Monday, December 26, 2011

Pusat Latihan

Program Sijil Kemahiran Malaysia
Objektif :
  • Membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian.
Jangkamasa Program :
  •      Tahap  1 – 6 Bulan
  •      Tahap  2 – 6 bulan
  •      Tahap  3 – 12 bulan
  •      Tahap  4 -  15 bulan
Kemudahan :
  •      Latihan pertanian secara percuma;
  •      Tempat tinggal disediakan;
  •      Makanan disediakan
Lokasi :
  •      Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  •      Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
Kumpulan Sasar :
  •      Pelajar  Lepasan UPSR
  •      Pelajar  Lepasan PMR
  •      Pelajar  Lepasan SPM
Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)

Latar Belakang 

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memberi latihan kepada belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on’ berkenaan ilmu pertanian di ladang. Program ini telah dimulakan seawal tahun 2003 dengan melibatkan hanya 2 buah pusat program. Berikutan daripada penting dan berfaedahnya program ini dalam menjana pertumbuhan sektor pertanian negara, sehingga kini sebanyak lima (5) buah pusat telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program inkubator usahawan belia tani ini.

Mereka yang terpilih untuk menjadi peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation’ selama lapan bulan, sebelum menceburkan diri dalam projek komersial sendiri di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Projek TKPM) Jabatan Pertanian atau tanah sendiri. Di bawah Projek TKPM, bekas peserta inkubator akan diberi peluang untuk mengusahakan sendiri projek pertanian seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Adalah dijangka, di akhir tempoh projek nanti, peserta akan memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan juga dapat membangunkan ‘networking’ dan kontak perniagaan di kalangan usahawan.
Lokasi-lokasi bagi program Inkubator Usahawan Belia Tani ini adalah:
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
  • Pusat Kecemerlangan Serdang, Selangor
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  • Pusat Latihan Pembangunan dan Pengembangan, Besut, Terengganu.
Sehingga kini, seramai 268 orang lepasan Program Inkubator Usahawan Belia Tani ini telah berjaya dihasilkan .

Objektif Program
  • Peserta mendapat bimbingan dan pengalaman secara ‘hands-on’ di ladang.
  • Peserta menjadi usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) 

Latar Belakang
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.
Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :
Manakala, dua buah lagi Institut Pertanian adalah di:
  • Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
  • Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah
Sehingga tahun 2008, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 8579 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.
Objektif
  • melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian
  • menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial

Matlamat
  • Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta
  • Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk  mewujudkan bakal bakal usahawan pertanian
  • Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.

No comments:

Post a Comment