Jambu
- JAMBU SEMARANG (JAMBU MADU)Antara jambu yang sedang meningkat popular ialah jambu air mawar atau jambu semarang (syzygium samarangense). Dikalangan pengusaha, jambu ini dikenali sebagai "jambu madu". Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jambu semarang yang telah dibawa masuk dari Indonesia dan Thailand. Jambu semarang berasal dari Malaysia dan telah tersebar hingga ke Pulau Andaman. Pada masa ini banyak yang ditanam di Indonesia, Thailand dan Taiwan. Buahnya dimakan segar dan ternyata lebih bermutu daripada jambu air.Ciri Pokok:Pokok jambu semarang sederhana besar mencapai 12 m tinggi, bercabang rendah dengan sistem percabangan yang terbuka. Kulit batang berwarna kemerahan dan tanggal menjadi kepingan-kepingan halus. Daunnya licin di kedua-dua permukaan, berbentuk elips atau lanseolat. Pangkal daun tirus sedikit, urat daun kira-kira 12 pasang, melengkung ke dalam iaaitu kira 0.6 cm dari tepi daun. Daun bertangkai pendek, panjangnya hanya kira-kira 0.5 cm tetapi jelas. Jambak bunga berbentuk sima, dikeluarkan di hujung dan di celah-celah ranting berdaun yang kecil dan melentuk. Setiap jambak bunga mengandungi 3-6 kuntum bunga. Bunganya berwarna putih atau berkrim pucat dan tidak berbau.Buah jambu semarang berbentuk panjang tetapi lebar di hujung, berukuran 3-8 cm panjang dan 5 cm lebar. Hujung buah berongga dan diliputi oleh empat cuping yang melengkung ke dalam. Kulit buah nipis, licin, berkilat dan berwarna hijau muda atau putih tetapi ada juga yang berwarna merah. Isinya berwarna kehijauan atau putih, agak kering dan rapuh. Rasanya manis dan kadang-kadang kelat sedikit. Jambu semarang tidak bermusim. Bagaimanapun, puncak pengeluaran buah ialah dua kali setahun, iaitu pada bulan Mei-Julai dan bulan Ogos-September.Pembajaan:Jambu semarang tumbuh dengan cepat dan kerap berbuah. Oleh itu, tanaman ini memerlukan pembajaan yang agak kerap dan teratur. Baja diberi pada peringkat pertumbuhan tampang dan selepas buah dipetik. Membaja sepanjang pembungaan dan pembentukan putik buah patut dielakkan. Selain baja kimia, baja organik sama ada tahi ayam, tahi arnab atau tahi lembu sesuai digunakan. Baja organik bukan sahaja membekalkan nutrien kepada pokok secara perlahan tetapi juga membaiki keadaan tanah. Satu beg (20 kg) baja organik hanya diletakkan di pangkal pokok setiap 6 bulan.Cantasan:Pokok jambu semarang perlu dibentuk dengan mencantas. Pada peringkat awal, cantasan dilakukan untuk membentuk kanopi yang seimbang, kukuh dan memudahkan buah dipetik. Cantasan awal dibuat apabila beberapa cabang utama terbentuk hampir pada aras tanah. Cabang-cabang dicantas hingga meninggalkan tiga cabang yang besar dan kukuh supaya memberi keseimbangan pada kanopi pokok. Cantasan seterusnya hanya membuang tunas-tunas air yang tumbuh tegak pada dahan dan cabang kecil. Ranting-ranting atau dahan berpenyakit juga perlu dibuang dari semasa ke semasa. (Sila lihat panduan mencantas/ pemangkasan pokok).Kawalan musuh dan penyakitPenyemburan racun serangga perlu untuk menentukan daun-daun sentiasa sihat dan tidak dimakan ulat. Ulat pemakan daun sering didapati ialah ulat beluncas kupu-kupu. Ia selalunya bersembunyi di sebalik daun pada waktu siang. Akan tetapi pada malam hari, ia memakan daun, tunas dan daun muda serta tunas bunga. Pokok perlu disembur dengan racun serangga sebaik-baiknya racun serangga jenis cypermethrin seminggu sekali atau malathion 2 minggu sekali. Penyemburan perlu dihentikan apabila tanaman sedang berbuah. Penyemburan yang akhir perlu dibuat pada peringkat putik bunga untuk memastikan tiada serangga bertelur pada bunga. Pada peringkat pembetukan dan pembesaran buah, putik-putik buah dibungkus untuk mengelakkan serangan serangga dan burung. Perosak yang paling bahaya ialah lalat buah.Pengeluaran hasil:Pokok jambu semarang cepat mengeluarkan hasil. Pokok daripada keratan mula berbunga dan buah 1 1/2 - 3 tahun selepas ditanam. Jenis hijau panjang mula berbunga 1 1/2 tahun selepas ditanam. Jenis merah besar 2 tahun manakala jenis tempatan 2 1/2 tahun selepas ditanam.Hasil di peringkat awal rendah, dan tempoh 1 1/2 - 3 tahun ini boleh dianggap sebagai fasa peralihan dari fasa tampang ke fasa pembiakan. Pada tahun pertama, hasil buah hanya 3-5 kg/pokok. Hasil mula meningkat pada tahun kedua dan ketiga sehingga 10-20 kg dan mula stabil pada tahun keempat apabila hasil buah mencapai 50 kg. Pokok yang dijaga dengan sempurna boleh menghasilkan 100 kg buah sepokok, 4 tahun berikutnya.Jambu perlu dibalut untuk mendapatkan buah yang bermutu tinggi. Masa yang paling sesuai untuk membalut buah ialah apabila kesemua kelopak bunga dan debunga telah gugur. Untuk mendapatkan buah yang besar, putik perlu dijarangkan sehingga 4-6 biji setangkai. Amalan ini juga akan mengelakkan keguguran buah yang banyak. Bahan pembalut plastik sesuai digunakan. Ia ditebuk lubang di bahagian bawah supaya air hujan tidak bertakung. Air yang berkumpul dalam plastik perlu dibuang dari semasa ke semasa untuk mengelakkan keadaan lembap dan pertumbuhan kulat. Kertas surat khabar boleh juga digunakan. Akan tetapi keadaan gelap akan menghilangkan warna buah dan kelihatan kurang menarik. (Sumber: Majalah Agromedia Bil. 5/1999).
- JAMBU BATU (Psidium Guajava)
Nama saintifik : Psidium guajava, Linn.
Nama biasa : Biawas, Jambu Batu
Keluarga : MyrtaceaeMerupakan tanaman jangka panjang. Berasal dari tropika Amerika Selatan. Buah jambu mengandungi kandungan vitaman C 3 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dua kali ganda lebih tinggi daripada buah betik dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada buah pisang. Kebanyakan vitamin C didapati di bahagian kulit dan mesokarpa buah. Secara amnya jenis buah yang berisi merah mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah yang berisi putih. Buah jambu batu mengandungi bebeapa jenis gula seperti fructose, D-gulose dan sucrose dimana kandungannya masing-masing adalah 3.4%, 2.8%, 0.3%. Kandungan gula didapati bertambah semakin buah membesar, dan akan diganti dengan sucrose apabila buah masak.Kultivar yang disyorkanKultivar-kultivar yang disyorkan untuk penanaman komersil seelok-eloknya merangkumi semua ciri seperti berikut:-
- saiz buah melebihi 7 cm garis pusat
- penghasilan yang tinggi dan konsisten
- aroma dan perasa yang baik
- isi yang manis hingga sedikit berasid
- tekstur buah yang rapuh
- isi yang pejal
- sedikit atau tanpa biji
- isi berwarna merah jambu
- pokok rintang kepada musuh dan penyakit
KLON-KLON DAN CIRI-CIRI KULTIVAR YANG DISYORKAN:- GU 8
Varieti ini popular dengan nama Kampuchea. Berasal dari Kampuchea dan didaftarkan pada 30 Jun 1984. Jambu Kampuchea mengeluarkan buah yang besar (450-750 gm sebiji). Berbentuk bujur dan berwarna hijau muda kekuningan. Isinya putih, sederhana tebal dan rapuh. Rasanya masam manis dan mengandungi banyak biji.
- GU 9
Jambu ini dikenali dengan nama 'Klom Toon Klao' berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 30 Ogos 1985. Buah bersaiz sederhana hingga besar, berbentuk bujur, berbonggol pada hujung buah dan permukaan buah kasar. Kulit berwarna hijau muda. Isinya putih, rasanya manis dan rapuh. Kandungan biji adalah sedikit.
- GU 10
Jambu bernama 'Klom Sali' berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 30 Ogos 1985. Buah bersaiz sederhana besar (300-600 gm sebiji) dan berbentuk hampir-hampir bulat. Kulit berwarna hijau muda, isi berwarna putih, sederhana tebal, rapuh dan rasanya manis. Kandungan bijinya sederhana.
Faktor IklimSuhu tinggi (27-28oC) dengan taburan hujan yang tinggi dan seragam sebanyak 2,500 mm setahun didapati amat sesuai. Taburan hujan yang mencukupi akan memberi kesan yang baik kepada tumbesaran vegetatif pokok; manakala hujan yang lebat dan berpanjangan akan menjejaskan pengeluaran bunga dan pembetukan buah. Secara amnya, pokok jambu batu memerlukan tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga.Di Malaysia terdapat dua musim kering iaitu pada bulan Januari-Mac dan bulan Jun-Julai. Musim kering ini akan mempengaruhi penghasilan buah jambu batu. Pada musim kemarau, pengairan adalah mustahak untuk menjamin tumbesaran dan penghasilan yang baik. Faktor-faktor tanah dan kesesuaiannya adalah seperti berikut:-
Sifat Sesuai Sederhana Sesuai Kecerunan
Saliran
Kedalaman tanah yg berkesan0-12 darjah
Tak sempurna
>75 cm12-20 darjah
Agak sangat salir
50-75 cmTekstur dan struktur Bertekstur lom berpasir atau halus dan berstruktur halus
ke sederhana.Berstruktur kasar dan lemah. Kemasinan
Kedalaman lapisan asid sulfat
Ketebalan gambut
> 1 mmhos
> 75 cm
Tiada gambut
1-2 mhos
50-75 cm
< 25 cm
Keberbatuan < 25%, tersebar sama rata
atau terdapat di bawah kedalaman 75 cm25-75% Ketidak seimbangan nutrien Tiada kandungan nutrien
mikro yang berlebihan
atau CEC sederhana rendah.CEC sederhana rendah.
Penyediaan TanahPembajakan sedalam 30 cm dijalankan sekali sahaja mengikut barisan yang hendak ditanam. Barisan digemburkan dengan pemutar. Bagi kawasan-kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi, parit-parit ladang hendaklah dibina antara dua barisan pokok. Gerudi tanah berukuran 30 cm digunakan untuk membuat lubang sedalam 30 cm.Penyediaan Benih TanamanPembiakan boleh dijalankan sama ada melalui biji atau secara tampang. Kaedah pembiakan melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Kaedah tut dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesarannya cepat.Pembiakan Secara TutPucuk muda yang sihat dan segar bersaiz 1-2 cm garis pusat dipilih. Kulit sekeliling batang pucuk selebar 2-3 cm dipotong dan ditanggalkan, disapu dengan ubat pengggalak akar dan ditutup dengan tanah. Pembalutan dibuat dengan plastik politena dan kedua-dua bahagiannya diikat. Akar akan keluar dalam masa 4-6 minggu. Bahagian bawah tut dipotong dan diubah ke dalam beg politena yang mengandungi tanah campuran (3:1:1) yang steril. Pokok tut sesuai diubah ke ladang dua ke tiga bulan kemudian. (Sila lihat panduan mengetut pokok).Pembiakan Secara CantumanCantuman dilakukan apabila pokok penanti berumur 3 bulan atau garis pusat batang pokok sebesar batang pensil. Kulit batang pokok selebar 1.0 x 3.0 cm dituris dan kulit ditanggalkan dari atas. Satu kepingan mata tunas daripada klon terpilih diselit masuk ke dalam tapak cantuman dan diikat dengan pita plastik. Pita plastik dibuka 3 minggu kemudian dan bagi cantuman yang berjaya, pokok penanti dicantas 4-5 cm di atas tapak cantuman untuk menggalakkan pemecahan dan tumbesaran tunas. Pokok cantuman berumur 2-3 bulan sesuai untuk diubah ke ladang. (Sila lihat panduan cantuman pokok dan juga pemangkasan pokok).Penanaman di LadangDilakukan pada awal musim hujan dan hanya pokok benih yang sihat dan segar sahaja digunakan. Sebanyak 5 kg baja organik, 100 gm baja fostat dan 250 gm kapur dicampurkan ke dalam lubang. Pokok benih dimasukkan dalam lubang, ditimbus dengan tanah dan kemudian dipadatkan sehingga menjadi busut kecil. Setiap anak pokok hendaklah diikat pada kayu sokongan berukuran satu meter tinggi dan diberi sungkupan. Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya tidak hujan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 4m x 4 m dan jarak ini memberikan kepadatan sebanyak 625 pokok sehektar.PemangkasanPemangkasan merupakan satu operasi pengurusan yang penting. Ia dilakukan dengan beberapa tujuan seperti berikut:-
- membentuk dan mengawal tumbesaran pokok
- mengawal pengeluaran bunga
- memperbaiki sistem pengudaraan pokok
- menambah kemasukan sinaran matahari
- memudahkan kerja-kerja pengurusan
- mengawal serangan musuh dan penyakit
Pemangkasan PembentukanDilakukan pada peringkat awal tumbesaran pokok untuk mengwujudkan satu rangka pokok yang baik. Anak pokok tut yang mempunyai 2-3 dahan primer dicantas pada paras 0.5 meter panjang untuk mengelakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder. Pada setiap dahan primer, 3 atau 4 dahan sekunder yang seimbang dikekalkan untuk memberi rangka pokok. Bagi anak pokok cantum, batang utamanya dicantas pada paras 0.5 meter dengan tujuan menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder. Dari 2-3 dahan sekunder dipilih, cantasan dilakukan sekali lagi pada paras 0.5 meter untuk menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan tertier. Kekalkan 3 atau 4 dahan tertier pada setiap dahan sekunder. (Sila lihat panduan pemangkasan pokok!)Pemangkasan PengurusanDilakukan secara berterusan dengan tujuan menjaga kesuburan pokok. Dahan dan ranting-ranting yang bersilang, berpenyakit, mati, lemah dan yang tidak diperlukan hendaklah dicantas. Pemangkasan ini juga dilakukan untuk mengawal pertumbuhan vegetatif pokok dan secara tidak langsung mempengaruhi musim pembungaan. Selepas musim buah, ranting-ranting dahan tertier dicantas pada paras 25-30 cm untuk mengggalakkan pengeluaran pucuk-pucuk baru. Daripada pucuk-pucuk ini, bunga akan terbentuk pada celah-celah daun kedua hingga daun keempat. Hujung pucuk kemudian dipotong untuk mempercepatkan tumbesaran pokok. Untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan, ketinggian pokok dikawal pada tahap ketinggian 1.8 meter. (Sila lihat panduan pemangkasan pokok!)Pemangkasan PemulihanDilakukan apabila pokok-pokok telah tua dan tidak lagi produktif. Ianya dilaksanakan dengan mencantas dahan-dahan tertier supaya digantikan dengan pucuk-pucuk yang baru. (Sila lihat panduan pemangkasan pokok!)PembajaanUntuk menjamin tumbesaran pokok dan penghasilan yang optimum, pembajaan hendaklah dilakukan dengan cara yang berkesan pada kadar dan masa yang tepat berasaskan peringkat dan corak tumbesaran pokok.Pengurusan AirKeperluan air adalah faktor utama untuk meningkatkan pengeluaran hasil jambu batu dan tumbesaran pokok. Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan dan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan dapat dikurangkan.Penjarangan dan Pembalutan BuahSelepas musim buah dan selepas pemangkasan dibuat, bunga akan terbentuk pada celah-celah daun pucuk baru. Pada kebiasaannya terdapat 1-3 putik buah pada satu tangkal. Untuk memperolehi saiz buah yang besar, penjarangan putik buah digalakkan, iaitu dengan meninggakan hanya satu putik sahaja pada satu tangkai. Pembalutan buah dengan beg kertas merupakan satu amalan yang penting dalam pengurusan tanaman buah jambu batu. Selain daripada memberi perlindungan daripada serangan lalat buah, buah yang telah dibalut juga didapati lebih bersih dan menarik. Pembalutan dilakukan apabila buah mencapai saiz sebesar telur ayam.
- Nematod (Meloidogyne incognita)Pokok-pokok yang diserang kelihatan tidak segar dan terbantut. Kanopi pokok menjadi jarang dan daun-daun menjadi kekuningan. Buah menjadi kecil, mencapai kematangan dalam masa yang singkat dan warnanya kelihatan pudar. Kulit batang tidak mengelupas. Pemeriksaan sistem akar menunjukkan akar menjadi bengkak dan berubah warna. Serangan yang teruk, menjadikan akar tunjang dan akar sisi akan kelihatan bengkak dan pecah-pecah. Tabur racun seperti carbofuran atau fenamiphos dan guna bahan tanaman yang bebas daripada nematod, khasnya dalam penyediaan anak benih dan tanah yang digunakan dalam beg potena perlu steril.
- Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)Larva mengorek ke dalam isi buah dan menyebabkan kerosakan. Kutip buah-buah yang kena serang dan tanam dalam tanah, balut buah-buah muda dengan beg kertas, sembur setempat dengan umpan protien seperti promar yang dicampur dengan malathion. Sembur 40 ml campuran promar pada tiap-tiap pokok dan ulangi semburan lima hari sekali dari peringkat berputik hingga buah dipetik. Perangkap lalat buah jantan dengan mengumpan dengan pemikat methyl eugenol.
- Kutu Trip (Selenothrips rubrocintus, Scirtothrips dorsalis)Perosak ini biasanya merosakkan lapisan permukaan buah dan meninggalkan kesan calar dan bersinar. Serangan menjadi serius pada musim kemarau dan di kawasan yang baru ditanam. Semburan liputan secara menyeluruh perlu dilakukan apabila terdapat kesan serangan. Racun-racun seperti bendiocarb dan biomopropylate adalah berkesan.
- Kepinding Nyamuk (Helopeltis theobromae)
Serangan menyebabkan luka yang kecil, berwarna hitam dan bentuknya berubah mengikut masa. Serangan pada buah menyebabkan luka berlekuk ataupun keruping berkarat. Pucuk muda yang diserang akan menjadi layu dan mati. Lakukan pemangkasan dan sembur racun seperti deltamethrin dan cupermethrin.
- Koya-koya (Ferisiana virgata, Pseudococcus citriculus dan Planacoccus paciffus)
Serangga pada peringkat dewasa dan peringkat nimfa menghisap cairan pokok dan jika populasinya tinggi, pertumbuhan kulapuk hitam akan berlaku dan seterusnya mengurangkan mutu buah. Sembur campuran minyak putih dan racun serangga dan kawal semut yang memakan manisan dengan menyembur cypermethrin pada batang dan bahagian pangkal pokok.
- Bena Putih (Aleurotuberculatus canangae,
A. Cheracensis, A.psidii, A. dispersu, dialeurodes psidii)
Bena putih dewasa dan nimfa menghisap cairan pokok, khasnya dibawah permukaan daun dan mengeluarkan manisan yang mengakibatkan kulapuk hitam. Sembur dengan racun seperti deltamethrin dan permethrin .
- Ulat Pemakan Daun (Attacus atlas, Odenestis vita sp,
Spilonota sp, Strepsicrates spp.)
Ulat ini membuat sarang pada daun yang belum terbuka dan merosakkan daun dan pucuk muda. Sembur racun serangga seperti cypermethrin, permethrin dan trichlorphon sekiranya serangan serius. Semburan mingguan disyorkan untuk mencapai kawalan yang berkesan.
- Penyakit Keruping Buah - Scab (Pestalotiopsis psdii)Bermula dengan bintik-bintik kecil dan membesar menjadi tompok sebesar 1-3 mm, berbentuk bulat dan berwarna perang kehitaman. Apabila buah membesar, bahagian epidermis buah di sekeliling keruping akan terkoyak dan timbul manakala bahagian tengahnya menjadi lekuk. Gunakan racun kulat yang mengandungi kuprum atau zink.
- Reput Akar dan Pangkal (Phythophthora nicotianae)
Batang dan akar menjadi reput. Batang mengeluarkan damar, daun kekuningan dan gugur. Guna pokok peranti yang rintang. Kikis bahagian kulit dan sapu racun kulat seperti meta laxyl atau fosetyl aluminium dan guankan saliran yang baik.
- Penyakit Stylar - End Ring Rot (Phomopsis psidii Nag Raj & Ponnapa)
Bermula dengan bintik-bintik nektrorik di sebelah bawah buah kerana spora-spora dibawa turun oleh air hujan. Bintik-bintik menjadi hitam, membesar dan bercantum dengan melingkari buah hingga boleh merebak ke dalam buah dan ke bahagian biji. Sembur dengan racun kulat perlu dilakukan sebelum pembungkusan buah dijalankan. Amalkan pembersihan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit dan kelembapan yang tinggi.Kawalan Rumpai:Kawal rumpai secara manual dengan menggunakan racun rumpai terutama di kawasan yang luas dan peringkat pokok di mana umur melebihi dua tahun di ladang. Semasa semburan dilakukan, tindakan berhati-hati perlu diambil supaya tidak terkena pada pokok jambu dan memberi kesan pada fitotoksik.Indeks Kematangan Jambu Batu:
Indeks warna 1: Keseluruhan buah hijau gelap Indeks warna 2 : Buah berwarna hijau muda berkilat Indeks warna 3 : Buah berwarna lebih hijau daripada kuning Indeks warna 4 : 50% bahagian buah berwarna hijau dan 50% kuning Indeks warna 5 : Buah berwarna lebih kuning daripada hijau Indeks warna 6 : Keseluruhan buah berwarna kuning Indeks warna 7 : Keseluruhan buah berwarna kuning oren
Pengutipan Hasil:Pemetikan buah jambu batu dijalankan dengan menggunakan gunting secateaur. Tangkai buah digunting dan buah bersama kertas pembalutnya dimasukkan ke dalam baldi plastik. Apabila penuh, buah-buahan daripada baldi dimasukkan dalam bakul plastik yang besar. Bakul raga tidak disyorkan kerana berkemungkinan melukakan permukaan tanah.Pengendalian Lepas Tuai:Pengendalian di ladang
Suhu yang tinggi di ladang akan menyebabkan buah menjadi kecut kerana kehilangan air. Buah yang dipetik perlu disejukkan dengan kaedah samada membasahkan kertas pembalut buah, memetik buah pada waktu yang kurang panas, meletakkan buah di tempat yang redup, mewujudkan sistem penghantaran buah yang cekap dan memberi lindungan kepada buah semasa pembungkusan untuk operasi seterusnya.Pengendalian di pusat pembungkusan
Pusat pembungkusan merupakan tempat khas di mana buah-buah dari ladang disediakan sebelum dipasarkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah memilih, membasuh, merawat buah dengan racun kulat, mengering, membungkus dan penyimpanan. Pengendalian buah yang sebenar bergantung kepada tujuan pasaran, iaitu sama ada disediakan untuk pasaran tempatan atau pasaran eksport melalui udara atau melalui kapal.Proses Pengendalian Lepas Tuai:Memilih Buah
Kertas pembalut buah yang asal ditanggalkan. Buah yang elok dan tidak berpenyakit diasingkan untuk operasi seterusnya.Membasuh buah
Buah dibasuh bersih dari segala kotoran.Rawatan buah
Buah direndam dalam air yang mengandungi 200 ppm benomyl selama sepuluh minit. Proses ini diwajibkan untuk buah yang hendak diekport melalui kapal.Mengering buah
Buah dikering di atas para atau rak.Menggred Buah
Penggredan dilakukan berasaskan saiz, kesegaran, kebersihan dan rupa bentuk buah. Saiz buah yang melebihi 400 gm adalah adalah ditafsirkan sebagai besar, saiz sederhana diantara 350-399 gm dan saiz kecil diantara 300-349 gm.Membungkus Buah
Buah harus dibungkus untuk memelihara kesegaran buah khasnya untuk tujuan eksport. Untuk perjalanan kapal, buah sesuai dibungkus dengan politena yang setebal 0.02-0.04 mm, manakala buah untuk perjalanan udara sesuai dibungkus dengan kertas. Kotak papan serabut berombak digunakan untuk mengisi buah yang telah dibungkus.Penyimpanan Hasil
Buah boleh disimpan dalam suhu bilik atau di dalam bilik sejuk mengikut keperluannya. Untuk pasaran tempatan,. buah jambu batu boleh disimpan selama seminggu di bawah suhu bilik 26oC tanpa menjejaskan kualitinya. Untuk penyimpanan yang lebih lama, bilik sejuk perlu digunakan. Dibawah suhu 20oC, buah jambu batu boleh disimpan selama 9-10 hari. Di bawah suhu penyimpanan pada 5oC, jambu batu klon GU 8 dapat disimpan selama 2-3 minggu, manakala jenis yang tidak berbiji dapat disimpan selama 5 minggu.Pengangkutan
Buah-buah yang dipetik akan dibawah ke pusat pembungkusan. Dari pusat-pusat pembungkusan buah-buahan yang telah dibungkus akan dibawa ke destinasinya.Rantaian ke laman-laman Jambu Batu
(Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI 2005).
Masa penuaian jambu air biasanya dikira selepas buah dibungkus. Pembungkusan buah jambu air di ladang dibuat serentak dengan amalan penjarangan buah. Bilangan buah setangkai yang dibungkus bergantung pada gred buah yang dikehendaki. Umpamanya, bagi mendapatkan buah gred AA (saiz melebihi 4 inci panjang) untuk tujuan eksport, putik hendaklah ditinggalkan 3 biji sahaja bagi satu tangkai. Bagi tujuan pasaran tempatan, buah ditinggalkan antara 4-5 biji setangkai.
Masa penuaian jambu air biasanya dikira selepas buah dibungkus. Pembungkusan buah jambu air di ladang dibuat serentak dengan amalan penjarangan buah. Bilangan buah setangkai yang dibungkus bergantung pada gred buah yang dikehendaki. Umpamanya, bagi mendapatkan buah gred AA (saiz melebihi 4 inci panjang) untuk tujuan eksport, putik hendaklah ditinggalkan 3 biji sahaja bagi satu tangkai. Bagi tujuan pasaran tempatan, buah ditinggalkan antara 4-5 biji setangkai.
Buah jambu air dibungkus setelah putih buah brumur 3 minggu atau putik telah mencapai saiz sebesar ibu jari kaki. Putik buah perlu dibungkus dengan beg plastik khas yang saiznya 20 cm x 30 cm dan mempunyai 6 lubang di bahagian bawahnya. Buah jambu air akan masak selepas 20-25 hari dari tarikh buah dibungkus.
Tangkai buah dipotong menggunakan gunting atau sekateur. Buah akan dipetik bersama dengan beg pembungkusannya sekali. Ini dapat mengelakkan buah tercedera sewaktu dipungah dan diangkut ke tempat pengumpulan buah. Kebanyakan penanam menggunakan bakul plastik boleh guna semula untuk mengisi buah jambu air yang telah dipetik untuk diangkut ke tempat pengumpulan. Biasanya buah dipetik 3 kali seminggu. Kerja pemetikan dilakukan pada awal pagi sehingga tengah hari dan buah dibawa ke tempat pengumpulan untuk ditimbang dan digredkan. Buah biasanya diangkut ke pasaran pada sebelah petang oleh pemborong.
Buah jambu air sangat mudah tercedera. Oleh itu pengendalian buah termasuk penuaian, pengisian buah ke dalam bekas, mengangkut, menimbang, menggred dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan secermat mungkin. Penggunaan bekas pengisi juga perlu diambil kira kerana bekas yang mempunyai tepian yang tajam akan mencederakan buah.
Labu Manis
PENGENALAN
Nama saintifik Keluarga Nama tempatan | : : : | Cucurbitamoschata Cucurbitaceae Labu manis atau labu lemak |
Labu manis dikenali juga dengan nama labu lemak. Ia berasal dari Amerika Tengah. Selain dibuat sayur, labu manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih seperti jemput-jemput, bengkang, serawa dan pai.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN:
- IklimMemerlukan cuaca panas dan air yang banyak untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik. Suhu yang sesuai ialah 25-35oC pada waktu siang dan 18-22oC pada waktu malam. Hujan minimum sebanyak 380 mm semusim adalah diperlukan. Hujan lebat yang menyebabkan air bertakung boleh memusnahkan tanaman ini. Cuaca redup dan naungan dari pokok lain mengurangkan pengeluaran bunga betina dan seterusnya merendahkan hasil.
- Tanah
Tanah yang sesuai ialah liat gembur berpasir, liat gembur berorganik tinggi, gambut yang diberi kapur dan tanah bris berorganik tinggi seperti Siri Rhu Tapai dan Rompin. Penanaman di tanah rata mestilah mempunyai saliran yang baik. Di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi penanaman hendaklah dibuat di atas batas.
pH yang paling sesuai ialah diantara 5.5 - 6.8. Kebanyakan tanah di Malaysia mempunyai pH yang rndah dan kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Tanah mineral memerlukan kapur sebanyak 3-5 tan sehektar manakala tanah gambut memerlukan 3 - 7.5 tan sehektar.
KULTIVAR YANG DISYORKAN :
Terdapat banyak kultivar ditanam. Antaranya jenis Cina dan jenis Taiwan tetapi yang paling popular di Malaysia dan disyorkan untuk penanaman secara komersil ialah Early Price daripada jenis Taiwan dengan kod nombor 767.
AMALAN KULTUR
Penyediaan Tanah:
Tanah dibajak piring diikuti dengan sekali atau dua kali bajak putar. Bajak piring seeloknya dilakukan sebulan setengah sebelum menanam dan bajak putar pertama dua minggu kemudian iaitu selepas penaburan kapur. Bajak putar kedua dibuat 1-2 hari sebelum menanam. Kedalaman bajakan ialah 20-30 cm.
Bagi kawasan yang paras airnya tinggi, batas yang bersaiz 1.2 meter lebar, 30 cm tinggi dan panjang mengikut tanah perlu dibuat. Jarak diantara batas ialah 1.2m dan jarak antara tengah batas ialah 2.4m.
Penyediaan Benih:
Bagi jenis Early Price sebanyak 800 gm biji benih diperlukan untuk sehektar. Biji benih perlu dibeli setiap kali penanaman. Biji benih daripada kacukan F1 hybrid tidak boleh digunakan untuk penanaman akan datang kerana tidak mengekalkan baka asal. Biji benih perlu dirawat dengan rawatan kering menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g thiram bagi 1000g biji benih.
Penanaman:
Tanam dua biji benih selubang terus ke batas. Kambus sedalam 1-2 cm dengan tanah. Jarak tanaman ialah 1.2 m dalam baris dan 2.4 m antara baris. Apabila pokok sudah tumbuh di peringkat 2 helai daun benar iaitu 7-10 hari lepas tanam, tinggalkan sepokok selubang. Dengan jarak ini menghasilkan 3400 pokok sehektar.
Pembajaan:
Tanam dua biji benih selubang terus ke batas. Kambus sedalam 1-2 cm dengan tanah. Jarak tanaman ialah 1.2 m dalam baris dan 2.4 m antara baris. Apabila pokok sudah tumbuh di peringkat 2 helai daun benar iaitu 7-10 hari lepas tanam, tinggalkan sepokok selubang. Dengan jarak ini menghasilkan 3400 pokok sehektar.
Pembajaan:
Penggunaan plastik bersinar boleh mengurangkan kehilangan baja melalui proses larut lesap.
Pembajaan Labu Manis Tanpa Plastik
Masa Membaja | Jenis Baja | Kadar/Ha | Kadar/Pokok |
Penyediaan batas Sebelum menanam 10 hari lepas tanam 40 hari lepas tanam 60 hari lepas tanam | Tahi ayam reput NPK 12:12:17:2+TE NPK 12:12:17:2+TE NPK 12:12:17:2+TE NPK 12:12:17:2+TE | 4 tan 200 kg 200 kg 200 kg 200 kg | 1.2 kg 60 g 60 g 60 g 60 g |
Pembajaan Labu Manis Menggunakan Plastik
Masa Membaja | Jenis Baja | Kadar/Ha | Kadar/Pokok |
Penyediaan batas Sebelum menanam 60 hari lepas tanam | Tahi ayam reput NPK 12:12:17:2+TE NPK 12:12:17:2+TE | 4 tan 600 kg 200 kg | 1.2 kg 180 g 60 g |
Baja digaul ke dalam batas sebelum ditutup dengan plastik. Pembajaan di peringkat 60 hari selepas ditanam, baja ditabur di celah batas.
Pengurusan Air:
Boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah, 1.5 - 2.5 kg/cm dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter/minit dan garis pusat liputan siraman 25-30m.
Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama.
Pendebungaan Berbantu
Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah. Bunga yang tidak didebunga akan busuk dan gugur. Debunga dari kultivar yang sama adalah serasi. Lazimnya, labu manis didebungakan oleh serangga seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu. Sekiranya racun serangga kerap digunakan, agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil.
Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi (8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka. Debunga daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan. Oleh kerana bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina. Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.
Pengurusan Penyakit dan Perosak
- Penyakit Kulapuk Downy (Merebak melalui tiupan angin)
Disebabkan oleh Kulat Pseudoperonospora cubensis. Simptom: Bintik-bintik bersegi berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun. Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungu-unguan. Serangan teruk menyebabkan daun menjadi kuning dan mati dan buah menjadi bantut.
Kawalan:
Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl (0.15% b.a) apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulang selang 7-10 hari, sekali.
- Kulapuk Berdebu (Merebak melalui angin dan air)
Disebabkan oleh kulat Erysiphe cichorocearum menyerang daun. Simptom: Terdapat kulat berdebu di bawah daun dan batang pokok. Bahagian berpenyakit menjadi perang, kuning dan berkedut.
Kawalan:
Musnahkan pokok dan buah yang diserang. Sembur dengan racun kulat seperti benomyl (0.03% b.a) selang 7-10 hari sekali jika perlu.
- Melecuh Anak Benih/Reput Pangkal (Merebak melalui tanah dan air)
Penyebab: Phytophthora sp., Pythium sp. dan Rhizoctonia sp. Simptom: Serangan berlaku pada batang atau di mana terdapat tanda-tanda cedera berair dan kelihatan nekrotik.
Kawalan:
Gunakan biji benih yang sihat. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih. Pastikan saliran elok di kawasan tanaman.
- Mozek Virus (Merebak melalui biji benih / kutu daun).
Penyakit ini menyerang semua bahagian pokok. Simptom: Daun berbintik-bintik berwarna hijau pucat, berkerekod dan pokok terbantut.
Kawalan: Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit
- Hawar Daun (Merebak melalui angin)
Kulat Rhizoctonia sp. menyerang daun. Terdapat spora-spora berwarna keperangan di tempat serangan.
Kawalan:
Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih. Gunakan biji benih yang sihat, amalkan tanaman giliran dan cabut serta tanam daun-daun yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti mancozeb (0.1 - 0.2% b.a) setiap 7 hari sekali jika perlu.
Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Buah labu manis dipungut apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam bagi kultivar Early Price. Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke kuning. Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah.
Berat buah labu manis adalah diantara 1-2 kg sebiji. Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik. Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh 90 hari. Hasil sehektar lebih kurang 29-25 tan.
Kawalan Rumpai
Rumpai di atas batas dicabut dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Jika perlu racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyhosate (0.6 kg/ha) boleh disembur untuk mengawal rumpai yang tumbuh di antara batas pada peringkat sebelum berbuah. Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan rumpai di permukaan batas.
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil racun perosak yang digunakan.
Tempoh Dilarang Mengutip HasilRacun perosak | Tempoh (hari) |
metalaxyl captan benomyl carbaryl trichlorfon malathion diazinon dimethoate mancozeb | 7 7 3 e 7 3 7 14 14 |
PANDUAN MENANAM LIMAU(Tanaman Jangka Panjang)
PENGENALAN:
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau. Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis. Enam hari selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil. Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis).
Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual (lihat maksudnya) manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo).
VARIETI LIMAU
Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis potong (sweet orange). Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis). Limau Langkat dan limau jenis "Kwantung" lebih digemari oleh masyarakat berbanding dengan limau mandarin jenis lain. Disamping itu, limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran. Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi.
- LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan)
Sejenis limau Mandarin. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia.
Kematangan Pokok Limau Madu
Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim utama pengeluaran buahnya yang tinggi. Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November.
Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik. Penentuan peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah, perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa. Buah limau madu sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi berkilat dan mudah dikupas.
Penuaian dilakukan dengan menggunakan gunting atau sekateur. Buah dipetik dengan cara memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama. Pada kali kedua tangkai dipotong lebih rapat dengan permukaan buah. Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti bakul atau kotak. Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan kerana boleh mengoyakkan kulit buah. Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan terus ke dalam bakul atau kereta sorong. Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam.
- LIUKAN (Citrus reticulata Blanco)
Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren. Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain. Varieti limau ini mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja dan perlu diganti. Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit virus tristeza.
- CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco)
Berasal dari daerah Chaozhou, Cina. Menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid. Varieti ini tidak sepopular varieti limau madu. Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan masalah utama dan mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening'.
- KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan)
Ia sangat diminati oleh masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza. Varieti ini mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu melaksanakan proses penjarangan buah. Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang berasa masam dan tidak sesuai untuk dipasarkan.
- PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki Hort.ex.Tan)Limau daripada varieti ini menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Varieti ini paling banyak diusahakan di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai Hokkienkam. Walaupun ia menghasilkan buah yang bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan berbanding dengan varieti limau yang lain.
- LIMAU PURUTLimau purut berbau lebih kuat dan tajam. Berasal dari kepulauan Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama. Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'.Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa ruak atau arak beras. Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
- Panduan menanam limau purut (pdf) - klik
- Istilah Limau Purut dari Wikipedia - klik
- Khidmat Online: Limau purut - klik
- LIMAU BALI (Citrus grandis (L) Osbeck)Limau Bali adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus. Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi.
- LIMAU NIPIS (Citrus Aurantifolia)
Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik !
- LIMAU LANGKAT (Citrus suhuiensis)
Sejenis Limau Mandarin. Penerangan lanjut mengenai limau ini adalah dalam format pdf. Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik !
Penghasilan Buah:
Pokok limau langkat yang dibiak secara tampang, sama ada secara cantuman atau tut akan mengeluarkan hasil selepas 2-4 tahun ditanam di ladang. Limau Langkat dan limau madu berpotensi mengeluar hasil daripada 8 tan/ha. pada tahun ke empat sehingga 24 tan/ha. pada tahun ke enam dan seterusnya. Tempoh jangka hayat ekonomik untuk kebanyakan jenis limau ialah antara 15-20 tahun.
Musim Buah:
Limau langkat adalah pokok buah yang tidak bermusim tetapi mempunyai musim utama pengeluaran buah (bulan Oktober hingga November dan bulan Mac hingga April).
Kematangan Buah:
Cara yang biasa digunakan bagi menentukan tahap kematangan buah limau langkat ialah berdasarkan perubahan warna kulit, saiz dan ketumpatan buah. Buah limau mencapai tahap matang apabila warna kulit berubah daripada hijau kepada sedikit kekuningan. Kebiasaannya buah limau langkat matang dalam masa 8 1/2 bulan dan 9 1/2 bulan bagi limau madu selepas bunga kembang dan boleh dipetik. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut dan senang dikupas.
Pengutipan Hasil:
Pengutipan hasil biasanya dilakukan menggunakan gunting bagi mengelakkan kecederaan mekanikal kepada buah. Buah hendaklah dipotong bersama-sama dengan tangkainya sepanjang antara 3-5 cm. Buah-buah yang dipetik biasanya diisi ke dalam bekas atau bakul rotan kecil yang dilapik daun limau supaya tidak cedera.
Pengendalian Pascatuai:
Pengendalian dan pengangkutan di ladang
Pengangkutan dari ladang ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan boleh dilakukan dengan kereta sorong, treler atau kaedah lain bergantung kepada saiz ladang. Penghantaran ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan perlu dijalankan dengan cepat bagi mengawal penurunan mutu dan kerosakan yang tinggi.
Pengedalian di rumah pembungkusan (pemilihan, pembasuhan,
pengeringan, penggredan, pembungkusan, penyimpanan)
Di rumah pembungkusan buah limau akan melalui beberapa proses sebelum sampai kepada pengguna iaitu pemilihan, pembasuhan, pengeringan dan penggredan.
Pengedaran dan pengagihan (penjualan)Kebanyakan buah limau yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan dan diedar melalui pengangkutan jalan darat.
- LIMAU BALI MELOMAS
Varieti : KK 2 (Melomas), PO 51 (Sha Thing), PO 52 (Tambun). Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan menanam dan penerangan seterusnya - klik !
PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN
Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti. Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh. Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun. Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) oleh akar tanaman limau. Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar.
Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau. Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut. Selain baga kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 2-4 kg/sepokok/setahun.
Umur pokok (tahun) | Baja Kompaun NPK (15:15:15) (g) | Magnesium Limestone (g) |
1 | 133 | 20 |
2 | 326 | 50 |
3 | 606 | 90 |
4 | 907 | 136 |
Baja Kompaun NPK (12:12:17 + TE)(kg) | Magnesium Limestone (g) | |
5 | 1.5 | 182 |
6 | 1.5 | 182 |
7 | 1.5 | 182 |
8 | 2.0 | 227 |
9 | 2.0 | 227 |
10 | 2.0 | 227 |
10-15 | 2.6 | 318 |
15-20 | 3.0 | 364 |
Disamping itu, tanaman limau juga agak sensitif terhadap kekurangan elemen-elemen miktro seperti zink, magnesium dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini, baja semburan yang mengandungi elemen-elemen ini perlu disembur pada kuantiti yang cukup untuk menentukan hasil yang maksima. Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen mikro dan kuantiti yang diperlukan oleh tanaman limau untuk hasil yang optima.
Elemen | Kadar |
Zink | 1.5 g zink sulfate dengan kalsium hidroksida dalam satu liter air. |
Molybdenum | 0.06 g sodium molydbdate / satu liter air. |
Magnesium | 3.0 g metallic sulfate dengan 1 g. kalsium hidroksida / satu liter air. |
Boron | 0.25 g. soluble borate. |
Baja untuk tanaman limau boleh ditabur pada jarak 30-60 cm daripada cabang terluar pokok tersebut ataupun baja boleh juga ditanam ke dalam lubang sedalam 15 cm di sekeliling pokok tersebut.
PROSES PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN SECARA CANTUMAN
KAEDAH TUT, CANTUMAN BAJI DAN PEMANGKASAN POKOK
KAEDAH TUT, CANTUMAN BAJI DAN PEMANGKASAN POKOK
PENYAKIT 'GREENING" "Greening Disease (Liberobacter asiaticum)
Penyakit Grening tanaman limau adalah penyakit yang merbahaya bagi kemajuan industri limau di negara ini dan berasal dari negara China. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis hidupan yang sangat kecil dan disebarkan oleh serangga pembawa dari jenis kutu leloncat. Di Malaysia, serangga pembawa yang dikenalpasti ialah Diaphorina citri. Kuw. Penyakit ini boleh mengurangkan jumlah hasil mutu buah. Pada kadar serangan yang teruk, pokok limau boleh mati.
Cara Kerosakan Berlaku:
Serangga pembawa Penyakit Greening yang dewasa berukuran 2-3 mm panjang dan berwarna coklat keperangan. Serangga dewasa dan anak akan menghisap cecair daun terutama daun-daun muda. Apabila serangga pembawa menghisap pokok lain, cecair yang telah sedia ada di dalam badan serangga itu akan dipindahkan kepada pokok tersebut. Oleh itu, sekiranya serangga pembawa menghisap cecair daun daripada pokok yang berpenyakit, penyakit greening akan disebarkan dari pokok ke pokok.
Tanda-tanda Penyakit:
Penyakit Greening boleh dikenali apabila salah satu atau lebih daripada satu tanda-tanda berikut kelihatan pada pokok limau:-
- Warna kekuningan boleh dilihat di antara urat daun.
Tanda ini bermula dari satu dahan dan merebak ke dahan lain. - Tompok-pokok hijau pada daun.
- Pertumbuhan tunas menjadi rapat dan tegak.
- Tunas dan ranting layu dan mati.
- Buah-buah muda menjadi kuning oren atau merah bertompok.
Bentuk buah tidak seimbang bulat dan akhirnya gugur.
Langkah-langkah Pengawalan:
Program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:-
- Gunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit
- Pemeriksaan tanda-tanda penyakit
Perhatikan tanda-tanda penyakit dan tandakan pokok yang berpenyakit serta pokok-pokok di dalam lingkungan 30 meter di sekeliling pokok yang berpenyakit tersebut.
Kawalan Punca Penyakit:
Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai. Ranting yang telah dicantas dan semua buah dari pokok yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan dengan membakar atau menanam sedalam tidak kurang daripada satu meter. Jika serangan teruk, pokok limau yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dibakar atau ditanam. Langkah ini dapat menghalang penyakit daripada merebak ke bahagian atau pokok limau yang lain. (Klik untuk lihat panduan mencantas/pangkas pokok).
Kawalan Serangga Pembawa penyakit:
Sembur pokok-pokok yang telah ditanda dengan racun serangga bagi menghapuskan serangga pembawa. Racun serangga seperti Dimethoate atau Deltamethrine boleh disembur dua minggu sekali terutama semasa pengeluaran pucuk muda kerana pada masa ini populasi Diaphorina citri adalah tinggi. Untuk memastikan program kawalan yang berkenaan, langkah-langkah pengawalan ini perlu diulang setiap dua minggu sekali.
Longan
PENGENALAN
Ia dikatakan berasal dari negeri China.
Nama saintifik Nama lain Keluarga | : : : | Dimocarpus longan Lour Mata Naga Sapindaceae |
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Bagi pengeluaran komersil di Malaysia, beberapa kultivar disyorkan:-
- Edaw
Banyak terdapat di Thailand. Pucuk barunya berwarna kehijauan. Sentiasa mengeluarkan buah yang banyak dan berkualiti. Buahnya besar, isi tebal dan biji kecil. Isinya ranggup, manis dan rasanya sedap. Buah dipetik agak awal kerana bijinya mudah bercambah walaupun semasa di pokok.
- Chompoo
Buahnya lebih besar dan bijinya kecil. Pucuk daun mudanya berwarna merah jambu dan kemudiannya bertukar kehijauan. Warna isinya sedikit kemerahan (Chompoo bermaksud merah jambu dalam bahasa Thai). Buahnya sangat diminati - Biew Khiew
Daunnya seperti Edaw tetapi berwarna hijau tua dan pucuknya berwarna merah. Buahnya besar dan berkualiti tinggi daripada Edaw serta boleh bertahan lama di pokok. - Diamond / Berlian
Hasil daripada penyelidikan bioteknologi dan pembangunan longan di Thailand. Ia sesuai ditanam dan berbuah secara semulajadi di kawasan tropika termasuk di Malaysia. Buahnya besar dan manis tetapi sedikit berair.
KEADAAN TANAH DAN IKLIM
Terdapat banyak ditanam secara komersil di kawasan beriklim sub-tropika pada altitud diantara 300-600 meter dari paras laut. Penghasilan longan sangat bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah. Hujan yang berlebihan boleh menyebabkan bunga gugur, serta menghalang pendebungaan dan pembentukan putik. Curahan hujan tahunan yang paling baik ialah diantara 1200-1400 mm. Tanaman longan sangat peka kepada angin kencang.
Keadaan tanah yang mempunyai profil yang dalam (melebihi 100 pH 5.5 - 6.0 dalam kemasinan yang rendah adalah sesuai untuk tanaman longan. Tanah lanar sungai yang bertekstur halus dan dapat memegang air seperti Siri Tok Yong, Cempaka, Lundang, Kerayong, Tebok, Tawar, Gong Chenak dan Lubok Kiat adalah sangat sesuai untuk tanaman longan.
Tanah sawah yang kurang salir didapati boleh ditanam dengan tanaman longan sekiranya air dapat disalir dan aras air tanah dapat dikawal pada tahap 75 cm dari permukaan tanah sepanjang masa seperti Siri Tepus, Jabil, Lating, Cherang Hangus dan Kg. Pusu. Elakkan menanam di kawasan yang mudah bertakung air dan aras air bawah tanah yang tinggi seperti tanah gambut dan tanah lanar sungai yang sangat kurang salir seperti Siri Lubok Itik, Binjai dan Lubok Sendong. Bagi tanah sedentari (bukit), profil tanah yang dalam (melebihi 100 cm), bertekstur halus dan topografi kurang dari 20o adalah sesuai untuk tanaman longan seperti Siri Bungor, Rengam, Jerangau, Munchong, Batang Merbau dan Kuantan. (sila lihat struktur tanah di Malaysia) Klik !
AMALAN KULTUR
Penyediaan kawasan
Kawasan perlu dibersihkan. Bagi kawasan rendah dan mendatar, parit perlu dibuat. Tanaman penutup bumi adalah digalakkan.
Kawasan perlu dibersihkan. Bagi kawasan rendah dan mendatar, parit perlu dibuat. Tanaman penutup bumi adalah digalakkan.
Menyedia benih
Benih tanaman yang selalu digunakan ialah anak benih yang dibiakkan secara tampang, bergaris pusat 1.5 - 2.5 cm dan setinggi antara 45 - 60 cm.
Benih tanaman yang selalu digunakan ialah anak benih yang dibiakkan secara tampang, bergaris pusat 1.5 - 2.5 cm dan setinggi antara 45 - 60 cm.
Penaman di ladang
Jarak penanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris x 10 m antara pokok dengan kepadatan 166 pokok/ha. Jarak ini boleh didapati selepas menebang 50% pada tahun ke 9 penanaman. Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60 cm x 60 cm x 60 cm. GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada 4.5. Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg. bahan organan. Baja TSP sebanyak 250 gm ditaburkan di dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu sebelum menanam.
Jarak penanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris x 10 m antara pokok dengan kepadatan 166 pokok/ha. Jarak ini boleh didapati selepas menebang 50% pada tahun ke 9 penanaman. Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60 cm x 60 cm x 60 cm. GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada 4.5. Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg. bahan organan. Baja TSP sebanyak 250 gm ditaburkan di dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu sebelum menanam.
Pembajaan
- Pembajaan peringkat belum matangGabungan baja organik dan baja bukan organik digunakan. Baja organik seperti najis haiwan disyorkan pada kadar 10 kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3-4 kali/tahun ditambah dengan baja bukan organik seperti 15:15:15 dengan kadar 1-4 kg/tahun.
Umur Baja kimia
(kg/pkk/thn)Kekerapan
(kali/thn)Baja Organan
(kg/pkk/thn)Kekerapan
(kali/thn)GML
(kg/pkk/thn)Kekerapan
(kali/tahun)1
2
3
41.0
2.0
3.0
4.04
4
4
45
10
10
103
3
3
30.5
0.5
1
21
1
1
!
- Pembajaan peringkat matang
Kadar pemberian baja seperti berikut:-
Masa Jenis Baja Kadar Kegunaan 2-4 minggu lepas berputik NPK 15:15:15 1 kg/pokokPembentukan buah. 1 bulan sebelum tuai NPK 13:13:21 1 kg/pokok Kemanisan buah. Sepanjang peringkat berbuah Baja cecair koktail + racun
kulat + racun seranggaMengikut syor seperti di label Pembesaran buah dan
hasil yang bermutu.2 minggu lepas pungut hasil NPK 15:15:15 atau
20:10:10Baja organan kalsium nitrat
(sebagai baja tambahan
jika perlu, bila pokok lemah)
GML2-3 kg/pokok
20 kg/pokok
1 kg/pokok
2 kg/pokokMenggalakkan pertumbuhan
pucuk baru dan meningkatkan kesuburan pokok.
2 bulan lepas kutipan hasil NPK - 12:12:17:2 + TE 1-2 kg/pokok Kesuburan pokok. 1 bulan sebelum aruhan
bunga dibuatNPK 1 - 12:12:17:2 + TE 2 kg/pokok Persediaan berbuah musim
selanjutnya.
PEMANGKASAN
- Pemangkasan Pembentukan
Pokok longan dibiarkan tumbuh dengan sistem batang tunggal dan pangkasan dibuat pada ketinggian 60 cm. Selepas itu dibiarkan tiga cabang utama tumbuh. Batang ini dipangkas pula pada 30-45 cm dan biarkan 3 batang tumbuh tiap satu. Kemudiannya setiap dahan akan mengeluarkan 3-4 dahan. Ini akan menjadikan kanopi longan terdiri daripada 27-36 dahan. Pada keseluruhannya, ketinggian pokok dewasa ialah 3-4 meter dan luas kanopinya adalah 4-5 meter. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pokok. Pada peringkat awal, pertumbuhan pokok mestilah pada tahap subur supaya saiz pokok mencapai peringkat terbaik sebelum ia diaruhkan pada tahun ke 4 dan ke atas.
- Pemangkasan Penjagaan
Pokok longan dipangkas untuk mendapatkan bentuk 'open center' yang akan menggalakkan cahaya matahari masuk ke dalam kanopi. Di bahagian sisi kanopi pula dibuat pemangkasan penjagaan untuk menggalakkan cahaya dan pengudaraan yang sempurna.
Sila lihat panduan pemangkasan pembetukan dan pemangkasan penjagaan. Klik ! - Pemangkasan Bunga dan BuahPada keadaan tertentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah. Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing. Jika buah terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya. Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah. Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu), iaitu bila jambak bunga berukuran 10-12 cm panjang (anggaran 40-50% bunga dipangkas) dan bila berputik (anggaran 10% putik dipangkas).
PENGURUSAN AIR
Air merupakan keperluan asas untuk membangunkan kebun longan. Jika kawasan mudah dibanjiri air (air mudah bertakung), sistem saliran perlu diadakan. Pengairan sangat diperlukan pada peringkat awal penanaman, semasa aberbunga dan juga semasa pembesaran buah.
Memandangkan tanaman longan masih belum ditanam secara meluas di Malaysia, serangan serius serangga perosak dan penyakit masih belum lagi dilaporkan. Namun begitu beberapa perosak dan penyakit utama telah ditemui di negara-negara pengeluar longan secara komersil seperti Thailand, Taiwan, China dan Florida.
Kawalan serangga perosak adalah seperti berikut:-
- Pengorek buah - Sejenis kupu-kupu, larvanya menyerang bahagian buah. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
- Thrips - Pada daun dan buah. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
- Mile - Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah menjadi tompok kuning. Serangan pada kebiasaannya berlaku pada musim kemarau. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
- Lalat Buah - Serang pada buah. Kawalan kultura iaitu sanitasi ladang. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
- Kesing - Merosakkan jambak bunga, daun muda dan pucuk. pucuk menjadi rosak dan terbantut. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
- Webworm - Memakan pucuk dan tunas baru. Guna racunj serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
- Gagak - Buah dimakan oleh gagak, keluang dan kelawar. Memasang jaring/pukat pada bahagian atas pokok longan. Tembak menggunakan senapang.
KAWALAN PENYAKIT TANAMAN LONGAN
Penyakit yang biasa menyerang longan ialah kelapuk hitam, antraknos dan beberapa penyakit yang ditemui di negara-negara pengeluar longan.
- Kulapuk hitam - Berjelaga hitam pada daun dan kulit buah. Kawal koya dengan minyak putih pada kadar 1:50.
- Penyakit Reput - Tangkai buah kering dan buah gugur. Memangkas dahan untuk memperbaiki pengudaraan dan merendahkan kelembapan di sekitar kanopi pokok.
- Antraknos - Serangan pada buah dan daun. Guna racun kulat yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
- Mati Rosot - Seluruh pokok atau sebahagian pokok didapati mati mengejut disebabkan saliran yang kurang baik. Jangan tanam di kawasan air yang bertakung dan saliran yang kurang baik.
TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL
Kawalan menggunakan racun perosak boleh menimbulkan kesan sampingan terhadap alam sekitar dan kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang. Semburan hendaklah dilakukan secara berhemah. Ikuti aturan menggunakan seperti yang disyorkan serta patuhi arahan yang dinyatakan.
KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL
- Aruhan Pembungaan
Longan Edaw, Chompoo dan Biew Khiew adalah kultivar yang memerlukan suhu yang rendah dan kering (2 bulan) untuk berbunga. Pada kebiasaan biasa, ia tidak berbunga di Malaysia. Menurut kajian, longan Edaw boleh berbunga dengan menggunakan rawatan kalium klorat.
Sebelum rawatan, pastikan keseluruhan daun telah matang dan tiada pucuk baru. Larutkan kalium klorat bersama air pada kadar 8 gm/m persegi (keluasan kanopi). Bersihkan kawasan kanopi, kemudian larutan tersebut dicurahkan ke atas tanah dibawah kanopi di sekeliling pokok. Kadar kalium klorat yang diperlukan untuk mengaruh pembungaan dan jumlah air yang diperlukan untuk melarutkan kalium klorat mengikut kadar keluasan kanopi adalah seperti berikut:-
Jejari (kaki) | Jejari (m) | Keluasan Kanopi m2 | Kadar KaliumKlorat (8gm/m2) (gm) | Kadar Air Digunakan (Liter) |
1 | 0.30 | 0.29 | 2.32 | 0.46 |
2 | 0.61 | 1.16 | 9.29 | 1.86 |
3 | 0.91 | 2.61 | 20.91 | 4.18 |
4 | 1.22 | 4.65 | 371.7 | 7.43 |
5 | 1.52 | 7.26 | 58.07 | 11.61 |
6 | 1.82 | 10.45 | 83.63 | 16.73 |
7 | 2.13 | 14.23 | 113.83 | 22.77 |
8 | 2.43 | 18.58 | 148.67 | 29.73 |
9 | 2.74 | 23.52 | 188.16 | 37.63 |
10 | 3.04 | 29.04 | 232.30 | 46.46 |
11 | 3.34 | 35.13 | 281.08 | 56.22 |
12 | 3.65 | 41.81 | 334.51 | 66.90 |
13 | 3.95 | 49.07 | 392.58 | 78.52 |
14 | 4.26 | 56.91 | 455.30 | 91.06 |
15 | 4.56 | 65.33 | 522.67 | 104.53 |
16 | 4.86 | 74.33 | 594.68 | 118.94 |
17 | 5.17 | 83.92 | 671.34 | 134.27 |
18 | 5.47 | 94.08 | 752.64 | 150.53 |
19 | 5.78 | 104.82 | 838.59 | 167.72 |
20 | 6.08 | 116.15 | 929.19 | 185.84 |
1 2 3 4 5 6 7 8 | - - - - - - - - | Daun matang (hijau tua) keseluruhannya. Bersihkan bawah kanopi dari rumpai Kira purata jejari pokok dalam kaki (kolum 1) Timbang kalium klorat mengikut jadual di atas (kolum 4) Sediakan air bersih mengikut jadual di atas (kolum 5) Larutkan kalium klorat ke dalam air dan kacau dengan kayu sehingga larut kesemuanya. Curahkan rata-rata pada larutan kalium klorat itu di bawah kanopi. Keputusan akan dapat dilihat antara 2-5 minggu. |
Penentuan masa aruhan ini dibuat kerana terdapat hujan yang mencukupi bagi pengeluaran putik dan pembentukan buah. Suhu sebelah malam yang sejuk adalah baik untuk pembentukan buah.
- Kematangan BuahLongan mengambil masa 5-7 bulan (bergantung kepada kultivar) daripada peringkat berbunga sehingga matang. Kulit buah longan matang lebih licin dan berwarna perang kekuningan berbanding dengan buah longan muda. Bagi longan kultivar Edaw, pungutan hasil dibuat lebih awal sedikit kerana jika terlalu lama, biji mungkin bercambah walaupun buah masih di pokok.
- Pungutan Hasil
Kutipan hasil dibuat dengan memotong tangkai buah termasuk sedikit bahagian daun dengan berhati-hati dan disimpan di dalam bakul. Buah yang dikutip ini dibawa dengan segera ke pusat pengumpulan hasil dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.
PENGENDALIAN PASCA TUAI
Pemilihan buah dibuat di pusat pembungkusan. Buah yang baik disimpan dalam bakul dan dijual dalam keadaan bertangkai manakala yang rosak dan berlainan warna dibuang. Untuk pasaran eksport, rawatan buah secara rendaman racun kulat atau fumigasi sulfan dioksida digunakan sebelum dieksport.
Mangga
Nama Saintifik Nama Biasa Famili | : Mangifera indica Linn. : Mangga atau mempelam : Anacardiaceae |
- MA 223Berasal dari Thailand. Dikenali dengan nama 'Nam Doc Mai'. Mangga ini sangat sesuai ditanam di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Buah berbentuk bujur dan membengkok sedikit di bahagian hujung. Saiz buah sederhana besar dan purata berat buah adalah diantara 400-450 gm sebiji. Kulit buah masak berwarna kuning emas dan isinya berwarna kuning. Rasanya manis, berbau harum, berjus dan bersabut sedikit. Klon ini didaftar pada 19 Oktober, 1990."
- MA 204Berasal dari Kodiang, Kedah. Popular dengan nama 'Melele' dan telah didaftar pada 13 November, 1978, saiz buah sederhana, berbentuk bulat membujur dan mempunyai puting yang nyata di bahagian tangkai buah. Kulit buah berwarna hijau kekuningan. Isinya berwarna kuning, berjus dan beraroma, isinya bersabut sedikit.
- MA 200
Dikenali dengan nama Malgoa. Mempunyai buah yang besar dan berbentuk bulat seperti jantung. Kulitnya lembut dan berwarna hijau, kekuningan bila masak. Isinya berwarna kuning tua, tebal dan tidak bersabut. Rasanya manis bila masa di pokok dan baunya sedap. Buahnya masak tidak serata dan eloklah dipetik hanya ketika telah betul-betul masak. Jenis ini boleh ditanam dan berbunga di merata tempat dan tidak bermusim. Pada keseluruhannya jenis ini tidak begitu sesuai ditanam secara berleluasa kerana masalah buah yang tidak masak serata dan hanya disyorkan ditanam di halaman rumah. - MA 194
Dikenali dengan nama Apple Manggo, Rumani. Mempunyai buah yang kecil hingga sederhana besar dan berbentuk bulat seperti epal. Kulitnya lembut dan berwarna kuning kehijauan dan kadang-kadang kemerahan sedikit. Isinya berwarna oren hingga kemerahan, tebal, halus dan tidak bersabut langsung. Rasanya manis dan berbau sedap. Buahnya mestilah dipetik apabila telah cukup masak sebab jika dipetik sebelum cukup tua, buahnya akan terasa masam. Jenis ini didapati boleh ditanam dan berbunga di merata tempat di negara ini dan tidak begitu bermusim. Sesuai ditanam di halaman rumah kerana cepat dan selalu berbuah. - MA 165Berasal dari Negeri Kelantan. Dikenali dengan nama MAHA 65. Didaftarkan pada 28 Januari 1972. Buah bersaiz besar (450-600 gm sebiji), berbentuk panjang dan leper. Kulit buah berwarna hijau kekuningan bila masak. Isinya berwarna kuning muda, tebal tanpa sabut, tekstur isinya halus, rasa yang manis dan tidak beraroma. Pengeluaran buah adalah tinggi tetapi mudah merekah sebelum matang.
- MA 162Berasal dari Port Dickson. Dikenali dengan nama 'Foo Fatt' atau 'Golek'. Didaftarkan pada 28 Januari, 1972. Buah bersaiz sederhana besar dan purata berat buah ialah 500 gm sebiji. Buah berbentuk bulat memanjang dan bengkok di hujung. Kulit buah berwarna hijau kekuningan apabila masak. Isinya tebal, berwarna oren, bertekstur halus dan rasanya manis tetapi tidak beraroma.
- MA131Mula dikenali di Kedah dan dipanggil Mangga Haji Dollah. Telah didaftar dibawah klon Nombor MA 131 pada 28 Jun 1971. Juga ditanam di pekan Terong, Perak (4 ha. di Kg. Sungai Hantu dan 1 ha. di Kg. Sungai Kerang) dan diikenali dengan nama tempatan Mangga Nangka Udang dan juga Nangka Betik. Buah bersaiz besar dengan ukuran panjang 26 cm dan lebar 12 cm. Bentuknya memanjang serta membuat sedikit di bahagian pangkal hujung buah. Berat purata sebiji boleh mencapai hingga 2 kg. Kulitnya sederhana tebal dan berwarna hijau kekuningan pada peringkat matang dan berwarna kuning kehijauan bila masak. Isinya tebal, halus dan berwarna kuning kemerahan setelah masak. Isinya masam-masam manis dan beraroma sedikit.
Pokok penanti adalah jenis tradisional seperti mempelam telur yang berumur lebih 20 tahun. Klon nangka udang yang dicantum adalah daripada Negeri Kedah. Oleh kerana saiz buah adalah besar dan berat (1.8-2.3 sebiji) serta harga runcit pada RM5.00-RM8.00 / kg. maka buah ini mempunyai pasaran tertentu sahaja (niche market). - MA 130
Nama lain Kuala Selangor, Betek Cendroh Gajah. Mempunyai buah yang sederhana hingga besar dan berbentuk bulat bujur dan kembong di tengahnya. Kulitnya berwarna hijau kekuningan bila masak. Isinya berwarna oren kemerahan, tebal dan manis dan sedikit bersabut. Baunya kurang memuaskan dan mutunya dianggap sederhana sahaja. Hasilnya tinggi dan sentiasa berbuah setiap musim. Jenis ini didapati boleh ditanam dan berbunga di merata tempat di negara ini. - MA 128Klon berasal dari Sungai Nibong, Kuala Selangor. Popular dengan gelaran Harumanis. Telah didaftarkan pada 28 Mei 1971. Buahnya sederhana besar dengan berat diantara 400-450 gm sebuah. Bentuk buah adalah bujur dan bengkok sedikit di bahagian hujung. Kulit buah berwarna hijau walaupun telah masak. Isinya tebal, berwarna oren, berjus, tekstur isinya halus, mempunyai bau yang harum dan rasanya manis.
- MA 123Mempunyai buah yang sederhana besar dan berbentuk bulat dan bulat bujur. Warna kulitnya hijau bila masak. Isinya berwarna oren, tebal, manis dan berair. Mutunya sederhana dan baunya tidak begitu enak. Hasilnya baik, lebih kurang 40 biji sepokok semukim dari pokok yang berumur 5 tahun. Pada keseluruhannya jenis ini sesuai ditanam secara berleluasa atau di halaman rumah.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
- Iklim
Iklim tropika dan subtropika adalah sangat sesuai. Pokok boleh tumbuh dengan optimun pada suhu 24oC-27oC dengan taburan hujan diantara 750 mm - 2500 mm setahun dan wujudnya musim kemarau yang jelas selama 1-2 bulan bagi merangsang pokok mangga untuk berbunga. Keadaan kering juga diperlukan semasa bunga kembang bagi menggalakkan proses pendebungaan, persenyaawaan dan pembentukan putik buah yang baik. Hujan yang berlebihan pula akan menyebabkan serangan penyakit dan perosak pada bunga dan seterusnya mengurangkan pembentukan putik buah. Dalam keadaan terbuka, angin yang deras akan memberikan kesan buruk kepada kelekatan bunga, putik dan buah mangga. Oleh yang demikian, pokok-pokok lindungan untuk menahan kederasan angin seperti tanaman rhu, bintangor, medang dan belinjau adalah digalakkan.
- Faktor Tanah
Kawasan tanah yang terlalu berpasir, berbatu dan cetek, bertakung air beralkali dan berbatu kapur adalah tidak sesuai untuk tanaman mangga. Tanaman mangga sentiasa memerlukan salinan yang baik walaupun ia tidak begitu sensitif terhadap keadaan keasidan tanah dengan julat kesesuaian pH diantara 5.5 - 7.5. Tanaman mangga didapati tidak tahan terhadap saliniti yang berlebihan. Tanah yang mempunyai saliniti 2 mmhos atau kurang pada kedalaman 0-125 cm amatlah sesuai.
Kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi, mangga patut ditanam di atas batas atau busut. Penanaman cara begini biasa terdapat di kawasan MADA Kedah dimana busut disediakan. Biasanya pokok mangga di kawasan begitu adalah lebih kecil dan cepat berbuah.
AMALAN KULTUR
Bagi kawasan berbukit-bukit, kecerunannya hendaklah tidak melebihi 20o. Teres penanaman, jalan ladang dan langkah-langkah pengawalan hakisan perlulah dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan dan penjagaan ladang. Kawasan yang bertekstur sederhana memadailah dibajak piring sekali dan diikuti dengan bajak putar. Kawasan yang bertekstur keras pula disyorkan dua kali bajak piring dan bajak putar.
BENIH TANAMAN
Boleh dibiakkan dengan kaedah cantuman mata tunas atau baji dan kaedah lain yang sesuai. ((i) lihat panduan cantuman mata tunas / baji (ii) cantuman pokok). Pokok penanti dari jenis mangga telur digunakan kerana ianya sangat sesuai, peratus percambahan tinggi, saiz kecil dan mudah diperolehi. Buah yang digunakan untuk tujuan pokok penanti mestilah cukup matang bagi mendapatkan peratus percambahan yang tinggi disamping memudahkan kerja-kerja memproses.
Selepas diproses, biji benih dirawat dengan racun kulat dan disemai di dalam kotak semaian yang berisi pasir halus dari sungai. Siraman dibuat 2-3 kali sehari. Semaian dibuat di bawah lindungan 45% telus cahaya. Percambahan berlaku selepas 2-3 minggu biji benih disemai. Anak-anak pokok penanti boleh diubah ke dalam polibeg setelah berumur 4-5 minggu. Media tanah campuran ialah 7:3:2 atau 5:2:1 (tanah:baja organik:pasir) dimasukkan ke dalam polibeg berukuran 20.3 cm x 30.5 x 0.125 cm. Anak-anak pokok penanti boleh diletakkan di dalam rumah teduhan atau di semaian terbuka.
Siraman kepada anak pokok penanti dibuat setiap hari. Racun kulat digunakan apabila perlu. Pembajaan dibuat dengan menggunakan baja kimia diselangi dengan baja organik seperti tahi ayam. Ini disyorkan kerana ia dapat mengekalkan kesuburan tanah lebih lama. Kerja-kerja cantuman boleh dibuat setelah pokok penanti berumur 4-5 bulan. Teknik yang biasa dilakukan ialah cantuman mata tunas kerana ia mudah dilakukan, kos yang lebih rendah, peratus kejayaan tinggi, pokok lebih tahan dan pertumbuhan lebih cepat.
SISTEM PENANAMAN
Untuk memaksimumkan pengeluaran hasil mangga dan juga memperolehi harga pasaran yang baik, penanaman campuran klon mangga adalah disyorkan. Bagi kawasan yang telah ditanam dengan klon tunggal dan menghadapi masalah pembungaan dan pengeluaran buah, campuran klon boleh diperolehi dengan kaedah cantuman dewasa di ladang, di mana pokok asal akan ditebang sehingga tinggal ketinggian lebih kurang 1 meter dari permukaan tanah. Tunas baru akan mula terbit sebulan kemudian. Kerja-kerja mencantum dengan mata tunas boleh dilakukan 5 bulan selepas menebang pokok dan hasil akan diperolehi 2 tahun selepas mencantum.
PENANAMAN DI LADANG
Sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Bagi kawasan tanah yang rata dan landai, sistem segi empat, segi tiga sama dan siku keluang boleh digunakan, manakala di kawasn yang curam pokok ditanam mengikut kontur bagi mengurangkan masalah hakisan tanah. Jarak tanaman ialah 9m x 9m bagi klon yang bersifat tinggi dan besar dan 7.5m x 7.5m bagi klon yang sederhana besar.
Lubang tanaman digali, berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Asingkan tanah atas daripada tanah bawah. Gaulkan 10 kg baja organaik dan 200 gm CIRP dengan tanah atas dan masukkan semua ke dalam lubang, diikuti dengan tanah bawah untuk dijadikan busut. Lubang dibiarkan selama 1 bulan. Semasa menanam, lubang digali semula sebesar beg plastik anak mangga yang hendak ditanam. Buangkan plastik sebelum anak benih ditanam. Kayu pancang atau kayu penyokong digunakan supaya anak pokok tidak patah atau tumbang bila ditiup angin. Sungkupan diletak di pangkal pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal rumpai. Penyiraman dijalankan setiap hari.
PEMBAJAAN
Pembajaan yang sempurna menjamin tanaman mangga tumbuh subur dan memberi hasil yang optimum. Pembajaan tanaman ini dipengaruhi oleh faktor seperti jenis tanah dan untuk tanaman tersebut.
Program pembajaan untuk tanaman manggaPeringkat Pertumbuhan | Umur Pokok (Tahun) | Jenis Baja Sebatian (N:P:K:Mg) | Kadar Baja Kg/Pokok/ /Tahun | Cara dan Masa Membaja |
Masa menanam | Pembajaan asas | CIRP Baja Organik | 0.2 10 | Dimasukkan ke dalam lubang dan gaul bersama tanah atas. |
Tumbesaran | 1 2 3 | 15:15:15 atau 14:13:19:2 atau 15:15:6:4 Baja Organik | 1.0 10-15 | Bahan organik ditabur dan digaul di permukaan tanah, dipangkal pokok sekali setahun. Baja sebatian ditabur/secara poket di bawah julai daun 3-4 kali setahun. |
Berbuah | 4 5 6 7 >8 | 12:12:7:2+TE atau 12:6:22:3 atau 13:13:20:2+TE Baja Organik | 2.0 2.5 3.0 4.0 4.0 15-40 | Baja sebatian ditabur 3-4 kali sethaun. Baja organik ditabur dan digaul di permukaan tanah, di pangkal pokok sekali setahun. |
PEMANGKASAN
Pemangkasan (cantasan) adalah amalan penting yang perlu dilakukan. Ia dapat mengekalkan perseimbangan di antara dahan dan ranting supaya kelihatan lebih menarik disamping mendapat penghasilan buah yang lebih tinggi dan seragam. (sila lihat panduan pangkasan pokok).
PENGURUSAN AIR
Tanaman mangga memerlukan keadaan kering untuk mula berbunga dan berbuah. Di kawasan di mana kemarau berpanjangan dan pokok mengalami kekurangan air, putik buah akan mengalami keguguran dan pembesaran buah akan terjejas. Untuk mengelakkan keadaan ini, pokok perlu diberi pengairan sekurang-kurangnya selama tujuh minggu sebaik sahaja selepas pembungaan penuh. Kadar keperluan air sepokok sehari oleh tanaman adalah berbeza mengikut peringkat tumbesarannya.
Apabila pembentukan putik buah bermula, pengairan perlu diberi berterusan sehingga buah hampir matang iaitu lebih kurang 7 minggu kemudian. Selepas itu ianya diberhentikan bagi mengelak buah dari merekah kerana tumbesaran buah terhad dan juga bagi mempercepatkan proses kematangan buah. Memandangkan iklim di Malaysia yang panas, disyorkan pemberian air dijalankan 2 kali sehari dan jumlahnya tidak melebihi kadar keperluan harian yang ditetapkan.
PENJARANGAN DAN PEMBUNGKUSAN BUAH
Amalan menjarangkan buah dilakukan serentak semasa membungkus buah. Biasanya buah dijarangkan sehingga 2-3 buah setangkai sahaja untuk dibiarkan membesar. Penjarangan diamalkan bagi mendapat hasil buah yang bermutu serta saiz dan bentuk buah yang hampir seragam.
Buah mangga biasanya dibungkus pada peringkat 40-45 hari selepas berputik iaitu apabila buah mangga sebesar telur ayam. Hanya buah yang bersih dan tidak cacat sahaja dipilih untuk dibungkus. Sebelum membungkus, buah mangga perlu disembur dengan racun serangga dan racun kulat yang disyorkan.
Buah mangga dibungkus dengan kertas yang biasanya dijadikan beg yang saiznya boleh menampung buah yang telah matang. Setiap beg dikhaskan untuk membungkus sebiji buah sahaja walaupun terdapat beberapa buah dalam satu tangkai. Beg kertas ini perlu diberi tanda dengan warna-warna yang berbeza bagi memudahkan pemetikan. Kerja-kerja ini penting kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat dan ini menyebabkan peringkat kematangan buah juga berperingkat-peringkat.
TEMPOH KEMATANGAN
Pengiraan umur buah mengikut kalender merupakan cara yang mudah untuk menentukan kematangan buah mangga. Catatan umur buah yang sesuai dituai dikira sasma ada daripada pemekaran bunga atau pembentukan putik buah. Masa yang sesuai untuk penuaian beberapa varieti mangga adalah seperti berikut:-
Tempoh kematangan mengikut klonKlon | Umur dari peringkat berputik (minggu) |
Chok Anan (MA 224) Golek (MA 162) MAHA 65 (MA 165) Masmuda (MA 204) Harummanis (MA 128) Nam Dorkmai (MA 223) Tok Boon Epal Malgoa Sala Maha 65 Lebai Mohamad | 10 12 16 13 12 12 15 15 12 12 16 13 |
Buah yang matang tenggelam di dalam air kerana ketumpatannya lebih daripada 1. Sementara buah yang belum matang pula timbul dalam air dan ketumpatannya kurang daripada 1. Penentuan cara ini sesuai bagi buah mangga Masmuda dan Cokanan. Selanjutnya buah yang matang (buah yang tenggelam dalam air) boleh diasingkan lagi mengikut darjah kematangan menggunakan larutan garam biasa (NaCI) pada kepekatan yang berbeza-beza.
PENGUTIPAN HASIL
Pengutipan buah mangga bergantung kepada pasaran dan destinasi pemasaran. Buah yang dituai hendaklah mencapai peringkat kematangan yang sesuai. Kerja-kerja penuaian perlu dijalankan dengan cermat dan teliti supaya mutu buah terpelihara. Penuaian boleh dilakukan dengan memotong tangkai buah serapat yang boleh dengan daun terakhir menggunakan kacip pemotong. Pemetikan cara ini dilakukan dengan tangan dan sesuai bagi pokok yang rendah atau pokok yang buahnya mudah dicapai apabila menggunakan tangga. Bagi pokok yang tinggi dan tangga tidak boleh digunakan, alat-alat tertentu seperti perangkap jaring yang dipasang pada galah yang panjang boleh digunakan.
Buah yang dipetik boleh mengeluarkan lelehan getah sekiranya buah ditarik dari tangkainya. Lelehan getah ini boleh menurunkan mutu buah sekiranya ia dibiarkan kering. Untuk mengurangkannya disyorkan memotong tangkai buah lebih panjang ketika memetik buah. Elakkan getah dari meleleh ke permukaan kulit buah dengan menyusun tangkai buah menghala ke bawah.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
- Pengendalian di Ladang
Buah yang dituai, dikutip dan dikumpulkan di kawasan teduhan yang terlindung dari pancaran matahari dan disusun di atas guni atau sponge. Selepas buah dikumpulkan, ia perlu disusun semula dalam bakul-bakul plastik yang berjaring. Bakul-bakul tersebut perlu dilapik dengan sponge atau alas yang sesuai untuk mengelakkan buah-buah dari tercedera atau rosak semasa pengangkutan dari ladang ke pusat pembungkusan.
- Pengendalian di Pusat Pembungkusan
Di Pusat Pembungkusan, buah dipillih (untuk mengasingkan yang rosak), dibasuh, dikering, digred, diperam, disimpan dan dibungkus untuk dieksport. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan:-
Membasuh
Kertas pemebalut dibuangkan, tangkai dipotong sehingga tinggal tidak melebihi 0.3 cm. Buah dimasukkan ke dalam tangki air dan digosok dengan sponge atau kain. Kelaskan buah yang mempunyai ciri-ciri dan saiz yang sama.
Pengeringan
Buah yang sudah dibasuh dikeringkan dengan meletakkannya di atas para yang beralas sponge bagi mengelak buah dari tercedera. Buah tersebut perlu disusun selapis sahaja dan tidak terdedah kepada cahaya matahari atau bahan-bahan panas. Biasanya kipas angin digunakan dalam proses pengeringan.
Penggredkan
Kerja-kerja penggredan buah dilakukan semasa menyusun untuk dikeringkan. Aktviti penggredan dilakukan untuk memenuhi kehendak pasaran dan meningkatkan kualiti buah. Mutu buah digredkan di bawah 3 gred iaitu Gred A, Gred B dan Gred C. Boleh dikelasifikasikan sebagai besar (>500 gm), sederhana (350-500 gm) dan kecil 250-350 gm).
PemeramanBiasanya buah mangga yang dikutip akan masak dalam masa 3-4 hari. Proses pemeraman dilakukan sekiranya buah yang akan dipasarkan masih belum masak. Beberapa kaedah digunakan seperti membalut buah dengan kertas, diperam dalam bakul atau kotak. Penggunaan gas etelina juga diamalkan untuk mendapatkan keseragaman buah yang masak dan kulit yang menarik. Untuk tujuan ini, sebuah bilik pemeraman khas diperlukan. Gas etelina pada kadar 5 bpj didedahkan kepada buah mangga selama 19 jam dan suhu dikawal diantara 20oC-30oC dengan kelembapan bandingan pada kadar 85-90%.
- Pembungkusan
Jenis pembungkusan yang disyorkan bagi tujuan pemasaran adalah menggunakan kotak kertas. Saiz kotak berbeza-beza tetapi atasnya perlu mempunyai lubang-lubang udara dengan muatan yang terhad kepada kuantiti atau berat yang telah ditentukan. Sebaik-baiknya buah mangga hendaklah diisi selapis sahaja dan dibahagian dalam kotak tersebut perlu ada sekatan atau ruang-ruang kecil bagi setiap buah untuk mengelakkan buah daripada bergerak yang mana boleh merosakkan buah. Buah-buah tersebut juga boleh dibungkus dengan kertas lembut atau bahan-bahan lain sebagai kusyen atau sponge.
PENYIMPANAN
Buah-buah yang telah diproses dan tidak dapat dijual terus perlu disimpan di dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu antara 9-10oC. Penyimpanan secara ini adalah bertujuan melambatkan buah mangga dari menjadi rosak. Buah mangga dapat disimpan selama 4-7 hari buah akan masak. Sekiranya tiada bilik sejuk, penyimpanan secara biasa boleh diamalkan. Buah dimasukkan ke dalam kotak atau bakul, disusun selapis dan dilapik dengan sponge. Seterusnya, kotak diletakkan di atas para. Pastikan tiada buah yang rosak atau berpenyakit kerana ini akan memudahkan jangkitan penyakit atau merosakkan buah-buah yang elok.
PENGANGKUTAN
Untuk pasaran tempatan dan bagi menjamin kualiti buah, lori yang digunakan perlu mempunyai pengedaran udara yang baik, dan bertutup di atas supaya buah tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Kotak atau bakul buah tidak disusun terlalu tinggi dan padat kerana ia membuatkan buah tertindih dan rosak. Kontena berhawa dingin digunakan bagi pengangkutan jauh agar buah dapat disimpan lebih lama dan tidak mudah rosak.
| |
Tanda-tanda penyakit: Penyakit ini bermula dengan bintik-bintik hitam kecil di permukaan kulit buah. Bintik ini membesar dan bercantum menjadi tompok-tompok hitam. Biasanya terdapat retak-retak pada tompok hitam tersebut. Dalam keadaan lembab, tompok-tompok hitam tersebut diselaputi oleh lapisan spora-spora berwarna merah muda, biasa dalam bentuk cecincin berpusar. Jika terdapat hujan semasa pembetukan buah, kulit buah akan ditumbuhi bintik kecil yang keras dan timbul, kulit buah menjadi capuk-capuk dan berkerak. Jika musim hujan lebat, kulat-kulat yang terdapat di bahagian atas buah akan turun mengikut aliran hujan menjadikan buah dijangkiti penyakit ini. Apabila buah semakin matang, di hujungnya menjadi hitam dan isinya reput menjadi warna perang kehitaman. Antraknos juga menyerang buah matang di peringkat penyimpanan sebelum dipasarkan. Agen penyebab: Patagen penyakit Antraknos ini ialah kulat Colletotrichum gloeosporioides Penz. Kawalan: Sembur dengan racun kulat seperti maneb, mancozeb, propineb, chlorothalonil, captafol, benomyl, thiolpanatemethyl dan racun kulat jenis kupram. Ini boleh diguna secara berasingan, campuran atau berselang seli. Sembur dengan tiga campuran racun iaitu racun kulat, baja daun dan racun serangga contoh: mancozeb, baja daun dan deltamethrin. |
| |
Tanda-tanda penyakit bermula dengan bintik kecil, nekrotik dan berwarna hitam pada kudup, bunga, tangkai bunga dan keseluruhan jambak bunga. Bintik-bintik tersebut membesar dan bercantum menyebabkan keseluruhan jambak bunga menjadi hitam dan kering. Kawalan: Seperti kawalan penyakit antraknos buah. |
| |
Penyakit ini bermula dengan bintik nekrotik yang kecil tersebar di seluruh permukaan daun. Lama kelamaan bintik-bintik membesar berbentuk bulat atau bersegi. Dalam cuaca lembab atau hujan bintik-bintik menjadi lebih besar dan dalam pelbagai bentuk. Tompokan ini berwarna perang muda hingga kelabu keperangan di tengah dan perang gelap kehitaman di sekelilingnya. Di musim kemarau tompokan menjadi kering dan gugur dan menyebabkan daun berlubang-lubang seperti ditebuk. Agen penyebab: Patogen penyakit Antraknos ini ialah kulat Colletotrichum gloeosporioides Penz. Kawalan: Sama seperti antraknos buah. |
Penyakit ini terjadi apabila pokok kurang subur, keadaan tanah yang tidak baik dan pokok yang ditanam terlalu rapat. Pada serangan yang teruk, alga ini menutup permukaan daun dan ia juga menyebabkan kulit pada batang pokok mangga mengelupas. | |
Terdapat tompok-tompok berwarna perang seperti karat yang berukuran 5-8 mm pada permukaan atas dan bawah daun. Lama kelamaan tompok yang berwarna karat tadi menjadi pudar dan berubah warna menjadi perang kehijauan. Dengan sendirinya tompokan itu akan hilang dan meninggalkan tompokan putih, kering dan menjadi kehitaman menyebabkan kawasan untuk fotosintesis pada permukaan daun kurang. Agen penyebab: Penyakit bintik daun alga ini disebabkan oleh alga hijau yang diberi nama Cephaleuros virescens Kunze. Kawalan: - permbaiki amalan-amalan pertanian seperti saliran, dll. - pembajaan baja yang baik. - sentiasa kawal serangga seperti hama dan penyakit kulat yang lain dari semasa ke semasa. - pokok yang ditanam terlalu rapat hendaklah dilakukan cantasan untuk memperbaiki pengudaraan kawasan tersebut dan supaya banyak terdedah kepada cahaya matahari. |
Penyakit ini adalah penyakit yang biasa didapati dan menyebabkan kerosakan yang teruk pada daun-daun mangga. Daun mangga pada peringkat pucuk sangat peka kepada penyakit ini. Jika serangan teruk, pucuk-pucuk pokok mangga akan mati terutama di musim-musim hujan. Penyakit antraknos daun ini adalah punca kepada jangkitan penyakit hawar jambak bunga dan antraknos buah. Oleh itu kawalan penyakit antraknos daun adalah penting untuk menghalang kerosakan pada jambak bunga dan buah. Tanda-tanda penyakit: | |
Serangan kulapuk hitam kelihatan seperti tompokan hitam seperti baldu dan terdapat di dalam berbagai-bagai betuk hingga sebesar 1 cm. Tompokan ini selalunya banyak, meliputi seluruh permukaan daun. Biasanya terdapat di permukaan atau daun, juga terdapat pada tangkai dan ranting. Agen penyebab: Penyakit ini disebabkan oleh kulat Meliola mangiferae Earle. Kawalan: Kawalan penyakit ini boleh dibuat dengan menghapuskan koya-koya. Penyemburan racun serangga dan racun kulat dari semasa ke semasa untuk mengawal perosak-perosak utama akan melindungi pokok dari serangan penyakit ini. |
Penyakit jelaga hitam tersebar luas dan biasanya terdapat pada tanaman mangga tetapi ia bukanlah jenis parasitik. Ia mendapat makanan dari manisan yang dikeluarkan oleh kutu daun, koya-koya dan lain-lain serangga. Jelaga hitam menutup permukaan daun dan mengurangkan fotosisntesis menyebabkan pokok mangga mengeluarkan buah yang sedikit dan pokok kelihatan tidak sihat. | |
Haifa jelaga hitam ini juga menyerap air menyebabkan permukaan daun sentiasa berkeadaan lembab dan ini akan menggalakkan penyakit-penyakit lain merebak. Jelaga hitam juga menyebabkan mutu buah rnedah untuk pemasaran. Jelaga hitam biasanya terdapat pada batang, dahan, ranting , daun dan juga pada buah. Pada daun dan ranting, kulat ini kelihatan seperti jaringan haifa yang longgar atau lapisan nipis atau lapisan tebal seperti baldu. Pada buah pula jelaga hitam kelihatan seperti selaput nipis berwarna hitam yang bercorak seperti aliran airmata.
Agen penyebab:
Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis kulat jenis Ascomycete. Kebanyakan spesies ini mempunyai peringkat mengawan dan tidak mengawan. Konidianya adalah jenis gelap dan begitu juga perithecianya. Pertumbuhan berbagai jenis kulat ini menyebabkan kerja mengenalpasti spesies sukar. Genera yang biasa didapati pada mangga ialah:-
Tripospermum, Limaciluna, Trichopelteca, Chaetothyrium, Antennulariella,
Capnodendron, Scorias (Neocapnodium), Scolecoxyphium dan Polychaeton.
Capnodendron, Scorias (Neocapnodium), Scolecoxyphium dan Polychaeton.
Kawalan:
Kawalan serangga yang mengeluarkan manisan. Sembur dengan racun malathion, white oil, demoton-S-methyl dan methamidophos.
Penyakit ini biasa ditemui pada daun-daun tua yang pokoknya kurang subur. Pokok di kawasan dusun, tapak semaian dan pokok yang ditanam di kawasan rumah selalu diserang oleh penyakit ini. Penyakit ini hanyalah menyebabkan bintik-bintik pada daun dan tidak begitu merbahaya. | |
Penyakit ini kelihatan seperti bintik gelap yang timbul, keras serta berbentuk bulat atau lonjong. Bintik ini terdapat pada permukaan bawah daun. Bintik keras ini berukuran lebih kurang 1 mm dan senang ditanggalkan dari daun. Di permukaan atas daun pula bintik ini kelihatan kekuningan dan di tengahnya bintik berwarna gelap. Daun-daun pada dahan-dahan di bahagian bawah pokok kerap diserang penyakit ini. Agen penyebab: Disebabkan oleh kulat yang bernama Zimmermaniella trispora P. Henn. Kawalan: Sembur racun kulat untuk mengawal penyakit lain adalah mencukupi bagi menjauhkan penyakit ini. Lakukan pembajaan yang betul dri semasa ke semasa. |
Penyakit ini adalah yang paling merbahaya menyerang bahagian kulit dahan, ranting dan batang utama pokok mangga. Pokok mangga yang berumur 5-15 tahun yang mempunyai kanopi agak tebal amat mudah dihinggapi oleh penyakit ini. Penyakit ini menyebabkan dahan yang diserang menjadi layu dan kering. Keadaan ini akan mengurangkan kanopi dan juga keupayaan berbuah. | |
Pada peringkat awal, terdapat bebenang putih seperti sutera di atas permukaan kulit batang. Dalam keadaan yang sesuai bebenang tersebut terus membaluti batang dan lama kelamaan warnanya bertukar menjadi merah muda. Bebenang ini akan kering bila batang yang diserang menjadi kering dan mati. Pada peringkat ini, maisila yang sterile berwarna merah muda menjadi semakin tebal lalu membentuk selaput. Agen penyebab: Disebabkan oleh kulat Corticium salmonicolor Berk et Br. dari keluarga Corticiaceae.. Kulat ini mengeluarkan dua peringkat, iaitu peringkat "corticium" dan "necator" Di peringkat "corticium" spora dikeluarkan di atas lapisan hymenium. Pada peringkat "necator" konidia dikeluarkan dari "sporodochium". Kawalan: Sentiasa jalankan pengawasan supaya penyakit ini dapat dirawati sebelum jadi teruk. Pangkas batang yang teruk diserang dan bakar. Sapu bahagian yang diserang dengan racun kulat jenis tridemorph dan lain-lain. |
Manggis
Manggis (Garcinia mangostana L.) adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20oC dan 30oC Ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun dan sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir.>
Kultivatar Yang Disyorkan
Tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-
Tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-
Pengurusan Air:
Pengurusan air sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi mengatasi masalah ini, seelok-eloknya pokok diubah ke ladang pad awal musim hujan. Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau.
Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan lebih cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan. Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar.
>Bagi ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air. Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60 psi.
Jenis Serangga | Bahagian diserang/simptom | Syor Kawalan |
1. Pelombong Daun (Phyllocnictis citrella) | Larva memakan inti daun melalui saluran atau liang-liang yang dibuat. Daun yang diserang menjadi berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan pudar dan bergulung. Larva membesar di dalam daun dan menjadi kepompong dalam lipatan daun. | Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis serap sepertidimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif. |
2. Pengorek Buah (Curculio sp.) | Kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah. Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah. Apabila buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di dalam tanah. (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul sebagai kumbang dewasa). | Belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera. |
Jenis Penyakit | Bahagian diserang/simptom | Syor Kawalan |
1. Cerana Zignoela (Zignoela garcianneae) | Menyerang dahan dan batang. Tempat diserang akan bengkak dan bercerana. Daun akan layu dan luruh. Pokok akan mati. | Musnah pokok yang diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk mengawal penyakit dari merebak. |
2. Cendawan Angin (Corticum salmonicolor) | Menyerang batang dan dahan pokok. Bahagian yang diserang akan menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang. Daun-daun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu dan terus mati. | Dikawal dengan memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok. Cantas dahan yang terlalu rapat. Jika perlu sembur bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat berasaskan kuprum. |
Kerosakan Lain:
- Gamosis
Selain penyakit, pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang boleh merosakkan dahan dan buah. Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit. Kerosakan ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal. Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah matang. Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah. Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya tidak rosak. Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak dibiarkan jatuh ke tanah. Kawalan gamosis secara terperinci masih belum diperolehi.
- Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai perlu dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal pokok bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air. Kawalan dilakukan dengan menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Sekiranya perlu, rumpai di keliling pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah serta meningkatkan kesuburan tanah. Bagi pokok manggis yang matang rumpai dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha).
Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH):
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada TDMH yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak. Sebagai panduan TDMH bagi racun perosak yang digunakan pada tanaman manggis adalah seperti berikut:-
Racun Perosak | TDMH (bilangan hari) |
1. Racun berasaskan kuprum 2. Dimethoate | tiada 23 |
Indeks kematangan dan penuaian Buah Manggis
Tanaman ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali.
Buah manggis mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang. Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan. Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25oC - 30oC.
Indeks 1 | : | Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah. | Indeks warna buah manggis | |
Indeks 2 | : | Hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit. Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima. | ||
Indeks 3 | : | Merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah. Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah. | ||
Indeks 4 | : | Keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran eksport. | ||
Indeks 5 | : | Coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi lateks. Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini. | ||
Indeks 6 | : | kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan. Isi dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi. | ||
Indeks 7 | : | Ungu Gelap atau kehitaman pada seluruhpermukaan kulit. Buah pada peringkat ini adalah terlalu masak. |
Pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
- Pengendalian di ladang
Buah-buah yang dipetik, dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu. - Pengendalian di Pusat Pembungkusan
Di rumah pembungkusan, buah dipilih. Buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan. - Penggredan
Buah digred mengikut saiz. Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan berasaskan penentuan gred.
- berat sebiji buah 100 gm atau lebih, iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg.
- kulit buah bersih, tidak cedera, bebas dari kesan penyakit atau kerosakan oleh serangga.
- kulit sederhana tebal, pejal tetapi tidak keras.
- tiada kesan getah kuning (resin) pada kulit dan tangkai.
- ulas isi putih bersih dana tidak jernih disebabkan oleh kecederaan. - Pembungkusan
Buah disusun dengan teratur dan padat di dalam kotak. Lapisan pengalas digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan kotak. Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan kemudian mengaturnya di atas kenderaan dan di bilik penyimpanan. - PenyimpananBagi pasaran segar, penggunaan bilik sejuk pada suhu 5oC dan kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis. Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu.
- Pengangkutan
Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa penyimpanan buah dan kos yang terlibat.
Pisang
PENGENALAN:
Nama saintifik : Musa paradisiaca L.
Nama tempatan : Pisang
Keluarga : Musaceae
Nama saintifik : Musa paradisiaca L.
Nama tempatan : Pisang
Keluarga : Musaceae
Pisang yang boleh dimakan berasal dari M. accuminata Colla dan M. balbisiana Colla. Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli, serbuk, minuman dan juga cuka. Pemerosesan buah pisang di peringkat matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.
Terdapat beberapa jenis pisang iaitu:-
- Pisang Berangan
Mula mendapat pasaran meluas. Kebanyakan memilih berangan sebagai makanan pisang segar. Berat setandan ialah 12-22 kg, mempunyai 8-12 sisir dengan setiap sisir mempunyai 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 12-18 cm dengan garis pusat 2.5 - 3.5 cm. Buah bersaiz sederhana hingga besar, berwarna kuning oren dan sangat menarik apabila masak sepenuhnya. Kulitnya agak tebal, mudah dikupas dan meninggalkan sedikit talian serabut setelah dikupas. Isi buah pejal, berwarna kekuningan hingga oren, berbau wangi dan manis rasanya.
- Pisang Mas
Berat lebih kurang 12 kg, mempunyai 5-9 sisir setandan dan 14-18 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 8-12 cm dan 2-3 cm garis pusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan. Isi pejal, berwarna kuning keemasan, berbau harum kewangian dan sangat manis. (Pisang Mas dari Wikipedia- klik).
- Pisang Cavendish
Mula diusahakan secara komersil dan kebanyakan hasilnya dieksport. Jenama dagangan seperti Gros Michel, Grand Naine dan lain-lain terkenal di Filipina atau Australia. Di Malaysia, jenama seperti Montel, Comel, Cabana atau Sun King Banana juga merupakan kultivar Cavendish. Berat setandan ialah 25-40 kg dan mempunyai 15-25 sisir bagi setiap tandan. Jejari berukuran diantara 15-22 cm panjang dan garis pusat 3.5 - 4.0 cm. Kulit buah adalah tebal dan mudah tanggal dari sisirnya. Isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi dan manis rasanya.
- Pisang Embun
Ditanam untuk hidangan segar. Berat setandan antara 20-40 kg dan mempunyai 10-25 sisir bagi setiap tandan dan 14-25 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 15-20 cm dan besar diantara 3.5 - 4.0 cm garis pusat. Kulit buah licin dan berwarna kuning apabila sudah masak. Isinya berwarna krim, sederhana pejal, berbau sedikit harum dan rasanya manis. (Pisang Embun dari Wikipedia - klik).
- Pisang Rastali
Digemari sebagai pisang sajian segar. Berat setandan antara 10-18 kg dengan 5-9 sisir setiap tandan. Setiap sisir mempunyai 12-16 jejari. Panjang jejari 10-15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah sangat nipis tetapi mudah dikupas, berwarna kuning terang setelah masak. Isi buah lembut dan berwarna putih, rasanya manis dengan sedikit rasa masam dan kelat jika belum masak sepenuhnya.
- Pisang Lang
Sesuai digoreng. Berat setandan ialah 7-10 kg dan terdapat 2 sisir bagi setiap tandan dengan 7-10 jejari bagi setiap sisir. Jejari ukuran 25-35 cm panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi buah berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
- Pisang Nipah
Hanya sesuai untuk digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek dan padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. Pisang nipah juga disebut pisang kapok. (Pisang Nipah dari Wikipedia - klik).
- Pisang Raja
Boleh dimakan segar atau dimasak untuk sajian. Berat setandan ialah 10-15 kg dengan 6-9 sisir dan setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah tebal, berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim oren dan bertekstur kasar.
- Pisang Nangka
Berat setandan 12-14 kg dan mempunyai 6-8 sisir. Setiap sisir mempunyai 14-24 jejari. Jejarinya bersegi dan memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar. Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit rasanya. Pisang nangka tahan disimpan.
- Pisang Awak
Sesuai untuk dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat setandan 18-22 kg dan mempunyai 8-12 sisir. Setiap sisir mempunyai 10-16 jejari. Panjang jejari ialah 10-15 cm dan besarnya 3-5 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit. Kadangkala kultivar ini mempunyai biji.
- Pisang TandukPisang Nipah dari Wikipedia - klik.
Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti Pisang berangan, Cavendish dan Rastali. Pisang yang biasa di masak atau diproses adalah seperti pisang Nangka, pisang Raja, Lang, Relong, Tanduk, Nipah dan pisang Awak.
Iklim dan tanah:
Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang. Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.
Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang. Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%. Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.
Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka. Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi. Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.
Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah. Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok. Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah. Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.
Bahan tanaman:
Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-
Sulur Dara Sulur Pedang Sulur Payung | - Akar akar sudah terbentuk - Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih. - Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah. |
Sistem Penanaman:
- Tanaman Tunggal
Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.
- Tanaman Selingan
Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.
Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki). Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat. Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.
Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.
Program Pembajaan Tanaman Pisang
Bulan selepas tanam | Jenis baja | Pisang Mas Kadar pembajaan (g/pokok) | Pisang Berangan, Rastani, Cavendish (g/pokok) |
Semasa tanam | CIRP 8:8:8 GML | 100 60 100 | 100 60 60 |
1 2 3 4 5 6 9 | 15:15:1515:15:15 15:15:15 15:15:15 15:15:15 15:15:15 15:15:15 | 60 100 100 150 150 100 50 | 100 150 150 150 150 75 250 |
12 | !2:12:17:2 15:15:15 | 150 - | - 250 |
13 !5 | GML 15:15:15 | 1000 150 | 1000 200 |
18 | 12:12:17:2 15:15:15 | 180 - | - 250 |
21 | 12:12:17:2 15:15:15: MOP | 180 - 50 | - 300 100 |
24 | 12:12:17:2 15:15:15 | 180 - | - 400 |
CIRP - Christmas Islands Rock Phosphate
MOP - Muriate of Potash
GML - Ground Magnesium Limestone
MOP - Muriate of Potash
GML - Ground Magnesium Limestone
Pengurusan Air:
Pokok pisang memerlukan air di antara 1500-2500 mm/tahun atau 8-12 liter sehari. Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan. Namun begitu tanaman pisang dikatakan tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 24 jam.
Pemangkasan Sulur:
Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.
Cantasan Pelepah:
Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.
Menyokong Pokok:
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.
Pembungkusan Tandan Pisang:
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.
Kutipan Hasil:
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah.
Rambutan
PANDUAN MENANAM RAMBUTAN DAN PULASAN
BUAH RAMBUTAN (Nephelium Lappaceum L)
Rambutan (Nephelium lappaceum L) adalah tanaman popular dan digemari rakyat di negara ini dan kebanyakan penduduk rantau Asia. Ia sejenis buah-buahan bermusim dan boleh ditanam sekeliling kediaman atau dusun. Di Malaysia, kawasan penanaman utama adalah di Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Rambutan adalah buah-buahan yang berdaya maju untuk dieksport ke negara Timur Tengah dan Eropah.
CIRI-CIRI POKOK
Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek. Dahan utama rendah dan terbuka. Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil. Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu. Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak. Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm. Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari (Sila lihat indeks kematangan buah rambutan di bawah). Isinya manis dan berjus, berukuran lebih kurang 2.5 cm panjang dan 1.5 cm lebar.
VARIETI-VARIETI RAMBUTAN
- R134
Klon ini berasal dari Singapura dan didaftar pada bulan Mac 1946. Buah besar dan berbentuk bujur. Kulit berwarna merah tua, rambutnya sederhana panjang dan jarang. Isinya tebal dan sederhana pejal, rasanya manis, lekang dan berjus.
- R 156
Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor. Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek. Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus. (Rambutan Gading dari Wikipedia - klik).
- R 160
Rambutan ini digelar 'Khaw Tow Bak' berasal dari Pulau Pinang dan didaftar pada 7 Jun 1970. Saiz buah berbeza-beza daripada sederhana besar hingga besar. Buah berbentuk bulat bujur. Kulit berwarna merah. Rambutnya kasar dan pendek. Isinya tebal, lembut, manis dan berjus. Lapisan selaput biji terikut sedikit pada isi.
- R 162
Klon ini dipanggil 'Oh Heok' berasal dari Pulau Pinang dan didaftarkan pada 17 Jun 1970. Kulit buah berwarna kuning kemerahan. Saiz buah besar, berbentuk bujur, berambut halus dan sederhana panjang. Isinya tebal, lekang, pejal dan sederhana manis. Lapisan biji terikut pada isi.
- R 167
Dikenali dengan nama 'Chai Taw Cheng' dan telah didaftarkan pada 17 Jun 1970. Saiz buah sederhana besar, berkulit nipis dan berwarna merah kekuningan, rambutnya panjang dan berwarna hijau. Isinya lekang, pejal dan rasanya manis.
- R 168
Klon 'Che Embong' berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada 23 Julai 1970. Saiz buah adalah sederhana panjang. Kulit berwarna mrah kekuningan dan sederhana kasar. Isinya tebal, pejal dan rasanya manis.
- R 170
Dikenali dengan nama 'Deli Cheng' berasal dari Pulau Pinang dan telah didaftar pada 17 Jun 1970. Mempunyai buah berwarna merah yang besar dan berbentuk bulat bujur. Rambutnya sederhana panjang dan kasar. Isinya lekang, tebal, pejal dan sederhana manis. Lapisan selaput biji terikut sama dengan isi.
- R 185
Terkenal dengan nama 'Lekang Nyior" berasal dri Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 14 Februari 1980. Buahnya besar, berwarna merah dan berbentuk bulat bujur. Isinya lekang, rasanya manis dan didapati kering sedikit. Kulit biji tertanggal dan terikut bersama isi.
- R 191
Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.
Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.
KEPERLUAN TANAH DAN IKLIM
Iklim tropika sesuai untuk tanaman rambutan yang mempunyai taburan hujan tahunan antara 1700-2500 mm dan suhu optima antara 26-280C. Tanaman ini memerlukan keadaan kering yang pendek untuk pembuangan, musim hujan untuk masa pembesaran buah dan keadaan kering bagi peringkat buah hendak masak. pH tanah yang sesuai ialah antara 5.5-7. Bagi kawasan rendah atau datar, perparitan perlu dibuat untuk membaiki saliran di kawasan-kawasan ladang. Kawasan berbukit mempunyai kecerunan 6-120 perlu dibuat teres atau tapak gajah. Tanaman penutup bumi digalakkan sebagai satu langkah pemuliharaan kawasan bercerun.
PENANAMAN:
Pokok rambutan boleh ditanam menggunakan sistem tiga segi sama, sistem empat segi sama atau sistem sesiku keluang. Jarak tanaman disyorkan adalah 9 m x 9 m. Sistem tiga segi dapat memberikan bilangan pokok yang lebih banyak dalam satu kawasan dari sistem segi empat sama (lihat sistem tanaman tiga segi dan empat segi). Sistem sesiku keluang dapat memberikan kepadatan pokok yang tinggi dengan tambahan 100% bagi satu kawasan.
Sistem sesiku keluang melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sederhana dan dibuang apabila pokok rambutan berumur 12 tahun atau kanopi mula bertemu.
PEMBAJAAN
Masa yang sesuai untuk membaja ialah diawal musim hujan. Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai dibaja ialah selepas kutipan hasil dan 3-4 minggu selepas bunga berkembang. Baja boleh ditabur di sekeliling kanopi pokok atau membuat poket/lubang (4-6 poket) dan isikannya dengan baja. Pengapuran boleh dilaksanakan sekiranya pH tanah kurang dari 4.5.
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Apabila daun muda dan daun tua menunjukkan tanda-tanda klorosis dan kadangkala berserta dengan tanda-tanda nekrosis pada hujung daun. Daun-daun ini juga selalunya kecil dari biasa dan keguguran daun-daun tua kadangkala berlaku. Daun yang kekurangan unsur posforan selalunya berwarna hijau tua. Pada daun-daun tua terdapat tompok-tompok kuning serta tanda-tanda nekrosis di tengah-tengah tompok tersebut. Kadangkala juga daun-daun berubah warna coklat tua dan gugur.
Kekurangan kalsium mengakibatkan daun-daun tua dan setengah tua menunjukkan tanda-tanda nektrosis pada tepi-tepi daun. Kadangkala daun tersebut menunjukkan tanda-tanda klorosis antara urat-urat di tepi daun. Kekurangan kalsium juga jarang kelihatan sekiranya ada terdapat pada daun-daun muda. Daun-daun tersebut cacat, kecil dan berwarna hijau tua dan pada keadaan teruk daun menjadi kering.
PEMBAJAKAN
Untuk Pokok (tahun) | Jenis Baja Sebatian (N.P.K. Mg) | Kekerapan/Tahun/ Pokok/Tahun (Kg) | Jumlah baja |
1 | 15:15:15 | 5-6 | 0.5 |
2 | 15:15:15 | 3.4 | 1.0 |
3 | 12:12:17:2 | 3.4 | 1.5 |
4 | 12:12:17:2 | 3 | 2.0 |
5 | 12:12:17:2 | 3 | 2.5 |
6 | 12:12:17:2 | 3 | 3.0 |
7 | 12:12:17:2 | 3 | 4.0 |
8 | 12:12:17:2 | 3 | 5.0 |
8 ke atas | 12:12:17:2 | 3 | 5.0 |
PEMANGKASAN
Melibatkan kerja-kerja membuang tunas air dan memotong ranting atau dahan yang tidak dikehendaki, rosak, berpenyakit, bersilang atau bergeser. Tujuan aktiviti pemangkasan adalah:-
- Untuk membentuk pokok yang mempunyai daun-daun seimbang;
- Untuk memastikan semua bahagian-bahagian pokok menerima pancaran matahari dan pengedaran udara yang maksimum; dan
- Untuk mendapatkan pokok subur dan produktif.
Terdapat dua jenis pemangkasan:
- Cantasan pembentukan terbuka tengah
- Cantasan penjagaan
Sila lihat panduan mencatas / pemangkasan pokok
Untuk mendapatkan pokok yang subur dan penghasilan tinggi, program pembajaan disyorkan seperti dalam jadual di atas. Masa yang sesuai untuk membaja adalah pada awal musim hujan. Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai ialah selepas bunga berkembang (sila lihat panduan pemangkasan pokok).
PENGAIRAN
Zon agroiklim yang disyorkan untuk tanaman rambutan ialah di mana jenis tanah bersuaian dan purata hujan yang mencukupi untuk keperluan tumbesaran dan penghasilan yang baik. Bagi kawasan yang mudah dibanjiri air, sistem saliran yang baik dan sesuai perlu diadakan untuk mengelakkan air bertakong.
PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAKSerangga perosak:
|
PENGELUARAN HASIL
Pokok rambutan mula berbuah tiga tahun selepas ditanam dengan anggaran penghasilan 2,000 kg/ha. Penghasilan meningkat jika terdapat 2 musim kemarau. Musim utama berlaku pada bulan Jun hingga Ogos dan musim kedua pada bulan Disember hingga Januari. Tempoh matang adalah antara 100 hingga 130 hari. Perubahan warna menunjukkan kematangan buah. Oleh kerana rambutan digolongkan sebagai buah bukan klimetrik, penuaiannya perlu dilakukan pada peringkat kemasakan dimana mutu organoleptiknya adalah optimum. Kutipan hasil rambutan seelok-eloknya dibuat pada waktu pagi atau petang apabila cuaca redup.
EKONOMI PENGELUARAN
Jumlah kos pengeluaran bagi tanaman buah rambutan boleh diasingkan kepada kos pembangunan, kos bahan dan kos tenaga kerja. Anggaran kos pembangunan tanaman buah rambutan bagi sehektar tanah ialah sebanyak RM3,719.00 untuk aktiviti penebangan, pembersihan kawasan dan pembakaran, penyediaan infrastruktur ladang, penyediaan tanah dan penanaman anak-anak pokok. Kos bahan pula adalah sebanyak RM1,230.00 untuk bahan-bahan seperti kos anak benih, kos baja, kos racun kawalan serangga, penyakit dan rumpai serta kos alat-alat ladang.
Kos tenaga kerja merupakan perbelanjaan paling tinggi. Bagi mengusahakan sehektar tanaman rambutan, purata kos tenaga kerja ialah sebanyak RM1,043.00 setahun. Daya maju projek dinilai dari segi aspek pendapatan bersih, tempoh pulangan modal dan analisis kewangan.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Buah rambutan yang telah dipetik dikumpul ke dalam bakul plastik dan tidak didedah kepada cahaya matahari dan perlu dibawa ke pusat pengumpulan buah dengan segera. Pemilihan buah dibuat dengan mengasingkan buah yang baik dan buak rosak dan dibersihkan daripada daun, serangga, semut, ranting dan lain-lain.
INDEKS KEMATANGAN BUAH RAMBUTAN
Secara umumnya buah rambutan sudah boleh dipetik diantara 12 -19 minggu selepas berputik dan berbeza mengikut varieti. Rambutan Anak Sekolah atau Rongrien (R191) didapati sesuai dipetik pada peringkat 16 minggu selepas berputik manakala rambutan Gula Batu (R3) dan Muar Gading (R156) masing-masing boleh dituai pada peringkat 16-17 minggu dan 15-18 minggu selepas berputik.
INDEKS KEMATANGAN BUAH RAMBUTAN
Secara umumnya buah rambutan sudah boleh dipetik diantara 12 -19 minggu selepas berputik dan berbeza mengikut varieti. Rambutan Anak Sekolah atau Rongrien (R191) didapati sesuai dipetik pada peringkat 16 minggu selepas berputik manakala rambutan Gula Batu (R3) dan Muar Gading (R156) masing-masing boleh dituai pada peringkat 16-17 minggu dan 15-18 minggu selepas berputik.
Penentuan kematangan buah rambutan bersandarkan tarikh dari berputik memberi masalah kepada pemetik buah kerana kematangan buah pada satu pokok, malah dalam satu tangkai yang sama tidak seragam. Biasanya buah pertama dan buah yang terakhir terbentuk pada satu tangkai mempunyai perbezaan umur selama 30 hari. Oleh itu penentuan kematangan buah rambutan berasaskan perubahan warna kulit dan bulu buah didapati lebih praktikal. Umumnya rambutan terdiri daripada buah yang berwarna merah dan kuning apabila masak.
Rosselle
IINDUSTRI ROSELLE DI MALAYSIA
Sehingga kini terdapat beberapa kilang memproses roselle di Malaysia. Antara syarikat yang mendapat khidmat nasihat dan perundingan MARDI ialah Gulf and Pacific Industries Sdn. Bhd. di Kuching, Sarawak. Syarikat ini mengeluarkan hasilan kordial, minuman berkarbonat, jem, halwa dan pati roselle. Bagi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk industri yang kian berkembang ini, penanaman roselle telah diusahakan oleh Gulf and Pacific Estates Sdn. Bhd. di tanah seluas hampir 2 499 ekar.
Di Terengganu perbincangan dan perundingan dari aspek pembangunan hasilan roselle telah diadakan dengan Malaysia Roselle Industries Sdn. Bhd., Kuala Terengganu. Sementara itu memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh MARDI dengan Aquasis (M) Sdn. Bhd. Kuantan, Pahang dalam usaha penubuhan kilang serta pembangunan hasilan roselle.
Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter (sm). Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa cabang akan keluar dari batang utama.
Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.
PENANAMAN
Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara yang beriklim tropika. Seperti pokok bunga raya lain, sehingga kini didapati pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.
Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral. Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris. Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.
PENGAIRAN
Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dari permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina.
KAEDAH TANAMAN
- Secara Semaian
- Secara Tanam Terus Menggunakan Biji Benih
Kaedah Tanam Secara Semaian
Umur (hari lepas tuai) | Kerja/Aktiviti | Bahan Input | Standard Kualiti Indikator | Tindakan | |
Jenis | Kadar | ||||
-21 | Kawalan rumpai | Glyphosaste 41% EC (contoh: roundup) | 27 ml/ 4.5 lit.air | 2-4 lit roundup / ha | |
-21 | Mengapur | GML (kapur) | Seperti di bawah | pH 5.5 | Ambil sampel tanah & uji |
-20 | Bajak putar 1 | Kedalam bajakan 25 cm | |||
-7 | Bajak putar 2 dan membuat batas | Lebar batas 1.5 m Tinggi batas 25 cm | Guna rotos ridger. Batas melintang arah matahari. | ||
-6 | Menabur dan menggaulkan baja organan di atas batas | Tahi ayam | Seperti ldi bawah | Tahi ayam kering & telah reput |
Kaedah Tanam Terus Menggunakan Biji Benih
Umur (hari lepas tuai) | Kerja/Aktiviti | Bahan Input | Standard Kualiti Indikator | Tindakan | |
Jenis | Kadar | ||||
-40 | Kawalan rumpai | Glyphosaste 41% EC (contoh: roundup) | 27 ml/ 4.5 lit.air | 2-4 lit roundup / ha | |
-28 | Bajak putar 1 | ||||
-27 | Mengapur | Kapur | Seperti di bawah | pH 5.5 | Ambil sampel tanah & uji |
-7 | Bajak putar 2 dan membuat batas | Lebar batas 1.5 m | |||
-6 | Tabur baja organan di atas batas dan gaulkan | Tahi ayam | Seperti di bawah | Tahi ayam kering & telah reput |
Kaedah Pengapuran Dan baja Organan
Jenis Tanah | Kadar Pengapuran Tan/ha GAIL | Bahan Organan Tan/Ha |
Tanah mineral & tanah lanar Tanah bris & bekas lombong Tanah gambur / asid sulfat Tanah batu kapur (pH 6-8) | 2-5 2 5-10 - | 3-5 10-20 3-5 3-5 |
PENUAIAN HASIL
Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.
KAWALAN PEROSAK
- Bena Lelompat Hijau
Guna Imidachloprid (contoh: Confidor 200 SL) bancuhan 1.25 nk/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) dengan bancuhan 5 gm/4.6 liter air lalu disembur bila bena dikesan.
- Kepinding (Kumbang Hijau)
Sembur dengan Deltamethrin 1.4% EC (Contoh: Decis) 2-5.5 ml/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) 5 gm/4.5 liter air.
- Rumpai tumbuh di atas dan diantara batasSembur dengan Glufosinate 13.5% EC (Contoh: Basta 15) secara berhati-hati menggunakan fan nozzle dan pelindungan semburan.
- Daun Kekuningan
Tabur NPK 15:15:15 (1gm/pokok) dan Urea (46% N - 5 gm/pokok) rata di atas batas dan ditimbus.
Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang(Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl.
HASILAN ROSELLE
- Ekstrak roselle dan khasiatnyaEkstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60°C selama 30 minit hingga semalaman dan seterusnya ekstrak ini bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.
- Minuman roselleMinuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.
- Halwa roselleSalut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle.
- Serbuk roselleSerbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 65–80°C selama 6–8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.
- Jem dan jeli roselleSalut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 °Brix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya