Halia
Halia (Zingiber officinale Rsc.) adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan. Rizom halia banyak digunakan sebagai rempah perasa dalam makanan dan ubat.
Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut. Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan.
|
PENANAMAN
Tanah dan Iklim:Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walau bagaimanapun ianya boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8. Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.
PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN
Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas. Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar. Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam. Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan berlakunya penyakit layu.
PENYEDIAAN TANAHTenggala dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi 61 cm antara batas.
MENANAM DI LADANG
Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu percambahan rizom-rozom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi; dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,796 pokok sehektar.
Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan 'mata' menghala ke atas. Kambus dan kejapkan tanah. Beri naungan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.
Pembajaan bagi jarak tanaman halia 0.25 m x 0.5 m
Kepadatan tanaman sehektar (pokok) | Keperluan benih sehektar | Masa membaja | Jenis baja | Kadar baja sehektar | Umur mula berhasil (bulan) | Tempoh pengeluaran hasil | Anggaran hasil sehektar |
51,200 | 1,500 kg umbisi | 1 MST 24 HLT 56 HLT 84 HLT 112 HLT 140 HLT | Tahi ayam 12:12:17:2 12:12:17:2 12:12:17:2 12:12:17:2 12:12:17:2 | 3-5 mt 300 kg 300 kg 300 kg 300 kg 300 kg | 8-9 Halia tua 4.5-5 Halia muda | - | 15-22 mt 9.0 mt |
Nota: MST - Minggu sebelum tanam HLT -Hari lepas tuai
PENJAGAAN
- Pembajaan
Disyorkan mengikut keadaan tanah.
Tanah gambut - gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os dan 236 kg K20 sehektar. Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os dan 112 kg K20 sehektar. - Merumput
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.
MEMUNGUT HASILHalia dituai sebagai halia muda yang berumur 41/2 - 5 bulan dan halia tua berumur 9 bulan selepas menanam. Kelewatan memungut hasilnya akan meninggikan kandungan sabut.
PENYAKIT, PENYEBAB SERTA KAWALANNYA
- Layu baketeria (Ralstonia soslanacearum)
Daun kering perang keemasan, layu dan kering. Batang dan rhizom menjadi lembik dan busuk. Guna benih dari pokok yang bebas penyakit. Musnah pokok yang berpenyakit dan elak menanam halia di kawasan yang sama. Dapatkan saliran ladang yang baik. - Reput akar (Phytophthora spp.)
Bahagian yang diserang berair dengan cepat dan reput. Gilirkan tanaman - Ulat pengorek (Udasspes folus)
Sembur racun Pemethrin atau Methamidophos. - Bintik Daun (Phyllosticta zaingibera)
Sembur racun kulat Benomyl.
PENGUTIPAN HASIL
Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5 bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (batang daun mula menjadi kuning). Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari, akan kehilangan air dan mutunya merosot. Hasil tua adalah diantara 12-18 tan/hektar dan halia muda ialah 9 tan/hektar. Hasil purata halia tua ialah 15 tan/hektar.
Lada Hitam
JENIS
Jenis yang ditanam ialah jenis Kuching yang berasal dari India.
KEADAAN TANAH DAN IKLIM
Hidup subur di kebanyakan jenis tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi dan mempunyai pengaliran air yang sempurna. Tanah yang tidak begitu sesuai ialah tanah liat padat, tanah gambut, tanah pasir dan kawasan yang selalu kena banjir. Curam lereng bukit jangan melebihi 15 darjah. Di Johor Selatan lada hitam tumbuh subur di tanah Siri Rengam.
Tanah dibersihkan dan kerja-kerja memancang untuk menanda lubang tanaman dilakukan. Di tanah berbukit, teres-teres dibuat selebar 1.5 meter (5 kaki).
PENANAMAN
- Menyedia benih
Benih diperolehi dari keratan pucuk batang (terminal stem) yang mengandungi 7 buku. Keratan-keratan disemai selama 8 minggu sebelum ditanam ke ladang. Jarak semaian adalah 15 cm - 20 cm (6-8 inci). 3 atau 4 dari 7 buku keratan ditanam ke dalam tanah atau pasir tempat semaian. Keratan mula tumbuh selepas 7-10 hari di tapak semaian.
- Jarak tanaman
Yang diamalkan oleh peladang ialah 2.4 m x 2.4 m (8 x 8 kaki), 2.4 m x 2.1 m (8 x 7 kaki) dan 2.4 m x 1.8 m (8 x 6 kaki). Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.4 m x 2.4 m memberikan 1,735 pokok sehektar (680 pokok seekar). - Menanam
Lubang yang cetek dibuat di tengah busut tanaman. 3 atau 4 dari buku keratan semaian yang telah berakar ditanam dan tanah di sekeliling keratan dikejapkan. Bahagian atas keratan diikat longar-longar ke kayu penyokong sementara atau penyokong tetap. Selepas disiram diberi lindungan. Lindungan dijarangkan sedikit demi sedikit dan selepas 8 minggu bolehlah dibuang. - Kayu penyokong tetap
Dari kayu keras berukuran 15 cm x 15 cm (6 x 6 inci) dan 3 cm (12 kaki) panjang. Jenis kayu yang biasa digunakan ialah kayu balau, resak, tempinis dan cengal. Kayu penyokong tetap boleh dipacak sebelum menanam atau selepas pokok berumur 4 bulan bagi mengganti kayu penyokong sementara. Kayu penyokong yang mutunya rendah akan menjadi pembawa kulat.
PENJAGAAN
- Mengawal rumpai
Kerja merumput dan menimbun tanah di sekeliling perdu pokok biasanya dijalankan serentak. Sungkupan dibubuh untuk mengurangkan pertumbuhan rumput rampai dan menjaga kelembapan tanah. Jika menggunakan racun rumput "paraquat", ikut kadar yang disyorkan kerana ini adalah sesuai dan selamat. - MembajaBaja campuran, 13% Nitrogen (N), 6% Phosphorus (F205), 18% Kaliam (K20) dan 4% Magnesium (MgO).
Tahun pertama Tahun kedua |
-
- | 0.9 kg (2 lb) dolomite 113 kg (4 lb) baja campuran/sepokok/sekali. Dibubuh 2 bulan sekali. |
Tahun ketiga |
-
| 0.5 kg (1 lb) dolomite/sepokok/setahun, 227 gm (8 oz) baja campuran/sepokok/sekali pembajaan. Bagi pembajaan ketiga dan keempat 0.3 kg (12 oz) baja campuran/sepokok/sekali pembajaan. |
- Kutu penghisap daun (Pepper tingid bug)
- Kutu penghisap buah (Green pepper bug) A
- Serangga pemakan daun (Tree hopper)
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan bancuhan 43 c.c. (1 1/2 oz cecair) Malathion 50% dalam 18 litre (4 gelen) air atau 42 g ( 1/2 oz) Agrocide 26 D.P. dalam 18 litre (4 gelen) air.
- Koya (Mealy bugs)
- Teritip pokok (Scale insects) B
- Kutu daun (Aphide)
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan 170 c.c.(6 oz cecair) minyak putih Albolineum dalam 11 litre ( 2 1/2 gelen) air atau 28 c.c. (1 oz cecair) Malathion 50% dalam 16 litre (3 1/2 gelen) air.
- Kumbang pengorek batang (Pepper weevil)
71 c.c. (2 1/2 oz) Agrocide dalam 23 litre (5 gelen) air atau dengan cara mengawal di bahagian A di atas.
- Reput akar (Foot rot) - Phytophthora palmivora butlerPokok menjadi kuning dan terbantut. Daun dan dahan kecil mudah gugur sehingga pokok kelihatan tidak berdaun. Gunakan Captafol atau Etridiazole. Sembur keliling bahagian pangkal dan di bahagian bawah pokok pada musim hujan sekiranya Phytophthora dapat dikesan. Tentukan saliran yang baik di ladang. Cantas dahan-dahan mulai dari pangkal pokok hingga 1 kaki tinggi. Jangan guna baja nitrogen berlebihan. Buang semua pokok-pokok yang berpenyakit. Dedah tempat-tempat yang diserang supaya kena cahaya matahari.
- Reput pangkal - Phytophtora palmivora
Daun menjadi layu, kuning dan gugur. Bahagian yang berpenyakit berwarna hitam. Boleh mengakibatkan kematian pokok setinggi 70-90%. - Penyakit akar (White root) - Rigidoporus lignosus Klotzsch ImazekiGunakan Quintozene. Buang bahagian-bahagian yang kena penyakit dan basahkan di sekeliling/ pangkal pokok secukupnya dengan campuran racun ini. Cabut pokok dan musnah jika penyakit terlalu teruk. Jika membuka kawasan-kawasan baru, cabut dan abar semua tunggul-tunggul dan akar-akar. Sentiasa periksa kawasan-kawasan yang selalu terdapat penyakit ini.
- Penyakit virus - Stunt virus disease)Penyakit ini hanya terdapat di Sarawak sahaja.
- Bintik daun (Leaf spot) - Colletotrichum piperis CordaThiram/Copper oxychloride/Captan/Mencozeb pada 0.2% bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang terkena penyakit.
- Karat merah (Red rust) -Cephaleuros parasiticaGuna Cuprous oxide atau sebarang racun kulat jenis ini pada kadar 0.2% bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang terkena penyakit.
- Penyakit buah hitam (Black berry disease) - Caphaleuros virescens KunzeGuna Triadimefon atau Carbendazim. Semburan pertama bila 50% daripada sagaran telah terbentuk, diikuti dengan 2-3 kali semburan bagi tiap-tiap 2-3 minggu. Pokok tua dan pokok yang rosak adalah lebih peka. Jenis yang tahan adalah seperti Djambi.
- Penyakit lembut (Velvet blight) - Septobasidium spp.Guna Benomyl (0.08% bahan aktif) atau Captafol (0.2% bahan aktif) atau Copper oxychloride (0.1% bahan aktif). Sembur apabila daun, cabang-cabang dan sagaran buah yang diserang telah dibuang. Pemeriksaan ke atas pokok-pokok perlu dijalankan lebih kerap apabila kulat perosak telah dapat dikesan. Cantas dan bakar semua cabang, daun dan bahagian yang diserang.
MEMUNGUT HASIL
Masa yang sesuai untuk memetik buahnya ialah 8-9 bulan selepas berbunga. Hasil pertama diperolehi 30-36 bulan selepas menanam. Hasil tertinggi bila pokok berumur 5-8 tahun. Bila sebiji buah lada hitam dalam satu tangkai menjadi masak merah maka keseluruhan tangkai boleh dipetik.
Mengkudu
Penanaman
Kebanyakan penanam menggunakan biji benih sebagai bahan tanaman. Biji benih mudah didapati kerana sebiji buah mengkudu bersaiz sederhana besar mengandungi 280-300 biji benih. Pembiakan boleh juga dilakukan secara tampang. Penanaman secara ini boleh mengekalkan sifat baka pokok induk seperti saiz dan bentuk buah.
Semaian benih
Pokok mengkudu boleh ditanam menggunakan anak pokok dari biji benih. Buah mengkudu dikutip dan diproses untuk mengeluarkan biji. Biji disemai di dalam kotak semaian. Biji benih akan bercambah dalam masa satu bulan. Anak-anak pokok yang telah bercambah dan tumbuh berhampiran dengan pokok induk boleh juga digunakan sebagai bahan tanaman. Anak pokok dialih ke dalam polibeg di peringkat anak pokok mempunyai 3 helai daun. Selepas 3 bulan di dalam polibeg, anak pokok boleh ditanam di ladang. Sebelum ditanam, anak pokok perlu diasakkan dengan mendedahkannya kepada cahaya matahari.
Jarak Tanaman
Anak pokok mengkudu disyorkan ditanam dengan jarak 15 x 15 kaki (1936 pokok/ha) atau 20 x 20 kaki (1089 pokok/ha). Semasa menanam, disyorkan dibubuh 0.5 kg CIRP dan 1 kg bahan organik selubang.
Pembajaan
Untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik, pembajaan secara berjadual adalah penting. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Disyorkan pokok induk yang dipilih dilentur bagi merangsang pengeluaran tunas-tunas dari batang pokok dengan lebih banyak. Peratus pengakaran beberapa jenis keratan batang mengkudu ialah:-
Disyorkan pokok induk yang dipilih dilentur bagi merangsang pengeluaran tunas-tunas dari batang pokok dengan lebih banyak. Peratus pengakaran beberapa jenis keratan batang mengkudu ialah:-
| ||||||||||||
Mengkudu - pembiakan melalui keratan
Pembiakan pokok mengkudu, seperti juga beberapa tanaman saka yang lain, boleh dilakukan secara tampang. Penanaman secara ini boleh mengekalkan sifat baka pokok induk seperti saiz dan bentuk buah, dengan syarat penjagaan yang baik diberikan.
Dalam usaha mendapatkan baka pokok mengkudu yang lebih bermutu melalui penanaman secara klon, satu penilaian awal dari segi keupayaan pengakaran keratan (tanpa menggunakan hormon penggalak akar) telah dijalankan. Kajian ini telah dilaksanakan di tapak semaian yang diberikan lebih kurang 70% lindungan cahaya. Media pengakaran ialah campuran 50% tanah dan 50% pasir. Setiap keratan ditanam dalam polibeg berukuran 8 cm x 16 cm. Semaian disiram setiap hari sekiranya tidak hujan.
Sebanyak tujuh jenis keratan dari bahagian tunas/salur air dan dahan pokok telah digunakan. Pembahagian jenis keratan, berdasarkan kelembutan/kekerasan kayu keratan berkenaan. Selepas tiga bulan ditanam didapati bahagian hujung/pucuk tunas air memberikan peratusan hidup dan berakar yang paling tinggi iaitu diantara 60-90%. Manakala jenis keratan yang sama dari dahan sebanyak 40-60% sahaja yang hidup. Tunas air keratan batang yang berkayu keras boleh digunakan tetapi peratusan yang boleh hidup lebih rendah iaitu antara 47-70%, manakala keratan dari batang tunas air berkayu lembut dan dahan berkayu separa keras yang boleh hidup cuma 10-30%. Dalam kajian ini didapati keratan tunas air berkayu separas keras dan dahan berkayu keras tidak sesuai langsung untuk digunakan kerana tidak mengeluarkan akar.
Bagi tujuan mendapatkan bahan tanaman daripada keratan tunas air, disyorkan supaya pokok induk yang dipilih dilentur bagi merangsang pengeluaran tunas-tunas dari batang pokok dengan lebih banyak.
|
Khasiat Buah Durian Belanda Yang Kita Tak Pernah Ambil Tahu
Khasiat Buah Durian Belanda Yang Kita Tak Pernah Ambil Tahu | Banyak khasiat buah durian belanda yang masih menjadi rahsia atau di rahsiakan.Tahukah anda Durian Belanda ini sebagai agen yang berkesan dan kuat dalam mematikan kanser dalam badan kita. Disebabkan perkara ajaib ini lah, rahsia perubatan kuno ini terus di simpan (tidak disebarkan kelebihannya) kerana dunia perubatan ( pakar kanser) risau ciptaan ubat kimia mereka nanti tidak laku.
Tahukah anda khasiat buah durian belanda ini 1000 kali lebih elok dari membuat kimoterapi. Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kimo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Institut Sains Kesihatan Amerika telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang memeranjatkan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Khasiat Buah Durian Belanda Terbaik!
1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !
7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan !
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar telah melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola (durian belanda) yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola (durian belanda) secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola (durian belanda), mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola (durian belanda) terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola (durian belanda), mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola (durian belanda) mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola (durian belanda), akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola (durian belanda), dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.
Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
ReplyDeleteπ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570