasa hujan tetapi keadaan pulih selepas hujan

Tanah-tanah sederhana sesuai untuk tanaman kopi





Jenis tanah (siri)MasalahPengurusan
Batu hitam, chunglun, gong, chenak, harimau, holyrood, kawang, kerayong, klau, lalat, lating, lintang, lubuk kiat, medang, merapoh, penambang, rengam, sagu, serada, serdang, tai tak, tampin, tampoi, tangga, tawar, tebok, telaga, telemong, terah, weng.
CED 5-10
meq/100 g tanah
CEC sederhana rendah.  Ikuti program pembajaan yang disyorkan.  Gunakan tambahan baja organik.
KangarLempong Organik dan Muk
Lapisan padat
Lapisan padat (di bawah 50 cm) atau berbatu.  Pecahkan lapisan padat dan buang batu-batu jika perlu.
Chenian

Langkawi
Curam
Sangat Salir
Sangat salir.  Adakan sistem pengairan.  Sediakan pokok-pokok pelindung secukupnya.
GambutNami
Benta
Lapisan gambut
CEC 5-10 meg/
100 g tanah
Curam
Lapisan padat
Ikuti syor pembajaan yang disyorkan.  Buat lubang tanaman di dalam lubang.  Sediakan sistem saliran.
Setiawan
Tekstur sederhana kasar dan struktur lemah.  CEC 5010 meq/100g tanah
Baling, Batang Merbau, Chat, Beserah, Bungor, Yong Peng, Jerangau, Kala, Kampong Kolam, Kangkar, Katong, Kekura, Laka, Lambak, Pohoi, Lancang, Munchong, Musang.
Curam.  CEC 5-10
meq/100g tanah
Kuantan
Sangat salir.  CEC 5-10 meq/100g tanah
Chuping, Kodiang, Masai, Pokok Sena dan Tavy
Berbatu. CEC 5-10g
meg/100g tanah
Tekstur halus/kasar.  Ikuti pgoram pembajaan yang disyorkan.  Gunakan tambahan baja organik.  Elak kerja-kerja penyediaan tanah ketiak tanah basah dan sediakan sistem saliran untuk tanah-tanah berstruktur halus.
DurianCuram.  Tekstur halus dan struktur kasar dan halusElakkan hakisan tanah dengan menanam penutup bumi, menanam mengikut kontor, membina teres atau tapak pentas.
ApekLapisan padat.  Tekstur sederhana halus dan struktur lemah.  CEC 5-10 meg/100 g tanah.
Asahan
Berbatu, lapisan padat.
CEC 5-10 meq/100g tanah

Hanya dua spesies kopi sahaja yang sesuai ditanam di negara ini, iaitu Kopi Liberica dan Kopi Robusta.  Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia (terutama Johor dan Selangor).  Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di Sabah dan Sarawak.  Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka.  Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6-15 m sekiranya tidak dikawal.
Bagi tanaman kopi jenis Liberica, pertumbuhan akar tunjangnya boleh mencapai 0.5- 6.0 m manakala pertumbuhan akar sisi pula adalah diantara 2-3 m.  Kebiasannya sebanyak 4-8 akar sisi akan keluar daripada akar tunjang dan tumbuah secara mendatar.
Bagi kopi jenis Robusta pula,  pertumbuhan akar tunjangnya adalah lebih pendek dan biasanya tidak melebihi 0.5 m.  Ini diikuti dengan pertumbuhan akar sisi yang kebanyakannya tumbuh secara mendatar diikuti dengan pertumbuhan akar rerambut dalam lingkungan 0.3 m menghala permukaan tanah.
Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang.  Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6-9 bulan selepas ditanam  Kopi Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak.
SEMAIAN
  1. Menggunakan biji benih

    Biji kopi terpilih disemai di dalam kotak semaian atau terus ke dalam polibeg.  Penyemaian terus ke dalam polibeg dapat mengurangkan kerossakan anak pokok semasa menjalankan kerja-kerja mengubah dan menjamin anak pokok kopi yang lebih seragam.  Biji benih mula bercambah 4-7 minggu selepas tarikh disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8-10 minggu.  anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4-6 bulan.
     
  2. Pembiakan Secara Tampang
    Terdapat dua cara pembiakan tampang yang biasa digunakan di dalam pembiakan kopi, iaitu cara keratan dan cara cantuman  (lihat teknik cantuman pokok).  

    Cara Keratan:
    Pembiakan ini sangat sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica.

    Cara Cantuman:
    Anak benih kopi yang ditanam di dalam polibeg boleh dicantum selepas berumur 6-8 bulan.  (Sila lihat teknik cantuman pokok)
SISTEM TANAMAN

Tanaman tunggal
Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3 m segitiga sama dan dapat memberikan sebanyak 1,280 pokok sehektar.
Tanaman Selingan Dengan Kelapa
Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3m di mana dua barisan kopi ditanam diantara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m.  Sebanyak 790 pokok boleh ditanam untuk setiap hektar.
 
PEMBAJAAN
Panduan membajaan kopi mengikut siri tanah seperti berikut:-

Selangor:

Jenis tanah:  Selangor, Briah, KangkongDi lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP dalam tiap-tiap lubang




Umur Pokok
Baja Bagi Sepokok
Bulan
N 26CIRPKCI
gmozgmozgmoz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
57
57
85
85
0.5
0.7
1.5
1.5
2.0
2.0
3.0
3.0
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
Pokok besar
(6 bulan sekali)
1706.0421.5281.0

Johor:
Jenis tanah:  Shallow Phase, Parit Botak BriahDi lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) Serbuk Batu Kapur dalam tiap-tiap lubang
Umur Pokok
Baja Bagi Sepokok
Bulan
N 26CIRPKCI
gmozgmozgmoz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
71
71
99
99
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
3.5
3.5
-
-
14
14
14
14
28
28
-
-
0.5
0.5
0.5
0.5
1.0
1.0
-
-
14
14
23
23
28
28
-
-
0.5
0.5
0.8
0.8
1.0
1.0
Pokok besar
(6 bulan sekali)
1987.0572.0712.5

Untuk tanah jenis Johor, tabur serbuk batukapur atau GML sebanyak 227 gm (8 oz), jarak 0.9 m (3 kaki) di sekeliling lubang semasa  hendak menanam dan dilakukan sekali setahun atau tabur sebanyak 454 gm (16 oz) tiap-tiap dua tahun. 
Bagi tanah jenis Selangor, cara menabur sama seperti tanah jenis Johor disebabkan mempunyai keasidan tanah yang sama. Baja sebatian boleh juga digunakan selain daripada baja tunggal (straight fertilizers).  Selain daripada N-26 atau Urea, Calcium Ammonium Nitrate boleh juga digunakan dengan kadar yang berpatutan.  Di tanah yang lebih asid, baja yang mengandungi sulphate hendaklah dielakkan.
Jenis tanah:  Shallow Phase, Parit Botak BriahDi lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) GML
Umur Pokok
Baja Bagi Sepokok
Bulan
N 26CIRPKCI
gmozgmozgmoz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
71
71
113
113
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
4.0
4.0
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
14
14
28
28
42
42
57
57
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
2.0
2.0
Pokok besar
(6 bulan sekali)
2278.0421.51706.0

Jenis tanah:  Gambut CetekDi lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) GML + 7 gm Copper Sulphate
Umur Pokok
Baja Bagi Sepokok
Bulan
N 26CIRPKCICuSO4
gmozgmozgmozgmoz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
85
85
142
142
0.5
0.8
1.5
1.5
3.0
3.0
5.0
5.0
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
14
14
28
28
57
57
85
85
0.5
0.5
1.0
1.0
2.0
2.0
3.0
3.0
-
-
7
-
-
14
-
14
-
-
0.25
-
-
0.5
-
0.5
Pokok besar
(6 bulan sekali)
28310.0421.52559.0--

Tabur serbuk batukapur atau GML sebanyak 0.5 kg (1 lb) jarak 0.9 m (3 kaki) di sekeliling lubang semasa hendak menanam dan dilakukan sekali setahun.  Di tanah yang lebih asid seperti Siri Linau, tabur sebanyak 0.9 kg (2 lb) tiap-tiap tahun.  Tanah gembur cetek boleh berlaku kekurangan unsur-unsur pekit (trace element) selain daripada Cu seperti Zu dan B.  Oleh itu analisa daun (foliar analysis) diperlukan.
Jenis tanah:  Tanah tinggi asal setempat (upland sedentary soils)Di lubang tanaman:  1170 gm (6 oz) CIRP
Umur Pokok
Baja Bagi Sepokok
Bulan
N 26CIRPKCICuSO4
gmozgmozgmozgmoz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
71
71
113
113
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
4.0
4.0
-
-
14
14
28
28
42
42
-
-
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
14
14
28
28
42
42
57
57
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
2.0
2.0
-
14
-
14
-
28
-
42
-
0.5
-
0.5
-
1.0
-
1.5
Pokok besar
(6 bulan sekali)
2278.0853.01706.0--

MEMUNGUT HASIL
Hasil pertama untuk jenis Liberica sudah boleh diperolehi selepas berumur 2 1/2 - 3 tahun.  Hanya buah masak dipungut setiap 2 minggu sekali.  Buah-buah kopi boleh diperolehi di sepanjang tahun tetapi musim yang berhasil tinggi ialah dari bulan Oktober ke Februari dan musim kecil dari bulan Mei dan Jun.
HASIL PENGELUARAN
Hasil kopi jenis Liberica yang didapati oleh pekebun-pekebun kecil ialah seperti berikut:-
  1. Tanaman kopi tunggal
    6.7 - 9 ton.  - kopi jambu/ha/tahun (45-60 pikul/ekar/tahun) atau (5-6 pikul biji kering).
     
  2. Kopi sebagai tanaman (selingan dengan kelapa)
    6 - 7.5 ton - kp\opi jambu/ha tahun (40-50 pikul/ekar/tahun) atau (4-5 pikul biji kering).
     
  3. Hasil kopi jenis Robusta:4.5 - 5.2 ton - kopi jambu/ha/tahun (30-35 pikul/ekar/tahun) atau (7-8 pikul biji kering).
Kadar pertukaran kopi jambu/biji kering ialah:-   Liberica (10:1)     Robusta (4.5:1)       Arabica (5.5:1)
  • Karat daun 
    Bintik berwarna jingga kemudiannya perang.  Permukaan bawah duan terdapat spora berwarna jingga.  Sembur dengan racun copper hydroxide, cyproconazole, hexaconazole atau copper oxydhloride.
     
  • Penyakit hawa bebenang
    Jalinan benang kasar berwarna putih pada batang dan daun.  Batang dan daun yang diserang menjadi perang dan gugur.  Cantas dan musnah bahagian yang diserang dan sembur dengan bordeaux mixture.
     
  • Penyakit cendawan angin
    Selaput kulat berwarna putih kemerahan lama kelamaaan akan mati.  Cantas dan musnah bahagian yang diserang.
     
  • Antraknos buah
    Tanda bintik-bintik hitam di kulit kemudian menjangkit hingga ke bahagian biji.  Akhirnya buah kering.  Sembur dengan racun kulat seperti mancozeb, kuprum oksiklorida atau chlorothalonil.
     
  • Penyakit akar putih dan Penyakit akar merah
    Menyerang akar menyebabkan reput.  Kelihatan jalinan bebenang putih dan jalinan bebenang merah.  Gali dan musnah pokok yang diserang.  Siram racun kulat seperti tridemorph pada pokok yang diserang dan yang berdekatan.
  • Kumbang pengorek buah kopi
    Kumbang menebuk buah, dahan dan batang pokok.  Lundi memakan tisu-tisu buah menjadikannya hitam.  Pungut buah masak dengan segera.
  • Ulat daun kopi
    Ulat memakan daun tua dan muda.  Kebersihan ladang hendklah dijaga.
  • Kumbang kaboi
    Kumbang dewasa memakan daun muda atau bunga.  Seburkan dengan cypermethrin.
     
  • Teritip
    Serangga menghisap ssap pada pokok muda, daun muda, tangkai tulang daun, ranting muda, tangkai bunga dan buah.  Sembur dengan white-oil atau malathion.
     
  • NematodAkar pokok menjadi reput dan berwarna perang.   Guna pokok penanti yang rintang.

TANAMAN KOPI DI MALAYSIA
Kopi Liberica-Johor
Kopi Robusta-Kedah
Kopi Arabica-Cameron Highlands
Koko

MENANAM KOKO


PENGENALAN
Tanaman koko (Theobroma cacao L.) adalah sejenis tanaman daripada keluarga Sterculiaceae.  Terdapat sebanyak 21 spesi tanaman koko yang tumbuh di dunia.  Daripada ini hanya satu spesi sahaja iaitu Theobroma cacao yang digunakan untuk tanaman secara komersil.
IKLIM
Sesuai dengan kawasan yang menerima purata taburan hujan di antara 1,250 mm hingga 2,800 mm setahun tanpa musim kemarau melebihi tiga bulan dengan suhu diantara 18oC - 32oC.  Angin yang kencang melebihi kelajuan empat meter sesaat boleh mengakibatkan kerosakan pada tangkai daun dan pokok.  Untuk menyesuaikan kawasan sedemikian, kelajuan angin kencang boleh dikurangkan dengan menanam pokok-pokok penahan angin di sekeliling kebun koko.
FAKTOR TANAH
Sifat-sifat tanah yang sesuai untuk tanaman koko adalah seperti berikut:-
Sifat TanahSesuaiSederhana Sesuai
 Kecerunan0.1212-20
 SaliranTak sempurna salirAgak sangat salir
 Kedalaman tanah yang
 berkesan
> 100 cm50-100 cm
 Tekstur dan strukturSelain dari pasir yang tak berstruktur
dan lempung masif
Lempung masif
 Kemasinan< 0.1 mmhos0.1 - 1 mmhos
 Kedalaman lapisan asid sulfat> 125 cm100-125 cm
 Ketebalan gambutTiada lapisan gambut< 25 cm
 Keberbatuan< 25% tersebar samarata atau terdapat di bawah kedalaman 75 cm25 - 75%
 KetidakseimbanganTiada kandungan nutrien mikro dan nutrien berlebihan atau CEC
sederhana rendah.
-

JENIS-JENIS KLON
Pemilihan baka klon boleh dibuat berpandukan kepada ciri-ciri klon berikut:-

KlonBil.Buah/
Pokok
Bil.Biji/
Buah
Berat Sebiji
Koko Kering (g)
Kulit
Biji
(%)
Lemak
Koko
(%)
Berat Biji Kering/Pokok
Tahun (kg)
Berat Biji Kering/Ha/
Tahun (tan)
KKM 156.3+10.054.1+2.81.05+0.0510.656.0+0-73.2+0.64.1+0.7
KKM 258.9+12.045.1+1.11.05+0.0811.361.4+1.12.8+0.53.6+0.6
KKM 330.3+10.744.2+1.31.00+0.129.257.9+5.11.7+0.52.2+0.6
KKM 441.8+14.337.8+2.61.06+0.2310.053.8+12.61.7+0.62.1+0.7
KKM 536.0+12.343.0+3.61.07+0.1010.548.9+0.31.6+0.52.1+0.6
KKM 639.4+13.532.0+0.31.02+0.0611.257.8+0.91.3+0.61.6+0.7
KKM 1538.2+18.852.3+1.51.08+0.1911.953.9+3.62.1+0.92.7+1.0
KKM 1734.5+19.650.3+7.81.07+0.1413.155.8+9.31.8+1.02.3+1.3
KKM 1931.0+18.047.2+1.11.18+0.1210.555.8+6.91.7+0.92.2+1.1
KKM 2248.3+15.038.2+2.31.09+0.1212.356.9+7.02.0+0.52.6+1.0
KKM 2559.6+18.525.9+4.71.30+0.108.751.6+8.52.0+0.82.6+0.9
KKM 2639.3+15.632.9+2.01.03+0.0912.457.2+8.81.3+0.61.7+0.7
KKM 2730.6+23.042.0+1.31.18+0.1212.054.5+13.91.5+1.01.9+1.3
KKM 2845.6+15.038.7+1.51.09+0.0411.952.3+7.01/.9+0.52.4+1.0

(1,283 pokok: tanaman tunggal 3m x 3m x 3m)
BENIH
Bahan tanaman daripada baka klon adalah disyorkan untuk penanaman kerana ia boleh mengeluarkan hasil yang tinggi berbanding pokok daripada biji benih kacukan.  Disamping itu ia juga mempunyai ciri mutu biji koko yang lebih baik dan seragam.  Bagi penanaman baka klon, disyorkan supaya sekurang-kurangnya lima jenis klon ditanam di dalam satu-satu kawasan.  Klon-klon ini boleh dipilih samada daripada klon KKM atau PBC berasaskan kepada kecergasan dan kesesuaian klon-klon tersebut mengikut lokasi.
Klon PBC

KlonBil.Biji/
Buah
Berat Sebiji
Koko Kering
Lemak
Koko
Berat Biji
Kering/Buah
Potensi Hasil (kg/ha/tahun)Ketahanan Penyakit
VSDS/CankerS/Pod
PBC 113
PBC 123
PBC 130
PBC 140
PBC 159
PBC 179
PBC 207
PBC 208
PBC 211
PBC 230
PBC236
PBC 247
44
41
33
33
43
38
36
39
36
41
40
38
1.15
1.10
1.24
1.38
1.34
1.28
1.6
1.03
1.38
1.15
1.10
1.25
55.6
54.5
56.6
57.6
60.0
55.2
56.3
56.5
56.7
56.5
56.7
56.0
50.6
45.1
40.9
45.5
56.9
48.6
41.8
40.0
52.4
47.2
44.0
45.0
>2000
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
>2500
3
5
2
3
3
3
3
3
3
4
4
3
3
3
3
4
4
5
3
3
4
4
4
4
3
3
2
4
5
4
3
3
4
5
4
4

Ketahanan penyakit: 1-kurang tahan, 5-paling tahan
Biji koko mempunyai ciri-ciri biji benih recalcitrant iaitu percambahan biji benih akan terjejas sekiranya kelembapan biji didapati kurang daripada 25% dan suhu kurang daripada 15oC atau lebih daripada 35oC.
SEMAIAN
Di peringkat permulaan anak semaian koko memerlukan lindungan yang tinggi hampir 80%.  Keperluan lindungan dikurangkan apabila anak semaian membesar dan sebaiknya sama dengan tahap lindungan di ladang sebelum anak benih diubah. Bergantung kepada matlamat kegunaan, tiga jenis rumah semaian dapat dibuat iaitu jenis kekal, jenis separa kekal dan jenis sementara.  Rumah semaian separa kekal diutamakan kerana ia memudahkan pengurusan tahap lindungan yang diperlukan.
Saiz beg politina yang digunakan bergantung pada jangkamasa anak benih disimpan di tapak semaian.  Sekiranya anak benih yang disemai dicantum pada peringkat umur 1-2 bulan, beg politina berukuran 6"x 9" (15 cm x 22.5 cm) hendaklah digunakan.  Sebaliknya jika anak benih dicantum pada umur 3-4 bulan, beg politina yang besar (8"x12 / 23 cm x 30 cm) hendaklah digunakan.
Pengisian tanah ke dalam polibeg hendaklah menggunakan tanah campuran dengan formulasi 2:1:1 (tanah: pasir: bahan organan).  Sebagai baja asas sehanyak 15-20 kg CIRP dan GML digunakan untuk setiap 1 meter padu tanah campuran. 
Pengurusan di tapak semaian perlu dilakukan. 
- Penyiraman di tapak semaian sekali sehari pada waktu pagi kecuali hujan lebat.
- Anak semaian disiram diantara 0.5-1.0 liter air/beg/sehari, bergantung pada saiz beg
- Sembur racun serangga dan racun kulat 2-3 minggu sekali
- Kawal pertumbuhan rumpai

PENANAMAN BAGI PEKEBUN KECIL

Untuk tanaman selingan dengan kelapa, koko ditanam 3.0 - 3.7 m (10-12 kaki) antara dan 2.4 - 3.0 m (8-10 kaki) antara pokok dalam barisan dan jarak barisan kelapa ialah 3.0 m (10 kaki).










PENANAMAN DI LADANG
Pokok koko ditanam pada jarak 3.0 meter diantara barisan dan 3.0 meter diantara pokok dalam barisan.  Biasanya penanaman di ladang dibuat apabila tiba musim hujan.  Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian anak pokok apabila diubah dan memastikan pertumbuhan yang baik.
SISTEM PENANAMAN
Beberapa jenis pokok lindungan digunakan dalam penanaman koko.  Diantaranya adalah albizza, gliricidia, kelapa dan petai.  Sistem penanaman yang selalu dipraktikkan ialah:-

  1. Sistem Penanaman Tunggal

    Pokok-pokok giiricidia ditanam 9-12 bulan lebih awal dan sistem ini memberikan kepadatan pokok koko dan gliricidia sebanyak 1,241 pokok sehektar.
     





sistem penanaman tunggal
  1. Tanaman koko di bawah kelapa yang sedia ada

    Sistem ini biasa digunakan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.  Kepadatan koko ialah 815 pokok sehektar.  Pokok kelapa sedia ada hendaklah berumur sekurang-kurangnya berumur 10-15 tahun bagi memberi naungan yang secukupnya.
PEMBAJAAN DI LADANG
Memerlukan pembajaan dan pengapuran yang mencukupi untuk menghasilkan produk yang berkualiti.  Kerja-kerja mengapur selalunya dijalankan selepas musim hujan, manakala membaja pula dilakukan selepas kerja-kerja mencantas dan memungut hasil serta sebelum pokok koko mengeluarkan bunga.
  • Diperingkat tapak semaian
    Baja sebatian mengandungi zat nitrogen dan fosforus yang tinggi adalah disyorkan.  Pembajaan hendaklah dimulakan 2 bulan selepas disemai, iaitu apabila kotiledon biji gugur.






Tanaman koko dibawah kelapa
 
Umur anak benih
(bulan)
Jumlah baja
(gm/pokok)
Sebelum mencantum
2-3 bulan
3-4 bulan
4-5 bulan
> 6 bulan

5
5
5 -10
5 -10
Selepas mencantum
1-2 bulan
2-3 bulan
> 4 bulan
55 -10
5 -10
  • Diperingkat tumbesaran
    Pokok di ladang penggunaan baja seperti berikut:
    Peringkat TumbesaranKawasan PantaiKawasan Pendalaman
    Peringkat juvana
    Peringkat buah
    NPK 18:11:5:2 1/2
    NPK 14:14:14 atau
    NPK 15:7:18: 2 1/2
    NPK 14:13:9:2 1/2NPK 15:7:18: 2 1/2 atau
    NPK 12:6:22:34
    Jadual pembajaan pokok klon pada peringkat juvana
    Umur di ladangGm / Pokok
    1 bulan
    3 bulan
    6 bulan
    9 bulan
    10 bulan
    12 bulan
    16 bulan
    20 bulan
    22 bulan
    24 bulan
    20
    40
    70
    100
    200 (GML)
    120
    150
    150
    200 (GML)
    150
    Jadual pembajaan pokok klon pada peringkat buah di kawasan Timur Semenanjung Malaysia
    BulanTanah Pendalaman
    Tahun pertama berbuah (g/pokok)Tahun kedua berbuah dan keatas (g/pokok)
     Jannuari-Februari
     April
     Jun-Julai
     Oktober-November
    350 (GML)
    170
    170
    170
    350 (GML)
    250
    250
    250








    Jadual pembajaan pokok klon pada peringkat buah di kawasan Barat Semenanjung Malaysia
    BulanTanah Lanar PantaiTanah Pendalaman
    Tahun pertama berbuah (g/pokok)Tahun kedua berbuah dan
    keatas (g/pokok)
    Tahun pertama berbuah
    (g/pokok)
    Tahun kedua berbuah dan keatas (g/pokok)
     Jannuari-Februari
     April
     Jun-Julai
     Oktober-November
    170
    350 (GML)
    170
    170
    250
    350 (GML)
    250
    250
    170
    350 (GML)
    170
    170
    250
    350 (GML)
    250
    250








    Bagi kawasan koko yang ditanam secara tunggal, pokok lindungan hendaklah dibaja untuk mempercepatkan pertumbuhan (peringkat awal).  Semasa penyediaan ladang disyorkan tabur sebanyak 1200-2500 kg GML dan 250 kg baja batu fosfat sehektar sebelum menanam.  Untuk Gliricidia tambah sebanyak 112 g baja batu fosfat ke dalam lubang tanaman.
CANTASAN
Cantasan merupakan satu aktiviti penting dalam pengurusan tanaman koko.  Cantasan yang betul dan mengikut syor dan kekerapan melaksanakannya memberi kesan yang positif terhadap pembajaan serta mengurangkan serangan penyakit dan serangan perosak.  Cantasan juga membentuk pokok kepada bentuk yang dikehendaki, menggalakkan pertumbuhan lain, kesuburan serta daya pengeluaran hasil yang lebih baik. Dua jenis cantasan yang biasa dilakukan untuk tanaman koko iaitu:-
  • Cantasan pembentukan


    Dilakukan untuk mendapatkan bentuk asas pertumbuhan pokok.  Cara cantasan dibuat adalah berbeza diantara pokok klon dengan pokok daripada anak benih hibrid.  Bagi pembentukan pokok klon, sistem berbilang batang adalah disyorkan.  Ini selaras dengan ciri tumbesaran dahan kipas.  Pembentukan ini boleh dilakukan dengan cara berikut:-


    (i)   Membiarkan tunas utama (dahan kipas yang keluar daripada mata cantuman) tumbuh
          sepanjang lebih kurang 45 cm.  Pucuk dahan ini kemudiannya dipotong bagi menggalakkan
          pertumbuhan tunas-tunas ketiak.


    (ii)  Dua atau tiga tunas yang seimbang dipilih supaya menjadi batang utama ataupun rangka utama
          pokok tersebut yang berbentuk 'V'.


    (iii) Tunas-tunas air, dahan-dahan yang melentur ke bawah serta dahan-dahan ranting yang mati
          atau diserang penyakit dipotong
  • Cantasan penjagaan

    Membuang semua dahan dan ranting kecil yang menghala ke tanah, membuang semua tunas air serta ranting kecil yang mati.  Ini dapat mengelakkan pertumbuhan dahan-dahan yang terlalu rapat seterusnya memberikan pengedaran udara serta kemasukan cahaya yang lebih baik.  Bagi pokok klon, cantasan ringan dan kerap adalah disyorkan.  Ini dibuat 6 kali setahun dengan membuang semua dahan mati, terlalu rapat dan juga tunas air.  Apabila pokok semakin berumur, dahan-dahan yang rendah hendaklah dibuang berperingkat-peringkat hingga ke paras 1.5 meter tinggi.

    Sila lihat panduan mencantas pokok (klik di sini) ...
CANTUMAN POKOK
Bertujuan untukk mendapatkan baka.  Ini dilakukan dengan mencantum baka-baka klon yang berpotensi memberi hasil yang tinggi dan bermutu.  Cantuman boleh dilakukan sama ada di tapak semaian ataupun di ladang.  Kebiasaannya teknik cantuman Modified Green Budding digunakan untuk mencantum pokok di tapak semaian, manakala cantuman biasa boleh dibuat di ladang. Dalam menentukan teknik cantuman yang hendak dibuat, perkara-perkara berikut perlulah diambilkira:-
  • teknik cantuman yang mudah
  • kos melaksanakan yang murah
  • mempunyai kejayaan yang tinggi
  • bergantung kepada kemahiran petani
Sila lihat panduan cantuman pokok:
PEMULIHAN KAWASAN
Kebun/ladang yang mengeluarkan hasil serta kualiti biji yang rendah hendaklah dipulih supaya mutu hasil koko dapat dipertingkatkan.  Diantara faktor-faktor yang menyebabkan hasil koko menjadi rendah ialah:-
  • amalan kultura pertanian yang tidak sempurna
  • pokok terlalu tua
  • baka tanaman yang tidak terpilih
Teknik-teknik pemulihan berikut perlulah diambilkira:-
  • amalan kultura pertanian yang betul
  • cantuman dewasa
  • penanaman semula
  • pengurusan air

  1. MATI PUCUK KOKOPenyakit Mati Pucuk (Vascular Streak Die Back) menyebabkan kerosakan pada anak dan pokok dewasa dan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah.  Penyakit ini juga melemahkan pokok hingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit Mati Pucuk disebabkan oleh sejenis kulat, Oncobasidium theobromae, dan telah dilapurkan berlaku di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia.  Penyakit ini merupakan satu daripada faktor utama yang menyebabkan tanaman tidak subur.
    Tanda-tanda penyakitSerangan kulat ini akan bermula di bahagian pucuk.  Satu atau dua helai daun di bahagian pucuk akan menjadi kekuningan.  Kadang-kadang daun-daun kuning itu juga berbintik hijau.  Kemudian kesan kekuningan akan merebak kepada daun lain dan kerosakan di tepi daun akan berlaku.  Akhirnya daun-daun yang diserang akan gugur.  Liang-liang penafasan pada batang kelihatan besar dan senang dikenali.  Apabila kulit batang yang berpenyakit dibuang, batang yang didedahkan menjadi perang dengan serta merta. Sekiranya penyakit tidak dikawal di peringkat awal, ianya akan merebak ke dahan serta batang utama dan akan menyebabkan kematian pokok.
    PengawalanCantas batang atau dahan yang diserang penyakit iaitu sehingga 12 inci ke bawah daripada kawasan tanda jalur-jalur perang.  Sapukan racun kulat Santar A di permukaan cantasan.  Selepas 3 bulan, jika kawalan ini tidak berjaya, ulangi catasan.  Tanamlah jenis koko yang tahan serangan penyakit ini.  Jenis Upper Amazon dan kacukan-kacukannya adalah disyorkan.  Jangan tanam jenis Amelomado dan kacukannya kerana jenis ini mudah di serang oleh kulat ini.

  2. MATI ROSOT KOKOPenyakit Mati Pucuk (Vascular Streak Die Back) menyebabkan kerosakan pada anak dan pokok dewasa dan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah.  Penyakit ini juga melemahkan pokok hingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit Mati Pucuk disebabkan oleh sejenis kulat, Oncobasidium theobromae, dan telah dilapurkan berlaku di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia.  Penyakit ini merupakan satu daripada faktor utama yang menyebabkan tanaman tidak subur.

    Tanda-tanda PenyakitSerangan kulat ini akan bermula di bahagian pucuk.  Satu atau dua helai daun di bahagian pucuk akan menjadi kekuningan.  Kadang-kadang daun-daun kuning itu juga berbintik hijau.  Kemudian kesan kekuningan akan merebak kepada daun lain dan kerosakan di tepi daun akan berlaku.  Akhirnya daun-daun yang diserang akan gugur. Liang-liang penafasan pada batang kelihatan besar dan senang dikenali.  Apabila kulit batang yang berpenyakit dibuang, batang yang didedahkan menjadi perang dengan serta merta. Sekiranya penyakit tidak dikawal di peringkat awal, ianya akan merebak ke dahan serta batang utama dan akan menyebabkan kematian pokok.

    PengawalanCantas batang atau dahan yang diserang penyakit iaitu sehingga 12 inci ke bawah daripada kawasan tanda jalur-jalur perang.  Sapukan racun kulat Santar A di permukaan cantasan.  Selepas 3 bulan, jika kawalan ini tidak berjaya, ulangi catasan. Tanamlah jenis koko yang tahan serangan penyakit ini.  Jenis Upper Amazondan kacukan-kacukannya adalah disyorkan.  Jangan tanam jenis Amelomado dan kacukannya kerana jenis ini mudah di serang oleh kulat ini.
  3. AKAR PUTIH (Rigidoporus lignosus)
    Kulat menyerang akar mengakibatkan pokok layu, daun kuning dan akhirnya mati.  Kelihatan misellum berwarna putih.  Buang sisa atau tunggul tanaman yang terdahulu.  Merawat lubang tanaman dengan belerang.  Guna racun kulat seperti cyproconazole dicurah ke pangkal pokok.
  4. MATI ROSOT JALUR VASCULAR (Oncobasidium theobroma)
    Jalur terdapat dalam tisu vascular apabila dibelah.  Dahan akan cepat bertukar kepada warna perang apabila dikopek kulitnya.  Lenthisel pada batang menjadi kasar dan bengkak. Pucuk yang diserang akan mati rosot.  Cantas dahan yang berpenyakit.  Jauhkan kawasan semaian dari pokok dewasa yang berpenyakit.  Sembur dengan racun kulat seperti cyproconazole, propiconazole, tebuconazole atau difenoconazole.
  5. KANKER BATANG (Phytophthora palmmivora)
    Bahagian batang yang diserang berwarna gelap dan apabila dikikis bertukar warna kepada merah tua.  Serangan yang merebak akan mengelilingi batang pokok dan menyebabkan tanda-tanda mati pucuk.  Serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi layu dan kering.  Kikis kulit batang yang diserang dan sapu dengan metalaxyl, phosphorus acid atau chlorothalonil.  Kutipan hasil dilaku dengan kerap dan buah hitam hendaklah dikutip dan dimusnahkan terutama di musim hujan,.  Elak pokok dari terlalu rimbun dan lembap.
  6. HAWA BEBENANG (Marasmiellus cyphella)
    Terdapat tanda-tanda mati pucuk berlaku.  Jalur-jalur kulat berwarna putih bagi hawar bebenang putih dan rerambut hitam berkilat bagi hwar bebenang hitam.  Buat cantasan pokok.  Sebur dengan copper hydroxide atau copper oxychloride.
  7. HAWA DAUN (Phytophthora palmivora)
    Terdapat bintik-bintik hitam pada daun-daun muda.  Bintik-bintik ini merebak dan menjadi tompok-tompok seperti lecur.  Daun serta pucuk muda menjadi layu. Jarangkan susunan anak benih.  Guna racun kulat.
  8. CENDAWAN ANGIN (Corticium salmonicolor)
    Terdapat miselium berwarna putih dan berkilat meliputi dahan dan ranting.  Miselium ini kemudian menjadi warna merah jambug.  Serangan yang teruk, dahan serta ranting menjadi layu serta reput.   Elak keadaan lembab dan teduh.  Cantas dahan dan ranting yang kena serangan.  Semburkan dengan racun kulat mengaundungi kuprum.
  9. KARAH MERAH (Cephaleuros virescens)
    Terdapat tompok-tompok perang merekah pada ranting dan dahan.  Perlu pembajaan yang mencukupi.  Semburkan dengan racun kulat mengandungi kupram.
  10. BUAH HITAM (Phytophthora palmivora)
    Bintik-bintik perang pada buah bertukar menjadi perang tua sehingga keseluruhan buah menjadi hitam.  Jaga kebersihan ladang.  Kutip buah masak dan kutip serta musnah buah yang berpenyakit.
  11. BUAH PERANG (Botryodiplodia theobromea)
    Pada awalnya bintik-bintik berwarna perang pada buah bertukar warna kepada hitam pekat.  Semburkan dengan racun kulat yang mengandungi kupram.
  1. Ulat pengorek buah koko
    Kupu-kupu dewasa berwarna coklat/warna kulit dan dahan koko menyerang buah koko pada  waktu malam. Tentukan status serangan.  Buah masak hendaklah dipetik dengan kekerapan 10-14 hari supaya edaran hidup serangga tidak dapat diteruskan.  Cantas agar pokok tinggi melebihi 4 meter tinggi dan terlalu rimbun.  Kulit buah hendaklah dibungkus dengan plastik.  Sembur racun serangga dan pastikan bahagian yang disembur akan betul-betul basah.
  2. Kepinding nyamuk
    Nyamuk dewasa menyerang buah koko.  Terdapat bintik-bintik hijau basah pada buah yang kemudian berubah menjadi tompok-tompok hitam keras dan menimbul.  Pertumbuhan buah akan terbantut, putik-putik menjadi layu dan mati.  Cantas pokok.  Sembur racun serangga pada lewat petang atau senja untuk membunuh nimfa dan serangga dewasa yang mulai aktif.
  3. Kumbang kaboi
    Menyerang daun daripada tepi helaian daun terutama daun muda manakala kumbang berwarna coklat memakan bahagian daun yang separa keras terutama bahagian tengah helaian dan menyebabkan daun berlubang-lubang.  Pasang tirai di tapak semaian.  Pelepah atau plastik boleh digunakan sebagai pelindung di peringkat anak pokok baru dialih ke ladang.  Sembur dengan cypermethrin pada waktu petang.
ALAT PEMBUKA DAN PEMBELAH BUAH KOKO

Kelapa






Bagi meningkat bekalan kelapa bagi kegunaan tempatan, Jabatan Pertanian mempromosi tanaman kelapa yang dikenali dengan nama kelapa MATAG, hasil daripada kacukan kelapa Rendah Malaya dengan kelapa Tinggi Tagnanan dari Filipina.
Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:-
  1. Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall
  2. Kelapa Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf, MRD)
  3. Kelapa Rendah Kuning Malaya (Malayan Yellow Dwarf, MYD)
  4. Kelapa Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf, MGD)
  5. Kelapa MAWA (Malayan Dwarf X West Afrcan Tall)
  6. Kelapa MATAG (MYD/MRD X Tagnanan Tall)
  7. Kelapa Tinggi Afrika Barat
  8. Kelapa Tinggi Tagnanan
  9. Kelapa Tinggi Rennel
  10. Kelapa Wangi (Aromatic Dwarf)
  11. Kelapa MAREN (MYD.MRD X Rennel Tall)
  12. Kelapa MAMA (MYD/MRD X Malayan Tall)
  13. Kelapa Sawit

  1. KELAPA TINGGI MALAYA

    Kelapa Tinggi Malaya ialah kelapa tinggi yang berasal dari Malaysia dan ditanam meluas di kawasan pantai.  Jenis ini boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun.  Pokok bersaiz besar dan tinggi.  Ketinggiannya boleh mencapai 15-18 meter.  Kelapa jenis ini mempunyai pertumbuhan yang cergas serta dapat tumbuh dipelbagai jenis tanah.

    Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta mengandungi air yang banyak.  Ciri-ciri ini menjadikan ianya sesuai untuk dijual sebagai kelapa muda.  Purata buah setandan ialah 3-5 biji.
  2. KELAPA MAWA

    Kelapa MAWA ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat.  Ketinggian pokok boleh mencapai sehingga 15 meter.  Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya).  Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji.
  3. KELAPA RENDAH MALAYA

    Kelapa Rendah Malaya berasal dari Malaysia.  Terdapat tiga jenis Kelapa Rendah Malaya iaitu kuning, merah dan hijau berdasarkan warna buahnya.  Kelapa Rendah Malaya merupakan pokok kelapa yang bersaiz kecil dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga enam meter.  Saiz buahnya kecil manakala bilangan buah setandan boleh mencapai sehingga 15 biji atau lebih.  Pada masa ini pokok Kelapa Rendah Malaya tidak ditanam secara komersil dan hanya digunakan sebagai pokok hiasan dan pokok induk dalam pengeluaran benih hibrid kelapa seperti MAWA dan MATAG.
     
  4. KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)

    Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971.  Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'.  Keistimewaan kultivar kelapa wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.  Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter.  Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga.

    Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m.  Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang.  Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.  Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun.  Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.  Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.  Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun.  Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.  Anak kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.

    Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2 bulan selepas persenyawaan.  Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut.  Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.
    Pengedar dan pembekal anak benih kelapa pandan:

    Untuk tempahan sila hubungi Ketua Stesen,
    Pusat Pembangunan Komoditi Telok Bharu
    36400 Hutan Melintang, Perak
    Tel:  +605-6421100


    Peringkat yang sesuai untuk kelapa botak
    Di peringkat ini seludang (T-3) terbentuk penuh (70-90 cm) panjang tetapi belum memecah.  Di bawah seludang ini terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan adalah diantara 18-24 cm atau sebesar bola tenis.  Dengan ini tandan yang sebaris di bawah iaitu T-1 boleh dipetik untuk menghasilkan kelapa botak.

    Peringkat yang sesuai untuk kelapa telur
    Di peringkat ini seludang (t-3) telah pecah dan mengeluarkan mayangnya sebaris di bawah T-3 terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan adalah besar sedikit iaitu antara 22-26 cm, dengan ini tandan yang sebaris di bawah (T-2) iaitu (T-1) adalah tandan yang sesuai untuk menghasilkan kelapa telur.

    *Benih kelapa ini boleh didapati daripada Pusat Pembangunan Komiditi, Teluk Bharu, Perak.
    Kaedah penentuan peringkat kematangan
     




    Petua Memilih Kelapa Pandan
    (sumber:  Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
    Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan.  Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli.  Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya.  Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan.  Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih.  Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.(sumber:  Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)

     


  5. KELAPA MATAG
    Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan.  Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter.  Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.  Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.

    Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar.  Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).

    Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang.  Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

    Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. (sila lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.

    Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal.  Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok).   Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.

    Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA.  Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.

    Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang.  Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.
     

  6. KELAPA SAWIT
     

     
KEPERLUAN ASAS TANAMAN KELAPA
Faktor Iklim
Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang.  Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun.  Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa.  Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC.  Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.
Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%.  Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut.  Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.
Faktor Tanah
Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah.  Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur. 
Zon Tanaman Kelapa
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan pendalaman.  Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan Datuk, Perak;   Sabak Bernam, Selangor;   Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor.  Di Pantai Timur pula, tanaman kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan;  Kuala Terengganu dan Besut, Terengganu.
PEMILIHAN BUAH KELAPA DAN PENYEMAIAN

Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis, bebas daripada serangan perosak dan penyakit serta berkocak air di dalamnya.  Buah-buah ini perlu disimpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari selama dua minggu untuk percambahan yang seragam.
Buah-buah kelapa perlu dicambah terlebih dahulu sebelum disemai.  Untuk mempercepatkan percambahan, buah kelapa yang dipilih dipotong sedikit bahagian sabut atas (widest hump of the nut) sepanjang 5 cm garis pusat dan lebih kurang 1.0 cm dalam.  Biji benih disusun rapat secara mendatar pada jarak 30 cm dalam baris x 30 cm antara baris di dalam petak semaian dengan mendedahkan satu pertiga bahagian kelapa di atas permukaan pasir.  Penyiraman dilakukan 1-2 kali sehari bergantung kepada keadaan cuaca.  Jangka masa percambahan biji benih mengikut kultivar ialah:-
Kelapa Tinggi Malaya
Kelapa Rendah
Kelapa MATAG
Kelapa Pandan
-
-
-
-
10 - 12 minggu
4 - 7 minggu
4 - 6 minggu
4 - 7 minggu


Biji benih yang normal dan cergas dipilih dan dicabut menggunakan cangkul.  Bahagian akarnya dipotong sepanjang 5 cm daripada pangkal sebelum diubah ke polibeg atau tapak semaian ladang.
Semaian menggunakan polibeg
Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti kadar pertumbuhan yang lebih cergas dan serata dengan adanya pembajaan, akar tidak rosak semasa menanam di ladang, kerosakan semasa pengangkutan dari tempat semaian di ladang pokok dapat dikurangkan, kadar pertumbuhan akar yang baik dan cepat selepas ditanam dan tiada atau kurang masalah trasplanting shock.  Anak benih di dalam polibeg boleh disimpan selama 10 bulan selepas diubah.
Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir.  Bagi setiap polibeg sejumlah 113 gm baja fostat dan 113 gm kapur digunakan.  Pemulihan dan penakaian anak benih di dalam polibeg yang tidak subur dibuat empat bulan selepas diubah dan diteruskan sehingga anak benih berumur 8 bulan.  Naungan 30% - 50% diberi kepada anak benih semasa proses pengerasan.  Anak benih sesuai ditanam di ladang apabila berumur 6-8 bulan.  Anak benih yang cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya.  Semasa mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan.  Jarak susunan polibeg yang disyorkan adalah seperti di bawah:-





Saiz polibegJarak susunanJangkamasa disimpan selepas diubahJumlah polibeg sehektar
45 cm x 45 cm
45 cm x 45 cm
60 cm x 60 cm x 60 cm
80 cm x 80 cm x 80 cm
6-7 bulan
8-9 bulan
20,000 pokok
18,000 pokok

Semaian di ladang

Untuk tapak semaian di ladang, kawasan yang dipilih hendaklah mempunyai sistem saliran yang baik, tidak ditenggelami air dan berdekatan dengan sumber air.  Petak-petak selebar 1.2 m  - 1.5 m dengan ketinggian 0.2 m dan panjang mengikut kesesuaian tempat dibuat.  Jarak semaian anak benih yang disyorkan ialah 0.5 m x 0.5 m.  Anak benih yang berumur 6-8 bulan, normal dan cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya.  Semasa mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan.  Aktiviti penakaian dijalankan sama seperti penyelasan penakaian anak benih semaian menggunakan polibeg.
Pembersihan tanah
Kawasan yang hendak dimajukan dengan kelapa perlulah kawasan terbuka dan bebas daripada pokok-pokok dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki.  Bagi kawasan bekas kelapa tua, sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan dengan menggunakan jentolak.  Jentolak ini akan menumbangkan, menghancur batang kelapa dan menyusunnya mengikut barisan tertentu.  Dengan cara ini proses pereputan dan aktiviti-aktiviti ladang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
Menanam kekacang penutup bumi
Setelah pembersihan kawasan selesai, penanaman tanaman kekacang penutup bumi perlu dijalankan.  Penanaman ini bertujuan untuk mengawal hakisan tanah, kehilangan nutrien melalui larut resap, menyuburkan tanah dengan penambahan nitrogen dalam tanah, mengekal kelembapan tanah, memperbaiki struktur tanah dan pengudaraan dalam tanah serta mencegah pertumbuhan rumpai.

Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloidesdan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.  Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar dua meter diantara tiap baris anak benih kelapa.  Bagi tanah BRIS disyorkan menanam kekacang jenis Stylosauthes gracillis secara berbaris dengan jarak satu meter ataupun secara berpetak 1.0 meter x 1.0 meter.  Biji benih kekacang penutup bumi hendaklah yang bermutu tinggi dengan kadar percambahan melebihi 80%.  Rawatan dengan air panas bersuhu 75oc (campuran dua bahagian air yang mendidih dengan satu bahagian air sejuk) disyorkan untuk memecahkan kulit biji benih yang keras.  Rendamkan biji benih di dalam air panas suam selama 2 jam sebelum ditoskan.  Biji benih yang telah dirawat dengan rawatan air panas mesti ditanam pada keesokan harinya.

Pembajaan bagi tanaman kekacang





Umur TanamanJenis BajaKuantiti Baja (Kg/Ha)
Semasa menanam (sepanjang laur tanaman)
3-4 minggu
3 bulan
8 bulan
Baja debu fostat asli
12:12:17:2 + TE
Baja debu fostat asli
Baja debu fostat asli
125
63
250
125
Jarak tanaman mengikut sistem tiga segi sama
Jenis KelapaJarak TanamanBilangan Pokok/Ha
Kelapa Tinggi
Kelapa MAWA
Kelapa Rendah
Kelapa Wangi
9 m x 9 m
8 m x 8 m
6 m x 6 m
6 m x 6 m
124
156
278
278
Penanaman di ladang
Saiz lubang tanaman berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m perlu disediakan.  Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah atas.  Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.  Anak-anak kelapa ini hendaklah terlebih dahulu disiram sebelum ditanam.  Aktiviti menanam perlu dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan.  Menanam anak kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan ditegakkan.  Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa.  Elakkan daripada memijak akar pokok.
Pemangkasan
Aktiviti pemangkasan dijalankan secara minima dengan penumpuan kepada pembuangan pelepah-pelepah tua sahaja.

Petai Dan Jering


Petai (Parkia speciosas Hassk.) dan Jering (Pithecellobium lobatum Senth.) adalah jenis tanaman dari keluarga Legumino-sae.  Biji petai dan jering amat digemari sebagai makanan ulam.  Petai mengandungi banyak zat terutama vitamin A, C dan zat galian.  Zat pemakanan pada jering adalah kalsiam dan besi.  Petai dan jering boleh dibuat rendang, direbus, masakan sambal tumis, acar dan jeruk.  Di segi kesihatan, khasiat kedua jenis ulam ini dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis.

PETAI
Petai berupa pohon yang tingginya antara 5-25 m.  Daunnya jenis berselang, bipinata dengan anak-anak daun yang kecil.  Kepala bunga berbentuk bebola di hujung julaian tangkai yang panjangnya 20-45 cm.  Setiap kepala bunga menghasilkan beberapa buah petai.  Setiap buah mengandungi 10-18 biji petai berkulit tipis dan berbau menusuk.  Biji petai yang digunakan mempunyai kulit buah yang berwarna hijau ketika matang.  Kulit petai tua bertukar menjadi perang atau hitam.
JERING
Jering berupa pohon yang tingginya mencapai 10-26 m.  Daunnya bersirip ganda dua.  Anak-anak daun muda berwarna ungu-coklat.  Bunganya berumbai tumbuh pada ketiak-ketiak daun yang sudah gugur.  Buahnya berupa lenggai berbentuk pipeh dan berbelit berwarna ungu tua.  Lenggai berisi 5-7 biji yang mempunyai kulit ari tipis berwarna coklat mengkilap.
Kesesuaian iklim dan tanah
Petai dan jering boleh ditanam di tanah rendah hingga dataran tanah yang tinggi 1,500 m daripada paras laut. Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.
Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik.  Tanah jenis peroi dalam terutamanya di kawasan cerun sedikit adalah paling baik.  Tanah gembur, tanah liat berpasir atau liat peroi juga didapati sesuai.
Penanaman
  • Menyedia anak benih

    Petai dan jering ditanam daripada biji.  Sebanyak 3-4 biji benih ditanam di dalam beg plastik berukuran 15 cm x 25 cm.  Hanya pilih satu anak benih yang subur sahaja selepas percambahan.

    Campuran tanah di dalam beg plastik mengandungi 2 bahagian pasir, 1 bahagian baja asli reput dan 1 bahagian tanah lapisan atas.

    Berikan naungan daripada cahaya matahari terik dengan menggunakan daun kelapa pada peringkat permulaan menanam.  Kurangkan lindungan berperingkat-peringkat sehingga ditanam ke ladang.  Anak benih ditanam di ladang apabila lebih kurang 15-20 cm tinggi.
  • Jarak tanaman dan cara menanam
    Jarak tanaman yang sesuai ialah 15 m x 15 m atau 20 m x 20 m empat segi sama (jaraknya lebih rapat untuk tanah yang kurang subur).  Pancang dan gali lubang sebesar 30 cm x 30 cm x 30 cm dan campurkan tahi lembu dan baja seperti rock phosphate.
    Tanam pokok pada awal musim hujan.  Buang beg plastik sebelum menanam pokok.  Selepas menanam, padatkan tanah di sekeliling pokok dan ikatkan pada kayu sokongan.
PENJAGAAN
  • Membaja
    Pokok petai dan jering boleh dibaja dengan baja dagangan ataupun baja organik.
     
  • Baja Dagangan

    Dua jenis baja yang diperlukan ialah baja tumbesar dan baja buah

    Baja Tumbesar : N:P205:K20 (14:14:14)  atau N:P205:K20: Mg0 (15:15:6:4)
    Baja Untuk Buah :  N:P205:K20: Mg0 (12:12:17:2)Tabur baja bertompok-tompok atau ke dalam parit kecil di sekeliling sudut pokok dan gaulkan ke dalam tanah.
    Syor pembajaan

    Untuk Pokok (tahun)Jenis BajaKadar Pembajaan
    (kg/pokok/tahun)
    Masa
    1
    Tumbesar0.53 bulan sekali terutama pada awal musim hujan.
    2
    Tumbesar0.13 bulan sekali terutama pada awal musim hujan.
    3Tumbesar2.02-3 kali setahun terutama pada awal musim hujan
    4Tumbesar3.02-3 kali setahun terutama pada awal musim hujan
    7Untuk buah6.01/2 bulan selepas musim buah.
    8-10Untuk buah7.0
    11-14Untuk buah8.0
    15Untuk buah9.01/2 bulan sebelum berbunga


  • Baja Asli

    Baja tahi lembu dan tahi kambing amat sesuai digunakan sebagai baja asli.  Baja-baja ini hendaklah dilonggokkan kira-kira 0.6 m - 0.9 m dari pangkal pokok.  Kadar ialah lebih kurang 4 pungkis sepokok, setiap 6 bulan sekali.  Baja-baja ini janganlah ditabur kerna akan menjadi cepat kering dan kurang berkesan.
Mengawal Rumpai
Apabila pokok masih muda, rumpai di keliling pokok boleh dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan.  Rumpai diantara pokok dan di keliling pokok yang lebih matang boleh dikawal dengan semburan paraquat sebanyak 20-25 c.c./4.5 liter air.  Buatkan sungkupan dengan daun-daun dan rumpai kering.
Mengawal Musuh dan Penyakit
Pokok petai biasanya diserang oleh ulat-ulat pengorek batang pada peringkat tumbesarannya.  Sebagai kawalan, kebersihan kebun hendaklah dijaga.  Semburan racun seperti trichlorphon atau gamma BHC 0.1% bahan aktif boleh digunakan untuk serangan yang teruk.
MEMUNGUT HASIL
Pokok petai menghasilkan buah selepas 5-10 tahun ditanam dan jering mula berbuah selepas 10-15 tahun ditanam.  Kutip buah daripada dahan tinggi dengan menggunakan kacip bergalah.  Potong tangkal buah serta rantingnya sekali sepanjang 25 cm.  Buang daun-daun dan ikat buah-buah dengan tangkainya.

Rumbia


PENGENALAN:
Sagu yang dihasilkan daripada batang rumbia (mulong) atau Metroxylon sagu mempunyai potensi yang semakin tinggi dalam industri makanan dan ubat-ubatan.
Secara tradisional bahan tanaman yang digunakan ialah sulur.  Sulur rumbia yang disemai dan dijadikan anak benih perlu diambil daripada pokok induk.  Kerja untuk mendapatkan sulur, penyediaan tapak semaian dan pemilihan sulur yang berkualiti menimbulkan beberapa masalah kepada pengusaha.  Tapak semaian sulur memerlukan kolam atau sungai dan rakit untuk pembesaran sulur, sebelum dipilih dan dipindahkan ke ladang.  Kaedah ini mempunyai kelemahan kerana kejayaan sekitar 60% sahaja.
Peranan nurseri rakit ini, lebih kepada pemuliharaan pertumbuhan pokok dan merawat kerosakan sulur.  Proses ini biasanya mengambil masa kira-kira 12 bulan sebelum sulur dipindahkan ke ladang.  Terdapat kaedah lain untuk menampung keperluan bahan tanaman iaitu penggunaan biji benih, jika bekalan biji rumbia banyak.
KAEDAH BIJI BENIH:
  • Pemilihan BIji Yang Berkualiti Diberi Keutamaan

    Bagi memastikan peratus percambahan yang tinggi, aspek kualiti biji benih hendaklah diberi keutamaan.  Buah rumbia yang hendak dijadikan biji benih mestilah dipilih daripada pokok induk yang matang (berumur kira-kira 12 tahun).  Untuk mendapatkan buahnya, cara biasa adalah dengan menebang pokok induk.  Walau bagaimanapun, teknik mengait (menjolok) tandan buah dengan galah atau mengutip buah matang yang gugur lebih digalakkan untuk kerja mengumpul buah ini.

    Buah rumbia hendaklah dipilih dengan mencucuk paku ke dalam buah.  Amalan demikian dilakukan untuk mengetahui keadaan biji di dalamnya.  Biji yang keras lebih baik sebagai biji benih.  Sebelum disemai, buah tersebut hendaklah dijemur di bawah cahaya matahari untuk menanggalkan kulit luarnya.  Teknik penjemuran ini dibuat dengan meletakkan buah tersebut di atas tanah atau di atas lapisan habuk sabut kelapa.
     
  • Tapak Semaian

    Terdapat 2 kaedah penyediaan tapak semaian yang sesuai, iaitu:-

    a)  tapak semaian pasir sahaja
    b)  tapak semaian dengan campuran tanah gambut, kapur dan baja akar.

Tapak semaian khas diperlukan untuk memudahkan kerja mengalih anak benih ke dalam polibeg.  Biji rumbia yang dipilih ditabur berbaris dan tersusun di dalam kotak semaian dan ditutup dengan menaburkan lapisan pasir yang nipis di atasnya.  Dalam masa 2-3 minggu kemudian, bintik kemerah-merahan akan keluar daripada biji benih tersebut dan proses pengeluaran akar dan tunas pun bermula.
Anak benih yang berumur kira-kira 1 bulan di tapak semaian (tinggi 6 cm) sesuai untuk dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 15 cm x 22 cm.  Campuran tanah yang diisi ke dalam polibeg terdiri daripada 3 bahagian tanah, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir.  Selepas itu, anak benih diletakkan di bawah lindungan 75% cahaya untuk mengalakkan pertumbuhan dan pembesaran pokok.  Amalan agronomi seperti pembajaan NPK, semburan baja daun  dan racun serangga dan kulat hendaklah dilakukan.
Beberapa kelebihan semaian biji benih adalah seperti  berikut:-
  • Dapat meningkatkan kualiti (bahan tanaman yang lebih seragam) dan kuantiti pengeluaran bahan tanaman
  • Pengeluaran bahan tanaman dapat dilakukan secar sistematik dan komersial
  • Menjimatkan kos dan masa
Berbanding dengan kaedah tradisional yang menggunakan sulur, pembiakan melalui biji benih lebih mudah kerana hanya memerlukan biji benih, tanah, polibeg dan nurseri.  Ia juga mudah diuruskan berbanding dengan kaedah sulur yang memerlukan kawasan nursari yang mempunyai punca air seperti kolam dan rakit.  Walau bagaimanapun penggunaan biji benih ialah langkah sementara sahaja semasa menunggu bahan tanaman terpilih yang dibiakkan secara tampang (Sumber: Agromedia Bil. 19).


 

Saguk - Ole-ole enak dari Bumi Kenyalang(Sumber:  Agromedia Bil. 10/2001)

Saguk atau sagu butir ialah makanan ringan tradisional kaum Melanau yang masih popular hingga ke hari ini.  Saguk berwarna coklat merah dan berbentuk bulat seperti mutiara.  Ia enak dimakan begitu sahaja dan lazimnya dijadikan hidangan pembuka selera.  Lebih emak lagi apabila ia dimakan dengan ikan bakar atau umai iaitu sejenis makanan tradisional yang berasaskan isi ikan mentah.  Bahkan, ia merupakan satu kemestian menghidangkan sasguk bersama umai. 
Apabila memperkatakan tentang saguk, penduduk Sarawak pasti akan mengaitkannya dengan pekan Dalat.  Sejak dahulu lagi pekan ini memang terkenal dengan saguk keluarannya.  Dalat ialah kawasan yang ditumbuhi pokok rumbia (sagu) yang paling luas di Sarawak.  Di sinilah tertumpunya pusat-pusat pemprosesan saguk.  Kebanyakan pusat ini diusahakan oleh penduduk Melanau yang sememangnya mahir dalam bidang tersebut.
Meskipun mesin moden telah diperkenalkan, pemprosesan saguk cara tradisional masih lagi diamalkan demi mengekalkan keasliannya.  Pemprosesan saguk secara tradisional biasanya dilakukan oleh kaum wanita untuk menyara hidup dengan bantuan ahli keluarga.  Proses ini memakan masa dan memerlukan kemahiran, ketekunan dan ketelitian.
Langkah pertama pemprosesan saguk ialah penyediaan lemantak.  Batang pokok rumbia yang matang (berusia lebih 10 tahun) ditebang, dikerat dan diparut menjadi serpihan isi rumbia yang dikenali sebagai po dalam bahasa Melanau.  Po akan dihenyak dan dibiarkan mendap selama beberapa jam bagi menghasilkan pati.  Mendapatan pati berwarna putih yang terhasil ialah lemantak yang merupakan ramuan utama saguk.
Dalam pemprosesan saguk, lemantak dicampur dengan ramuan lain seperti kelapa parut kering, santan, garam, dedak padi, gula dan telur.  Campuran ini diuli sehingga sebati.  Kemudian, campuran ini diayak dan digentel dengan tapak tangan untuk menghasilkan biji sagu mentah yang juga dikenali sebagai papah.  Proses ini mengambil masa kira-kira 3 jam.  Papah kemudiannya disalai atau dikeringkan di atas belangah iaitu sebuah dapur khas dibuat daripada tanah liat atau simen.  Papah dikacau dan dibalik-balikkan dari masa ke masa agar ia kering dengan rata dan tidak hangus.  Saguk yang telah kering dibiarkan sejuk sebelum diisi ke dalam bekas seperti tin atau plastik.
Saguk biasanya dijual dalam bungkusan plastik dengan harga RM1.00 sebungkus atau RM40.00 setin biskut.  Namun, harganya lebih bergantung pada gred dan kandungan ramuan.  Misalnya, jenis saguk yang bermutu tinggi boleh mencapai RM30.00 per kg.  Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, perusahaan memproses saguk kini merupakan sastu industri kampung yang boleh menjana sumber ekonomi.

Tebu



Nama Botani:    Saccharum offcinarum L.
Famili:    Gramineae

Deskripsi Tanaman
Sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula.  Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm.  Setiap ruas terdapat matatunas.  Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan.  Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan.
Iklim dan Tanah

Tebu kuning adalah sensitif kepada jenis tanah, kemarau dan foto period.  Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak 1500 mm.  Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, pokok tebu akan terbantut.  Tanah yang rata (0o-6o) serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna.  Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian adalah sesuai bagi tanaman tebu.

Penyediaan Tanah

Dua pusingan bajak piring sedalam 20 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar akan menentukan pertumbuhan pokok yang baik.  Alur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan.

Menanam

Tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan.  Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.  Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar.  Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris.  Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Pembajaan

Baja yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan
Jenis Baja
Masa
Amaun / Hektar
NPK 15:15:15
NPK 15:15:15
Urea
NPK 15:15:15
Semasa menanam
Umur 3 bulan
Umur 3 bulan
Umur 5 bulan
250 kg
250 kg
125 kg
300 kg
Jumlah KeseluruhanUrea
NPK 15:15:15
125 kg
800 kg


Tebu akan mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali.  Bagi kali kedua dan ketiga, baja NPK 15:15:15 sebanyak 800 kg dan urea sebanyak 125 kg. digunakan.
Kawalan Rumpai
Rumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan.  Racun pracambah, Atrazine pada kadar 4 liter / hektar digunakan sebaik sahaja keratan tebu ditanam.  Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan paraquat ataupun secara manual.
Penyelenggaraan Rumpun
Pangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3-5 bulan.  Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu dipasang.  Daun-daun kering dibuang apabila berumur 5 bulan.
Kawalan Serangga / Penyakit

  • Pengorek Batang 
    Sembur racun Endosulfan (Thiodan).  Bakar batang-batang tebu yang telah diserang.
  • Bulir Hitam
    Rendam benih tebu dalam air panas 50o bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam.  Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.
Memungut Hasil
Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun.  Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.

Vanila



Vanila adalah sejenis tanaman rempah yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Penanaman vanila tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas tetapi ia memerlukan keadaan yang sesuai serta penjagaan yang rapi. Vanila sangat sensitif kepada keadaan persekitaran maka dengan itu pengetahuan teknikal yang baik adalah amat  diperlukan.
Vanila mula ditanam di Pulau Jawa kemudian di Bali, Lampung, Acheh dan Sumatera  Barat dari digelar 'emas hijau' kerana harga pasaran yang tinggi.  Vanila dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang mengandungi vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla Bean.
Vanila dari variati Vanilla Planifolio Andrews telah dikenal pasti sesuai ditanam di Sabah. Penggunaan vanila adalah meluas dalam industri makanan, perubatan, kosmetik, wangian, tayar, cat dan sebagainya. Dianggarkan bahawa penggunaan vanila asli di dunia hanyalah 3% sahaja manakala 97% lagi adalah vanila sintatik. Dengan kesedaran terhadap penggunaan barangan asli, permintaan vanila asli semakin meningkat.
Penanaman
Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50%.  Jadi persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya.  Jarak tanaman yang disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris.  Dengan jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar.
Bagi memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai.  Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm.  Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung.  Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam.
Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok.  Jarak antara lubang untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm.
Anak Benih
Benih daripada keratan sepanjang 1.5 m digunakan.  Bahagian tiga ruas yang terbawah dibuang daunnya dan dicucukkan ke dalam lubang tanaman.  Bahagian keratan yang berada di atas permukaan tanah diikat pada pokok tumpang supaya dapat melekat dan memanjat.  Setelah pokok mencapai ketinggian 5 kaki, ia akan digayut juntai ke bawah, ke atas dan ke bawah.  Pencantasan boleh dilakukan untuk mendapatkan cabang-cabang baru bagi menghasilkan buah yang lebat.
Pokok vanila biasanya akan berbunga setelah berusia 2 tahun dan tidak berbuah jika tidak didebungakan.  Bunga vanila mula berkembang setelah 12 malam dan layu pada 12 tengahari.  Kerja-kerja pendebungaan akan dijalankan waktu pagi hingga tengahari.  Pucuk vanila dicantas sepanjang 15 cm bagi menggalakkan pengeluaran buah lebih baik dan mengambil masa 8-9 bulan untuk matang dan sedia untuk dipetik.  Setiap tandan mengandungi antara 15-20 biji buah tetapi buah yang kurang baik akan dibuang dan 10-16 biji dibiarkan setandan.  Biasanya vanila mengeluarkan hasil setahun sekali.
Penyelenggaraan tanaman
Bagi menjamin hasil yang baik, pokok vanila perlu diselenggara dengan betul.  Ketinggian yang disyorkan tidak melebihi 2 m.  Aras lindungan hendaklah dikekalkan antara 30-50 % dengan mencantas pokok penaung sekiranya terlalu gelap.  Pokok vanila perlu dipangkas untuk merangsang pertumbuhan cabang supaya dapat menghasilkan buah yang lebat dan bermutu tinggi.  Selain baja asas semasa menanam, baja NPK (15:15:15) boleh diberikan pada kadar 1 kg sepokok iaitu setiap 4 bulan.  Bagi tanaman yang belum mengeluarkan hasil, baja daun perlu disembur pada kadar 0.5 kg/ha dua minggu sekali.  Pemberian baja daun ini hendaklah dikurangkan apabila tanaman sudah mengeluarkan hasil.
Setiap pokok berupaya menghasilkan sehingga 6 kg buah vanila mengikut benih dan kaedah pengurusan.  Buah dipetik berperingkat-peringkat mengikut kematangan dan buah cukup matang berwarna hijau pudar dan kuning dihujung.  Buah perlu dipetik sebelum hujungnya pecah bagi mendapat gred terbaik dan buah vanila tidak matang tidak mempunyai nilai kerana kandungan vanilinnya rendah.  Buah vanila yang cukup matang akan dipetik dan diasingkan mengikut gred yang telah ditetapkan.  Buah ini akan disusun selari dalam bekas kotak sederhana besar dan dihantar ke pusat pengumpulan.
Tanaman vanila dijangka dapat menjana pendapatan lumayan kerana boleh ditanam dalam kepadatan tinggi iatu satu ekar dengan 1,600-2,000 batang pokok. Pokok vanila juga boleh dijadikan tanaman sampingan sekiranya diusahakan di kebun atau ladang tanpa menjejaskan tanaman yang sedia ada. Projek penanaman vanila hanya memakan masa 1 - 12 tahun kerana selepas tempoh berkenaan pokok vanila tidak produktif dan petani perlu menjalankan penanaman semula.

Padi



Tauge


Pendahuluan:
Tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina.  Kajian menunjukkan penghasilan tauge merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju.  Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan tauge perlu diberi pengamalan dan dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran.
Kaedah dan Pemerhatian:
Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah, hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada penghasilan.  Pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air dan luang pasaran adalah untuk memastikan projek yang berterusan. Bahan mentah terutama benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik dan diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.
Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam.  Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai dan menggaul dengan Siako (selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah, boleh memberikan hasil yang paling tinggi di mana 11 kg. benih menghasilkan 8.7 kg. tauge dan keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon.  Untuk percambahan, penggunaan tong-tong plastik yang telah digunakan atau recycle container yang tebal dan tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah.
Proses Pengeluaran Tauge
Menyediakan persekitaran dan lokasi
|
Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)
|
Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)
|
Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
|
Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu, 1.5% Sontoso)
|
Mengetos (digaul dengan 1% Siako)
|
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian)
|
Menyiram (2-4 jam sekali)
|
Mengasingkan kulit
|
Membungkus
|
Menjual
Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebabkan hasil tauge rendah.  Pemerhatian yang dijalankan di PKT Serdang menunjukkan jarak antara siraman 3 dan 4 jam memberikan hasil tauge 6.4 kg dan 5.3 kg berbandingan dengan 8.7 kg. tauge pada jarak masa siraman 2 jam.
Tauge yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana tauge lebih tahan dijual secara kering.  Tauge yang hendak dijual hendaklah dipastikan supaya sampai kepada pengguna dalam keadaan segar.
 
PENGHASILAN TAUGE CARA AUTOMATIK
(Sumber:  Dipetik dari Akhbar Tani Bil. 1/2001)

Dalam pengeluaran tauge, antara masalah yang dihadapi ialah ketidak seragaman waktu penyiraman, isipadu air siraman yang tidak konsisten, kegagalan menyiram pada waktu malam, penggunaan buruh yang intensif, hasil tidak konsisten, tempoh pengeluaran yang lebih panjang dan pengasingan kulit biji daripada tauge.  Hasil tauge kurang berkualiti iaitu tauge yang halus, akar panjang, akar pendek, kulit atau testa terlekat pada tauge dan tidak tahan disimpan lama.  Kualiti tauge yang dikeluarkan secara manual berubah kerana suhu dalam tong percambahan tidak menentu. Suhu dipengaruhi oleh kekerapan siraman dan kuantiti air.
Bagi memudahkan kerja menyiram tauge serta meningkatkan hasil dan kualiti tauge, sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Amat Khri bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor telah merekacipta Set Pengeluaran Tauge Automatik (SepTA) yang membolehkan siraman dijalankan secara automatik dengan kos sebanyak RM500.00.
Sistem Pengairan
SepTA terdiri daripada tiga (3) komponen asas iaitu sistem pengairan, pelaras masa Galcon (timer) dan tong penanaman.  Sistem pengairan ini digunakan bagi memudahkan kerja siraman air secara berjadual dan kuantiti air siraman yang sekata dapat dilakukan secara automatis.  Secara umumnya, bahagian dan peralatan bagi sistem ini ialah PVC tubing, injap kawalan (control valves) dan nozel kabus.  Punca air diperolehi daripada paip air rumah.
Setiap unit asas sistem ini mengandungi empat (4) cabang aliran air keluar di mana setiap satunya mempunyai injap kawalan.  Empat aliran air keluar diselaraskan dengan tempoh pengeluaran tauge di dalam tong percambahan iaitu selama 4 hari.  Susunan boleh diubahsuai tetapi untuk pengeluaran berterusan (harian) mesti mempunyai 4 arah aliran air keluar.
Nozel yang digunakan ialah jenis 'spray jet' dan bersambung kepada 'rigid riser'.  Pada tekanan 10-15 psi, nozel ini menghasilkan semburan berbentuk kabus (mist) dan menyiram air dengan kadar 50 liter/jam.  Nozel jenis ini amat sesuai untuk siraman tauge kerana siramannya sekata, kadar aliran yang tetap dan isipadu siraman yang rendah.  Siraman selama 5 minit dengan kekerapan 90 minit sekali, selama 4 hari hanya menggunakan sebanyak 270 liter air sahaja.
Pelarasan Masa Galcon (Timer)
Pelaras masa (Timer) jenis Galcon ialah alat yang mengawal masa bagi membolehkan sistem pengairan dapat membuat siraman secara automatik.  Dengan berbekal kuasa dua biji bateri 9V, pelaras masa Galcon mempunyai kawalan masa minimum sehingga 5 minit.  Jangka hayat minimum bateri ialah 15 bulan.  Kuasa bateri hanya diperlukan untuk membuka 'solonoid valve' sahaja.  Penutupan semula berlaku dengan tolakan spring.  Alat kawalan ini amat mudah digunakan.  Hanya 2 pelarasan sahaja perlu dibuat iaitu tempoh siraman dan kekerapan siraman.
Tong Penanaman
Tong yang digunakan ialah tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter dengan ketinggian 60 cm (seperti tong sampah).  Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur.  Bahagian bawah tong, dibuat 20-30 lubang bergaris pusat 4-5 mm.  Lubang ini bertujuan mengalir air siraman keluar.  Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.Dengan tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 - 2.0 kg dan kapasiti pengeluaran tauge ialah 10 - 15 kg setiap tong.  (Setiap 1 kg. benih kacang boleh menghasilkan 7-9 kg. tauge).
Operasi SePTA
Secara ringkasnya, operasi SePTA adalah seperti berikut:-
  1. Sambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah.
  2. Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, waterring cycle No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit).
  3. Pasangkan 2 biji bateri 9V
  4. Tekan butang operasi (di bahagian bawah 'timer')
  5. Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto)
  6. Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0 kg. kacang)
Set model pengeluaran tauge automatik memudahkan pengeluaran taugeh secara komersil, murah dan menguntungkan.  Penggunaan alat pelaras masa Galcon mengurangkan penggunaan air untuk siraman.  Dengan rekacipta SePTA, penjimatan masa dilihat daripada aspek menyiram air, membersihkan tauge daripada kulit benih dan pusingan pengeluaran. 


Perhatian !
Alat ini telah dicipta oleh sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Ahmat Khir bin  Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Pertanian Ayer Hitam Johor pada bulan April 1999 dengan kos (bahan dan upah penyediaan) sebanyak RM500.00 seunit.

Hasil Meningkat
Inovasi SePTA berjaya meningkatkan hasil tauge daripada 6 kg purata kepada 9 kg. purata bagi setiap kilogram benih kacang, iaitu peningkatan sebanyak 3 kg. atau 50%.
Kepuasan Hati Pelanggan
Selain daripada aspek pengurangkan kos, penjimatan masa dan peningkatan hasil, rekacipta SePTA sebagai teknologi tinggi, modal yang rendah, kos operasi yang rendah serta mudah dikendalikan.  Pengeluaran tauge boleh dikawal berdasarkan permintaan pasaran.  Inovasi yang diperkenalkan ini menyebabkan pengusaha dapat menjimatkan masa yang amat banyak untuk kerja-kerja penyiraman.  Pengusaha juga tidak terikat dengan waktu atau kekerapan siraman berbanding secara manual.
Kapasiti Pengeluaran Boleh Ditingkatkan
Pengeluaran boleh ditingkatkan sehingga mencapai 60-160 kg. tauge sehari dengan menambah bilangan saiz tong yang sama atau menukar saiz tong yang lebih besar.  Penukaran saiz tong adalah dari segi garispusatnya.  Ketinggian optimum yang disyorkan tidak melebihi 80 tan.
Tempoh Pulangan Modal Yang Singkat
Dengan SePTA, pengusaha boleh mendapat kembali modal yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh 2 tahun atau dengan menanam 100 kg benih kacang.
Kualiti Hasil Yang Tinggi dan Konsisten
Kualiti tauge yang dihasilkan oleh SePTA lebih tinggi serta konsisten, iaitu tauge yang gemuk, putih dan berakar pendek serta tahan disimpan.  Keberkesanan SePTA telah mendapat pengiktirafan Jabatan Pertanian apabila inovasi ini memenangani Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian 2000.  Inovasi ini juga diterima sebagai salah satu teknologi yang akan disebarkan kepada para petani untuk diterima pakai.