Sayuran2




Kekacang

RANTAIAN / PANDUAN MEMANAM:
Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-




 




Bilangan berat biji benih diperlukan sebatas / seekar


Nama KekacangBil.pokok
sebatas
(100' persegi)
Bil.biji
sebatas
(100' persegi)
Bil. biji
segram
Bil. biji
sepaun
Bil.gram
sebatas
Bil.paun
seekar
 Kacang panjang "M"34686-73.18111.336.71
 Kacang Panjang "Thai"34688-94.0908.50503
 Kacang botol "M"26522-31,3632615.39
 Kacang botol "Thai"265231,36317.3310.26
 Kacang buncis7414841,8183721.90
 Kacang kara (Egyptian kidney beans)5010062,72716.679.87
 Lima bean (kacang serdang)5010029095029.59
 Kacang manis (sweet peas)14629252,36358.4024.56


Jarak menanam dan membaja
 






Nama KekacangBahan
Tanaman
Jarak TanamanHasil
Mula
Dipetik
Baja
Pokok
Antara (inci)
Antara
Barisan (inci)
 Kacang panjang "M"
 (Vigna sinensis)
Biji18248 Baja organan (tahi lembu), NPK
 Kacang Panjang "Thai"
 (Vigna sinensis)
Biji18248 Baja organan (tahi lembu), NPK
 Kacang botol "M"
 (Psophocarpus tetragonolobus)
Biji242412 Baja organan (tahi lembu), NPK
 Kacang botol "Thai" 
 (Psophocarpus tetragonolobus)
Biji242412 Baja organan (tahi lembu), NPK
 Kacang buncis
 (Pheaseolus vulgaris)
Biji63010 Baja organan (tahi lembu), NPK
 Kacang kara
 (Egyptian kidney beans - Dolichos Lablab)
Biji12612 Baja organan (tahi lembu), NPK
 Lima bean (kacang serdang)
 (PHeaseolus lunatus)
Biji122412-14 Baja organan (tahi lembu), NPK
 Kacang manis
 (sweet peas - Pisum sativum)
Biji43610-12 Baja organan (tahi lembu), NPK
Perhatian:
Baja kompos atau baja-baja organan lebih sesuai
diberi pada peringkat awal penanaman kerana baja
tersebut lambat dilurut resap dibanding dengan baja NPK.


Jenis Kacang
Serangga dan Pencegah
Penyakit dan Pencegah
 Kacang Panjang
 (vigna snensis)
 Serangga : Ophiomyia phaseoli (lalat
 kacang), Euchrysops Cnejus, Maruca
 testulalis (pengorek kacang).
 Pencegah: Endosulfan, Carbaryl
 Penyakit: Rust, Po rot, Leaf spot
 Pencegah : Zineb, copper fungicide.Guna
 biji benih yang tahan penyakit dan sulphur
 dust thiram.
 Kacang Panjang Thai
 (vigna sinensis)
 Serangga : Ophiomyia phaseoli (lalat
 kacang), Euchrysops Cnejus, Maruca
 testulalis (pengorek kacang).
 Pencegah: Endosulfan, Carbaryl
 Penyakit: Rust, Po rot, Leaf spot
 Pencegah: Zineb, copper fungicide.  guna
 biji benih yang tahan penyakit dan sulphur
 dust thiram.
 Kacang botol 'M'
 (psophocarpus tetragonolobus)
 Serangga : Ophiomyia phaseoli (lalat
 kacang), Euchrysops Cnejus, Maruca
 testulatls (pengorek kacang).
 Pencegah: Bidrin, Endosulfan, Carbaryl
 Penyakit: Mosaic, rust
 
Pencegah: Gunakan jenis yang tahan
 penyakit, sulphur dust dan gilirkan tanaman.
 Kacang botol 'Thai'
 (psophocarpus tetragonolobus)
 Serangga : Ophiomyia phaseoli (lalat
 kacang), Euchrysops Cnejus, Maruca
 testulalis (pengorek kacang).
 Pencegah: Malathion, bidrin, endosulfan,
 carbaryl
 Penyakit:  Rust, mosaic
 
Gunakan jenis yang tahan penyakit,
 sulphur dust dan gilirkan tanaman.
 Kacang buncis
 (pheaseolus vulgaris)
 Serangga:  Ophiomysia phaseoli Dascus
 sp. (lalat buah), Maruca testulalis
 Pencegah :Bidrin, malathion, carbaryl,
 rogor
 Penyakit: Anthracnose mosaic
 powdery mildew
 Pencegah: Thiram, sulphur dust
 (karathane spray), zineb
 Kacang kara (dolichos lablab) Serangga: Ophiomyia phaseoli, Dascus
 sp. (lalat buah), Maruca testulalis
 Pencegah: BHC, Rogor, Bidrin, Carbaryl
 Penyakit: Melecoh (damping off)
 Pencegah: Thiram, benlate
 Kacang serdang (lima bean) Serangga:  Ophiomyia phaseoli, Dascus
 Spp.(lalat buah), Marcuca testulalis
 Pencegah: BHC, Rogor, Bidrin, Carbaryl
 Penyakit: Anthracnose
 Pencegah: Thiram (seed treatment)
 Kacang manis (pisum sativum) Serangga: Pengorek kacang, cacing pita,
 aphids, stink bug.
 Pencegah :Bidrin, malathion, carbaryl,
 Penyakit:  Fungus bacterial wilt
 Pencegah: Pusingan tanaman.  Buang
 pokok yang terkena penyakit dan bakar.



Kailan



PENDAHULUAN

Kai Lan (Brassica alboglabra L.H. Bailey P daripada famili Crucifereae adalah sejenis sayuran berdaun hijau yang mengandungi vitamin B, B, C serta zat-zat galian seperti kalsium dan besi.  Tanaman ini merupakan salah satu daripada jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.
JENIS
Terdapat dua jenis Kai Lan tempatan yang selalu ditanam iaitu Jenis berdaun rapuh dan Jenis berdaun lembut
  • Full White    
    tahan panas, buku pendek dan berdaun tebal serta berwarna hijau tua.
             
  • Kailan Tempatan
    Tahan panas dan berdaun tebal.
TANAH
Kai Lan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta mempunyai saliran yang baik dan mempunyai suhu di antara 23oC- 35oC dan kelembapan yang tinggi.  pH yang sesuai ialah diantara 5.0 - 6.5.  Sekiranya pH di bawah nilai 5.0 pengapuran perlu dilakukan.
PENANAMAN
  • Menyediakan batas:
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm.  Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 7.6 m panjang dan 20 cm tinggi.  Jarak antara batas ialah 30 cm.
  • Semaian:
    Biji benih Kai Lan berkeadaan halus dan berwarna perang kehitaman.  Untuk 04 ha. kawasan, sebanyak 0.6 kg. biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm. bagi 100 gm. biji benih untuk mencegah penyakit melecuh.  Kemudian, gaulkan biji-biji benih dengan pasir halus atau tanah peroi.  Biji-biji ini boleh ditabur terus di atas batas-batas di ladang ataupun disemai terlebih dahulu di tapak semaian.
  • Semaian Terus ke Batas:Taburkan biji benih sama rata ke atas batas di ladang.  Selepas 14-21 hari, anak benih akan cambah.  Kemudian jarangkan mengikut jarak tanaman yang disyorkan iaitu 15 cm x 15 cm.  Sulaman dibuat untuk menggantikan anak benih yang mati dan kurang subur.
  • Semaian di Tapak Semaian:Taburkan sama rata biji benih yang telah dirawat dan dicampur dengan pasir halus ke atas batas semaian yang telah disediakan.  Seelok-eloknya taburkan pula tanah-tanah yang subur untuk menutup biji-biji benih tadi.  Lindungi permukaan batas dengan rumput kering untuk mengekalkan kelembapan tanah.  Percambahan biji benih berlaku selepas 3-4 hari disemai.

    Siram anak-anak semaian 2 kali sehari, pagi dan petang kecuali hari hujan.  Semasa di peringkat semaian, sembur anak-anak benih dengan larutan baja nitrophoska seperti berikut:-






    MasaKadar / Batas
       7 hari selepas menyemai
       2 camca besar nitrophoska - 40 liter air.
      10 hari selepas menyemai
       4 camca besar nitrophoska - 40 liter air.
      Selepas 10 hari
      (selang seminggu sekali)
       4 camca besar nitrophoska - 40 liter air.


  • Mengubah dan Menanam
    Ubah anak benih ke batas-batas di ladang setelah berumur 3-4 minggu atau apabila telah mempunyai 4 helai daun dan tingginya lebih kurang 7 cm -10 cm.  Tanam satu anak benih pada setiap lubang dengan jarak tanaman 15 cm antara pokok-pokok dan 15 cm antara baris.  Lindungkan anak-anak benih yang baru diubah dengan menggunakan pelepah kelapa selama tiga hari bagi mengelakkan pokok layu.  Siram anak-anak benih yang baru diubah.

PENJAGAAN:

  • Meletak Sungkupan:Rumput-rumput kering, jerami kering atau lalang kering perlu diletak di permukaan batas sebagai bahan sungkupan.  Ini adalah bertujuan untuk menjadikan keadaan tanah supaya sentiasa lembab dan mengawal pertumbuhan rumpai.  Ia juga dapat mengurangkan hakisan.
  • Membaja:Penggunaan baja organan seperti tahi ayam sebagai baja asas adalah perlu untuk kesuburan tanaman sayur-sayuran.  Baja ini digaul ke dalam batas sebelum menanam.  Lebih kurang 2.5 tan baja ini diperlukan untuk 0.4 hektar (1 ekar).
    Selain daripada baja organan, baja sebatian seperti Nitrophoska (15:15:15) boleh digunakan.  Baja ini ditabur di antara lorong-lorong pokok.  Sebagai panduan kadar pembajaan yang diyorkan oleh MARDI (50 kg. N, 60 kg. P205, 50 kg. K20/04.ha) boleh diamalkan.  Jumlah baja yang diperlukan adalah seperti dalam jadual berikut:-





    MasaJumlah (Kg/04 ha) NPK (15:15:15)
         4 hari lepas mengubah
     120
        12 hari lepas mengubah
     140
         24 hari lepas mengubah
     140
  • Menyiram:Kai Lan memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran.  Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali jika hari hujan
     
  • Merumput:Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa.  Cabut rumpai di atas batas dengan tangan, sementara cangkul boleh digunakan di antara batas.
     
  • Menyembur Racun:Kerja-kerja menyembur racun perlu dijalankan awal-awal lagi untuk mengawal serangan musuh dan penyakit.  Hentikan semburan racun sekurang-kurangnya 10 hari sebelum memungut hasil:

SERANGGA PEROSAK TANAMAN KAILAN
 
  1. Serangga Renda (Helulla undelais, F.)
    Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun.  Larva dewasa mengorek batang, daun dan tunas. Sembur Bacillus thuringliensis pada peringkat awal tanaman.  Serangan lebih 5% sembur dengan cypermethrin, deltamethrin, fenvalerate atau acephate.
  2. Ulat Ratus (Spodopstera liture, F.)
    Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun.  Larva dewasa mengorek batang, daun dan tunas.   Sembur racun seperti fenvalerate dan cypermethrin.  Pungut dan musnah serangga dan daun yang diserang.
  3. Spodoptera Exigua
    Menyerang daun dan pucuk pada semua peringkat secara kelompok.  Guna feromon dan perangkap lampu.
  4. Kumbang Kutu (Phyllotgreta sinuata, Steph)
    Makan bahagian daun di semua peringkat menyebabkan daun berlubang halus.  Kadang-kadang makan bahagian akar dan pangkal pokok.  Sembur dengan cacun seperti acephate dan cypermethrin.
  5. Ulat Plutella (Plitella xylostella L)
    Makan daun di semua peringkat.  Daun yang diserang menunjukkan lubang-lubang lutsinar.  Sembur dengan Bacillus thuringliensis jika terdapat 4 ekor larva/pokok.  Jika perlu sembur dengan racun serangga seperti acephate chlorifluazuron.
  6. Ulang Pangkas (Agrotis ypsilon Rott.)
    Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam.  Guna umpan trichlorfon dan dedah dengan akdar 1:20, atau sembur dengan chlorfluazuron atau fenvalerate.
  7. Kutu Daun (aphis sp. Lipaphis erysimiphis spp. Kitb.)
    Menghisap cecair daun.  Boleh mengakibatkan daun berkedut dan kecut, daun gugur dan pokok terbantut.  Sembur bahagian atas dan bawah daun dengan cypermethrin atau dimethoate.
  8. Ulat Pelombong Daun (Phytomyza Sp.)
    Menyebabkan lingkaran di permukaan daun.  Batang yang diserang kecut dan layu.  Sembur dengan dimethoate atau diazinon.


PENYAKIT TANAMAN KAILAN, KUBIS BULAT, KUBIS BUNGA DAN SAWI
 
  1. Reput lembut (Erwinia carotovora J.R.)
    Terdapat reput yang berair di bahagian yang diserang.  Musnah pokok yang berpenyakit dan pastikan kawasan tidak lembab dan berbau busuk.
  2. Reput daun (Corticium solani)
    Daun reput dan busuk.  Sembur racun seperti fenvalerate dan cypermethrin.  Pungut dan musnah seranga dan daun yang diserang.
  3. Reput hitam (Xanthomonas campestris)
    Pereputan bermula dengan lekok hitam di tepi daun dan terus merebak.  Akhirnya seluruh daun menjadi perang dan gugur.  Baang dan akar juga menjadi hitam.  Cabut dan musnah pokok yang dijangkiti.  Amalkan tanaman giliran dan sisitem saliran yang baik.  Sembur dengan copper hydroxide atau cupric hydroxide.
  4. Club root (Plasmidiophora brassicae)
    Akar pokok diserang menjadi bengkak dan busuk di peringkat batang.  Musnah pokok berpenyakit dan kawal dengan racun quintozence.  Pastikan saliran baik.  Rawat biji benih dengan captan.
  5. Damping off (Phythium sp.)
    Anak benih yang baru cambah layu dan busuk di pangkal batang.  Rawat biji benih dengan captan.
Jenis Siput Darat  di Kawasan Sayur Jenis Daun
  1. Siput panjang kecil (Lamellaxis gracillis, Hutt) - Makan daun dan anak pokok peringkat kecil. 
  2. Siput panjang besar (Subulina octona, Brugurera) - Makan daun dan anak pokok peringkat kecil.
  3. Siput kacang (Succinea taylori (Marts) - Makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
  4. Siput leper kecil (Pseudoplecta bijuga) - Makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar, batang.
Tindakan:
Gunakan metaldehyde atau mercaptodimethur.  Perlu saliran yang baik dan mengawal pengaliran supaya tidak berlebihan.


MEMUNGUT HASIL:
Kai Lan boleh dipungut hasilnya selepas 7-8 minggu ditanam.  Pokok dicabut bersama akar dan dibersihkan dalam air.  Pungutan hasil dibuat 3 hari sekali pada awal pagi.  Hasil purata yang dipungut dianggarkan 5,700 kg / 0.4 ha. (1 ekar).


Kangkung





PENGENALAN
Nama saintifik:  Ipomoea reptans Pior (kangkung darat) dan Ipomoea equatica Forsk (kangkung air).
  1. Kangkung tanah/darat
    Jenis yang tumbuh di atas tanah atau batas yang mempunyai batang yang tegak ke atas dan daun yang panjang menirus.  Kebiasannya ditanam secara komersil.
     
  2. Kangkung airJenis yang tumbuh di persekitaran berair seperti di kolam-kolam, parit atau tali air.  Pertumbuhan secara menjalar dengan daun berbentuk bujur.
PENYEDIAAN TANAH
Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm.  Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.  Alur dibuat merintangi batas dengan jarak 20 cm dan sedalam 3 cm untuk menabur benih.

MENANAM
Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas.  Sebanyak 46 gm biji benih sebatas (30 kg biji benih/ sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur.  Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

PEMBAJAAN
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-



PusinganMasaJenis BajaKadar/Batas
(7.5 x 1.2m)
Kadar/Hektar
(650 batas)
1sebelum menanamBaja organan6 kg4 tan
22 mingguNPK 15:15:150.4 kg0.25 tan
33 mingguNPK 15:15:150.5 kg0.25 tan



PENGAIRAN
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.  Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok.  Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA / PENYAKIT
Kangkung jarang diserang oleh serangga.  Penyakit utama yang menyerang ialah:-


Jenis PenyakitBahagian DiserangKawalan
 1.  Serangga Kepinding mictis
      (mictis longicomis westw.)
 
Menghisap cairan pokok dan menyebabkan pokok layu.
 
Jika perlu guna racun seperti dimethoate and cypermethrin.  Musnahkan serangan dan pokok yang diserang.
 2.  Penyakit Karat putih
      (Albugo-Ipmoeae aquaticae)
 
Terdapat bintih putih di permukaan bawah daun.
 
Jika perlu, gunakan racun seperti mancozeb atau benomyl dan amalkan giliran tanaman.

TEMPOHMENGUTIP HASIL:
Kangkong boleh dipungtu hasilnya 30 hari selepas ditanam.  Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-15 tan/hektar.  Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/hektar.
TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL:
Penggunaan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.  Ini berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak seperti berikut:-
Racun perosak
Tempoh sebelum
kutip hasil (hari)
Cara Bertindak
Dimethoate
Cypermethrin
Benomyl
Mancozeb
7
3
14
14
Sistemik, kontak, racun perut.
Konta, racun perut.
Sistemnik, pemulihan, pelindung.
Pelindung
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Kekurangan nutrien dapat ditentukan melalui simptom-simptom seperti berikut:-
Kekurangan nutrienSimptom
Nitrogen (N)
Fosforus (P)
-
-
Keseluruhan pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut.
Pokok terencat.  Daun kurang serta kecil dan warna masih hijau.
Kalium (K)
 
-
 
Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah daun hingga keseluruhan daun dan menjadi kering dan gugur.
Magnesium (mg)
 
-
 
Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah tepi daun hingga keseluruhan (berklorosis).  Daun menjadi kering dan gugur.
Kalsium (Ca)-Pucuk terbantut dan mati.
Sulfur (S)
 
-
 
Keseluruhan duan menjadi hijau muda atau hijau kekuningan.  Tanda bermula dari daun muda.
Kuprum (Cu)-Pertumbuhan daun muda terencat dan berklorosis hingga menjadi nektrosis.
Zink (Zn)
 
-
 
Kesan klorosis antara urat daun hingga menjadi nekrosis.  Daun baru menjadi semakin kecil.
Molibdenum (Mo)-Daun tua bernekrosis serta tepi daun bernekrosis.
Ferum (Fe)
 
-
 
Kekuningan atau keputihan diantara urat daun muda dan simptom tersebut akan merebak ke urat daun serta daun tua.
Mangan (Mn)
 
-
 
Bintik kuning halus antara urat daun muda.  Jika teruk daun muda bernekrosis mengakibatkan mati rosot pada pucuk.
Boron (B)
 
-
 
Pucuk berkerekot dan batang menjadi pendek.  Daun berubah bentuk serta mudah patah.
PENGUTIPAN HASIL
Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam.  Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-15 tan sehektar.  Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan sehektar.


Kobis Cina/sawi putih & Kobis Bunga


KOBIS CINA:
Kobis Cina (Brassica campestris L.) adalah juga dikenali sebagai kobis panjang atau sawi putih.  Sayuran ini kaya dengan vitamin A, B, C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi.  Kobis cina termasuk dalam sayuran jenis 'Curicifer' yang dipercayai berasal dari negeri China.  Tanaman ini popular di kalangan pekebun-pekebun pada tanah tinggi dan tanah pamah/rendah.
Jenis:
Terdapat dua jenis yang biasa ditanam iaitu:-
  1. Jenis Tanah Tinggi (Brassica campestris vari. pekinensis):
    Jenis ini mempunyai daun-daun yang panjang.  Apabila pokok besar, daun-daun muda akan membentuk bungkah yang padat.
  2. Jenis Tanah Pamah/Rendah (Brassica campestris var. chinensis):
    Jenis ini mempunyai daun-daun yang pendek.  Daun-daunnya yang muda akan membentuk bungkah yang kurang padat dan kecil apabila pokok cukup besar.

Tanah
Kobis cina sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti tanah gembur, tanah peroi dan tanah liat ringan.  Kawasan ini juga perlu mendapat cahaya matahari yang cukup dan mempunyai saliran sempurna.  pH tanah yang sesuai ialah diantara 5.0 - 6.5
Menyedia batas
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm.  Kemudian sediakan batas berukuran 75-90 cm lebar, 25-30 cm tinggi dan 7.5m panjang.  Jarak antara atas ialah 40 cm.
Semaian
Kobis cina ditanam dengan menggunakan biji benih.  Kawasan yang luasnya 0.4 hektar (1 ekar) memerlukan lebih kurang 0.5-0.8 kg. biji benih.  Biji benih ini boleh ditabur terus ke atas batas atau disemai dahulu di tapak semaian.  Selalunya cara semaian lebih elok dijalankan kerana kita dapat memilih pokok-pokok yang sihat dan subur untuk diubah ke batas tanaman.
Buat tapak semaian yang berukuran 1 m lebar dan 3 m panjang  Taburkan biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat seperti thiram atau benomyl dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh.  Gaulkan biji benih ini dengan pasir halus/tanah peroi dan barulah ditabur di tapak semaian.  Tutup tapak semaian dengan lalang kering ataupun pelepah kelapa dan siramkan air.  Biji benih akan mencambah selepas 3-4 hari ditabur.  Buangkan daun penutup tapak semaian supaya tidak mengganggu pertumbuhan seterusnya.
Mengubah
Ubah anak benih apabila telah mempunyai 4-5 helai daun, iaitu kira-kira empat minggu selepas disemai.  Sebelum mencabut anak benih, siram tapak semaian secukup-cukupnya.  Seelok-eloknya cabut anak benih bersama dengan tanah di sekelilingnya.  Ini dapat mengelakkan kerosakan akar dan mempastikan anak benih itu tidak terencat pertumbuhannya selepas diubah ke batas tanaman.  Hanya anak-anak benih yang sihat sahaja diubah ke ladang.  Ubah semasa cuaca redup atau pada waktu petang hari.  Siramkan air setelah mengubah anak benih.
Jenis tanaman
Jarak tanaman yang disyorkan ialah 15 cm antara pokok dan 20 cm antara baris.
Penjagaan
  • Sungkupan
    Letak rumput-rumput kering, jerami kering atau lalang kering di permukaan batas sebagai sungkupan.  Ini bertujuan  untuk mengekalkan kelembapan tanah dan melambatkan pertumbuhan rumpai.  Ia juga dapat mengurangkan hakisan.  Sungkupan yang telah reput akan menambah kandungan bahan organan ke dalam tanah.
  • Membaja
    Baja organan (serbuk udang, tahi ayam dan sebagainya) adalah sesuai untuk tanaman kobis di beberapa kawasan. Baja campuran dan baja urea juga digunakan sebagai baja permukaan.  Bagi tanah mineral, program pembajaan seperti berikut boleh diamalkan.  Tabur baja di antara lorong-lorong pokok.
    Masa MembajaJenis BajaKadar Pembajaan /
    0.4ha
    Semasa mengubah
    Baja organan (serbuk udang)180 - 240 kg (12 - 15 gm/pokok)
    Minggu pertama (NPK Mg)
    Baja campuran (12:12:17:2 + TE)99 - 124 kg/04 ha.
    Baja organan (serbuk udang)180 - 240 kg (12 - 15 gm/pokok)
    Minggu ketiga (NPK Mg)Baja campuran (12:12:17:2 + TE)99 - 124 kg
    Minggu kelimaUrea9 - 22 kg
    Minggu ketujuhUrea9 - 22 kg

  • Menyiram
    Kobis cina memerlukan air yang banyak untuk membesar terutama di peringkat awal pertumbuhannya.  Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hari hujan.
  • Merumput
    Kawalan rumpai sangatlah diperlukan.  Bersihkan batas daripada rumpai sepanjang masa untuk memastikan hasil yang lumayan.  Merumput boleh dilakukan dengan tangan atau cangkul.
  • Menyembur racun
    Penyemburan racun adalah penting untuk mengawal serangan musuh dan penyakit.  Semburan perlu dilakukan di peringkat tapak semaian lagi jika terdapat serangan serangga.  Hentikan semburan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hasil dipungut.

Musuh dan tindakan perlu diambil:
  1. Ulat plutella (Plutelia xylostella L.)
    Ulat memakan epidermis bahagian bawah daun terutama pada kobis muda.  Daun-daun yang telah diserang menunjukkan lubang-lubang tembus cahaya.  Jika serangan teruk, tunas kobis akan terbantut. Sembur racun Bacillus thuringiensis.  Serbuk yang dibancuh dengan kadar 50 mg dalam seliter air.  Gilirkan tanaman dengan tanaman jangka pendek.  Sembur racun serangga seperti Permethrin (0.07% bahan aktif), Carbaryl, trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif Fermethrin (0.07% bahan aktif), triazophos (0.15% bahan aktif) dan Acephate (0.075% bahan aktif.)
  2. Webworm Kobis (Hellula undalis F.)
    Ulat ini memakan daun dan selalunya merosakkan tunas. Menyerang kobis di semua peringkat.  Larva yang kecil memakan epidermis di bawah daun.  Larva yang besar mengorek batang, daun dan tunas.  Akibat serangan serangga, tunas kepala tidak terbentuk.  Sembur selang 4-7 hari dengan racun seperti trichlorphon 0.1% bahan aktif.
  3. Ulat pangkas (Agrotis ypsilon, Rott)
    Ulat memotong batang anak benih muda di paras permukaan tanah dan memakan daunnya.  Serangga ini gemar kawasan tanah lembab oleh kerana peringkat larva tinggal di dalam tanah. Letak umpan seperti trichlorphon yang dicampur dengan dedah di keliling batang anak-anak benih.  Sembur racun serangga seperti trichlrphon pada kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih.
  4. Ulanah / ulat ratus (Prodenia litura) (Spodoptera litura)
    Ulat memakan daun dan mengorek masuk ke dalam tunas.  Ia juga menyerang semua peringkat tanaman kobis. Jika tanaman muda diserang dengan teruk, tunas kepala tidak akan terbentuk. Sembur racun serangga seperti trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif. Ulang semburan tiap-tiap dua minggu bila bunga atau kepala sudah terbentuk.
  5. Kumbang kutu (Phyllotreta sinuate Ateph.)
    Peringkat larva, merupakan peringkat yang paling merosakkan.  Larva yang baru menetas akan bergerak terus ke dalam tanah dan memakan akar di pangkal anak benih.  Kumbang dewasa memakan daun yang mengakibatkan permukaannya berlubang-lubang halus.  Sembur racun serangga seperti carbaryl, diazinon atau trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif.  Sembur pada tiap-tiap batas, selang 4 hari sekali.
  6. Bena / Kutu Daun
    Kutu daun adalah serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan bersaiz kecil.  Ada yang bersayap dan ada yang tidak.  Serangga ini mempunyai mulut yang dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis.  Biasanya kutu berkumpul di bahagian bawah daun.  Kutu membiak dengan kadar yang cepat.  Kutu menghisap cairan dari sel-sel daun.  Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi terbantut dan mati.  Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus mati.  Sembur dengan teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau Diazinon pada kadar 0.1% bahan aktif.

PENYAKIT KOBIS:
  1. Reput lembut (Erwinia carotovora) 
    Akar dan batang menjadi lembut dan berair, menyebabkan pokok layu.  Akhirnya batang dan akar menjadi reput dan berbau busuk.  Tiada kawalan kimia.  Amalkan tanaman bergilir, elak melukakan pokok dan tanam di tanah yang baik salirannya.
  2. Akar tongkol (Plasmodiophora brassicae) 
    Akar menjadi bengkak atau berbongkol-berbuku dan menjadi busuk.  Cabut pokok yang berpenyakit, kawal rumpai, buatkan saliran yang elok dan sembur racun seperti calomel atau vapam dengan kadar 0.1% bahan aktif sebelum menanam.
  3. Bintik daun (Cercospora spp.) 
    Daun-daun berbintik perang.  Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit pada suhu 50oC.
  4. Reput hitam (Xanthomonas campestris) 
    Penyakit ini kerap terjadi.  Di awal serangan terdapat lekok hitam di bahagian tepi daun dan akan merebak keseluruhan daun.  Urat-urat daun menjadi perang tua atau hitam.  Seluruh daun akan menjadi kuning dan gugur.  Bahagian dalam batang dan sistem akar menjadi hitam.  Jaga kebersihan kawasan.  Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit pada suhu 50oC.
  5. Reput daun (Corticium solani) 
    Kulat merebak dengan cepatnya melalui sentuhan menyebabkan daun-daun menjadi reput.  Serangan selalunya teruk di musim hujan.  Cabut dan buang pokok yang diserang.
Memungut Hasil
Kobis cina boleh mula dipungut 42-49 hari selepas mengubah.  Pungut kobis yang matang dengan cara memotong pangkal batangnya dan tinggalkan 3-4 hedai daun bingkai pada tunggul kobis itu. 

 
KOBIS BULAT (tanah pamah)
Varieti
Varieti yang sesuai ditanam di tanah pamah ialah seperti beriktu:-
  • KK Cross
    Pungutan hasilnya ialah 60-65 hari selepas mengubah, toleren pada panas, saiz kepada 1.0-1.6 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih di bahagian dalam, kepala sederhana kompak, hasilnya adalah 20-30 tan/hektar.
     
  • US Tropical
    Pungutan hasilnya ialah 65-70 hari selepas mengubah, 
    toleren pada panas, saiz kepada 1.0-1.8 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih kekuningan di bahagian dalam, kepala sederhana kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.
     
  • Autumn Queen
    Hasil boleh dipungut 75-80 hari selepas mengubah, 
    toleren pada panas, saiz kepada 1.0-1.5 kg, warna kepalanya ialah hijau muda  di bahagian tengah dan   epala kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.
     
  • Eiyu
    Selepas 65-70 hari diubah, hasilnya boleh dipungut (65-70 hari seleaps mengubah), 
    toleren pada panas, saiz kepada 0.9-1.0 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih kekuningan di bahagian tengah, kepala kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.

Iklim dan Tanah:
Walaupun ia merupakan sejenis tanaman iklim sederhana, hibrid-hibrid telah dapat menyesuaikan diri di kawasan panas.  Ia tidak digalakkan ditanam pada musim hujan.  Kobis boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah.  Pertumbuhan kobis adalah subur di tanah yang lembab serta mempunyai pengairan yang cukup.  Tanah gembur yang kaya dengan bahan organan dan pH diantara 5.0 - 6.5 akan memberi hasil yang tinggi.

Penyediaan Tanah:
Tanah dibajak dan digembur sedalam 20-25 sm.  Kemudian batas berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 sm tinggi disediakan.  Baja organan sebanyak 6 kg/batas (4 tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas, sebelum menanam.

Menanam:
Sama kaedah seperti menanam flokoli, brokoli dan kubis bunga di atas.

Pembajaan:
Baja kapur sebanyak 2.5 tan/hektar, perlu ditabur semasa membajak tanah sekiranya pG di bawah 5.0.  Kadar   Kadar pembajaan yang disyorkan untuk tanaman kobis adalah seperti berikut:-

PusinganMasaJenis BajaKadar/batas
(7.5 x 1.2 m)
Kadar/Hektar
(650 batas)
1
2
3
4
Sebelum menanam
2 minggu selepas mengubah
4 minggu
6 minggu
Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
0.3 kg
0.6 kg
0.6 kg
4 tan
200 gg
400 kg
400 kg

Pengairan:
Kobis memerlukan pengairan yang cukup semasa tumbesaran pokok.  Penyiraman air satu kali sehari secara manual atau sistem pengairan renjis disyorkan terutamanya selepas mengubah dan di pringkat anak pokok masih muda.

Pengawalan Rumpai:
Untuk mengelakkan rumpai, gula racun rumpai pracambah sepertio Alachlor, disembur pada kadar 4 liter/hektar ke atas batas, 2-3 hari sebelum mengubah.   Satu pusingan merumput secra manual diperlukan selepas ini.  Rumpai di keliling batas boleh dikawal dengan penyemburan racun paraquat (1 liter/hektar)  Penggunaan sungkupan plastik adalah digalakkan.

Serangga dan Perosak:
.
Ulat Plutella
-
Amalkan tanaman giliran.  Sembur racun Bacillus thuringiensis (Florbac) atau Permethrin (Corsair).
Ulat Ratus-Sembur racun Fenvalerate (Sumicidin), jika perlu.
Ulat Jalur-Sembur racun Permethrin (Corsair).
Reput Hitam-Amalkan tanaman giliran.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
Reput Berair-Amalkan tanaman giliran.  cabut dan musnah pokok yang berpenyakit.
Akar Tongkol-Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.  Mengapur untuk meninggikan pH ke 6.5.  Amalkan tanaman giliran. Sembur racun Qiuintozene (Terrachlot)


Pengutipan hasil:Tempoh matang ialah antara 60-80 hari selepas mengubah bergantung kepada varieti.  Apabila matang, warna daun menjadi lebih cerah dan kepala kobis menjadi mampat dan padat.  Bahagian pangkal batang dipotong dan ditinggalkan 2-3 helai daun pembalut.

Pengendalian Lepas Tuai bagi tanaman-tanaman di atas:
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.

Rantaian Laman Web:
 


 


Spesifikasi Piawaian dan Gred Kubis Bulat

Spesifikasi piawaian dan gred ini akan meliputi kobis bulat (Brassica oleracea var. capitata Linn) bagi tujuan pasaran domestik.  Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya merangkumi kobis bulat yang diiimport dari Indonesia dan kubis bulat Cameron Highlands.  Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya digunapakai untuk kobis bulat yang telah dibuat perapian (trimming) yang minimum pada daun pelindung (wrapper leaves) dan tangkai.  Terma-terma yang digunakan akan bermaksud (i) Ringan dan Berongga (ii) Berat dan Padat.
Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:-
  • Keragaman varieti
    Mempunyai ciri yang sama dan segi rupa bentuk dan warna di dalam satu-satu lot.
  • Kekotoran
    Tidak terdapat kesan bahan-bahan asing seperti tanah ataupun najis atau terdapat warna selain warna asal kubis, tetapi tidak termasuk kesan kapur untuk pencegahan proses pembusukan.
  • Kerosakan
    Kerosakan fisiologi - kubis retak/merekah/pecah di bahagian tangkai atau kepalanya akibat terlalu tua.
    Kerosakan mekanikal - kelopak daun pecah/koyak/kesan ditebuk akiabt geseran/tercucuk benda.
    Penyakit - terdapat kesan gigitan atau ditebuk serangga perosak pada dedaun kubis/ lain jenis penyakit.






GredKetentuanKelonggaran (% maksimum)
1Bebas dari kerosakan
Saiz yang seragam (berat > 1.3 kg)
10
5
2Bebas dari kerosakan
Saiz yang seragam (berat 0.5 kg - 1.3 kg)
10
5
Luar GredKobis yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

Pengendalian Lepas Tuai
Pembungkusan dan Perlabelan

  • Pembungkusan

    Kobis bulat daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusasn ialah tidak melebihi 30 kg.
  • Perlabelan

    Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-

    - Tarikh
    - Nama / Kod Penanam
    - Nama / Kod Pengeksport
    - No. Kad Pengenalan
    - No. Pendaftaran Syarikat
    - Alamat
    - Komoditi
    - Berat Bersih
    - Gred
Persampelan

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990  Method of Sampling Fresh Vegetables atau kaedah statistik yang dipersetujui.
 
KOBIS BUNGA:
Famili:Cruciferae
Kubis bunga (cauliflower) - Brassica oleracea L. Botryti
Nama Saintifik:Brokoli - Brassica oleracea L. Italica
Flokoli - kacukan kubis bunga dan brokoli
Kobis Bulat - Brassica aleracea var. capitata L.

Kubis bunga, brokoli dan flokoli adalah sejenis sayuran yang dikelaskan sebagai sayuran bunga, yang mana bahagian yang dimakan ialah jambak bunga.  Jambak ini mengandungi putik-putik bunga yang masih muda dan tersusun padat di penghujung tangkai dan bentuknya bulat leper.  Selain kubis bunga (cauliflower), brokoli dan flokoli juga tergolong di bawah kumpulan jenis kubis ini.  Spesies asal kubis bunga, brokoli dan flokoli dipercayai terdapat secara liar di kawasn pantai laut Mediterranean dan seterusnya disebar ke Eropah.  Kubis bunga telah mula ditanam di negeri-negeri beriklim sederhana, dan pada masa ini terdapat varieti kubis bunga yang sesuai ditanam di kawasan tropik.
Kubis bunga berwarna putih, manakala bunga brokoli berwarna hijau dan flokoli berwarna kuning kehijauan.  Mengandungi khasiat makanan seperti tenaga, air, protin, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, besi, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
  1. Iklim
    Walaupun sesuai ditanam dalam kawasan beriklim tropika, suhu yang agak dingin masih diperlukan untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optima, seperti kawasan yang melebihi 100 m dari paras laut.
     
  2. Tanah
    Kubis bunga, brokoli dan flokoli memerlukan tanah yang subur, dan mengandungi banyak bahan organan.  Nilai pH yang paling sesuai ialah diantara 6-7.  Disamping itu, tanah perlulah gembur dan mempunyai saliran yang baik.  Sifat-sifat tanah dan kesesuaian untuk kubis bunga, brokoli dan flokoli seperti berikut:-
               Sifat Tanah
           Sesuai
    Sederhana Sesuai
    Kecerunan0 - 6 darjah6 - 12 darjah
    SaliranTak sempurna salir kesalirKurang salir dan agak salir kesalir sangat
    Kedalaman tanah berkesan> 50 cm25 - 50 cm
    Tekstur dan strukturSelain dari pasir tak
    berstruktur dan lempung
    Pasir yang tak berstruktur dan lempung
    Kemasinan< 1 mmhos1 - 2 mmhos
    Kedalaman lapisan asid
    sulfat dari permukaan tanah
    > 50 cm0 - 50 cm
    Ketebalan gambutTiada halangan-
    KeberbatuanTiada halangan batu
    di permukaan 25 cm
    -
    Ketidak seimbangan nutrienTiada kelebihan nutrien
    mikro atau CEC rendah
    (<5 meq/100 g tanah)
    CEC rendah.
KULTIVAR YANG DIYSORKAN
Varieti yang biasa ditanam di tanah rendah adalah seperti berikut:-
  • Kubis Bunga - Sumber Crown, Snow Top, Chia Tai fuji 005
  • Brokoli           -  Green King (553), Early Value (554), No. 108, No. 067
  • Flokoli            - Green Harmony (509)
     

Sawi

PANDUAN MENANAM SAWI
 






PENGENALAN

Nama saintifik:  Brassica Sp.
Famili :  Cruciferae
Nama tempatan:  Sawi hijau/bunga, sawi putih, sawi jepun, sawi pahit.

Ada beberapa jenis sawi yang tergolong di bawah famili Cruciferae ini.  Jenis sawi yang popular ialah sawi hijau, sawi putih, sawi jepun dan sawi pak choy.
sawi hijau

KULTIVAR YANG DISYORKAN
  1. Sawi hijau / sawi bunga (Brassica campestris sp. parachinensis)Jenis yang paling popuar di kalangan penanam.  Ia adalah tanaman semusim, berdaun tegak berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning.  Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau.  Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan air atau hujan.
  2. Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius)
    Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih.  Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm.  Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau.  Batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di bahagian daun.  Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding dengan sawi hijau.
  3. Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis)
    Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm).  Batang dan daunnya berwarna hijau muda.  Batangnya juga compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun.  Urat daun tidak prominent dan hujung daun bulat.
  4. Sawi pahit (Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee)
    Jenis ini tumbuh cepat dan mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30 cm.  Kultivar ini lebih besar dengan daun dan batangnya berwarna hijau muda.  Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat jeruk.  Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam.

PENYEDIAAN TANAH

Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan yang tinggi.  Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan kualitinya.  Penggunaan rumah pelindung hujan atau struktur berjaring boleh mengatasi masalah ini.   Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20 cm.  Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. 


MENANAMBiji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas.  Sebanyak 1.5 kg biji benih digunakan untuk sehektar.  Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas.  Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAANBagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

PusinganMasaJenis BajaKadar/Batas
(7.5 x 1.2m)
Kadar/Hektar
(650 batas)
1sebelum menanamBaja organan6 kg4 tan
22 mingguNPK 15:15:150.4 kg0.25 tan
33 mingguNPK 15:15:150.5 0.4 kg0.25 tan


PENGAIRAN 
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.  Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
KAWALAN RUMPAIKawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok.  Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:-

  1. Ulat Ratus (Army Worm) - Spodopteraw litura
    Sembur racun fenvalerate
  2. Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph)
    Sembur racun malathion
  3. Ulat Pangkas (Cut Worm) - Agrotis xpsilon
    Sembur racun fenvalerate
  4. Ulat Pluttela (Pluttel xylostella)
    Sembur racun Bacillus thurintgiensis. Amalkan tanaman giliran.
  5. Reput Lembtu (Erwinia carotovora)
    Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik.
  6. Bintik Daun (Leaf Spot) - Cercospora spp.)
    Rawat biji benih dengan thiram
     
  7. Reput Daun (Leaf Rot. - corticum solani
    Cabut dan buang pokok yang berpenyakit
     
  8. Siput :
    Siput panjang kecil
    Siput panjang besar
    Siput kacang
    Siput leper kecil
    -
    -
    -
    -
    makan daun dan anak pokok
    makan daun dan anak pokok
    makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
    makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
    Kawalan secara kimia dengan menggunakan metaldehyde atau mercaptodimethur.  Ikut label untuk kadar penggunaan yang berkesan.  Kawalan kimia dilakukan setelah batas sedia untuk ditanam sebelum biji benih sayur disemai.  Kawalan lain ialah secara kultur iaitu dengan mengadakan saliran yang baik kerana tanah yang sangat basah akibat air bertakung atau batas yang rendah dan bersebelahan parit yang bertakung menggalakkan serangan.


TEMPOH MENGUTIP HASIL: 
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai.  Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah.  Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan/hektar dan hasil purata ialah 14 tan/hektar.

TEMPOH DILADANG MENGUTIP HASIL: 
Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan:-
 

Jenis Racun
Tempoh diladang kutip
(Bil hari)
acephate
cypermethrin
carbaryl
chlorotalonil
dimethote
fenvalerate
mercaptodimethur
permethrin
profenofos
tptriazophos
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
14
5
14
14
7
7
14
7
14
14


TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIENTanda-tanda kekurangan nutrien pada tanaman sawi akan berlaku sekiranya pembajaan tidak dijalankan dan ini akan menjejaskan kualiti sayur untuk pasaran.  Sebagai panduan disenaraikan di bawah ini nutrien yang diperlukan untuk mendapatkan sawi yang berkualiti tinggi dan tanda-tanda kekurangan nutrien.

NutrienTanda Kekurangan
Nitrogen-Keseluruhan pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut
Fosforus-Pokok terencat, daun kurang dan kecil, warna masih hijau.
Kalium-Tanda kekuningan bermula di tepi daun tua dan kemudiannya akan merebak.
Magnesium-Melibatkan daun tua di mana bahagian diantara urat daun kekuningan.  Daun juga akan gugur.
Kalsium-Pucuk terbantut dan mati.
Sulfur-Simptom di daun muda dimana keseluruhan daun menjadi hijau muda dan kemudiannya hijau kekuningan.  Daun juga melengkung (cupped).
Kuprum-Pertumbuhan daun muda terencat dan kekuningan berklorosis.
Zink-Kekuningan diantara bahagian urat daun muda.
Molibdenum-Daun tua berklorosis dan tepi daun akan kering.
Ferum-Kekuningan atau keputihan diantara urat daun muda dan keadaan ini akan merebak ke urat daun.  Juga boleh merebak ke daun tua.
Mangan-Bintik kuning halus antara urat daun muda.
Boron-Pucuk kerekot dan batang menjadi pendek.

KEMATANGAN PENGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL
Hasil dikutip 27 hingga 30 hari selepas menyemai dengan memotong pada paras tanah.  Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan  sehektar dan hasil purata ialah 14 tan / hektar. Pengeluaran hasil adalah mengikut jenis sawi:-
Sawi hijau / bunga
Sawi putih
Sawi jepun
Sawi pahit
14-16 tan/ha.
14-16 tan/ha.
12-14 tan/ha.
20-30 tan/ha.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
PROGRAM KERJA SEHEKTAR TANAMAN SAWI 
 
Hari selepas tanam
Gerak kerja
Catatan

- 4
Penyediaan tanah:
- Meracun rumpai dan tanaman sebelumnya.
- Pembajakan
- Penyediaan batas

- Pengapuran


- Baja asas.
 
Racun glufosinate-ammonium pada kadar 0.5 kg/ha.



Ground magnesium limestone (GMK) pada kadar 5 tan sehektar

Tahi ayam pad kadar 3-5 tan sehektar.
- 2Meracun pra-cambahMetalachlor
0Penanaman - biji benih ditabur terusKadar biji benih ialah 1.5 kg sehektar
6Sembur baja daun
Kawalan kulat dan serangga
Baja 15:15:6:4
Gunakan racun permethrin atau mancozen
9Membaja
Penjarangan pokok
Baja 15:15:15 pada kadar 150 kg sehektar
Kadar penjarangan ialah 10-15 cm
14

 
Merumput
 
Secara manual/glufosinate-ammonium pada kadar 0.5 kg sehektar dan gunakan alat penyembur bertudung
Menyembur baja daunBaja 15:15:6:4
Kawalan serangga dan kulatGunakan Bacillus thurengiensis.  Gunakan racun permethrin atau mancozeb.
15MembajaBaja 15:15:6:4 pada kadar 200 kg sehektar
20Kawalan serangga dan kulat
Membaja
Gunakan racun permethrin atau mancozeb.
Baja 15:15:6:4 pada kadar 250 kg sehektar
27Memungut hasil



Serai





SEPINTAS LALU
Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan.  Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut.  Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.
Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki.  Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai.  Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam.  Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.
Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok.  Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh.  Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan.  Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia.  Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.
Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun.  Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan 'scoop'.  Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting 'secateurs'.  Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.
Varieti Serai: (Serai Makan dan Serai Wangi)
Serai Makan
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Serai makan ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea.  Terdapat 2 spesies serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai 'lemongrass' iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus.  Penanaman C. flexus lebih tertumpu di kawasan Malabar, di India.  Spesis C. citrates tersebar luas di kawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan.  Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan.  Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.
 
Serai Wangi
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae
 
Bahan Tanaman:

Serai ini dibiak dengan menggunakan anak berakar.  Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 - 9 bulan.  Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman.  Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.


Penyediaan Tanah:


Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan.  Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur.  Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.


Penanaman:


2-3 batang serai ditanam bagi setiap lubang tanaman.  Jarak tanaman dan kepadatan tanam bergantung kepada kesuburan tanah.  Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.  Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.  Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.
Pembajaan:
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang menghauskan tanah.  Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.  Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah.  Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan.  Baja asas ditabur dan digaul ke dalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. 
Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam.  Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman di tanah mineral ialah 80-100 kg N;  40-80 kg. P2 05 dan 40-80 kg. K20.  Bagi tanah gambut, kapur sebanyak 2.5 t/ha perlu juga ditabur.  Sebagai panduan, jadual pembajaan yang dicadangkan untuk sehektar tanaman menggunakan baja sebatian ialah seperti berikut:-

Baja Asas-Sebatian NPK 12:12:17:2 + unsur pekit sebanyak 250 g
Baja Tambahan-
Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas tanam.
Kawalan Rumpai:
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal pertumbuhan.  Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi.  Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.
Penuaian:
Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6-8 bulan selepas ditanam.  Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul.  Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10-15 cm.  Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan.  Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.
Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6-8 bulan.  Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah.  Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan.  Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah.  Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 dan 12 tan/ha. bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman.  Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32 hingga 48 tan/ha.
Pengeluaran Minyak Pati
Keharuman dan perisa serai makan disebabkan oleh minyak pati yang terkandung didalam daunnya.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga cokelat, kemerahan dan berbau seperti limau 'lemon'.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian, kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehid.  Peratusan sitral minyak pati daripada C. citratus ialah antara 65% hingga 85%.