SAYUR,Asparagus,Bayam,Brokoli,Cili,Cendawan

Asparagus Tanah Rendah

 
Nama Saintifik
Famili
:   Asparagus officinalis L.
:   Asparagaceae
PENDAHULUAN:

Asparagus (Asparagus Officinalis) ialah sejenis tanaman sayuran jangka panjang yang berasal dari kawasan Timur Mediterranean.  Kini asparagus banyak ditanam di negara-negara lain termasuk di kawasan tropika.  Di kawasan hawa sederhana, sayuran ini tidak mengeluarkan sulur di musim sejuk, tetapi sebaliknya sulur akan keluar di musim bunga dan musim gugur.  Sulur inilah dipungut sebagai sayuran.  Di Malaysia didapati tanaman asparagus mengeluarkan sulur di sepanjang tahun.  Sulur-sulur yang tidak dipungut akan membesar dan mengeluarkan daun.
KANDUNGAN ZAT PEMAKANAN
Asparagus mempunyai nilai pemakanan yang agak tinggi kerana ia banyak mengandungi vitamin (Vitamin A, B1, B2 dan C) dan zat-zat galian (Kalsium dan besi).  Aspargagus segar mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus protin, gula dan selulosa.
KEADAAN POKOK

Pokok asparagus tumbuh menegak sehingga lebih kurang 2 meter tinggi dan bercabang-cabang.  Daunnya halus seperti jarum, keluar dari bahagian bukunya.   Bilangan daun di setiap buku ialah di antara 5 hingga 12 tangkai.  Kebanyakan akar tersebar 30 cm di bawah paras tanah.  Pucuk pada rizom akan tumbuh menjadi sulur dan keluar di permukaan tanah.  Pada pokok matang, sulur boleh dipungut 3 hingga 5 hari selepas keluar dari tanah.
JENIS-JENIS ASPARAGUS

Jenis asparagus yang sesuai dan berpotensi ditanam di tanah rendah ialah Mary Washington, Califonia 309, California 500, Rutger Beacon (F1), Glory of Brunswick, Early of Argenteuil, UC 157 ,UC 72, UC 800, UC 500, US Hybrid (F1).  antara jenis-jenis yang telah diuji di tanah rendah ialah jenis Mary Washington, California 309, UC 800, UC 500, UC Hybrid dan Rutger Beacon.  Jenis-jenis yang mempunyai potensi untuk ditanam di kawasan tanah rendah ialah Mary Washington dan California 309.   Bagaimanapun hasil penyelidikan mendapati jenis Mary Washington senang diserang penyakit.
KESESUAIAN IKLIM DAN TANAH
Iklim:

Semasa menyemai, biji benih asparagus memerlukan suhu di antara 15oC hingga 30oC untuk mendapatkan percambahan yang tinggi.  Suhu semasa menanam di ladang hendaklah di antara 22oC hingga 28oC di waktu siang dan 17oC hingga 22oC di waktu malam.
Tanah:
Tanaman asparagus boleh ditanam di atas semua jenis tanah.  Ia hidup subur dan boleh mengeluarkan hasil yang tinggi di atas tanah jenis ringan seperti lom berpasir atau lom berkelodak yang kaya dengan bahan organik serta tidak bertakung air.
Tanaman ini sesuai ditanam di tanah yang mempunyai pH di antara 5.5 hingga 6.7.  Sekiranya pH tanah kurang daripada 5.5, sebanyak 2 hingga 3 tan kapur sehektar perlu ditabur.
PENANAMAN
Penyediaan Tanah:
Bersihkan kawasan daripada rumpai kemudian bajak sedalam 30 cm bersama-sama dengan baja organik dan kapur.  Buat batas yang berukuran setinggi 15 cm hingga 20 cm, lebar 80 cm hingga 180 cm dan 20 m hingga 50 m panjang.
Penyediaan Anak Benih:
Biasanya asparagus ditanam daripada biji benih.  Ia juga boleh ditanam daripada keratan rizom.  Bagi setiap hektar kawasan sebanyak 1.5 kg biji benih diperlukan.  Biji benih ini disemai terus ke dalam petak semaian atau polibeg (campuran tanah mengandungi 3 bahagian tanah lapisan atas, 2 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik).  Sebanyak 2 hingga 3 biji benih disemai di setiap polibeg.  Biji benih akan bercambah dalam masa 1 hingga 2 minggu.   Peringkat semaian mengambil masa 2 hingga 3 bulan.
Menanam Ke ladang:
Biasanya asparagus ditanam di atas batas.  Batas boleh dibuat sebelum atau selepas menanam.  Ukuran batas ialah di antara 80 cm hingga 180 cm lebar dan tinggi sekurang-kurangnya 15 cm hingga 20 cm.  Anak benih ditanam sedalam 15 cm.  Asparagus juga boleh ditanam di atas tanah rata yang telah dibajak.  Batas dibuat di peringkat pokok sedang membesar dengan menaikkan tanah beransur-ansur.
Menanam di dalam alur dan dengan menggunakan rizom sesuai bagi kawasan kering.  Cara begini didapati akar dan pokok lebih tegap.  Alur dibuat sedalam 15 hingga 20 cm, lebar antara 15 hingga 20 cm dan jarak antara atur ialah 160 cm.  Anak benih ditanam sedalam 10 hingga 15 cm kemudian timbus secara beransur-ansur ketika pokok membesar.  Sekiranya menggunakan rizom, timbus dengan tanah setebal 5 hingga 8 cm.

Jarak Tanaman:
Asparagus boleh ditanam dalam sebaris atau dua baris berpasang.  Jarak tanaman bagi cara sebaris ialah 30 cm antara pokok dalam barisan dan 120 cm hingga 150 cm antara barisan.  Bagi cara dua baris berpasang pula, jarak antara pokok dalam barisan ialah 30 cm dan jarak antara barisan ialah 45 cm.  Jumlah pokok yang boleh ditanam dalam sehektar kawasan ialah lebih kurang 20,000 pokok.
PENJAGAAN
Menyiram:
Penyiraman yang lebih kerap perlu dijalankan di peringkat awal pertumbuhan dan sekiranya cuaca panas.  Sungkupan diperlukan untuk menjaga kelembapan serta suhu tanah disamping mengawal rumpai.
Membaja:
Bagi tanah yang tidak subur tambah baja organik seperti tahi ayam, tahi lembu dan lain-lain sebanyak 25 tan sehektar setahun.  Bagi kawasan sederhana subur pula sebanyak 2.5 tan baja sehektar diperlukan dan digaul di lapisan atas batas atau alur penanaman.
Pembajaan baja bukan organik yang disyorkan bagi tanaman asparagus ialah seperti berikut:-
Contoh Jenis Baja Yang Boleh Digunakan Dalam
Program Pembajaan Asparagus



Masa
Jenis dan Jumlah Unsur
Contoh Jenis Baja Yang Boleh
Digunakan (kg / ha)
M0
P205 K2
Semasa menanam62.5-125125-25062.5-125  433-866 kg. baja sebatian
  12:12:17:2 = TE
  510-520 kg. Triplesuperphosphate
  21-42 kg. Urea
Selepas tiap-tiap
kutipan hasil
125-187.5125-250125-187.5  866-1,327 kg. baja sebatian
  12:12:17:2 + TE
  42-63 Kg. Urea

Pemangkasan

Cantasan dilakukan 3 hingga 4 kali setahun mengikut keadaan pokok.  Batang matang dicantas ke paras tanah dan tinggalkan 3 hingga 4 batang sahaja disamping sulur baru yang sedang membesar yang akan dipotong sebagai hasil segar.  Bagi sulur muda yang tidak sesuai dikutip dibiarkan membesar seterusnya mengeluarkan daun.
Memungut Hasil:
Hasil pertama boleh dikutip selepas 8 hingga 10 bulan ditanam.  Hasil meningkat bila pokok berumur 4 tahun.  Tanaman Asparagus boleh mengeluarkan hasil sehingga 15 ke 20 tahun sekiranya pokok dijaga dengan sempurna.
Asparagus dipungut dalam dua bentuk, putih atau hijau.  Asparagus hijau digunakan sebagai sayuran segar dan yang putih ditinkan.  Asparagus putih didapati dengan menambus sulur yang baru keluar dan membiarkannya membesar di dalam tanah.  Pokok-pokok yang tidak ditimbus dipungut sebagai asparagus hijau.
Pemungutan hasil dibuat dengan memotong sulur muda yang berukuran lebih kurang 25 cm panjang, di bawah paras tanah.  Kutipan hasil yang terlewat menjadikan sulur panjang meruncing, berserabut dan hujung sulur.
Jumlah hasil yang dipungut bergantung pada jenis iklim, tanah dan kekerapan memungut.  Di kawasan tropika, asparagus mengeluarkan pucuk di sepanjang tahun.  Oleh yang demikian, hasil yang didapati di kawasan ini dijangka melebihi daripada di kawasan beriklim sederhana.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI


MENGRED SULUR ASPARAGUS
Sulur asparagus yang dikutip dari ladang perlu digred, disusun dan diikat menjadi satu ikatan atau berkas.  Potong sulur sepanjang 17 cm tiap-tiap satu dan digredkan mengikut ukuran garis pusat sulur.  Ukuran garis pusat diperolehi dengan cara membuat ukuran lilitan pada paras 12.7 cm dari hujung sulur.  Berasaskan ukuran garis pusat, sulur asparagus digred seperti berikut:-
  • Gred pertama :
    Garis pusat sulur mestilah 9.6 mm dan ke atas atau ukuran lilitan melebihi 30.1 mm.
  • Gred kedua :
    Garis pusat sulur diantara 8.0-9.5 mm atau ukuran lilitan diantara 25.1-30.0 mm.
  • Gred ketiga :
    Garis pusat sulur diantara 6.4-7.9 mm atau ukuran lilitan diantara 20.1-25.0 mm.
Hujung sulur mestilah berkeadaan padat.  Semua sulur yang mempunyai ukuran garis pusat kurang 6.4 mm atau ukuran lilitan kurang dari 20.1 mm adalah tidak sesuai untuk pasaran.

KEROSAKAN SELEPAS KUTIPAN HASIL

Suhu adalah satu satu faktor yang amat penting dalam kerosakan hasil segar asparagus, terutamanya semasa menyimpannya.  Kerosakan diakibatkan dari kecederaan fisiologi.  Kualiti akan menurun jika hasil segar asparagus terdedah kepada suasana yang kering.  Persediaan keadaan penyimpanan yang sesuai adalah penting bagi menjamin kualiti asparagus.

Bagi mengelakkan kecederaan fisiologi selepas kutipan hasil, hasil segar asparagus perlulah disimpan di tempat yang sesuai.  Mengikut satu kajian, mutu asparagus boleh menurun dengan cepat dalam masa yang singkat apabila disimpan pada suhu yang tinggi.  Sebagai panduan, keadaan suhu penyimpanan yang paling sesuai ialah diantara 0oC-2oC dengan kelembapan udara penyimpanan 95%.  Dengan keadaan demikian, kualiti asparagus akan terjamin selama 2-3 minggu.


Penyakit:
Penyakit-penyakit yang menyerang tanaman asparagus ialah:-
  • Penyakit layu Pucuk
    Penyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium sp.  Kulat menyerang pucuk muda menyebabkan pucuk-pucuk muda kelihatan hitam, layu dan terus kering.  Penyakit ini didapati boleh dikawal dengan menyembur racun seperti Benomyl WP 0.03% ba.c. atau Captan WP 0.2% ba.c.
  • Bintik Perang
    Disebabkan oleh kulat Drechslera (Helminthosporium).  Kulat menyerang pokok dan menyebabkan daun-daun dan rantingnya kelihatan berbintik perang.  Jika dibiarkan lama kelamaan ranting itu kering dan mati.  Penyakit ini boleh dikawal dengan racun kulat jenis Captan WP 0.2% b.a. atau Maneb WP 0.2% b.a.
  • Penyakit Karat
    Penyakit ini disebabkan oleh kulat bernama Puccinia asparagi.  Ia dapat dikenali apabila terdapat tanda bintik hitam atau merah pada batang dan daun.  Ia boleh dikawal dengan menanam jenis yang tahan dengan penyakit, memotong dan memusnahkan bahagian yang diserang atau membuat semburan dengan racun kulat
  • Reput Pangkal
    Kulat yang menyebabkan penyakit ini adalah Phytophthora.  Ia didapati menyerang bahagian pangkal pokok menyebabkan pangkal berwarna perang, reput akhirnya seluruh pokok layu dan mati.
Perosak:
Ulat Kupu-kupu
Merupakan sejenis ulat yang menyerang bahagian pucuk dan dahan.  Kemungkinan ulat ini adalah Spodoptera, lebih dikenali sebagai ulat ratus.  Boleh dikawal dengan menyembur racun serangga seperti Trhichlorphon SP. 0.1% dan Gamma BHC EC 0.1% b.b.
  • Ulat Pengorek Pucuk
    Sejenis pengorek pucuk juga menyerang tanaman asparagus, serangannya tidaklah begitu teruk.
  • Belalang
    Bahagian daun asparagus juga dirosakkan oleh serangga belalang dan serangan tidaklah begitu teruk.
  • Kumbang Asparagus (Crioceris asparagi dan Crioceris duodecem)
    Merosakkan sulur muda dan daun.  Ia boleh dikawal dengan racun kimia.
  • Ulat Pangkas
    Memotong daun dan memakan bahagian pucuk dan daun.  Boleh dikawal dengan racun kimia.
  • Teritip
    Mencederakan bahagian pucuk dengan cara menghisap sap pucuk muda dan menyebabkan kualiti hasil akan terjejas.  Serangan ini biasa meningkat ketika kutipan hasil sedang berjalan.  Kawal dengan racun kimia.




Bayam


Nama Botani :  Amaranthus spp.
Famili            :  Amaranthaceae
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi.  Terdapat dua jenis bayam iaitu :-
  1. Jenis berwarna hijau.  Jenis ini berdaun lebar dan kadang kala berdaun bujur.
  2. Jenis berwarna hijau keunguan dan kemerahan.
Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir.  Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah diantara 5.5 - 6.5 adalah paling sesuai.
Menyedia Batas
Bajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas.  Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan 760 cm panjang.  Jarak antara batas ialah 46 cm.  Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas.
Menanam
Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih.  Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan biji benih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai.  Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas.  Selepas 2-3 hari anak benih akan cambah.  Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan ialah 8-10 cm antara pokok dan 2-3 cm antara barisan.  Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.
Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum diubah ke batas.  Sebelum menyemai gaulkan biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 kg. Thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh.  Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak-anak benih dengan baja larutan Urea sebanyak 4 gm dalam seliter air.  Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas menyemai.  Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batas yang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.
Penjagaan
Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas.  Baja ini digaulkan ke dalam batas.  Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar.  Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan oleh MARDI (100 kg N, 23 kg P205, 144 kg, K20/ha) boleh diamalkan:-
  • 4 hari dan 10-14 hari lepas mengubah
  • Gunakan 240 gm Sulphate of Amonia, 24 kg Triple Superphosphate dan 120 kg Muriate of Potash untuk sehektar.
  • Baja digaul dan ditabur diantara lorong-lorong pokok
Menyiram
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya.  Dalam musim panas dua kali siraman adalah memadai.
Sungukupan
Sungkupan diletakkan di atas batas selepas menabur benih atau mengubah.  Gunakan pelepah kelapa atau rumput-rumput kering sebagai bahan sungkupan.  Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, mengawal pertumbuhan rumput-rampai serta memperbaiki struktur dan kesuburan tanah.
Merumput
Kawalan rumput rumpai dilakukan sepanjang masa.  Merumput boleh dilakukan dengan tangan.








Jenis MusuhKerosakanKawalan
Ulat pangkas
(Agrotis ypsilon Rott.)

 
Kerosakan pada bayam hijau. Potong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu malam.  Ulat memotong batang anak benih diparas permukaan.Sembur racun serangga seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih.
 
Ulat ratus
(Prodenia litura F)
Larvanya memakan daun.
 
Sembur dengan racun serangga seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif.
Agrotis ypsilon

 
Kerosakan pada bayam merah.
Potong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu malam.
Gunakan umpan trichlorfon dan dedak dengan kadar 1:20
 








Jenis MusuhKerosakanKawalan
Hawar melecuh
(Cysstobus bliti.)
 
Terdapat tompok-tompok putih pada daun.  Bayam jenis daun bujur adalah lebih tahan kepada penyakit ini.Amalkan tanaman giliran.  Tiada kawalan kimia yang berkesan.  Tanam bayam pada kawasan baru yang bebas daripada penyakit.
Lecuh anak benih
(Phythium aphanidermatum)
 
Penyakit ini disebabkan kulat.
Bahagian pangkal pokok menjadi
reput dan pokok akan mati.
 
Tanam di tanah yang mempunyai saliran elok.  Amalkan giliran.  Elakkan menyiram berlebihan.  Gaulkan 3 gm Thiram (80 WP) dengan 100 gm biji benih sebelum menyemai.

Memungut Hasil
Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi.  Kutipan dibuat 3-7 hari sekali.  Pokok dicabut atau dipotong batangnya.

Brokoli Dan Frokoli


BROKOLI:

Brokoli (Brassica oleracea) adalah sejenis sayuran yang bernilai tinggi dan biasanya ditanam di tanah tinggi beriklim sederhana seperti Cameron Highlands.  Kebanyakan petani menganggap  ianya tidak boleh ditanam di tanah rendah, namun demikian melalui penyelidikan, pemilihan dan memajukan varieti yang tahan panas.  Sekarang ia telahpun terbukti sesuai ditanam di tanah pamah. 
Amalan memakan brokoli dikatakan dapat mencegah pelbagai penyakit barah dan gangguan kardiovaskular (jantung).  Selain itu ia juga mengandungi zat pemakanan seperti Vitamin C, kalsium, niasin, zat besi fosforus dan protein asid amino yang perlu untuk kesihatan.
Kaedah memanam brokoli
Disemai selama 5-7 minggu dalam polibeg atau sehingga 5 helai daun.  Saiz polibeg 12 cm x 15 cm.  Disyorkan supaya ditanam di bawah struktur kalis hujan.  Batas disediakan berukuran 0.25 m tinggi, 1 m lebar dan panjang ikut sesuai.  Jarak tanaman disyorkan ialah 0.6 m x 0.6 m.  dan kepadatan sehektar sebanyak 25,000 pokok.
Semasa penyediaan tanah pengapuran dan baja organik (tahi ayam) perlu digaul sekali.  Seterusnya perlu diberikan pembajaan seperti berikut:-


Lepas tanamJenis bajaCara
1 minggu    NPK 15:15:15 (1.12 t/ha)
Dalam jalur
3 minggu    Tahi ayam (17.5 t/ha)Dalam jalur
6 minggu    NPK 12:12:12:17:2 + TE (0.75 t/ha)Dalam jalur
9 minggu    NPK 12:12:12:17:2 + TE (0.75 t/ha)Dalam jalur

Pemangkasan


Perlu dibuang tunas sisi untuk galakkan pertumbuhan dan pembetukan bunga/kepala yang lebih besar.  Tunas sisi juga enak dijadikan sayur dan sebagai hasil tambahan.  Mula dipangkas 30 hari selepas pemindahan keladang.  Pemangkasan dilakukan setiap 10 hari sekali.
Kawalan Perosak / Penyakit
Perosak utama ialah ulat Plutella xylostella yang menyerang daun.  Kawalan dengan semburan kimia seperti cypermetrin, diflubenzuron atau dengan cara IPM menggunakan Bacillus thuringiensis 1-2 kali seminggu.  Penyakit utama ialah reput berair (Erwinia corotovora), reput hitam dan lecuh.  Bagi mengurangkan risiko serangan perosak/penyakit amalkan giliran tanaman atau gunakan rumah kalis hujan dan kalis serangga.
Pungutan hasil
Pembentukan bunga bermula 47-58 hari selepas tanam dan pungutan hasil pada hari ke 62-75.  Potensi hasil sehektar bagi tanaman brokoli ialah 7-10 t/ha.  Manakala hasil bagi tunas sisi/pucuk muda boleh memberi hasil tambahan sebanyak 1-2 t/ha. 

FLOKOLI:

Pengenalan:

Flokoli, sejenis sayur temperat adalah hasil kacukan kubis bunga dan brokoli.  Di negara ini, kebanyakan flokoli ditanam di bawah struktur pelindung hujan.  Penggunaan struktur pelindung hujan sememangnya melibatkan kos yang tinggi dan sebagai alternatif terhadap kaedah tersebut, maka penanaman secara terbuka dicadangkan.
Penyediaan Anak Benih
Kaedah penyemaian biji benih ialah dengan menggunakan cara menanam terus biji benih ke dalam nursery plug.  Setiap unit nursery plug boleh menampung sebanyak 104 anak pokok flokoli.  Biji benih cambah dalam masa tiga hari.  Pemberian nutrien tambahan dijalankan menerusi semburan baja dedaun seminggu sekali hingga anak pokok berumur tiga ke empat minggu.












Green Harmony, varieti flokoli yang sesuai ditanam di kawasan terbukaKaedah penyemaian biji benih dengan
menggunakan nursery plug
Tanaman flokoli di ladang

Mengubah Ke Ladang
Anak pokok di peringkat 4-5 helai daun atau 6-7 cm tinggi adalah sesuai untuk diubah ke ladang.  Walau bagaimanapun, proses pengerasan anak pokok perlu dijalankan selama dua ke tiga hari sebelum diubah ke ladang.
Pembajaan
Program pembajaan meliputi pembajaan asas dengan menggunakan baja organan dan pembajaan tambahan menggunakan baja komersil.  Pembajaan dedaun disyorkan semasa anak pokok di dalam nursery plug.
Jadual Pembajaan











MasaPembajaanJenis BajaKadar

-14 HLT
9 HLT
20 HLT
35 HLT
 
Asas
Tambahan
Tambahan
Tambahan
Tahi ayam
Baja butiran (13:13:20:2+TE)
Baja butiran (13:13:20:2+TE)
Baja butiran (13:13:20:2+TE)
2.8 tan/ha
20 g/pokok
25 g/pokok
25 g/pokok
HLT - Hari lepas tanam
Kawalan Perosak
Kawalan perosak tanaman hanya tertumpu kepada kawalan serangga perosak, iaitu mengawal perosak serangga Plutelia xylostella dan Hellula undalis.  Kehadirannya mula dikesan apabila pokok flokoli berumur 21 hari lepas tanam (HLT) dan tindakan segera menyembur racun methamidophos diambil.
Tumpuan penyemburan racun adalah pada bahagian pucuk dan bahagian bawah daun dan tindakan ini memberikan kesan yang baik.  tindakan susulan menyembur racun perosak diteruskan dua kali pada 30 HLT dan 35 HLT dengan menyembur deltamethrin.  Tiada insiden penyakit dilaporkan sepanjang tempoh pemerhatian.
Pokok flokoli mencapai purata ketinggian 45 cm semasa pengutipan hasil.  Pembetukan kepala bunga bermula antara 34-52 hari matang antara 48-62 hari selepas ditanam.  Purata indeks kematangan kepala bunga ialah 14 hari selepas terbit kepala bunga.  Kelewatan mengutip hasil pada indeks tersebut mengakibatkan bunga akan keluar menonjol dan ini merendahkan kualiti produk.  Hasil yang dikutip menunjukkan bahawa flokoli varieti Green Harmony mampu memberikan purata hasil sebanyak 6.45 tan sehektar.
Tempoh Kematangan
Kubis bunga, brokoli dan flokoli akan mula mengeluarkan bunga bila berumur antara 70-80 hari selepas menanam bergantung kepada kultivar.  Tanda-tanda peringkat kematangan adalah seperti berikut:-
  1. Jambak bunga padat
  2. Putik bunga belum mengorak
  3. Bagi brokoli, putik bunga belum mengorak dan berwarna hijau.  Petik semasa ianya belum bertukar warna keperang.
  4. Bagi flokoli, putik bunga belum mengorak dan berwarna kuning.  Uneven sprouting akan berlaku sekiranya flokoli terlewat dipetik.



Penyakit Tanaman Kubis Bunga, Brokoli dan Flokoli

Jenis SeranggaBahagian Diserang/SimptomSyor Kawalan
Reput lembut
(erwinia carotovora)
Terdapat reput yang berair di bahagian
yang diserang.  Bahagian ini akan
berlendir dan berbau busuk.
Musnah pokok yang berpenyakit dan pastikan kawasan tidak lembap.
Reput hitam
(xanthomonas campestris)
Lekok di bahagian daun, batang dan
akar yang menjadi hitam dan reput.
Musnah pokok berpenyakit.  Pastikan kawasan tidak lembap.  Rawat biji benih dalam air panas selama 25 minit.
Club root
Plasmodiophora brassicae)
Akar pokok diserang menjadi
bengkak dan busuk.  Pokok bantut.
Musnah pokok berpenyakit dan siram tapak semaian dengan racun quintozene.  Pastikan saliran baik.  Rawat biji benih dengan captan.
Bintik daun
(alternaria brassicae)
Terdapat bintik daun berpusat dan berwarna perang yang kemudiannya menjadi kuning dan gugur.Rawat biji benih dengan captan.  Kawal dengan racun maneb atau mancozeb.


Jenis Siput darat yang biasa terdapat di kawasan
 tanaman kubis, brokoli dan flokoli

Jenis SiputBahagian DiserangSyor Kawalan
Siput panjang kecil
(lamellaxis gracillis)
Memakan daun dan anak pokok
peringkat kecil
Tabur racun perosak metaidehyde atau mercaptodimethur
Siput panjang lebar
(subulina octona)
Memakan daun dan anak pokok
peringkat kecil
Mengadakan saliran air yang baik dan mengawal pengairan supaya tidak berlebihan.
Siput kacang
(succinea taylori)
Memakan bahagian bawah daun
pokok yang sudah besar
Mengadakan saliran air yang baik dan mengawal pengairan supaya tidak berlebihan.
Siput leper kecil
(pseudoplecta bijuga)
Memakan bahagian bawah daun
pokok yang sudah besar
Mengadakan saliran air yang baik dan mengawal pengairan supaya tidak berlebihan.


Cili



CILI MERAH
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga. 

  • Varieti MC 11
    Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musim berakhir.  Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari.  Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan.  Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
     
  • Varieti MC 12
    Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap.  sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari.  Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit.  Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha.  Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan.  Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
     
  • MC 4
    Varieti ini dibiakkan oleh MARDI.  Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas.  Jangkamasa pengeluaran adalah pendek.  Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam.  Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus.  Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar.  Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran.
     
  • MC 5
    Varieti ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk buah kurang, tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga.  Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan).  Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam.  Rentan pada virus antraknos dan virus.  Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar.
     
  • Kulai
    Saiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya sangat pedas.  Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.

KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT
  1. Antraknos (MC 11 & 12 : rentan) 
    Rawat biji benih dengan Thiram.  Sembur racun kulat Mancozeb.
     
  2. Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus)
    MC 11 rentan ; MC 12  escape. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun.  Musnahkan pokok yang berpenyakit.
     
  3. Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan; MC 12: rentan)
    Sembur racun kulat Benomyl (Benlate).
Perhatian:  Benih-benih tanaman boleh diperolehi dari mana-mana Pusat Pembangunan Komoditi Semenanjung Malaysia.


PENANAMAN


Penyediaan Tanah:
  1. Di Ladang
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
Menyediakan Anak Benih:
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.  Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
Menanam:
  1. Di Ladang
    Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).  Tinggalkan hanya sepokok.



MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
PENJAGAAN:
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja
  1. Di Ladang
    Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
  1. Di Ladang  - Gunakan rumput-rumput  kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak.  Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak dan penyakit.  Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan. 
  1. Penyakit:
    Klik di sini untuk penerangan mengenai penyakit tanaman cili!
  1. Serangga:

    - Kutu Daun:  Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid

    - Hamama Merah:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.  Sembur racun
      seperti dicofol atau malathion

    - Afid:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili.  Serangan menyebabkan daun
      berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut.  Selain itu, afid ialah pembawa penyakit virus.

    - Kutu Trip:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga.  Akibatnya daun menjadi kecil dan
      bentuk daun melengkung ke atas.  Kutu trip juga boleh menyebar virus.

    - Hama:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.

    - Pengorek Buah:  Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.

    - Ulat Ratus:  Makan daun dan buah.

    - Lalat Buah:  Bertelur di kulit buah.  Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi
      busuk dan berair.

     
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di dalam rumah jaring kalis serangga.  Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman cili.  Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat.  Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan semula.  Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.
Di ladang, batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar.  Pantulan cahaya daripada plastik bersinar ini mampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan juga kutu trip hinggap pada tanaman cili.  Ini amat penting terutama pokok sekurang-kurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang.  Peringkat ini dianggap kritikal kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%.
Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:-
  • Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput;
  • Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;
  • Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.
  • Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti stomata dan fotosintesis.
Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh rimbunan pokok cili.  Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang hinggapan afid bersayap dan kutu trip.  Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja.  Seelok-eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.
Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan oleh perosak buah dan lalat buah.  Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak tersebut.  Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.
Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang, kura-kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan.  Serangga-serangga ini gemar makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.
Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan, sistem tanaman berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan.  Sistem ini berupaya mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga.  Sistem ini menggalakkan kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung.  Secara tidak langsung, kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili.  Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili, perlu diingat bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.
Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili harus sedar bahawa spek pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.
MEMUNGUT HASIL
(1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
  • Cili HIjau
    Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
    Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.
  • Cili Merah
    Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
    Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.


PENGENDALIAN LEPAS TUAI
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH
Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan.  Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.
Indeks 1:
Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau.  Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.
Indeks 2:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha.
Indeks 3:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah).
Indeks 4:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran di peringkat runcit.
Indeks 5:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.
Indeks 6:
Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.

Pengelasan Gred dan Saiz



GredKetentuanKelonggaran
(% maksimum)
1Jenis yang sama
Tahap kemalangan yang seragam
Kesegaran
Kecacatan (cacat bentuk, kotor) rosak
Saiz yang seragam (panjang x > 10 cm)


5
5
10
5
2Jenis yang sama
Warna seragam
Tidak segar
Cacat, kotor, rosak
Saiz yang seragam (panjang 7-10 cm)

5
5
15
5
 
Luar GredCili yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

SEMERAH - CILI PADI UNTUK KOMERSIL
Pungutan hasil dibuat 3 bulan selepas ditanam.  Tempoh penanaman selama setahun.  Pengeluaran hasil serentak dan cepat matang.  Penghasilan setinggi 1.5 - 2.0 kg/pokok semusim (peningkatan hasil >200% berbanding cili padi biasa). Penghasilan tertinggi pada 4-5 bulan penanaman (hit). Cili ini menunjukkan tindak balas kepada jangkitan virus.  Adaptasi meluas kepada keadaan kawasan (tanah dan persekitaran).  Cili ini boleh dipasarkan sebagai cili hijau (indeks kematangan 1-2), merah (indeks 3-4) dan untuk proses (indeks 5-6).
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
  • Pembugkusan
    Cili merah dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.
     
  • PerlabelanTiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

Cendawan


Di bawah diturunkan tapak-tapak web mengenai tanaman cendawan.  Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-
 


 




PENANAMAN CENDAWAN
Penanaman cendawan mengikut persekitaran adalah seperti berikut:-

  1. Penanaman cendawan tanah rendah:
    Keperluan suhu antara 25-32
    oC
     
  2. Penanaman cendawan tanah tinggi:Keperluan suhu antara 14-22oC.
  3. Penanaman cendawan persekitaran terkawal:
    Keperluan suhu antara 10-18oC

Persediaan di tapak projek (seluas 2 ekar)
  • 1 unit bangunan untuk pejabat, pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses.
  • 1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
  • 1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
  • 10 unit rumah cendawan bersaiz 20' x 50' untuk pemeraman dan pengeluaran hasil

Ciri-ciri asas rumah cendawan

  • Pengudaraan yang baik - gunakan dinding netting
  • Suhu sesuai:  28oC-30oC - rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
  • Kelembapan bandingan yang tinggi:  80-90% (siram dua kali sehari)
  • Kalis serangga dan penyakit - dinding netting dan lantai bersimen

Ukuran rumah cendawan yang sesuai
Besar:  20' x 50' - memuatkan 10,000 - 15,000 beg
Kecil:   20' x 15' - memuatkan 3,000-4,500 beg
Contoh:  Rumah berdinding jaring (netting) dan rumah berdinding daun nipah.  Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan pencemaran.
Ruang dalam bangunan
  • Ruang penyediaan - ruang menggaul media
  • Ruang pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
  • Bilik suntik - ruang menyuntik benih
  • Bilik pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman
  • Ruang pengeluaran hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil
Amalan pengurusan baik

Mematuhi susun atur kerja yang mengambilkira kawasan basmi kuman dan bukan basmi kuman (perlu dipatuhi untuk mengelakkan pencemaran).  Kebersihan ruang perlulah dijaga.  Kerja-kerja penyediaan beg hendaklah dilakukan di kawasan tidak basmi kuman dan aktiviti pengukusan di sempadan antara kawasan tidak basmi kuman dan kawasan basmi kuman.  Manakala kerja menyuntik benih dilakukan di kawasan basmi kuman dan pemeraman serta memungut hasil di kawasan basmi kuman.
Dapatkan bekalan bahan media (habuk kayu getah, dedak, kapur) dan bekalan peralatan (tutup dan leher beg media, mesin bancuh, tong dram atau pengukus besar (steamer) serta mesin pengisi dan pembekal.
Susun atur kerja yang baik boleh mengurangkan pencemaran
 








Ruang Penyediaan
--------------------------->
Ruang Pengukusan
-------------------------->
- Bilik suntik
- Ruang pemeraman
- Ruang pengeluaran hasil
------------------------------------>
 
KAWASAN TIDAK
BASMI KUMAN
^
^
^
^
KAWASAN BASMI KUMAN
SEMPADAN ANTARA
KAWASAN TIDAK BASMI KUMAN
DAN BASMI KUMAN 


Susun Atur Kerja Yang Baik
 











Contoh rak untuk meletak beg media cendawan
(boleh memuatkan lebih kurang 400 beg media / rak)
 












Teknik Menanam Cendawan
Aktiviti utama yang perlu dilakukan ialah menyediakan beg media cendawan, iaitu beg plastik tahan panas (8.5 cm x 36 cm, tebal 0.6 cm), tutup dan leher beg media, kapas/span penyumbat.  Keperluan penyodok besar dan kecil (bagi projek kecil) atau mesin bancuh, mesin pengisi beg (projek besar).
Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.  Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal.  Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg.  Pasangkan leher dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit kapas).
Pengukusan Beg Media Cendawan
Masukkan air ke dalam tong drum sehingga paras lapik.  Susun beg media secara menegak sehingga penuh tong drum.  Tutup mulut tong drum dengan lapisan guni gula dan besen aluminium di atasnya.  Kukus selama 7 jam.  Padamkan api dan sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan. Sekiranya tanaman cendawan itu merupakan projek besar, peralatan seperti steamer, set dapur gas, bakul pastik/besi perlu digunakan. 

Pemilihan Benih Cendawan
Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih benih ialah:-
  • pilih dengan teliti
  • miselium benih yang baik berwarna putih seperti kapas
  • pilih benih yang pertumbuhan miseliumnya penuh dan padat
  • jangan pilih benih yang berwarna perang dan yang mengeluarkan cairan seperti minyak kerana ia telah tua dan tidak aktif
  • jangan pilih benih yang dicemari kulat yang berwarna hijau, kuning dan hitam.
  • jangan pilih benih yang berbau masam dan berulat.

Penyuntikan Benih Cendawan
Peralatan yang diperlukan untuk penyuntikan benih ialah benih, pengorek benih, pelita spirit/burner dan pen marker.  Sebelum memulakan kerja menyuntik, bersihkan bilik dengan pembasmi kuman sebelum menjalankan kerja menyuntik benih cendawan.  Pindahkan beg cendawan yang telah sejuk ke dalam bilik suntik dan pastikan pakaian serta diri penyuntik benih dalam keadaan bersih.

Pilih benih cendawan yang baik iaitu yang berwarna putih bersih seperti kapas dan pertumbuhannya penuh sehingga ke bawah botol.  Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil yang telah dipanaskan (layur) dengan api.  Atau, jika benih dalam beg plastik, picit benih cendawan sehingga lerai.  Buka mulut beg media dan masukkan benih cendawan anggaran sebanyak 1 sudu besar.  Penutup mulut beg media dilayur dan dipasangkan kembali pada beg media (pastikan benih cendawan turun ke bawah dan tidak berlonggok di leher beg media).   Kemudian tarikh suntik benih dan jenis cendawan dicatatkan pada beg media cendawan.Eramkan beg cendawan tersebut sehingga miselium memenuhi beg pada suhu 28-30oC diruang khas sebelum dialih ke rumah cendawan.  Tempoh pengeraman bergantung pada saiz beg yang digunakan.
Pemeraman Beg Media Cendawan
Susun beg media cendawan di atas rak dalam ruang pemeraman cendawan secara rebah atau tegak. Mulut beg dibuka.  Cendawan pertama akan keluar 3-5 hari selepas penutup beg dibuka.  Suhu yang sesuai dalam rumah cendawan ialah 30-32oC dengan kelembapan bandingan udara 80-90%.  Air perlu disembur ke dinding, lantai dan beg cendawan pagi dan petang bagi meningkatkan kelembapan dan merendahkan suhu. 
Pengawalan Perosak dan Penyakit
Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaraannya.  Kulat Neurospora sp. biasanya menyerang pertumbuhan cendawan di peringkat awal.  Buang dan musnahkan beg-beg yang diserang.  Bersihkan persekitaran rumah cendawan daripada rumpai dan sampah sarap.  Rak dan ruang disembur dengan larutan Dettol 10%.  Serangan bakteria dapat dikenalpasti apabila batang dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir.  Ia boleh dikawal dengan mencabut tangkai cendawan semasa mengutip hasil, dan kurangkan siraman air serta perbaiki pengudaraan.  Serangan serangga perosak dapat dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling rumah cendawan.  Bagi mengawal serangan lipas, semut dan tikus, gunakan racun berbentuk umpan atau perangkap untuk mengelakkan pencemaran racun terhadap cendawan.
Tanamlah pokok di sekitarnya untuk mewujudkan suasana yang redup.  Rumah cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya yang malap dan serata.  Pancaran cahaya matahari yang kuat akan membantutkan pertumbuhan cendawan.
Memungut Hasil
Buka mulut beg media cendawan setelah pemeraman selama 45-60 hari dan maisiliam memenuhi keseluruh beg media.  Peringkat pertumbuhan cendawan bermula pada hari kedua cendawan mula keluar seperti anak mancis dan pada hari ketiga cendawan mula membesar dan kembang.  Pada hari keempat, cendawan membesar ke peringkat optima.  Di peringkat ini cendawan mempunyai ciri-ciri berkualiti seperti kelihatan segar dan cantik, rasanya rangup dan manis, tahan lebih lama serta tidak mudah lembik dan tidak cepat berbau busuk.  Pada hari kelima, tepi cendawan mula berombak dan pecah.  Ini menunjukkan cendawan terlalu matang/tua.  Kualiti rendah, rasanya kurang manis, liat dan cepat berbau busuk. 
Oleh itu, pungut hasil pada hari ketiga atau keempat (sebelum tepi cendawan berombak dan pecah) dengan cara mencabut seluruh rumpun cendawan.  Bersih dan tutup kembali mulut beg media dengan penutup rehat.  Rehatkan beg media cendawan selama 10 hari sebelum dibuka untuk hasil berikutnya.  Kutipan berikutnya 10-14 hari selepas direhatkan.  Untuk mendapatkan cendawan segar pada kuantiti yang sama pada setiap hari:-
  • Jumlah beg media cendawan dibahagi kepada 15 kumpulan
  • Jumlah beg cendawan yang dibuka setiap hari didharabkan dengan 50 gm (anggaran hasil/beg/petik)

Contoh perkiraan:


Untuk mendapatkan cendawan segar sebanyak 50 gm pada setiap hari mesti ada sejumlah 15,000 beg media cendawan yang dibahagikan kepada 15 kumpulan untuk mendapatkan 15 hari pusingan rehat dan buka.  Bermakna 1,000 beg media dibuka setiap hari.
Pengendalian Lepas Tuai
Leraikan cendawan, buangkan cendawan yang terbantut pembesarannya dan cendawan yang cacat.  Kerat pangkal tangkai cendawan dengan pisau atau gunting.  Susun dalam plastik secara satu hala.  Cendawan  diisi ke dalam beg plastik atau bakul jika hendak dijual dalam masa sehari.  Beg plastik yang digunakan tidak perlu ditutup rapat (jika ditutup rapat, ia akan berwap dan merosakkan cendawan).   Jual terus hasil cendawan yang masih segar atau simpan dalam peti sejuk tidak lebih dari 3 hari (simpan dalam keadaan insang cendawan menghala ke atas).
Pemasaran Hasil
Cendawan boleh dipasarkan dalam bentuk cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang diproses. Selain dari dimakan segar dan kering, kini  telah dipelbagai produk dari cendawan seperti pengetinan, 'vacuum deep fry' 'forezen tempura', campuran dalam kopi / minuman, penjagaan kesihatan, perapi diri, dan kosmetik.
Anggaran Kos Pengeluaran
KATEGORI CENDAWAN:
  1. Edible Mushroom - boleh dimakan
  2. Medical Mushroom - mempunyai nilai perubatan
  3. Poisonous Mushroom - cendawan beracun
  4. Cendawan liar / hutan
Jenis-jenis cendawan Edible dan fungsinya:

1.
 
Auricularia sp. (Telinga Kera / Jeli Hitam)
 

  • Merawat gangguan kardiovaskular - memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid.
  • Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA.
  • Boleh mengurangkan berat badan.
2.
 
Schizophyllum Commune (Cendawan Kukur)
 
  • Mengandungi Schizophyllan iaitu ubat antitumor dan kanser.
  • Meningkatkan sistem imun: anti-radangan, antibakteria dan antiparasit.
  • Melindungi hati.
3.Lentinus Edodes (Shitake)





 
(sumber:  Agromedia Bil. 6, 1999 dan Bil. 8, 2000)

Walaupun harganya mahal, cendawan shitake paling lazat jika dibandingkan dengan cendawan lain dengan kandungan zat makanan dan protin yang tinggi.  Dari segi perubatan, cendawan ini dikatakan dapat mengurangkan kolesterol serum; bertindak sebagai antivirus, antiketumbuhan dan berkesan untuk menghalang pendarahan otak.  Fungsi-fungi lain adalah seperti berikut:-
 
  • Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser.  Juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.
  • Merencat kejadian semula kanser.
  • Meningkatkan sistem imun dengan merangsang imfosit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.

 
Di Sarawak, jenis shitake dari negeri China yang lebih sesuai dengan iklim tropika digunakan untuk penanaman.  Cendawan shitake ini boleh dituai 6 bulan selepas substrat disuntik dengan benih.  cendawan boleh dituai beberapa kali sehingga umur substrat tersebut menjangkau 10 bulan.  Jumalah hasil yang diperolehi daripada satu beg substrat dalam masa 10 bulan ialah 300-350 g.  Berat sekuntum cendawan lebih kurang 40-80 g.  Malah terdapat cendawan yang beratnya mencapai 100 g dengan garis pusat kuntum 14-15 cm.
Dalam penanaman shitake, substrat untuk diisi ke dalam beg plastik terdiri daripada campuran  habuk kayu, dedah, amonium sulfat, kapur dan air (75% lembapan).  Campuran dengan berat basah 1.2 - 1.5 kg dimasukkan ke dalam beg.  Beg yang berisi substrat ini dikukus selama 10 jam pada suhu 100o>C untuk menyagkuman.  Beg-beg ini kemudiannya dibiarkan sejuk di dalam bilik suntikan benih.  Benih shitake disuntik di permukaan substrat yang sudah sejuk.  Kemudian beg-beg dipindahkan ke dalam rumah cendawan bagi tujuan pertumbuhan akar (miselium).  Pertumbuhan miselium mengambil masa 2 bulan bagi memenuhi keseluruhan beg tersebut.  Tempoh masa pertumbuhan miselium boleh disingkatkan dengan menebuk lubang di tengah beg yang mengandungi substrat bagi tujuan penyuntikan benih.  Selepas miselium tumbuh dengan sekata, substrat ditanggalkan daripada beg plastik dan dipindahkan ke tapak pengeluaran cendawan.  Sebelum substrat dipindahkan, tapak pengeluaran perlu disembur dengan racun serangga dan ditabur dengan kapur supaya keadaannya sesuai untuk pertumbuhan cendawan.  Substrat-substrat disusun di atas tanah secara menegak dan ditutup dengan plastik hitam.  Lembapan di dalam rumah cendawan ditingkatkan dengan menyembur air dua kali sehari pada sebelah pagi dan tengah hari.  Selepas 2 bulan, substrat yang mengandungi miselium akan bertukar warna menjadi coklat kehitam-hitaman.  Plastik hitam yang menutupi substrat dibuka sepenuhnya dan lembapan ditingkatkan sehingga 90%.  Selepas beberapa minggu, primodia cendawan tumbuh dan cendawan segar dapat dituai 3-4 hari kemudiannya.  Pertumbuhan cendawan yang besar dituai manakala yang kecil dibiarkan untuk membesar.

Sistem beg plastik digunakan dalam penanaman cendawan shitake kerana beberapa kebaikan.  Yang pertama sistem ini dapat mengurangkan tempoh pengeluaran cendawan dari 2-3 tahun kepada setahun.  Dengan ini, kitaran pengeluaran cendawan dapat ditambah.  Sistem ini juga dapat menggunakan berbagai-bagai jenis habuk kayu yang dihasilkan oleh kilang kayu.  Secara tidak langsung, pencemaran oleh kilang-kilang tersebut dapat dikurangkan.  Selain itu, pengurusan sistem ini juga lebih mudah dan teratur.(sumber:  Agromedia Bil. 6 1999)

Hasil penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan di Jepun mendapati bahawa lebih kurang 50 jenis enzim terdapat pada cendawan ini.  Contohnye enzim asparaginase yang terdapat pada cendawan ini digunakan untuk merawat penyakit leukimia, polio, barah, Hepatatis B dan C, AIDS dan kencing manis.  Cendawan ini juga bertindak sebagai anti kulat, anti kanser dan anti virus yang sangat berfaedah dalam bidang perubatan masa kini.
Dalam bidang pemprosesan makanan shitake boleh digunakan sebagai bahan makanan, asas ramuan makanan dan agen perasa cendawan.  Shitake juga mempunyai rasa yang sedap iaitu empat kali ganda jika dibandingkan dengan rasa cendawan butang.  Kandungan garam natriumnya rendah.  Penggunaan perasa tiruan yang mempunyai kandungan garam dan bahan kimia yang tinggi dapat dielakkan jika shitake digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan.
Cendawan ini tidak mengandungi gula, kaji, lemak dan kolesterol tetapi mempunyai sumber fiber yang tinggi untuk mengatasi masalah penghadaman dan menyenangkan proses perkumuhan.  Fiber juga dapat menyerap air dan bertindak sebagai  penimbal di dalam sistem tubuh.  Pada masa ini, shitake merupakan salah satu sumber protin yang popular di Jepun dan China.  Ia boleh digunakan sebagai masakan utama dan juga pengganti kepada resepi-resepi berdaging.  Cendawan ini mempunyai potensi yang luas untuk dikomersialkan. 
 
4.
 
Flammulina velutipes (Jarum Emas)
 
  • Toksik terhadap sel tumor.
  • Meningkatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan kulat dan virus.
  • Anti-radangan.
  • Aktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA sel.
5.
 
Agaricus Brasillensis (Cendawan Butang)
 
  • Merencat tumor.
  • Mengawal atur tekanan darah.
  • Merawat gastrik.
6.
 
Ganoderma sp. (Ling zhi)
 
  • Menghalang dan merawat kanser.
  • Meningkatkan sistem imun - anti-allergik, anti-radang, antiviral, antibakteria dan antioksidan.
  • Melegakan/ merawat paru-paru yang rosak akibat asthma dan masalah pernafasan lain.
  • Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi.
7.
 
Hericeum Arinaceum (Cendawan Butang Kubis)
 
  • Merangsang faktor pertumbuhan saraf: berpotensi untuk merawat penyakit gangguan saraf seperti dementia, trauma saraf akibat strok dna penyakit Alzheimer.
  • Memperbaiki otot/gerakbalas motor dan fungsi kognitif.
  • Lektin - merencat pengumpulan sel darah merah.
  • Merawat ulser perut.
  • Meningkatkan sistem imun.
8.
 
Pleurotue spp. (Cendawan Tiram)
 
  • Mengawal atur darah - anti-thrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid.
  • Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Merencat pertumbuhan tumor.
  • Antioksidan dan aktiviti pelindung gen.
Jenis-jenis Medical Mushroom - mempunyai nilai perubatan
  1. Cordyceps molitoris
  2. Ganoderma tsugae
  3. Cordyceps sinensis
  4. Agaricus blazei
Jenis-jenis Poisonous Mushroom - cendawan beracun
  1. Amanita sp.
Lain-lain Cendawan Yang Belum Diketahui
  1. Cendawan susu harimau
  2. Cendawan busut
Jenis-jenis Cendawan Yang Ditanam di Malaysia:
  1. Tiram kelabu (Pleurotus sajor - caju)
  2. Tiram putih (Pleurotus florida)
  3. Abalone (Pleurotus cystidiosus)
  4. Tiram kuning (Pleurotus citronipileatus)
  5. Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)
  6. Telinga kera (Auricularia polytrichia)
  7. Jerami padi (Volvariella volvaceae)
  8. Ling zhi (Ganoderma licidum)
  9. Cendawan bunga kobis (Hericium erinceus)
  10. Perut lembu (Clitocybe sp.)
  11. Cendawan kukur/sisik/kerang (schizophyllum sp.)
  12. Cendawan berangan (Agrocybe sp)
  13. Cendawan peha ayam (Coprinus sp)
  14. Shiitake (Lentinus edodes)
  15. Cendawan butang (Agaricus bisporus)
  16. Jarum mas (Flammulina velutipes)
  17. Tiram raja (Pleurotus eryngii)

RESEPI-RESEPI PILIHAN
:- 

Kerabu cendawan, dadar cendawantempura cendawanpizza maggi bercendawan

Chicken-Mushroom Cream SoupStew Skalop Dengan Cendawan,  Sup Ayam Cendawan, 
Cendawan Tiram GorengPati Cendawan HutanNasi Cendawan.