Sayuran3

Sambung....


Kucai


Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.
Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.
Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.
Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.
Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggidan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Lobak Putih


Nama Botani
Famili
:  Raphanus Sativus
:  Cruciferae



Merupakan salah satu sayuran jenis umbisi yang kaya dengan zat makanan.  Berasal dari Eropah, ia boleh ditanam di tanah tinggi atau tanah rendah. Pokok lobak putih hampir menyerupai pokok sawi bunga tetapi batangnya lebih pendek dan tepi daunnya berombak-ombak.  Pokok ini ditanam untuk mendapatkan isi akar tunjangnya iaitu lobak warna putih.  Bunga berwarna putih keunguan.  Ubinya berkeadaan bulat panjang dan berukuran lebih 20 cm.
Varieti
Terdapat dua jenis yang biasa ditanam, iaitu Jenis Cina dan Jenis Ming Ho.  Jenis Cina ditanam di tanah tinggi manakala jenis Ming Ho adalah jenis hibrid untuk tanah pamah, berumur pendek, umbisi besar, tempoh kutip hasil 45 hari selepas ditanam, panjang umbisi 25 cm dan kulit dan isinya halus.
Iklim dan Tanah


Lobak putih tumbuh sumber di kawasan beriklim lembap dan sederhana sejuk pada altitud tinggi. Ia telah dapat menyesuaikan diri untuk hidup di kawasan panas.  Ia memerlukan hujan yang banyak dan cuaca yang panas.  Lobak putih boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, daripada gambut hingga ke liat peroi ringan.  Tanah gembur yang kaya dengan organan, mempunyai saliran yang baik dan pH 5.5-6.5 adalah paling sesuai.
Penyediaan Tanah
Kawasan yang telah dibersihkan dibajak dan digembur sedalam 20-25 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar dan ubi.  Kemudian batas berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.  Baja organan sebanyak 6 kg/batas (4 tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas sebelum menanam.
Menanam
Lobak putih dibiakkan dengan biji benih yang ditanama terus ke atas batas.  Sebelum menanam, biji benih direndam dalam air selama 4-5 jam dan dirawat dengan racun kulat seperti Thiram.  Sebanyak 1.5 kg biji benih diperlukan untuk seluas satu hektar.  Biji benih ditabur ke atas batas dalam alur yang dibuat melintangi batas dan ditumbuskan dengan tanah.  Jarak antara alur adalah 25 cm.  Apabila biji benih bercambah 3 minggu selepas menanam, penjarangan dibuat mengikut jarak tanaman yang disyorkan iaitu 25 cm x 10 cm.
Pembajaan
Kadar pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-



PusinganMasaJenis BajaKadar/BatasKadar/Hektar
1
2
3
4
Sebelum menanam
1 minggu selepas mengubah
3 minggu
5 minggu
Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
0.3 kg
0.4 kg
04. kg
4 tan
200 kg
250 kg
250 kg
Jenis tanaman:Jarak tanaman yang disyorkan ialah 15 cm antara pokok dan 20 cm antara baris.
Pengairan:Lobak putih perlu disiram sebanyak 1-2 kali sehari, sekiranya tiada hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.
Kawasan rumpai:
Guna racun Alachlor atau Atrazine pada kadar 4 liter/hektar.  Kemudian kawalan rumpai dilakukan secara manual sebanyak 2 kali sepanjang umur pokok.  Racun paraquat boleh digunakan di keliling batas dan parit.

Pandan


Pengenalan
Pandan (Pandanus adorus) adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke atas.  Daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung.  Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujung.  Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi.  Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.
Penyediaan Tanah
Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok.  Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm.  Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP.  Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok.
Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.  Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.
Penjagaan
Siram anak pokok apabila perlu.  Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok.  Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 gm/pokok bagi tanaman seperti di sekitar rumah. 
Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.  Daun pandan boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam.

Pegaga

PENGENALAN

Malaysia mempunyai 1200 spesies tanaman ubatan dan 60 spesies disenaraikan antara yang biasa digunakan.  Sebanyak 15% tanaman ubatan terdapat di hutan hujan tropika.  Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah pegaga.  Tumbuhan ini dan penyediaannya telah berkurun digunakan, terutamanya dalam sistem perubatan Ayurvedic di India dan perubatan tradisional Cina dan Medagaskar.  Tumbuhan ini juga telah disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai satu daripada spesies tumbuhan ubat yang paling penting dipelihara dan dibiakkan.  Biasanya, ia digunakan sebagai ulam oleh Melayu, sebagai minuman  penyejuk oleh Cina dan sebagai tonik untuk otak oleh India.
BOTANI

Pegaga yang nama saintifiknya Centella Asiatica adalah dari keluarga Umbelliferae / Apiacea.  Ia adalah sejenis herba merayap yang kecil, semusim, daunnya panjang, berbentuk ginjal dan bulat di hujung.  Tekstur daun licin dan tangkal daun panjang (lebih kurang 20 cm).  Batangnya jenis merayap (stolons), bewarna hijau kemerahan, melilit antara satu sama lain.  Bunganya berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam jambak kecil yang bulat berhampiran dengan permukaan bumi.  Setiap bunga dilitupi oleh 2 'bracts' berwarna hijau.  Bunga jenis 'hermaphrodite', kecil (kurang dari 3 mm) dan setiap bunga mempunyai 5 stamen dan 2 style.  Akar pegaga terdiri dari rizom yang menjalar lurus ke bawah.  Rizom berwarna kekuningan dan diselaputi dengan rerambut.  Seluruh pokok digunakan sama ada untuk tujuan perubatan ulam atau dimasak gulai.
KEPERLUAN TANAH
Pegaga sesuai ditanam di tanah jenis lom dengan kandungan bahan organik yang tinggi.
JENIS-JENIS PEGAGA
Jenis-jenis pegaga yang terdapat pada masa kini adalah pegaga biasa (pegaga ubi), pegaga salad dan pegaga nyonya (kerinting).
PENGAIRAN
Pengairan adalah penting terutama sekali jika pegaga ditanam di kawasan terbuka.
PENANAMAN
Pegaga ditanam dengan menggunakan sistem batas dengan jarak tanamannya 20 cm x 20 cm.  Ia mudah dibiakkan secara aseksual menggunakan rizom / batang rayap dengan sekurang-kurangnya 2 nodus.  Walaupun ia boleh tumbuh dibawah cahaya matahari tetapi kebanyakan jenis pegaga perlu kawasan yang redup dan tanah lembap.
Jadual tanaman pegaga bagi jarak 0.2m x 0.2m
Kepadatan tanaman sehektar (pokok)Keperluan benih sehektarMasa membajaJenis bajaKadar baja sehektarUmur mula berhasil (bulan)Tempoh pengeluaran hasilAnggaran hasil sehektar

160,000 rumpun
 
160,000 anak pokok1 MST
Setiap 2 minggu
Tahi ayam
15:15:15

3-5 mt
500 kg
 
80-90 hari
 
60-70 hari
 
18-22 mt
 
Nota:   MST  - Minggu sebelum tuai
PEMBAJAAN
Baja organik (tahi ayam) pada kadar 5.0 tan / hektar digaulkan ke dalam tanah sebelum menanam.  Baja hydro 16:16:16 kg / pokok dengan kadar 500 kg per hektar dibubuh setiap 2 minggu.
PENUAIAN
Pegaga boleh dituai mengikut umur matang iaitu dalam lingkungan 60-90 hari.  Semasa menuai, tanah dilonggarkan dahulu dengan menggunakan tangan sebelum pokok dicabut atau dipotong sahaja pokok dan tinggalkan akarnya kerana ia boleh diguna semula.

Peria

PANDUAN MENANAM PERIA
Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia (L.) dari keluarga cucucrbitaceae. Asal usulnya tidak diketahui, tetapi kini ditanam hanya di kawasan beriklim torpika.  Buah-buah muda boleh dimasak dengan cara digoreng atau direbus untuk dijadikan masakan berkuah.  Kepahitan buah boleh dihilangkan denga cara merendam dalam air garam.
Komposisi makanan yang terdapat dalam peria ialah protin, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, besi, fosforus, kalium, natrium, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin.

VARIETI
Terdapat 3 jenis tempatan yang biasa ditanam iaitu jenis buah panjang, jenis buah pendek dan jenis peria katak.  saiz buah adalah berbeza antara 8-35 cm panjang can 2-6 cm garis pusat.  Jenis buah panjang adalah popular dan mengeluarkan hasil sebanyak 25-30tan/hektar
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Faktor IklimMemerlukan air yang banyak dan saliran yang baik, hujang 168 mm/bulan dan suhu yang tinggi.  Selain itu, kawasan penanaman perlu mendapat cahaya matahari yang cukup.
Faktor Tanah
Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organik seperti tanah gambut, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  pH yang sesuai ialah antara 5.5 - 6.5
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Sehingga kini hanya satu kultivar yang disyorkan iaitu Peria Tempatan.  Pokoknya bercabang pada setiap buku batang utama dan dahan-dahan primer.  Daunnya ringkas dan mempunyai lima cuping.  Warna bunga (jantan dan betina) kuning.  Pokok mula berbunga 33 hari (jantan) dan 43 hari (betina) selepas ditanam.  Buah berwarna hijau muda dan berbentuk silinderm panjang 25 cm dan berat 380gm.  Buah dipungut 15 hari selepas berbunga.  Hasilnya 20-25 tan/ha.
PENANAMAN
Gunakan benih yang bermutu tinggi.  Sejumlah 3 kg biji benih diperlukan untuk sehektar penanaman.  Biji benih perlu dirawat menggunakan racun kulat captan pada kadar 15 g/10 kg benih.  Ini akan memberi peratus pertumbuhan yang elok di tapak semaian tanpa serangan perosak dan penyakit.




Bagi penanaman di ladang, biji benih ditanam secara terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak tanaman 1.5 m x 0.5m (7400 pokok/ha).  Benih ditanam satu baris sebatas.  Dua biji benih ditanam bagi setiap lubang lebih kurang 2 cm. antara satu sama lain.  Selepas 10 hari, anak benih dijarangkan kepada sepokok selubang.


Memasang Junjung / Penyokong
Memandangkan sayur jenis ini adalah bertabiat memanjat, kayu-kayu junjung atau penyokong adalah diperlukan.  Junjung perlu disediakan selewat-lewatnya dua minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur-sulur paut.
Sistem para-para dawai adalah penyokong yang sesuai untuk tanaman peria.  Sistem ini menggunakan tiang-tiang junjung yang berukuran 2.5 m panjang dan bergaris pusat 6 cm.  Tiang-tiang ini dipacak di atas batas dengan jarak lebih kurang 4 m persegi.  Kemudian dawai kasar No. 10 dipasang di bahagian atas menghubungi kayu-kayu junjung tadi.  Ini diikuti dengan memasang dawai sederhana No. 14 di atas tiap-tiap batas dan dawai kecil No. 18 dengan jarak 18 cm antara satu sama lain sehingga memenuhi semua kawasan.
Apabila tinggi pokok lebih kurang 20 cm, tali-tali perlu dipasang pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai.


Pembajaan
Jenis Tanah
Jenis Baja
Kadar
(tan/ha/musim)
Masa
(minggu lepas tanam)
Cara
 Tanah Bris
 (Rudua)
Tahi ayam
(12:12:17:2)
 10
1
-1*
2,5, & 8
Tahi ayam digaul dalam tanah
keliling pokok
 Tanah Bris
 (Baging)
Tahi ayam
(12:12:17:2)
 25-30
1
-1*
2,5, & 8
Tahi ayam digaul dalam tanah
keliling pokok
 Bekas Lombong
 (Pasir)
Tahi ayam
(12:12:17:2)
30
1
-1*
2,4, 6, & 8
Tahi ayam digaul dalam tanah
keliling pokok
 Bekas lombong
 (gambut)
Tahi ayam
(12:12:17:2)
5
0.8
-1*
2, 5, & 8
Tahi ayam digaul dalam tanah
keliling pokok
 Tanah Lombong
 (mineral)
Tahi ayam
(12:12:17:2)
5
0.8
-1*
2, 5, & 8
Tahi ayam digaul dalam tanah
keliling pokok

* satu minggu sebelum tanam
Pengairan:Peria memerlukan air yang cukup untuk membesar.  Penyiraman prlu dilakukan 1-2 kali sehari mengikut keadaan hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.
Pemangkasan
Pemangkasan perlu dilakukan dengan mencatas dahan-dahan sisi, terutama sekali bahagian bawah.  Daun-daun yang tua di bahagian bawah juga perlu dicantgas untuk menggalakkan pengudaraan antara pokok.
Membalut Buah
Tujuan membalut buah adalah untuk mengawal lalat buah bagi meningkatkan kualiti.  Buah peria hendaklah dibalut semasa peringkat putik berukuran lebih kurang 6 hingga 8 cm panjang. 
Pengairan
Boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
Saliran:Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihan ke parit utama.
KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA
Serangga yang biasa menyerang pokok dan buah peria adalah seperti berikut:-

  1. Kumbang Daun (Aulacophora flavomarginata)

    Menyerang daun dan akar.  Terdapat lubang-lubang di tengah daun.  Serangan teruk akan menyebabkan daun menjadi perang dan mati.  Larva yang berada dalam tanah akan memakan akar pokok dan menyebabkan pokok layu.

    Kawalan:  Sembur seluruh pokok dengan racun serangga seperti carbaryl jika ada tanda serangan.
     
  2. Lalat Buah (bactrocera spp)
    Menyerang buah ketika peringkat pokok sedang berbuah.  Buah yang diserang berkeadaan berlubang dan menjadi busuk.  Buah muda yang diserang teruk akan berubah bentuk dan menjadi terbantut.

    Kawalan:  Bungkus buah muda dan musnah buah-buah diserang.
     
Diantara penyakit yang mungkin menyerang tanaman peria ialah:-

  1. Penyakit Kulapuk Berdebu
    Disebabkan oleh kulat Erysiphe cichoracearum menyerang daun melalui angin dan air.  Tompok-tompok maisilia putih dan berdebu kelihatan di permukaan daun dan merebak ke seluruh permukaan daun.  Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang, kering serta berkedut.  Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan berkeadaan kecil.

    Kawalan:  Musnah daun-daun yang diserang.  Sembur dengan racun kulat seperti thiophanate-methyl atau carbendazim apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulangi 7-10 hari sekali jika perlu.
  2. Kulapuk Downy (Downy middew)

    Kulat Pseudoperonospora cubensis, Berk & Curtis Rostovzex menyerang daun melalu angin.  Terdapat bintik-bintik berbentuk siku berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun.  Buah-buah terbantut, lapisan bawah daun diselaputi oleh spora.  Daun-daun kemudiannya menjadi perang dan akhirnya mati.

    Kawalan:  Musnah daun-daun yang diserang.  Sembur dengan racun kulat mancozeb atau chlorothalonil apabila terdapat tanda-tanda penyakit.  Ulangi selang 7-1 hari sekali jika perlu.
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.  Tempoh diladang mengikut hasil selepas semburan akhir adalah seperti berikut:-
Jenis RacunHari
Carbaryl
Carbendazim
Chrorothalonil
Copper oxychloride
Cuprous oxide
Cymoxanil
malathion
mancozeb
maneb
paraquat
thiophanate-methyl
tribasic copper sulphate
zineb
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
3
3
3
tiada
tiada
14
3
14
14
tiada
14
tiada
14
Pengawalan Rumpai:Perlu dilakukan ketika pokok-pokok masih kecil lagi.  Merumput ketika pokok-pokok sayur tersebut sudah besar dan menjalar mungkin akan lebih susah.  Racun rumpai pracambah metolachor boleh disembur selepas bijibenih peria ditanam.  Selain dari itu, kerja-kerja merumput perlu dilakukan.
Membuang Tunas:
Pembuangan tunas yang terbentuk pada dahan utama dan menjalarkan pokok dilakukan untuk menggalakkan pembentukan buah yang besar.  Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya pembesaran buah tidak terganggu.
Kematangan, Pengutipan dan Pengendalian HasilPeria dijangka boleh dipungut hasil lebih kurang 8-9 minggu sleepas ditanam.  Pungutan hasil dibuat 1-2 hari sekali iaitu apabila kulit buah menjadi agak licin dan berwarna hijau muda.


PERIA - Pahit tapi Berkhasiat
(Sumber: Buletin Pengguna, Oktober 2007)
Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat karbohidrat, vitamin dan kalsium.  Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis.  Caranya minum perahan daripada 4-5 biji peria setiap pagi.  Bijinya yang dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan.  Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.
Daunnya pula boleh merawat buasir.  Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan.  Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.  Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal.  Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau.  Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4-6 bulan.
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria.  Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.  Peria mengandungi tonik bertindak sebagai julap dan mampu meningkatkan selera makan.  Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak.
Kandungan peria
Buah
83.92%
4-10%
1.5-2%
1.2-1%
0.8-1.7%
-
-
-
-
-
Air
Karbohidrat
Protein
Lemak
Serabut, mineral besi, fosforus, kalsium dan vitamin C.
Daun
82-86%
17%
2.3%
0.1%
0.8%
-
-
-
-
-
Air
Karbohidrat
Protein
Lemak
Serabut, mineral besi, fosforus, kalsium dan vitamin B.
Biji
50-65%-Asid eleostearik

Khasiat Makanan
Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.  Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.  Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.  Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.
Khasiat Ubat-ubatan
Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.  Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.  Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-cirit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakar, luka-luka, semput dan sakit perut.  Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.  Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.

Petola Segi


Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di tanah-tanah rendah.  Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai berasal dari benua India.  Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat.  Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.
Varieti
Petola tempatan, Pin-Ann (hidbrid, San-C (hidbrid)
Iklim dan Tanah
Memerlukan hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas.  Petola sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti tanah gembur, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  Kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta pH 6.0 - 6.5 adalah paling sesuai.

Penanaman
  • Penyediaan Tanah
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.  Lakukan pengemburan dengan menggunakan cangkul atau trektor.  Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/sampah sarap sebelum menyediakan batas.
     
  • Membuat Batas
    Sediakan batas berukuran lebih urang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm tinggi.  Gaulkan baja asas seperti tahi ayam reput sebanyak 2 tan metirk untuk 0.04 ha. kawasan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  Kemudian, buatkan lubang-lubang sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.
  • Menanam
    Petola dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  Sebelum menanam, rendamkan dahulu biji benih dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih.  Letakkan 2-3 biji benih dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak 2 cm antara satu sama lain.  Kemudian timbus biji benih dengan tanah lebih kurang 3 cm dalam.  Untuk kawasan seluas 0.4 ha. sebanyak 2-3 kg biji benih diperlukan.   Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang.
Penjagaan
Letak rumput-rumput kering atau jerami padi di permukaan batas selepas menanam sebagai sungkupan.  Ini adalah untuk mengawal kelembapan dan suhu tanah serta melambatkan pertumbuhan rumpai.  Hakisan dapat juga dikurangkan.
Tanaman petola bertabiat menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.  Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam.  Satu lagi cara untuk menyokong pokok ialah dengan sistem "trellis".  Pacakkan batang-batang kayu tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.4 m panjang dan 6-10 cm paris pusat.  Sambungkan dua tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan menggunakan dawai kasar untuk dijadikan junjung.  Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang.  Apabila anak pokok berumur 15-20 hari gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.  Sistem pancang dengan kayu atau pun buluh boleh juga digunakan, walau bagaimanapun hasil yang didapati adalah rendah dibandingkan dengan cara sistem trellis.

Membaja

Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan/0.4 ha) elok digunakan sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organan, baja sebatian contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2



Masa PembajaanKadar Baja
(kg/0.4 ha)
Cara Membaja
3 minggu lepas tanam
5 minggu lepas tanam
7 minggu lepas tanam
100
200
200
Tabur di keliling pokok.
Tabur antara pokok.
Tabur antara pokok.
Menyiram

Petola memerlukan air yang cukup untuk hidup subur.  Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang terutama apabila cuaca terlampau panas.
Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok
Amalan membuang tunas elok juga dilakukan.  Biarkan hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.  Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang.  Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembetukan buah yang lebih besar.  Pokok-pokok juga eloklah digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.  Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan penmbesarannya tidak terganggu.
Membalut Buah
Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.  Kerja ini dilakukan selepas menyembur racun.  Buah-buah yang sedang membesar dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.
Kawalan Serangga / Penyakit
  • Lalat Buah - balut buah, sembur racun serangga, jika perlu.
  • Kumbang Daun - sembur racun Methamidophos.
  • Kepindang Buah - sembur racun Methamidophos.
  • Kulapuk Downy - sembur racun kulat Maneb.
Memungut Hasil
Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari.  Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.  Peti buah tiap-tiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang  tajam.  Petiklah buah yang masih lembut dan belum bersabut.  Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.  Hasil purata yang dipungut dengan menggunakan sistem pancang adalah dianggarkan 5,200 kg /0.4 ha. dan sistem trellis dianggarkan antaa 9,000-15,000 kg / 0.4 ha.


Terong


Nama Botani
Famili
:
:
Solanum melongena
Solanaceae

VARIETI:
  • Hock Chew
    Bentuk buah adalah panjang dan sedikit bengkok serta kulit buah berwarna ungu.  Bilangan buah/pokok adalah 30-32 biji.  Panjang buah 25-27 sm.
     
  • Pingtung Long
    Bentuk buahnya panjang lurus yang berukuran 28 sm seberat 110 g.
     
  • Farmers Long
    Bentuk buahnya panjang dan lurus berukuran 28 sm, garis tengah ialah 3.5 m dan kulit berwarna ungu serta tipis dan berisi putih.
     
  • Extra Long
    Sangat panjang, ramping dan lurus.  Isinya berwarna putih dan halus.  Buahnya berukuran 30-40 sm panjang dan garis tengahnya 2.5 - 3 sm.
     
  • MTE 1
    Disyorkan oleh MARDI.  Bentuk buahnya sepanjang 18-25 sm dan garis tengahnya 2.0 - 3.5 sm.  Warna buahnya biru tua/ungu dan berat buah 90-100 g/biji.
     
  • MTE 2
    Disyorkan oelh MARDI.  Bentuk buah adalah bulat dan warnanya biru kehijauan/mungu muda.  Saiz buah 7.5-9.0 sm garis tengah.  Beratnya ialah 160-250 g/biji.

IKLIM DAN TANAH
Terung tumbuh subur di kawasan ketinggian sehingga 900 a.p.l.  Ia memerlukan perubahan kecil dalam suhu harian dan keadaan sekitar terlindung.  Pengairan diperlukan pada musim panas.  Terung hidup subur di atas berbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan baja organan.  pH tanah ayng paling sesuai ialah 6.0 - 7.0
PENYEDIAAN TANAH
  • Di ladang
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci).  Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi).
     
  • Dalam Pasu
    Dalam pasu dan bekas-bekas lain.  Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
MENYEDIAKAN ANAK BENIH
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir (klik sini untuk lihat gambar rajah).  Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.
MENANAM
  • Di Ladang
    Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris.
  • Dalam Pasu
    Tanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci).  Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

MENYIRAMSiram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
MEMBAJA
  • Di Ladang
    Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
    Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
SUNGKUPAN
  • Di ladang -Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.
MERUMPUT
Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak.  Bajak tanaman di pasu cabut rumpai yang tumbuh.
MENYEDIAKAN SOKONGAN
  • Di Ladang
    Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 1/2 meter (5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok.  Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.
  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1:2 pH (4 kaki) panjang.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
  • Serangga
    Sembur racun serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar (10 gm) segelen air) untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah. 
  • Penyakit Layu Bakteria
    Penyakit ini boleh dielakkan dengan membuat penelitian yang kerap, pengurusan yang baik serta sistem pengairan yang sempurna dan melakukan sistem tanaman pusingan.  Teknik-teknik cantasan terkini pula boleh membantu meningkatkan hasil (sila lihat panduan mencantas/pangkas pokok).
  • Penyakit Reput Buah
    Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 gm segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl (seperti Benlate) pada kadar 1 sudu teh atau 3 gm segelen air untuk mengawal bintik daun.
MEMUNGUT HASIL
  • Di Ladang
    Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah.  Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari.  Anggaran hasil ialah sebanyak 75 hingga 125 kg bagi 50 meter persegi. 
  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam.  Anggaran hasil ialah 1 kg. sepokok.

KULTIVAR-KULTIVAR TERUNG
Umumnya kultivar terung boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu:-
  1. Kultivar Primitif


    Sejenis kultivar terung tempatan yang berbuah kecil dengan kelebarannya kira-kira 3 cm berbentuk samada bulat, bujur atau lonjong seperti jari telunjuk dan berwarna samada hijau, putih atau hijau berjalur putih.  Kultivar ini ditanam secara kecil-kecilan dan hanya dijual di pasaran tempatan sahaja.  Kultivar ini berbuah bulat biasanya dipanggil terung kampung atau terung rapuh manakala yang bujur atau lonjong dipanggil terung telunjuk.
  2. Kultivar Moden

    Terdiri dari kumpulan kultivar berbuah besar dengan kelebaran yang melebihi 3 cm dan dipasarkan secara meluas.  Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis kultivar iaitu:-

    Kultivar Bulat
    Buah berbentuk kbulat, lebarnya boleh melebihi 10 cm berwarna unggu, kadangkala hijau atau putih.

    Kultivar Bujur / Lonjong
    Buah berbentuk bujur atau lonjong, lebarnya kadangkala melebihi bujur atau lonjong.  Lebarnya kadangkala melebihi 10 cm dan panjangnya 2-3 kali lebar buah.  Warna buah biasanya unggu atau unggu gelap, namun ada juga berwarna putih atau hijau.

    Kultivar Panjang
    Buah berbentuk panjang lebarnya 5-8 cm dengan panjang melebihi 3 kali ganda kelebaran buah.  Warna buah biasanya unggu muda atau unggu, kadangkala hijau atau putih.
Tomato


PENGENALAN
Nama saintifik  :  Lycopersicon cycopersicum (L)
Keluarga          :  Sonanaceae

Buah tomato segar banyak digunakan dalam masakan samada dalam bentuk mentah ataupun dimasak.  Buah-buah tomato juga diproses untuk pengetinan, dibuat jus, puri dan sos.  Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada tomato ialah kalsium, karbohidrat dan protin.  Lain-lain komposisi zat makanan yang terdapat padanya ialah lemak, serat, zat besi, fosforus, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, niacin dan vitamin C.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak dan yang tumbuh menjalar.  Ciri-ciri pokok adalah seperti berikut:-
Akar
Batang
Daun
Bunga
Buah
Benih
Cara pendebungaan
-
-
-
-
-
-
-
akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut
warna hijau, bercabang dan berbuku
berbulu dan terdapat banyak berbezaan bentuk
berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm
banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/100 biji
swasendiri


KEPERLUAN ASAS
Iklim

Sesuai ditanam di tanah tinggi (lebih 1000 m).  Terdapat juga kultivar-kultivar tomato yang boleh ditanam di tanah rendah.  Suhu yang sesuai untuk tanaman tomato ialah 18o-32oC, jumlah hujan 460 mm semusim adalah perlu untuk pertumbuhan yang baik.
Persediaan Tanah
Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) dan tanah gambut.  Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang sempurna dan pengudaraan yang baik. 

KULTIVAR YANG DISYORKAN
Kultivar yang disyorkan di tanah tinggi ialah L 24 iaitu tomato baka tempatan Cameron Highlands.  Untuk tanaman di tanah rendah lima kultivar disyorkan iatu MT 1, MT 11, L 24, Serdang 2 dan King Kong (F1).  Ciri-ciri kultivar yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Kultivar tomato yang disyorkan

Sifat PokokKultivar
L 24MT 1MT 11Serdang 2King Kong (F1)
  Tabiat pokok Tegak, rimbun dan
 berterusan
 Tegak, rimbun
 sederhana besar,
 separa berterusan
 Rimbun, separa
 berterusan
 Tegak, rimbun
 separa berterusan
 Tegak, separa
 berterusan
  Berat Besar
 (lebih 60 g/biji)
 Kecil
 (25-30 g/biji)
 Sederhana
 40-80 g/biji)
 Sederhana Besar
 (100-150 g/biji)
  Warna Merah Merah cerah Merah Merah Merah
  Kegunaan Segar Segar/proses Segar Segar Segar
  Hasil 18-30 tan/ha 15-25 tan/ha 15-28 tan/ha 20-25 tan/ha 25-30 tan/ha

AMALAN KULTUR
Penyediaan Anak Benih
Gunakan biji benih yang bermutu tinggi.  Jumlah biji benih digunakan adalah 300 g/ha.  Biji benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g/1000 g biji benih.  Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman, jika perlu.  Anak benih ditanam di bawah jaring kalis serangga.
Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan iaitu:-
  1. Semaian batas
  2. Semaian polibeg
  3. Semaian kotak
Semaian Batas
Campuran tanah 7:3:2 (tanah:bahan organik:pasir) digunakan bagi batas semaian berukuran 1000 cm lebar, 15 cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki.  Semai biji benih sedalam 0.5 cm dalam jalur berjarak 5 cm.  Kemudian tabur tanah kering yang halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih.  Siram batas selepas itu dan dirikan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar.  Jarangkan anak benih (5 cm antara pokok) 10-14 hari selepas menyemai. (klik sini untuk lihat Rajah 1).
Semaian Polibeg
Isi polibeg berukuran 12 cm panjang, 20 cm lebar dan 0.1 mm tebal dengan tanah campuran 7:3:2.  Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.5 cm.  Hanya tinggalkan satu pokok apabila mempunyai 2-3 helai daun.  Letakkan polibeg di bawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.
Semaian Kotak
Kotak dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60 cm lebar x 60 cm panjang diisi dengan media semaian.  Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian bawahnya supaya air tidak bertakung.  Biji benih disemai pada jarak 5 cm x 5 cm dan ditimbus dengan tanah.  Semaian yang terlalu rapat perlu dijarangkan untuk mengurangkan persaingan antara anak benih dan menggalakkan pertumbuhan yang sempurna.
Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan di dalam bangsal semaian.  Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap untuk melindungi benih dari hujan lebat.  Dinding bangsal semaian boleh ditutup dengan jaring untuk menghindar kemasukan serangga.  Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
Semasa di peringkat semaian, anak-anak benih bolehlah disembur dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga.  Sembur racun serangga seperti chlorpyrifos jika terdapat tanda-tanda serangan perosak. (Sila lihat rajah semaian batas) !
PENYEDIAAN KAWASAN
Merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas.  Tanah dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm.  Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada 5.  Pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam.  Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Magnesium Limestone (GML); biasanya tanah-tanah mineral, gambur dan tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) masing-masing memerlukan pengapuran sebanyak 3-5, 3-7.5 dan 1-3 t/ha.
PENANAMAN DI LADANG
Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu.  Sebelum mengubah, anak benih perlu melalui proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari beransur-ansur.  Bagi anak benih yang ditanam secara semaian batas, batas perlulah disiram terlebih dahulu supaya memudahkan anak-anak benih dicabut.  Ini akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya.  Ubahlah anak benih semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti dengan siraman air.  Hanya anak benih yang subur dipilih.  Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm.  Penggunaan sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun.  Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang sihat perlu disulam.
PENYEDIAAN SOKONGAN
Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh.  Penyokong ini boleh dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung setiap batas.  Rentang dawai pada kedua-dua hujung sebelah atas kayu dan ikatkan tiap-tiap pokok tomato di batas tersebut kepada dawai.  Biasanya tinggi penyokong ialah 50-70 cm ((klik sini untuk lihat Rajah 2).
PEMBAJAAN
Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah.  Tanah pasir yang kurang subur atau sederhana sesuai untuk tanaman ini memerlukan kadar baja yang lebih tinggi berbanding dengan tanah mineral.
Kadar Pembajaan Mengikut Jenis Tanah
 

Jenis TanahBaja
JenisKadar
(tan/ha/musim
Masa (MLT)
(minggu lepas tanam)
Cara
 BRIS
 1. Rudua
 Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
 10
2
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok
  BRIS
 2. Baging
 Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
 25
3
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok
 Bekas lombong
 (Pasir)
 Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
25
2
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok
 Gambut NPK 12:12:17:2
2
2, 4 & 8
 Keliling pokok
 Mineral Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
25
2
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok

* 1 minggu sebelum tanam


PEMANGKASAN
Pangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun.  Tunas-tunas sisi dan daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik.
PENGURUSAN AIR
Siram atau menggunakan sistem pengairan renjis.  Sstem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah.  Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000-8000 sehektar.  Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah 1.5-2.5 kg/cm2dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter / saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m.
Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihan ke parit utama.

Kawalan Serangga:
  • Ulat pengorek buah (chloridea obsoleta F)

    Menyerang buah, daun, tunas dan bunga ketika pokok di peringkat berbunga dan buah.  Buah akan berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat.  Sembur keseluruhan pokok dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang 14 hari sekali jika perlu.  Kutip buah yang diserang dan musnahkan.
     
  • Lalat buah (backtrocera sp)

    Menyerang buah ketika pokok sedang berbuah. Buah berlubang dan menjadi reput.  Buah-buah gugur atau busuk sebelum matang.  Kutip buah-buah yang diserang dan musnahkan secara menanam atau membakar.  Gunakan racun attractant seperti methyleugenol.
     
  • Hama Merah (thtranychus truncatus)

    Menyerang daun dan bunga.  Daun yang diserang berkerekot dan terdapat tompok-tompok kuning.  Pertumbuhan pokok terbantut dan bunga tidak terbentuk.  Jika perlu, sembur dengan racun serangga seperti dicofol atau propagite.
     
  • Hawar Phytophthora

    Kulat Phytophthora infestans menyerang daun dan buah.  Merebak melalui tanah dan air.  Daun bertompok-tompok perang kehitaman dan berair selalunya di hujung dan di tepi daun tua.  Kemudian terdapat tompok-tompok putih di belakang daun, akhirnya pokok akan mati.  Pada buah muda yang masih hijau, terdapat bintik lecuh berwarna kelabu yang membesar kepada saiz dan bentuk yang tidak menentu.  Lama kelamaan bahagian diserang menjadi kering, berkedut dan mempunyai sempadan yang nyata.

    Kawalan:  Sembur racun kulat seperti maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide.  Bakar bahagian yang berpenyakit.  Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan jaga kebersihan kawasan tanaman.
     
  • Antraknos buah

    Disebabkan oleh kulat Colletotrichum sp. menyerang buah. Merebak melalui biji benih dan angin.  Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar menjadi tompok-tompok perang kehitaman.  Serangan menyebabkan buah reput.  Selalu gunakan biji benih yang sihat, bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah.  Jika terdapat serangan, musnahkan buah-buah yang berpenyakit, sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb jika perlu.
     
  • Hawa Aleternaria

    Merebak melalui angin. Kulat Alternaria solani menyerang batang, daun dan buah.  Terdapat bintik-bintik perang pada batang dan daun tua.  Bintik-bintik kemudiannya membesar menjadi tompok yang berpusat hitam.  Tisu daun di keliling tompok selalunya bertukar menjadi kuning.  Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi dengan spora-spora hitam.  Serangan selalunya bermula di bahagian hujung tangkai buah.  Sembur dengan racun kulat seperti copper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil jika perlu.  Bakar bahagian yang berpenyakit.
     
  • Reput Pangkal

    Merebak melalui tanah.  Kulat Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp. menyerang pangkal pokok.  Daun-daun kelihatan layu.  Terdapat maisilia putih pada pangkal pokok.  Akhirnya pangkal dan akar menjadi hitam dan reput.  Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan musnahkan pokok yang diserang.
     
  • Layu Fusarium

    Kulat Fusarium sp. menyerang akar.  Tersebar melalui tanah dan air.  Daun-daun menjadi kuning, kemudian kering bermula dari bahagian bawah pokok.  Pokok menjadi bantut dan layu.  Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik.  Sembur dengan racun kulat seperti benomyl atau carbendazim jika perlu dan cabur / bakar pokok yang berpenyakit.
     
  • Layu Bakteria
    Pseudormonas solanacearum menyerang batang dan akar.  Merebak melalui air, tanah dan sentuhan akar.  Daun kelihatan layu dan menjadi kuning.  Empulur berwarna perang kehitaman dan berair.  Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ia mengeluarkan cecair jaluran putih. Gilirkan tanaman yang berlainan dari keluarga Solanaceae.  Tentukan saliran air baik di kawasan kebun.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
     
  • Virus Mozek

    Kutu daun sebagai pembawa penyakit.  Virus berkenaan menyerang seluruh pokok.  Daun berbintik-bintik serta berkerekot.  Serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi bantut, buah menjadi kecil dan berubah rupa.  Jaga kebersihan kawasan tanaman.  Kawal kutu daun dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan musnahkan pokok yang berpenyakit.
     
  • Reput Hujung Buah

    Kekurangan zat kalsium.  Terdapat tompok kecil berwarna perang atau kehitaman dan berkeadaan basah di bahagian hujung buah.  Tompok kemudiannya membesar menjadi lekuk dan berwarna hitam.  Pastikan pembajaan dan pengapuran membekalkan kalsium yang mencukupi.
     
KAWALAN RUMPAI

Cabut rumpai yang tumbuh di atas batas.  Bagi rumpai yang dijumpai diantara batas boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai sebelum peringkat berbuah.  Ketika menyembur, gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari terkena tanaman.  Penggunaan sungkupan plastik di permukaan batas juga dapat menyekatkan pertumbuhan rumpai.
KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil.  Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah.  Buahnya akan masak 30 hari selepas berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas kutipan pertama.  Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi telah cukup matang.  Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dri pecah.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI



Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tomato (Lycopersicum esculantum) yang akan dipasarkan di pasaran domestik yang merangkumi kedua-dua jenis tomato tanah rendah dan tomato tanah tinggi tempatan. 
  • Indeks 1 - Tidak Matang
    Tomato berkenaan dipasarkan sebagai tomato hijau.  Buah tidak matang.  Warna hijau muda keseluruhan tetapi permukaan buah pudar.  Tidak sesuai untuk pasaran.
     
  • Indeks 2 - Cukup Matang
    Sudah mencapai tahap kematangan yang sewajarnya dan sesuai untuk dipasarkan sebagai tomato merah.  Buah matang.  Warna hijau muda keseluruhan dan permukaan buah berkilat.
     
  • Indeks 3 - Cukup Matang
    Buah yang mempunyai sedikit calitan warna merah atau kuning (colour breaking) hingga separuh masak.
     
  • Indeks 4 - Cukup Matang
    Buah telah mencapai tiga per empat (3/4) masak.  Permukaan buah mempunyai sedikit warna hijau dan warna merah atau jingga melebihi tiga per empat (3/4) daripada permukaan buah.
     
  • Indeks 5 - Cukup Matang
    Buah masak sepenuhnya.  Buah berwarna merah atau jingga sepenuhnya tetap tekstur masih pejal dan permukaan licin
     
  • Indeks 6 - Terlalu Matang
    Buah terlalu masak dengan tekstur yang lembut.  Tidak digalakkan untuk dipasarkan.
     

PENGELASAN GRED DAN SAIZ
Tomato Tanah Tinggi 
 
GredKetentuanKelonggaran (Maksimum)
1Jenis yang sama (dari varieti tanah tinggi)
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat  > 40 mm)

5%
5%
5%
10%
5%
2Jenis yang sama (dari varieti tanah rendah)
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat  35-40 mm)

5%
5%
10%
15%
10%
Luar GredBuah yang tidak memenuhi ciri-ciri  gred di atas.
Tomato Tanah Rendah (dari varieti yang sama)
GredKetentuanKelonggaran (Maksimum)
1Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat  > 50 mm)
5%
5%
5%
10%
5%
2Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat  > 50 mm)
5%
5%
10%
15%
10%
Luar GredBuah yang tidak mempunyai ciri-ciri  gred di atas.

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
Pembungkusan

Tomato daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
Perlabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

Timun


Pengenalan:
Timun boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah.  Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat.  Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.
Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu.  Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).
Kesusuaian Tanah:
Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air.  Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air.  Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap.  Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.
Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor.  Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi.  Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas.  Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).
Penanaman:
Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2').  Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas.  Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang.  Siram dua kali sehari.  Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari.  Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.
Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'.  Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari.  Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah.  Pembajakan berikut boleh digunakan:-
14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian  Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite
atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15).  Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari.  Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari. 
Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut.  Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap.  Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit.  Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.
Membuat Junjung / Penyokong:Pokok timun bertabiat menjalar dan memerlukan junjung / penyokong untuk memanjat.  Kayu junjung/penyokong yang dibuat daripada kayu hutan, buah dan lain-lain sistem para.  Sistem trellis yang menggunakan tiang-tiang kayu, para-para dawai dan tali rafia tahan lama tetapi kos adalah lebih tinggi.
Pembajaan:
Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:-
 
PusinganMasaJenis BajaKadar/batas
(7.5m x 1.2m)
Amaun/hektar
(650 batas)
1
2
3
4
Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu
Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
300 kg
450 kg
450 kg
4 tan
200 kg
300 kg
300 kg
Pengairan:Memerlukan lembapan yang cukup untuk hidup subur.  Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehari, kecuali pada hari hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.
Musuh:Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun.  Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini.  
Penyakit:
Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu.  Gunakan racun kulat untuk mengawalnya.
Pungutan Hasil:
Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam.  Pungutan dibuat dua hari sekali.  Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari.  Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat.
 
PANDUAN MENANAM TIMUN JEPUN SECARA
SISTEM HIDROPONIK
Pengenalan:
Sistem ini merupakan kaedah penanaman tanpa tanah di mana bahan makanan dibekalkan melalui larutan nutrien dan garam galian.  Oleh kerana sistem hidroponik memerlukan modal yang tinggi, jenis tanaman yang bernilai tinggi seperti timun Jepun disyorkan.  Setakat ini, keluasan tanaman ini yang diusahakan secara hidroponik masih kecil.  Namun demikian sistem ini berpotensi diperluaskan untuk pasaran tertentu di bandaraya.
Pengeluaran secara sistem hidroponik perlu dilaksanakan di bawah struktur pelindung hujan.  Antara kebaikan sistem ini ialah:-
  1. pengeluaran hasil bagi satu unit kawasan adalah lebih tinggi kerana pengambilan baja lebih efisien dan jarak tanaman yang lebih rapat
  2. menggalakkan pengeluaran sayuran yang berterusan sepanjang tahun
  3. menggalakkan impak percikan air hujan ke atas tanaman dan seterusnya kerosakan tanaman
     
FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PEMILIHAN SISTEM
  1. Pasaran
    Pasaran merupakan faktor penting dalam menentukan jenis sayuran yang diusahakan dan juga teknologi pengeluaran yang sesuai.  Pasaran pula ditetapkan mengikut lokasi dan permintaan terhadap jenis sayuran.  Permintaan pasaran terhadap sayuran tertentu dan secara berterusan sepanjang tahun menggalakkan penggunaan sistem ini.
     
  2. Kemampuan Kewangan
    Penggunaan teknologi ini memerlukan kos permulaan yang agak tinggi, pengusaha perlu mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.
     
  3. Tenaga Kerja
    Dalam keadaan di mana tenaga kerja terhad, sistem ini sangat sesuai disyorkan sebagai alternatif.
     
  4. Pengetahuan dan Pengalaman
    Pemilihan kaedah pengeluaran yang sesuai juga bergantung kepada kemahiran pengusaha.  Pengetahuan dan pengalaman dalam penyelenggaraan tanaman secara sistem hidroponik adalah penting untuk memastikan kejayaannya.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Dua kultivar yang disyorkan adalah Sakata Seeds No. 67 dan Sakata Seeds No. 69.  Ciri kedua-dua kultivar ini adalah seperti berikut:-

KultivarSakata Seeds No.67Sakata Seeds No. 69
 Nisbah bunga betina : jantan
 Masa berbunga (lepas disemai)
 Warna buah
 Bentuk buah
 Berat buah
 Lain-lain ciri
50 : 50
35-37
Hijau tua
Lurus
90-100 gm
Duri halus putih di permukaan buah
80 : 20
35-37
Hijau tua
Lurus
90-100 gm
-

JENIS SISTEM
Jenisnya ialah Intermittent Nutrient Flow Technique (INFT).  Bagi sistem ini bakul-bakul kecil yang mengandungi anak benih, diletakkan di dalam lubang pada penutup palong dengan akarnya mencecah larutan nutrien.  Pelan latar asas sistem INFT (lihat Rajah 1).
PERALATAN SISTEM
Peralatan yang diperlukan untuk sistem ini adalah seperti berikut:-
  • Tangki air berkapasiti 1000 liter
  • Pam letrik berkuasa 2 H.P.
  • Bekas takongan atau palong berukuran 4 m panjang x 0.2 m lebar x 0.1 m dalam
  • Paip masuk air, jenis P.E. Grade D, berikuran 50 mm untuk mengepam air ke dalam palong.
  • Paip buang air, jenis P.E. Grade 0, berukuran 100 mm untuk mengumpul air yang mengalir dari palong.
Bekas air adalah penting dalam sistem hidroponik.  Air tadahan hujan atau air paip boleh digunakan.  Bagi air paip, kandungan klorinnya perlu diawasi sebelum air digunakan.  Kandungan klorin boleh dikurangkan dengan membiarkannya dalam takongan sehari.
Bagi sistem ini, larutan nutrien dipam dari tangki air secara berkala ke dalam palong.  Pam untuk menggerakkan dan mengalirkan air dijadualkan berjalan selama setengah jam setiap satu jam mulai pukul 7 pagi hingga 7 malam (pam dijalankan 8 kali dengan jumlah 4 jam sehari). 
Bekas takongan biasanya dalam bentuk palong dan saiznya berbeza mengikut keperluan.  Bekas takongan ini digunakan untuk mengisi larutan nutrien yang mengalir dan boleh dibuat dengan kayu  (lihat Rajah 2)..  Palong-palong dibuat daripada plywood setebal 1 cm.  Saiz palong adalah 400 cm panjang x 20 cm lebar x 10 cm dalam.  Palong-palong ini perlu dilapikkan dengan plastik hitam tebal.  Bagi kawasan seluas 10 m x 20 m, ia boleh menempatkan 80 palong.
Styroform yang dipotong mengikut ukuran palong digunakan sebagai penutup palong.  Lubang-lubang yang boleh memuatkan bakul semaian ditebok di styroform mengikut jarak tanaman yang akan diusahakan.  Bagi tanaman timun Jepun, jarak lubang adalah 40.5 cm.  Palong-palong boleh diletakkan di atas para-para yang dibuat daripada kayu (lihat Rajah 3).  Empat palong boleh diletakkan di atas satu rak di mana empat palong ini mendapat bekalan air dari satu paip masuk dan satu paip buang.  Palong-palong hendaklah diletakkan mencondong ke sebelah (dengan cerun 1:100) supaya air dapat mengalir daripada bahagian masuk air kepada bahagian buang air melalui tekanan graviti.  Air yang dikumpulkan dalam tangki dipamkan semula ke dalam palong-palong tersebut.
Dalam sistem INFT ini, kepingan styroform berukuran 17.6 cm lebar x 5 cm tinggi dari 1.2 cm tebal diletakkan di bahagian tengah dan hujung tiap-tiap palong sebagai sekatan.  Ini adalah untuk memastikan sedikit air dapat bertakong semasa pam tidak berjalan.  Kaedah ini juga menjamin tanaman tidak terjejas sekiranya berlaku masalah terputus bekalan letrik.  Semasa pam tidak berjalan, takongan air baja yang bertakung kerana adanya sekatan dalam setiap palong memadai untuk keperluan tanaman.  (Sila lihat pelan struktur sistem hidroponik) !
PEMILIHAN STRUKTUR PELINDUNG
Struktur pelindung hujan digunakan untuk pengeluaran sayuran secara hidroponik.  Struktur ini sama seperti rumah dan dibuat daripada kayu tetapi bumbungnya adalah bahan plastik yang lutsinar dan tidak berdinding.  Struktur jenis kayu adalah lebih murah dan senang dibina walaupun tempoh hayatnya lebih pendek daripada jenis besi.
Bentuk yang popular adalah gergaji dan gable.  Jenis tiang yang disyorkan adalah kayu keras (Kelas B).  Bagi bumbung, kayu kelas C yang berkualiti sederhana boleh digunakan  (lihat Rajah 4 dan 5).
PENYEDIAAN LARUTAN NUTRIEN
Sebelum anak benih dialih, bancuhan baja dalam tangki dibuat terlebih dahulu.  Campuran baja yang dibuat adalah mengikut jenis tanaman yang diusahakan, kerana setiap tanaman mempunyai keperluan baja yang berlainan.  Tanaman timun Jepun memerlukan kadar Kalium dan Kalsium yang berbeza.  cF atau condutivity factor dan pH larutan baja juga perlu sentiasa dalam lingkungan yang disyorkan iaitu pH 5.5 - 6.5 dan 20 - 30 cF.
Contoh formulasi baja dalam tangki hidroponik

Jenis Nutrieng/1000 liter air
Larutan A:  CaNO3900
Larutan B:  KNO3600
MgSO4450
KH2PI4160
EDTA-FE47.9
ZnSO30.4
MnSO41.5
CuSO40.3
NH4Mo40.1
H3BO31.7
Formulasi baja larutan pekat di dalam pasaran biasanya dirumuskan sebagai Rumusan A dan B, di mana rumusan A adalah kalsium nitrat dan rumusan B adalah campuran lain-lain nutrien.  Setiap rumusan adalah larutan pekat dan perlu diasingkan untuk mengelakkan pemendapatan jika kedua rumusan pekat ini dicampurkan.  Dalam persediaan larutan baja di dalam tangki yang luas seperti 1000 liter, rumusan A dan B dicampur dengan kadar 1:1.  Campuran kedua-dua rumusan dalam tangki air yang besar tidak akan menyebabkan pemendapatan.
PENANAMAN DAN PENYELENGGARAN POKOK
  • Menyemai biji benih

    Sebanyak 3 g biji benih timun Jepun diperlukan untuk sistem hidroponik di rumah lindungan berukuran 10 m x 20 m.  Semaian tanaman disediakan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam palong tanaman.  Semaian biasanya dilakukan 5-7 hari sebelum dialih.  Sedikit rockwool digunakan sebagai media percambahan dalam setiap bakul.  Bakul-bakul yang telah disemai dengan biji benih ini diaturkan ke dalam bekas yang diisi dengan sedikit air baja dan diletakkan di kawasan yang redup.
     
  • Jarak tanaman 

    Bekas-bekas yang mengandungi anak benih yang sihat dan subur sahaja dipilih untuk dialihkan ke palong tanaman.  Bekas-bekas ini diletak di dalam lubang palong yang berjarak 40.5 cm antara satu sama lain sepanjang palong.  Jarak tanaman diantara pokok di dalam palong lain adalah 40.5 cm tiga segi sama.  Sebanyak 700 pokok diperolehi dari kawasan 10 m x 20 m (lihat Rajah 6).
     
  • Menyedia trellis

    Sistem trellis perlu disediakan kerana varieti Sakata adalah jenis indeterminate.  Sokongan kayu untuk dawai-dawai trellis di sediakan di kedua hujung palong dan di tengah palong.  Tinggi sokongan kayu adalah 20 cm.  Dawai halus dipasang selari dan melintang dengan panjang palong dengan jarak 60 cm antara satu sama lain  (lihat Rajah 7).

    Pokok timun Jepun dilatih dan diikat dan diikat ke dawai trellis supaya dahan-dahan cabang menegak dan cabang-cabang akan berada di bahagian atas trellis dawai yang disediakan apabila pokok membesar.  Dahan-dahan berlebihan di bahagian atas dan di bawah trellis akan dibuang supaya pengudaraan mencukupi dan tidak menggalakkan keadaan lembab yang boleh menyebabkan serangan penyakit.
     
  • Kawalan perosak

    Semburan racun kulat perlu pada peringkat pertumbuhan awal.  Semburan racun serangga perosak dibuat apabila diperlukan sahaja.  Kadangkala semburan baja daun terutama kalsium diperlukan untuk menjamin kesuburan pokok (terutama untuk megelakkan penyakit blossom end rot bagi tanaman tomato).

    Pengawasan yang rapi perlu dijalankan dan langkah-langkah kawalan diambil segera apabila serangan perosak atau penyakit melebihi Paras Ambang Ekonomik.  Semburan racun perosak sekiranya perlu, dijalankan secara semburan setempat iaitu menyembur pada pokok tanaman yang diserang perosak atau penyakit sahaja.  Kumbang daun (penyakit kulapuk downy), kutu daun (penyakit kulapuk berdebu) dan lalat buah (penyakit antraknos lecur anak benih dan penyakit virus) adalah diantara perosak dan penyakit timun Jepun.
PEMBACAAN pH dan cF
Alat meter ringkas untuk membaca paras pH dan kepekatan bahan larut cF perlu untuk menyelenggara keadaan larutan baja dalam tangki atau palong.  Bacaan ini amat penting untuk memastikan larutan baja mengandungi zat yang secukupnya dan tidak kurang atau terlebih daripada keperluan tanaman.  Pemerhatian terhadap kekurangan air dalam takungan perlu dibuat dan ditambah bila perlu.  Bacaan cF dan pH perlu ditahap yang disyorkan dan penambahan larutan dibuat untuk mendapat bacaan yang sesuai.
PENGUTIPAN HASIL
Hasil dikutip 35-37 hari selepas disemai apabila panjang buah timun Jepun berukuran lebih kurang 20 cm.  Timun digred berdasarkan saiz, warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal dan kesan serangan penyakit dan serangga.  Buah-buah timun yang baik perlu diasingkan daripada buah-buah yang rosak akibat serangan penyakit atau serangga, bengkok, terbantut dan berwarna kuning.  Pembersihan dengan air tidak digalakkan kecuali jika terlalu kotor.
Buah-buah yang dipilih dibungkus dalam beg plastik polietilena yang mempunyai lubang-lubang kecil.  Untuk memanjangkan tempoh penyimpanan buah timun, ia perlu disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu 15oC dengan kelembapan relatif diantara 90-95%.  Pada suhu ini, timun boleh disimpan selama 2 minggu tanpa mengalami penurunan mutu yang ketara.

Ubi



Nama Botani:    Manihot esculenta
Famili:    Euphorbiaceae
Merupakan tanaman jangka pendek.  Jenis ubi kayu yang ditanam adalah untuk dimakan ialah Ubi Medan (jenis manis - untuk makanan manusia) dan untuk pengeluaran komersil seperti Black Twig dan C5 (jenis pahit - untuk perusahaan), Perintis dan Klon MM 92.  Lain-lain jenis ubi ialah Ubi Batang Hijau, dan jenis manis seperti Ubi Putih, Kekabu, Berat, Betawi, Jurai, Pulut dan Batang Putih.
Varieti:
  • Black Twig
    Jenis pahit, untuk diproses.  Kulit ubi putih perang kemerahan tua, isi putih, hasil 30-40 hektar.  Kandungan kanji 28-30%.  Tempoh matang 10-14 bulan.
     
  • C 5
    Ubi pahit untuk diproses.  Kulit ubi berwarna perang muda.  Isi berwarna putih krim.  Kandungan kanji 26%.  Hasil 30-35 tan/hektar.  Tempoh matang 10 bulan.
     
  • Medan
    Ubi jenis manis.  Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih, kandungan kanji 28-35%.  Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12 bulan.
     
  • CM 982-7
    Ubi jenis pahit yang didapati sesuai untuk ditanam di tanah gambut.  Hasilnya lebih tinggi daripada Black Twig (40-45 tan/hektar) tetapi kandungan kanji ialah hanya 19%.  Kulit ubi berwarna perang muda dan isinya putih krim.
     
  • Klon MM 92Hasil ubi kayu klon ini boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam.  Dengan itu penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun.  Klon ini cepat matang, keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan ubi kayu lain seperti Black Twig.  Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh diusahakan tanpa pembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali bagi setiap tiga tahun.  Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36 tan/ha di tanah gambut dan 40 tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau yang panjang).
Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan
Nama Biasa
Bilangan pokok sebatas 100 kaki persegiBilangan biji sebatas 100 kaki persegiBahan TanamanJarak Tanaman
(antara pokok & barisan)
Hasil Mula Dipetik
(minggu)
Carrot (Lobak Merah) - Damcus carota
Sengkuang - Pachyrhizus erosus
Lobak (radish) China - Raphanus sativus var.Horlensis
Keladi (Yam) - Colocasia esculenta
Halia (Ginger) - Zingiber officinale
365
34
100
-
75
730
68
200
-
75 rhizomes
Biji
Biji
Biji
Umbisi
Rhizome
4" x 9"
16" x 30"
12" x 12"
12" x 48"
!2" x 18"
12
24-28
8-12
48
48


PENYEDIAAN TANAH
Tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman besar-besaran.  Tanah dibajak 2 kali dan disisir sekali.  Buatlah batas dengan jarak 1m di antara batas.

PENANAMAN
  • Benih
    Benih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang.  Batang ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan.  Sebanyak 1,545 batang ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605 batang/ekar).
     
  • Jarak Tanaman
    Selalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2 kaki) dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki).
  • Cara Menanam
    Keratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan pertumbuhan yang lebih tinggi.

PENJAGAAN
  • Mengawal Rumpai
    Merumput yang pertama dilakukan 3-4 minggu selepas menanam dan kali kedua 3 bulan selepas merumput pertama.  Panduan mengawal rumpai dengan racun herba adalah seperti berikut:-
  • MembajaBaja ditabur dekat barisan 3 minggu selepas menanam.  Di tanah gambut baja ditabur semasa menanam.  Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah gambut tabur kapur sebanyak 1.3 - 2.5 t.m/hektar dalam jangkamasa 2-4 minggu sebelum menanam.

    Tanah Lanar Pesisir (Coastal Alluvial Soils)

    Tanaman Pertama:  
    67 kg/ha (60 lb/ekar) baja Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.
    23 kg/ha (20 lb/ekar) baja Phosphorus seperti CIRP.

    Tanaman Kedua dan Seterusnya:
    90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.
    34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti CIRP.
    45 kg/ha (40 lb/ekar) baja Kaliam seperti Muriate of Potash.
    112 kg/ha (100 lb/ekar) serbuk batu kapur (GML).

    Tanah-tanah Tinggi Asal Setempat (Upland Sedentary Soils)
    Tanaman Pertama:
    67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
    51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP + 34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti Double super phosphate
    56 kg/ha (50 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

    Tanaman Kedua dan Seterusnya:
    90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
    51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP
    90 kg/ha (80 lb/ekar) Kaliam Muriate of Potash
    225 kg/ha (200 lb/ekar) GML.

    Tanah Gambut (Pest Soils)

    Tanaman Pertama (sebelum menanam)
    1.3-2.5 tan/hektar (0.5-1 tan/ekar) GML atau serbuk batu kapur.
    34 kg/ha. (30 lb/ekar) Copper sulfate bercampur dengan 67 kg/ha (60 lb/ekar) CIRP.
    67 kg/ha (60 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

    Selepas Menanam:
    449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)

    Selepas 3 bulan:
    67 kg/ha (60lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.

    Tanaman Kedua dan Seterusnya:
    449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)
    67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen pada 3 bulan
    225 kg/ha (200 lb/ekar) serbuk batu kapur atau GML

    Catatan:  Nitrogen untuk tanah jenis asal setempat (sedentary soils) dan pesisir (coastal) boleh dibahagikan untuk dua kali pembajaan, seperti diberi semasa menanam dan bakinya selepas 3 bulan menanam.


MENINGKATKAN PENDAPATAN DARIPADA HASIL
(sumber:  Agromedia Bil. 6 1999)
Dalam proses pengeluaran, tenaga buruh merupakan komponen kos yang tinggi, apabila permintaan melebihi bekalan.  Dua operasi ladang yang paling banyak menggunakan tenaga buruh ialah menanam dan memungut hasil.  Namun, kedua-dua operasi ini boleh dijenterakan apabila ubi kayu ditanam di tanah biasa.  Ini bermakna jentera boleh menggantikan tenaga manusia bagi menjalankan kerja yang menjerihkan ini.  Malangnya jentera tidak boleh digunakan apabila ubi kayu ditanam di tanah gambut.  Berat jentera tidak boleh ditampung oleh tanah gambut yang lembut.  Walau bagaimanapun di tanah gambut, kos masih boleh dijimatkan dengan menanam tanpa pembajakan.  Amalan ini sangatlah sesuai untuk tanah gambut yang begitu peroi.  Selepas ubi dicabut, tanah sedia gembur dan penanaman boleh dilakukan dengan serta merta.
Jika varieti MM 92 ditanam ditanah gambut, kadar baja yang diperlukan hanya separuh daripada yang biasa digunakan untuk Black Twig.  Kadar separuh yang diperlukan ini hanya berselang musim dan dapat mengurangkan kos baja tanpa menjejaskan hasil ubi.  Di tanah gambut, kos membaja memang tinggi.  Tanah ini kekurangan banyak nutrien penting, sama ada kandungannya rendah ataupun diikat kuat dalam tanah sehingga tidak dapat diserap oleh pokok.  Contohnya nitrogen.  Sungguhpun nutrien ini banyak terdapat dalam bahan organik seperti tanah gambut, nitrogen diikat oleh kandungan karbon yang juga tinggi.  Jadi, semua nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan ubi terpaksa dibekalkan dalam bentuk baja.  Dengan penggunaan semula bahan hampas kilang membuat kanji, jumlah baja dapat dikurangkan.  Ini boleh menjimatkan kos serta sekaligus dapat mengatasi masalah pembuangan hampas.  Hasil ubi yang tinggi harus dipertahankan daripada kerugian.  Kerugian yang mungkin berlaku boleh dielakkan.  Cara yang terbaik adalah mengurus rumpai, perosak dan penyakit secara lebih rapi.  Rumpai akan bersaing dengan pokok tanaman bagi mendapatkan bekalan nutrien, air dan cahaya matahari.  Oleh itu, tanah harus dibaja dengan sempurna supaya ladang bebas daripada rumpai semasa menanam.  Ini diikuti dengan penyemburan racun herba pracambah supaya biji benih rumpai yang ada dalam tanah tidak bercambah.  Racun rumpai boleh digunakan ialah 2 liter alanchor atau metolachlor dicampur dengan 2 kg fluometuron sehektar.  Rumpai yang lewat tumbuh boleh dihapuskan dengan menggunakan racun herba sentuhan.  Serangga perosak dan penyakit tidak banyak menimbulkan masalah dalam penanaman ubi kayu di negara ini
Cara meningkatkan pendapatan daripada penanam ubi kayu
Perlu dilakukanBoleh diharapkan
Menggunakan varieti yang berhasil tinggi seperti PerintisPendapatan lebih tinggi kerana hasil ubi yang lebih tinggi.
Menggunakan varieti yang memberi hasil lebih awal
seperti MM92
Pendapatan lebih tinggi kerana hasil penanaman dua kali lebih tinggi daripada hasil penanaman sekali.
Menggunakan jentera untuk menanam & memungut hasilMengurangkan kos dengan mengurangkan keperluan buruh.
Mengikut amalan tanpa pembajakanMengurangkan kos dengan menyingkirkan penyediaan tanah.
Menggunakan baja yang sedikit dengan varieti yang
memberi hasil lebih awal
Mengurangkan kos baja.
Menggunakan semula bahan hampas kilang kanjiMengurangkan kos kerana kurang baja digunakan.
Mengawal rumpaiPendapatan lebih tinggi kerana kerugian hasil dapat dikurangkan.
Mengawal perosak mamaliaPendapatan lebih tinggi kerana kerugian hasil dikurangkan.
Memproses ubi secepat mungkin selapas dipungutPendapatan lebih tinggi kerana kerosakan ubi dikurangkan.
(sumber:  Agromedia Bil. 6 1999).

Tiada musuh yang merbahaya dan musuh biasa monyet, tikus dan babi hutan.
MENGAWAL PENYAKIT DENGAN MENGGUNAKAN RACUN KIMIA
  • Bintik daun (leaf spot) 
    Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.  Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia.  Buang dan bakar kapar-kaparan selepas pengambilan hasil.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.
  • Hawar bakteria (bacterial angular leaf spot/blight)
    Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.  Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia.  Buang dan bakar kapar-kaparan selepas pengambilan hasil.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.
  • Penyakit akar putih (white root disease)
    Penyakit ini diketahui sekali sekala menyebabkan kerosakan dalam kawasan tanaman getah lama atau tanah yang baru dibuka di mana terdapat tunggul-tunggul akar yang tidak dibuang semuanya.  Buang dan musnah semua tunggul-tunggul atau akar-akar sebelum menanam.  Periksa kawasan tanaman, buang dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit.  Buang dan bakar semua kapar-kaparan selepas pengambilan hasil tanaman.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.
MEMUNGUT HASIL
Black Twig dipungut selepas 12 bulan dan C5 boleh dipungut 9 bulan selepas menanam.  Hasil purata 24-40 ton metrik/hektar.  Medan dipungut 12 bulan selepas menanam dan hasilnya 20-30 ton metrik/hektar.
Nama Saintififk     :  Ipomoea batatas L
Keluarga               :  Convovulaceae.
Nama tempatan   :  ubi stella dan ubi jalur
Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena.  Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin.  Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut, tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.
Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan.  Kanji dari ubi keledek juga digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap.
Diantara varieti-varieti keledek yang ditanam di negara ini ialah Serdang 1, Empat Bulan, Large White,  Bukit Naga dan Klon MSP 94.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Klon yang disyorkan ialah Bukit Naga, Serdang 1 dan Keledek Gendut (PSP 94).
  1. VirtAto
    Pucuk daun sedikit ungu.  Gagang daun hijau dengan bintik unggu di pangkal daun.  Urat daun sebahagian unggu.  Daun berbentuk segi tiga.  Batang berwarna hijau.  Ubi berbentuk bujur panjang, kulit ubi berwarna oren muda dan licin.  Isi ubi berwarna oren.

    Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah bris, tanah bekas lombong dan tanah asid sulfat.  Hasil boleh mencapai 40 m. tan/ha.  Kelebihan VitAto ialah ia mengandungi B-karotena yang tinggi, lebih dari 2,000 bagi setiap 100 gm ubi.  B-karotena dikekalkan apabila menjadi tepong dan tepong ini lebih berkhasiat berbanding tepung gandum dari segi serat, vitamin C dan B-karotena.
  2. Gendut (MSP94)Mempunyai kelebihan berbanding dengan Bukit Naga dan Serdang 1 dari segi rupa dan citarasa.  Kulit ubi keledek Gendut berwarna perang kekuningan merupakan warna yang digemari di pasaran tempatan.  Isi ubi keledek gendut pula lebih sedang dimakan apabila direbus, digoreng atau dimasak  kerana ianya lebih pejal dan tidak berair.  Klon MSP 94 tidak begitu manis, rasanya hampir sama dengan kentang.  Warna isinya juga menyerupai warna ubi kentang.  Ubi keledek ini sesuai ditanam sama ada di tanah biasa (mineral), tanah sawah, tanah BRIS, tanah bekas lombong mahupun di tanah gambut yang mempunyai saliran.  Penghasilannya tinggi, iaitu diantara 20-30 tan/hektar.
  3. Bukit Naga:Kulit ubi berwarna ungu tua dan isi berwarna kuning.  Hasil 20-30 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar.
  4. Serdang 1Kulit ubi berwarna ungu tua.  Isi putih kekuningan.  Hasil 15-20 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar.
     
  5. Large WhiteWarna kulit merah samar, isi kuning pucat.  Hasil 12-15 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar.
  6. Kuala BikamKulit berwarna kuning pucat, isi berwarna krim.  Hasil 25-25 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis kecil.
Keperluan khas penanaman:
Memerlukan cahaya matahari penuh untuk penghasilan yang tinggi disamping keperluan suhu 24-32 darjah C. Sesuai dengan berbagai keadaan tanah, tetapi tidak tahan keapda keadaan terendam kerana ubi akan menjadi busuk.  Secara amnya, keledek memerlukan tanah peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan seperti tanah lom dan tanah lempung berpasir.
Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan.  Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang.
Penyediaan Tanah
Keledek ditanam di atas batas.  Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm tinggi mengikut kultivar keledek.  Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah.  Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.
Untuk menanam keledek di kawasan tanah yang baru dibuka, tanah hendaklah dibajak piring sedalam 20-25 cm dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibajak putar kali pertama.  Keadaan ini dapat menolong di dalam mengurangkan masalah penyakit dan perosak keledek yang terdapat dalam tanah.  Kapur sebanyak 2.5 m tan/ha hendaklah ditabur 2 minggu sebelum bajak putar kali kedua.

Bagi penanaman di ladang, keratan benih ditanam di batas dengan sudut 45o sedalam 15-20cm.  Jarak tanaman adalah 25-30 cm di dalam barisan dan 90-120 cm antara barisan, mengikut jenis kultivar keledek samada dari jenis yang kecil ataupun besar.  Kultivar dari jenis yang kecil memerlukan sejumlah 44,444 keratan benih (0.25 m x 0.9 m) manakala kultivar dari jenis yang besar pula sebanyak 27,777 keratan benih (0.3 m x 1.2 m) untuk penanaman sehektar keledek.
Keledek boleh ditanam secara tanaman tunggal atau secara tanaman selingan di kebun-kebun getah atau kelapa sawit yang baru dibuka bagi meningkat penggunaan sumber sedia ada dan keuntungan projek.  Penanaman keledek dilakukan di waktu petang.
Sistem Penanaman Keledek

Keperluan Kapur dan Baja Organan
 
Jenis TanahKadar Pengapuran
(tan/ha GAIL)
Baja Organan
(Tan/Ha)
Tanah mineral & tanah lanar
Tanah Bris dan bekas lombong
Tanah gambut/asid sulfat
Tanah batu kapur (pH 6-8)
2.5
2
5-10
-
3-5
10-20
3-5
3-5
Batas, tanah mineral, bersaiz 1.2 m lebar dan 7.5 m panjang memerlukan 3.1 kg kapur dan 6.2 kg baja organik seperti tahi ayam.
Penyiraman dilakukan selepas setiap penanaman agar pertumbuhannya tidak terencat dan kejayaan penanaman lebih terjamin.
Penjagaan Sulur
Bagi mendapatkan pembentukan ubi keledek yang elok di bahagian pangkal pokok, sulur-sulur keledek hendaklah diangkat dua kali bagi setiap penanaman.  Masa yang sesuai dilakukan adalah 30 dan 55 hari selepas tanam.  Aktiviti ini hendaklah dilakukan sebelum kerja-kerja pembajaan dan pengawalan rumpai.  Sekiranya tidak dilakukan, akar sisi akan membesar dan menghasilkan ubi-ubi kecil yang tidak sesuai untuk pasaran.  Pembentukan ubi utama di pangkal pokok juga akan terjejas dan kurang sempurna tumbesarannya.
Pembajaan
Pengesyoran pembajaan yang sempurna bergantung kepada tiga jenis tanah setempat.  Secara amnya pembajaan keledek menggunakan baja organik (12:12:17:2) dan baja organik (tahi ayam).  Baja organik digaul ke dalam batas 3-4 hari sebelum penanaman. 
Pengurusan Air
Memerlukan air terutamanya di peringkat 2 bulan pertama penanaman.  Ketika ini pokok sedang membesar dengan cepat dan kekurangan air akan membantutkan pertumbuhan dan seterusnya mengurangkan penghasilan.  Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.  Sekiranya tiada sistem pengairan yang sempurna, penanaman keledek hendaklah disesuaikan dengan kedatangan musim hujan di peringkat penanaman.  Sistem perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran dengan membina parit ladang.
Berapakah jumlah air yang diperlukan?
(Sumber:  Agromedia Bil. 11, 2001)
Bergantung kepada keadaan tanah dan jenis pokok.  Bagi tanaman ubi keledek yang kawasan akarnya antara 30-40 cm di bawah permukaan tanah, jumlah air siraman yang diperlukan di tanah liat berpasir (mineral) lebih kurang 40 meter padu sehektar bagi sekali siraman.  Pada peringkat awal penanaman, dicadangkan tanaman disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.  Kuantiti air juga bergantung pada keadaan pembesaran dan saiz kanopi pokok.  Semakin besar saiz kanopi semakin kurang pemeruapan air tanah melalui pancaran terus cahaya matahari, tetapi pengambilan air oleh pokok akan bertambah.  Keadaan ini menyebabkan kapasiti air yang diperlukan untuk siraman mungkin akan bertambah, bergantung pada kelembapan tersedia dalam tanah (boleh ditentukan melalui jangka tekanan lembapan pengairan 'irrometer').  Apabila bacaan jangka tekanan lembapan melebihi 60 centibar, siraman boleh dilakukan sehingga bacaannya kembali ke titik asal antara 10-0 centibar.  Bagi mereka yang berpengalaman, pengairan boleh dilakukan melalui pemerhatian keadaan tanah dan pokok keledek tersebut.
Kos peralatan pengairan
Harga sesuatu sistem pangairan bergantung pada jenis alat pengairan yang dipilih.  Bagi kawasan ladang yang besarnya melebihi 10 hektar, dicadangkan sistem "mini gun spray" digunakan kerana garispusat kawasan renjisan melebihi 90 meter bagi setiap unit.  Sehektar 7-10 unit bergantung pada keadaan dan bentuk tanah.  Bagi ladang keledek yang besar dan jika operasi ladangnya dijalankan secara penggunaan jentera sepenuhnya, pemilihan sistem pengairan yang sesuai sangatlah penting.  Sekiranya tersalah pilih, banyak masa kerja akan terbuang untuk memasang dan membuka semula sistem pengairan tersebut ketika operasi menggunakan mesin ladang hendak dijalankan.  Pengairan cucur, titis dan mikro renjis melibatkan banyak kerja ketika operasi penjagaan tanaman dan pungutan hasil dilakukan di ladang.  Jentera ladang akan merosakkan sistem penghantaran air dan pemancarnya melainkan sistem tersebut dibuka dan digulung untuk disimpan dan digunakan semula apabila perlu.  Kadang-kadang keadaan ini akan merosakkan peralatan sistem penghantar air dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi. 
Bagi sistem "mini gun spray", sistem penghantaran airnya boleh ditanam di dalam tanah ke aras 1 m dan pemancar airnya boleh dinaikkan ke atas permukaan tanah melebihi 1 m.  Jarak antara pemancar ialah 15-20 m supaya keseluruhan pokok dapat disiram apabila perlu.  "Mini gun spray" boleh dipasang dan ditanggalkan apabila tidak diperlukan.  Sistem penghantaran airnya tidak menggganggu penggunaan jentera di ladang.  Bagi sistem pengairan pemercik mudah alih, sistem ini juga sesuai tetapi memerlukan tenaga buruh untuk memasang dan menanggalkan semula sistem tersebut apabila kerja  penjagaan tanaman dan pungutan hasil hendak dilakukan secara berjentera.  Bagaimanapun, kos peralatan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Penyakit/musuhKesan dan Langkah Kawalan
Kulat
Bintik daun keledek (cercospora batatae/Periconia byssoides)
 Daun berbintik coklat dan serangan teruk mengakibatkan daun menjadi
 berkerengkok.  
Sembur racun kulat benomyl pada kadar 0.015- 0.03%
 bahan aktif selang 5-7 hari sekiranya perlu.
Kulat
Reput ubi keledek
(ceratocystis
 paradoxa/rhizopus oryzae)
 Ubi keledek menjadi reput dan busuk.  Elakkan kecederaan ubi semasa
 memungut hasil.  Jalankan proses pengesaran kulit ubi keledek selepas
 pungutan hasil.  Simpan ubi didalam keadaan kering.
 
Kulat
Keruping (elsinoe batatas)
 Simptom penyakit ini terdapat pada urat daun, tangkai dan batang.  Terdapat
 bintik-bintik perang pada daun dan batang.  Ia menjadi gabus atau
 bersatu membentuk keruping. Daun bergulung / berkedut, mengecil dan
 berubah bentuk serta batang dan tangkai berpintal.

 Langkah kawalan:  Gunakan keratan benih yang bebas penyakit.
 Amalkan tanaman giliran dan kebersihan kebun.  
Kaedah mengangkat daun
 dapat membantu mengurangkan jangkitan penyakit ini.  Proses mengangkat
 daun dapat memperbaiki pengudaraan dan mengurangkan kelembapan
 persekitaran tanaman. Pancaran terus cahaya matahari ke bahagian yang
 terjangkit secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jangkitan.

 Pengawalan secara semburan kimia ialah dengan mengggunakan Benomyl
 pada kadar yang disarankan.  Semburan hanya perlu dilakukan sekiranya
 simptom awal penyakit dalam dilihat.  Selepas semburan ini, penanam boleh
 memilih sama ada meneruskan penyemburan atau tidak bergantung pada
 simptom yang dilihat.  Hasil kajian  mendapati bahawa gabungan semburan
 selepas mengangkat daun akan memberikan pengawalan yang lebih baik.
Serangga
Kumbang pengorek ubi
(cylas formicarius)
 
 Kumbang ini membiak di dalam ubi  keledek dan menurunkan kualiti ubi
 sehingga hasil tiada nilai pasaran.  Serangan yang teruk boleh mengakibat
 kan kerugian sehingga 90& hasil.
 Amalkan sistem giliran tanaman dan kebersihan kebun.  Tabur butiran racun
 carbofuran pada kadar 1.5 kg/ha bahan aktvif semasa penanaman boleh
 mengurangan serangan
Serangga
Ulat Pengorek Batang
(omphisa anastomosaslis)
 Batang dan sulur keledek dikorek oleh larva kadangkala sehingga ke ubi
 keledek.  
Giliran penanaman dan kebersihan kebun dijalankan.
Vertebrate
Tikus
 
Memakan ubi keledek.  Amalkan kebersihan ladang.  Umpan dengan racun brodifacoum di peringkat umur penanaman dua bulan dapat mengurangkan kejadian serangan.

Tempoh Dilarang Mengutip Hasil
Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir seperti berikut:-

Racuntempoh larang kutip (bil hari)
benomyl
carbofuran
14
30

Kematangan dan Pengutipan Hasil
Boleh dipungut 3-5 bulan selepas menanam.  Kematangan boleh ditentukan apabila daun-daun bawah pucuk keledek kelihatan kekuningan dan beransur menjadi layu.  Sekiranya ubi keledek dibelah, cecair yang keluar dari ubi tersebut tidak bertukar kepada warna kehitaman dengan cepat.
Daun dan batang keledek dipotong terlebih dahulu.  Ubi dikorek dan dikeringkan di peringkat ladang sebelum dibakulkan untuk  pemasaran.  Ini bertujuan untuk proses pengerasan kulit ubi tersebut bagi memulihan calar-calar dan luka ketika proses memungut hasil dilakukan.  Sekiranya tidak dilakukan, calar-calar ini sering dijangkiti oleh agen-agen penyakit terutama kulat yang boleh menyebabkan keledek menjadi cepat busuk.  Ubi keledek hendaklah disimpan di tempat teduh yang terbuka agar sentiasa kering bagi mengelakkan reput ubi oleh serangan kulat.  Keadaan kering juga dapat menghalang proses pertumbuhan ubi keledek di mana ianya boleh menurunkan kualiti dan harga ubi di pasaran.
  • Ulat Pengorek Batang (Omphisa anastomosalis)
    Ulat mengorek dan memakan bahagian dalam batang dan sulur keledek.  Boleh juga menyerang ubi jika kehabisan batang. Amalkan giliran tanaman.  Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.
  • Kumbang Belalai (Cylas formicarius)
    Lundi memakan bahagian dalam batang dan ubi.  Kumbang dewasa pula memakan daun, mengorek permukaan ubi. Amalkan giliran tanaman.  Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.



POTENSI KERATAN PUCUK SEBAGAI BAHAN TANAMAN KELEDEK
(Sumber:  Teknotani Jilid 10 Bil. 1/96)

Amalan menanam ubi keledek menggunakan keratan batang adalah amalan biasa di kalangan petani.  Bagaimanapun terdapat satu lagi kaedah menanam iaitu dengan menggunakan keratan pucuk.  Berdasarkan pemerhatian awal yang telah dijalankan di Pusat Pembangunan Komoditi, Besut pada tahun 1994, penggunaan keratan pucuk menunjukkan potensi yang menggalakkan.  Hasil pemerhatian berkenaan telah menunjukkan bahawa menanam ubi keledek menggunakan keratan pucuk lebih menguntungkan berbanding dengan keratan batang.  Ini dapat diperhatikan daripada peningkatan hasil yang amat ketara iaitu 7.25 tan/hektar bagi varieti Kuala Bikam dan 6.75 tan/hektar bagi varieti V5.

Nama Botani
Famili
-
-

Pachyrhizus erosus (Yam Bean)
Leguminosae

Sengkuang adalah sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi.  Pokoknya tumbuh melilit/memanjat, mempunyai daun dan batang sedikit berbulu.
Iklim dan Tanah
Sesuai ditanam dalam kawasan yang lembap dan panas dengan suhu hariannya diantara 21o-30oC.  Ubi ini boleh jua ditanam di kawasan tanah  tinggi selama 1800 m.p.a.1.

Penyediaan Tanah
Tanah perlu dibajak sebanyak dua pusingan dan kemudian diikuti dengan pembuatan batas, berukuran 60 sm lebar dan 30 sm tinggi.
Menanam
Biji benih sengkuang ditanam terus ke batas sebanyak 2 biji selubang.  Biji benih yang diperlukan ialah 9 kg/hektar.  Jarak tanaman ialah 20 sm antara baris dan 15 sm dalam baris (dua baris sebatas).
Cantasan Dahan dan Bunga
Kerja mencantas dahan dan membuang daun dan bunga, perlu dijalankan sekurang-kurang 4 kali dalam tempoh tanaman sengkuang untuk mengelakkan daun yang berlebihan dan menggalakkan pertumbuhan ubi.  Hanya 3 dahan ditinggalkan sepokok dan dahan yang terlalu panjang (lebih 60 sm) dicantas.  Satu pokok sengkuang mestilah mempunyai kira-kira 12 helai daun dan daun yang berlebihan dibuang.
PembajaanPembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

PusinganMasaJenis BajaKadar/Hektar (650 batas)
1sebelum menanamBaja organan4 tan
23 mingguNPK 12:12:17:2300 kg
36 mingguNPK 12:12:17:2300 kg
410 mingguNPK 12:12:17:2300 kg

KAWALAN RUMPAIRacun rumpati pracambah alachlor (Lasso) pada kadar 4 liter/hektar disembur ke atas batas sebelum menanam biji benih.  Kerja-kerja merumput selepas itu tidak diperlukan kerana ianya tidak akan menganggu pertumbuhan ubi.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman ssengkuang ialah ulat pemakan daun dan cengkerik yang boleh dikawal dengan racun Carbaryl.  Penyakit yang kadang-kadang menyerang tanaman sengkuang ialah reput umbisi dan mozek duan, yang mana tidak merbahaya dan boleh dikawal dengan pengurusasn tanaman yang baik.


TEMPOH MENGUTIP HASIL: 
Hasil ubi sengkuang boleh dipungut selepas 4 - 4 1/2 bulan ditanam.  Pokok yang cukup matang daunnya berwarna kekuning-kuningan.  Kerja-kerja yang perlu dilakukan ialah mencabut, memotong, mengumpul dan mengisi ke dalam bakul.  Hasil yang dijangka ialah 25 tan/hektar.

PENANAMAN UBI SENGKUANG DI TANAH BEKAS LOMBONG
Nilai pH tanah di kawasan tanah lombong dilaporkan sedikit beralkali (7.5  B.J.Kho).  Untuk memperbaiki kesuburan tanah, tabur baja tahi ayam sebanyak 550 beg (anggaran 30 kilogram bagi sehektar) yang ditabur 2 kali.  Kali pertama ditabur semasa penyediaan tanah dan kali kedua ditabur di atas batas selepas menanam.  Penambahan bahan organan akan membaiki struktur dan tekstur tanah dari segi pemegangan air dan nutrien untuk pertumbuhan pokok.  Batas berukuran 75 cm lebar dan 22 cm tinggi pula dinaikkan.  Jarak diantara batas adalah 160 cm.
Pengairan
Kolam-kolam di persekitaran kawasan lombong boleh digunakan sebagai bekalan air. Gunakan alat sprinkler jenis 'jet sprayer' untuk mengairkan tanaman.  Setiap unit berkeupayaan untuk mengairkan kawasan sehingga seluas 0.4 hektar.  Pam air yang menggunakan kuasa 'PTO' dari traktor menyedut air daripada kolam untuk menyiram pokok.
Menanam
Biji benih ditanam terus di atas batas dengan kadar 9 kilogram sehektar.  Penanaman 2 baris sebatas diamalkan dengan jarak tanaman 30 cm antara baris dan 15 cm antara pokok.  Sebanyak satu biji ditanam pada setiap lubang.  Biji benih akan bercambah 10 hari selepas menyemai.  Program membaja yang diamalkan adalah seperti berikut:-
  • Baja Asas
    400 beg tahi ayam - ditabur rata di permukaan tanah sebelum dibajak.
  • Baja Sisi
    (i)    200 kg. baja sulphate of ammonia - ditabur di batas 14 hari selepas anak benih tumbuh.
    (ii)   150 beg tahi ayam                          - ditabur di atas 21 hari selepas anak benih tumbuh.
    (iii)   300 kg. baja sebahatian 15:15:15  - ditabur 40 hari selepas anak benih tumbuh.
    (iv)   300 kg. baja sebatian 15:15:15      - ditabur 60 hari selepas anak benih tumbuh.

    Perhatian:  Tambah 1-2 kali jika diperlukan dengan kadar yang sama setiap 20 hari.

Mencantas Dahan Dan Bunga
Mencatas dilakukan pada masa pokok berumur 50 hari selepas menanam dan dilakukan sebanyak 4 kali.  Cara mencantas batang ialah dengan membuang dahan-dahan utama yang berlebihan dengan hanya meninggalkan 3-4 cabang.  Pucuknya dicantas sehingga batang berukuran 45-50 cm.  Kesemua jambak bunga hendaklah dicantas. (Klik untuk lihat panduan mencantas pokok).
Hasil sengkuang boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam.  Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan.  Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan.  Aktiviti mengutip hasil termasuklah mencabut, memotong, menyusun ubi ke dalam bakul dan mengangkut bakul ke atas lori.

Keladi


Nama Botani
Famili
:     Colocasia esculenta
:     Araceae

UBI KELADI
Dua jenis keladi yang popular di Malaysia ialah jenis Xanthosoma dan Colocasia.  Jenis Xanthosoma dikenali sebagai Keladi Telur dan selalunya ditanam di sekeliling rumah.  Jenis Colocasia pula adalah lebih popular di mana ianya diusahakan secara komersial.
Iklim dan TanahMemerlukan keadaan panas dan lembap dengan purata suhu harian diantara 21o-30oC.  Ia ditanam di kawasan-kawasan rendah dan juga di kawasan yang tingginya sehingga 1,800 a.p.l.  Purata hujan yang diperlukan ialah lebih kurang 250 mm setahun.  Sesuai hidup di kebanyakan jenis tanah yang kaya dengan bahan organan.  Hasil yang tinggi boleh didapati di tanah yang subur dan sentiasa berkeadaan lembap atau mempunyai air yang tinggi.
Penyediaan Tanah
Tanah perlu dibajak piring dan digembur sebanyak 2 kali untuk mengelakkan pertumbuhan umbisi, selepas itu alur sedalam 25 sm disediakan bagi penanaman sulur.
MenanamKeladi dibiakkan dari sulur-sulur keladi berujur 2 bulan.  Sulur-sulur diambil dari pokok-pokok brumur 5-6 bulan. Sulur-sulur dicabut keluar daripada tanah dan dipotong sebahagian daripada umbi dan pucuknya dan ditinggalkan tangkai sepanjang lebih kurang 30 sm.
Merumput dan Menimbus Tanah
Merumput diantara pokok dibuat secara manual dan dengan menggunakan racun paraquat; dimana kerja-kerja menimbus tanah ke dalam alur-alur boleh dilakukan serentak dengan merumput.  Kerja-kerja menimbus tanah ini perlu dilakukan supaya ubi-ubi tidak terdedah.
Membuang Sulur
Sulur-sulur yang tidak dikehendkai yang tumbuh di sekeliling pokok perlu dibuang untuk mengelakkan persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan zat-zat makanan.  Bagi satu musim, pembuangan sulur sebanyak 3 kali dilakukan.  Pembuangan sulur dibuat pada umur 3 bulan, 5 bulan dan 7 bulan selepas menanam.
Pembajaan
Dibuat selepas kerja-krja merumput dan pembuangan sulur.  Baja ditabur di tepi pokok keladi dengan jarak 15 sm dari pangkal. 
Kadar Pembajaan Yang Disyorkan

PusinganMasaJenis BajaKadar/Hektar
1
2
3
1 bulan
3 bulan
5 bulan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
100 kg
200 kg
200 kg
Kawalan Serangga / Penyakit
Ulat pemakan daun
Penyakit Hawar Daun
Reput Umbisi
-   Sembur dengan racun Carbaryl atau Fenvalerate sekiranya perlu.
-   Kutip dan bakar semua daun dan ubi yang diserang.
-   Musnahkan pokok dan ubi yang diserang, amalkan tanaman giliran.
Pengutipan Hasil:Ubi-ubi keladi biasanya boleh dipungut selepas 7-8 bulan ditanam.  Kematangannya ditentukan apabila daun-daun kelihatan kekuningan dan beransur-ansur menjadi layu dan kering.  Ubi dan pokok keladi dicabut keluar dari tanah dengan menggunakan tangan.  Selepas itu, tangkai daunnya dipotong dengan jarak 8-13 sm daripada ubi.  Akar-akar serabut di keliling ubinya hendaklah dibuang dan dimasukkan ke dalam bakul.  Hasil yang boleh diperolehi ialah 18 tan/hektar.
KELADI TIKUS (Thyphonium flagelliforme)
(Suntingan: Berita Pertanian Bil. 59 Tahun 2000)
Keladi Tikus boleh ditanam sebanyak 300 pokok pada batas yang berukuran 750 sm x 120 sm dengan jarak tanaman 15 sm x 15 sm.  Hasil dipungut ketika pokok berumur 5 bulan.  Sebanyak 60 pokok Keladi Tikus menghasilkan berat 1 kg. Keladi Tikus ditanam dari anaknya yang boleh dibeli dengan RM0.70 sepokok.  Keladi Timur boleh dipasarkan kepada Syarikat Farmasi.
Dari kajian yang dibuat mendapati pokok ini boleh membantu merawat penyakit barah melalui beberapa kaedah tertentu.  Prospek tanaman Keladi Tikus adalah amat cerah pada masa akan datang, memandangkan permintaan yang banyak dari syarikat perubatan.

Ulam Raja


PANDUAN MENANAM ULAM RAJA



PENGENALAN
Ulam raja terkenal di kalangan orang-orang Melayu.  Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu.  Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.
TANAH
Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.

PENANAMAN
  • Semai biji benih dalam kotak / tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
  • Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan.
    Tanam dengan jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.
  • Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.
  • Bubuh baja tahi ayam / tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok.
    Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15* boleh digunakan jika perlu.
PERHATIAN
  • Ulam raja boleh didapati di pasar (di gerai orang Melayu) dengan harga 50 sen- RM1.00 seikat / secekak.
  • Apabila pokoknya telah tua eloklah ditanam semula.
  • Ia juga boleh ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang.
  • Pokok ulam raja yang sering dijadikan ulam-ulaman dalam hidangan.
    Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat.
    Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.
     
Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin.  Benih-benih dan sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin.  Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil.  Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembab atau tempat takungan air.  Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.