Pokok Buah-Buahan

Abiu



PENDAHULUAN

Nama Saintifik :  Pouteria caimito Radik

Famili              :   Sapotaceae

Abiu adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae.  Ianya berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.  Di Sabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984, sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi untuk dibangunkan.
Pokok abiu adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter.  Daunnya tersusun secara berselang, berbentuk sama ada abovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar.  Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok.  Buah yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai 'nipple' yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah.  Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah.  Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong.

Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakan tampang.  Jenis pembiakan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman biji ataupun cantuman sisi.  Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum.  Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik.  Anak pokok dibiak dari biji benih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai.  Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun dan pokok yang dibiak melalui biji benih mulai berbuah 2-4 tahun selepas ditanam.
Pengutipan Hasil
Pengutipan hasil dilakukan 2 kali setahun iaitu sekitar bulan April dna Ogos apabila buah telah betul-betul matang.  Buah abiu perlu dipetik dengan berhati-hati agar tidak jatuh ke tanah.  Ini adalah untuk mengelakkan buah mudah rosak dan daya ketahannya menjadi rendah.  Harga buah abiu adalah sekitar RM5-RM8/kilogram.
Ruang pasaran bagi buah abiu setakat ini tertumpu di Ipoh, Bidor dan Kuala Lumpur.  Bagi pengguna lebuh raya utara selatan, mereka boleh mendapatkan buah abiu ini di gerai buah-buahan R&R Tapah.  Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui mengenai buah ini dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang atau Encik Liew Hon Tin di talian 012-5182819.

Belimbing


PENGENALAN
Nama Saintifik
Nama Tempatan
Famili
:  Averrhoae Carambole L.
:  Belimbing Besi
:  Oxalidaceae
Belimbing berasal dari gugusan pulau-pulau Asia Tenggara.  Buah belimbing mengandungi vitamin A dan C yang tinggi dan komposisi nutrien lain ialah tenaga, protin, lemak, serabut dan mineral (Ca, Fe).
PENANAMAN DAN KESESUAIAN TANAH:
Belimbing boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah iaitu dari tanah liat hinggalah ke tanah berpasir.  Belimbing adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan kelembapan yang mencukupi sepanjang tahun untuk hidup subur.  Kebanyakan penanaman belimbing di kawasan lombong menggunakan sistem pengairan renjis untuk memberikan kelembapan pada tanah dan kos penggunaan sistem ini hendaklah diambilkira yang mana lebih tinggi jika dibandingkan dengan penanaman di kawasan selain daripada kawasan lembap
Belimbing ditanam dengan jarak 0.5 m x 0.5 m hingga 0.7 m x 0.7 m bergantung kepada jenis yang hendak ditanam.  Saiz lubang tanaman berukuran 60 x 60 x 60 cm dan dicampurkan dengan 10 kg. tahi ayam dan 200 gm CIRP bagi setiap lubang.  Kayu pancang digunakan untuk menyokong tanaman semasa peringkat awal pertumbuhan.
VARIETI / KULTIVAR YANG DISYORKAN

  • B2 

    Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan didaftarkan pada tahun 1966.  Dikenali dengan nama MAHA 66.  Buahnya berbentuk bujur, bersaiz sederhana besar (160-220 gm sebiji) dan berukuran diantara 13-15 cm panjang.  Buah berwarna kuning kehijauan dan berubah kepada kuning pucat apabila matang.  Isinya manis dan berair, tekstur isinya halus dan tidak bersabut, rasanya tidak kelat tetapi kualiti penyimpanannya rendah.  Pengeluaran hasil adalah tinggi.  Bunga belimbing mempunyai benang sari yang panjang dan klon ini digunakan sebagai pendebunga kepada pokok-pokok klon B10 dan B17 untuk meningkatkan hasil buah.

  • B10

    Berasal dari Serdang Baru, Selangor dan didaftarkan pada tahun 1968.  Merupakan klon paling popular dan ditanam secara besar-besaran.  Berat buah ialah 180-250 gm sebiji, berbentuk bujur iaitu besar di bahagian pangkal dan kecil di bahagian hujung buah.  Kadangkala, ukuran buah melebihi 15 cm panjang.  Kulit buah licin dan berkilat.  Buah masak berwarna oren atau kemerah-merahan.  Isinya manis dan berair, tekstur isinya rapuh, bersabut sedikit dan beraroma.  Pengeluaran hasilnya tinggi.

  • B17

    Berasal dari Triang, Pahang.  Popular dengan nama Belimbing Madu dan didaftarkan pada 14 Januari 1988.  Buah berbentuk bujur panjang dengan ukuran diantara 10-15 cm panjang.  Tangkai buahnya besar, hujung buah lekuk ke dalam.  Berat buah adalah diantara 200-300 gm sebiji.  Bahagian tepi seginya masih berwarna hijau walaupun buah telah masak.  Buah masak berwarna oren dan berbintik-bintik putih di tepi segi.  Tekstur isinya rapuh, pejal dan sederhana halus.  Rasanya sangat manis dan berbau harum.
Pengkelasan klon belimbing mengikut jenis benang sari

Benang SariKlon
Jenis PendekB3, B4, B8, B9, B10, B13, B14, B17
Jenis PanjangB1, B2, B5, B26, B7, B11, B12, B15, B16, B18, B19



Belimbing dari jenis benangsari pendek memerlukan pendebungaan silang dari jenis benangsari panjang.  Proses ini diperlukan untuk menggalakkan pembentukan buah yang seragam.  Kegiatan serangga seperti lebah akan menyeragamkan bentuk buah dan meningkatkan lagi pembentukan buah.
PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN
Menggunakan bahan tanaman dari baka klonal yang dibiak secara vegetatif.  Pokok penanti disediakan dengan menyemai biji benih yang matang.  Biji diproses dengan membasuh dan mengeringkan sebelum di semai.  Biji benih mula bercambah 4-5 minggu selepas disemai.  Anak benih yang subur berumur sebulan  dipindahkan ke dalam polibeg yang diisi dengan tanah campuran dengan kadar 3:2:2 (tanah:pasir:bahan organan).  Anak benih disusun di bawah lindungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 50% teduhan.   Racun serangga dan kulat disembur jika perlu untuk mengawal serangga dan penyakit.  Baja sebatian NPK (15:15:15) pada kadar 30 gm bagi setiap anak pokok diberi dua bulan sekali.
Pokok penanti yang berumur antara 5-6 bulan (tinggi 20 cm) adalah sesuai untuk dibuat cantuman mata tunas.(lihat proses cantuman pokok di sini) !   Torehan melintang 0.5 cm dan torehan ke bawah 3 cm, di paras 5 cm dari tanah, dibuat pada pokok penanti.  Mata tunas dari pokok induk disediakan dengan saiz yang agak kecil sedikit dari tapak torehan pokok penanti.  Mata tunas yang sudah dipisahkan dari kayu diselitkan ke dalam kelopak kulit torehan pokok penanti.  Ianya dibalut degan pita plastik cantuman dengan kemas supaya kedua-dua kambium mata tunas dan tapak torehan bersentuhan.  Selepas 3 minggu pita cantuman dibuka.  Penilaian kejayaan ditentukan dengan kehijauan mata tunas.  Mata tunas yang aktif akan bercambah dan tumbuh dengan segar.  Pokok-pokok penanti dipotong pada para 3-4 cm dari tempat cantuman dan pertumbuhan tunas.  Selepas 4-5 bulan pada ketinggian 25 cm pokok cantuman yang subur dapat dipindahkan ke ladang.
SISTEM PENANAMAN
Boleh menggunakan samada sistem penanaman empat segi tepat, sistem empat segi sama atau sistem tiga segi sama. (lihat sistem tanaman tiga segi dan empat segi).  Belimbing yang ditanam secara komersil sebaik-baiknya mengamal konsep tanaman tunggal supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan sempurna.  Penanaman klon komersil dan klon pendebunga dengan kadar 5:1 (5 pokok klon komersil dan 1 pokok klon pendebunga) adalah digalakkan. 
Selain daripada mempunyai sistem seperti di atas, pokok belimbing klon komersil boleh juga dicantum dengan klon pendebunga pada dahannya.  Dengan ini setiap pokok komersil mempunyai klon debunga di atasnya untuk membantu proses pendebungaan.
PENANAMAN DI LADANG
Selepas seminggu, anak-anak pokok cantuman yang terpilih diubah ke ladang. Anak-anak pokok diletakkan di tengah-tengah lubang setelah polibeg dipotong dan dibuang. Boleh ditanam pada jarak 4.5-6.0 m bergantung kepada klon yang dipilih dan jenis tanah.  Jarak penanaman yang sesuai ialah 6m x 6m (278 pokok/ha.), sementara di tanah bekas lombong jarak 4.6 m x 4.6 m (480 pokok/ha) boleh digunakan kerana pertumbuhan pokok di tanah jenis ini tidak begitu besar berbanding dengan keadaan tanah mineral.  Pengusaha boleh menggunakan sistem kepadatan tinggi dengan jarak 4 m x 6 m (417 pokok/ha) bagi tanah mineral.  Kayu sokongan yang berukuran 1 meter tinggi perlu dipacak pada setiap anak pokok untuk mendapatkan pertumbuhan tegak pada batang utama.
Pembajaan:
Seperti jadual di bawah:-
Kadar penggunaan baja
UmurJenis BajaMasa (kekerapan)
1 tahun
 NPK 14:14:14 (1.8 kg) + tahi ayam (2.0 kg)3-4 kali setahun
2 tahun NPK 12:12:17:2 (3.6kg )+ tahi ayam (15 kg)3-5 kali setahun selepas kutip hasil
3 tahun NPK 12:12:17:2  (7.3 kg) + tahi ayam (15 kg)3-5 kali setahun selepas kutip hasil
4 tahun NPK 12:12:17:2 (11.4 kg)+ tahi ayam (20 kg)3-5 kali setahun selepas kutip hasil
5 tahun NPK 12:12:17:2 (18.2 kg) + tahi ayam (20 kg)3-5 kali setahun selepas kutip hasil
6 tahun NPK 12:12:17:2  (27.3 kg)+ tahi ayam (20 kg)3-5 kali setahun selepas kutip hasil
7-15 tahun NPK 12:12:17:2  (27.3 kg) + tahi ayam (20 kg)3-5 kali setahun selepas kutip hasil

Mencantas:


Biarkan pokok 30-45 cm dari permukaan tanah, pangkas dan biarkan tunas baru naik.  Simpan 4-5 tunas sebagai dahan utama.  Kemudian dahan tersebut dibiarkan mempunyai 4-5 ranting sahaja.  Ini dilakukan kepada pokok yang telahpun mengeluarkan hasil, cantasan perlu dilakukan memandangkan belimbing begitu cepat mengeluarkan pucuk dan tunas baru.  

Bagi kaedah menggunakan sistem pepara, dahan-dahan diikat pada kayu sokong yang dicondongkan supaya ia memanjat sehingga sampai ke para-para setinggi 6 kaki yang dipasang di atas.  Kaedah seperti ini dilakukan untuk memudahkan kerja-kerja memangkas, membalut buah dan memungut hasil. (klik sini untuk lihat proses cantasan/pangkasan pokok) !
Pengurusan Air:
Pengurusan air yang berkesan dapat mengurangkan kematian pokok pada peringkat awal pertumbuhan pokok.  Terdapat dua jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman belimbing iaitu sistem pengairan titis dan sistem pengairan penyembur.  Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, topografi, perbezaan aras tinggi dan terendah serta modal kos pembangunan.



PERBANDINGAN SISTEM PENGAIRAN TITIS DAN PENGAIRAN PENYEMBUR:

Pengairan Titis

KebaikanKeburukan
Kos pembangunan antara RM7,000-RM8,000 sehektar.
Kos operasi dan penyelenggaraan rendah.
Kecekapan pengairan tinggi (95%).
Sistem memerlukan jumlah tekanan
Penyebar mudah tersumbat
Jangkamasa operasi panjang.
Penyeliaan sistem rumit.
 

Pengairan Penyembur

KebaikanKeburukan
Kepala penyembur jarang tersumbat.
Jangkamasa operasi singkat.
Penyeliaan sistem mudah.
 
Kos pembangunan tinggi antara RM13,00-RM14,000 sehektar.
Kos operasi & Penyelenggaraan tinggi RM500/hektar/tahun.
Kecekapan pengairan rendah (60%).
Sistem memerlukan jumlah tekanan dan kadar alir air yang tinggi.

Pengairan untuk tanaman belimbing selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang, ini adalah untuk mengelakkan perwapan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal bukan air panas yang terkena kepada cahaya matahari.  Jangkamasa pengairan setiap hari bergantung kepada keluasan zon akar, faktor tanaman, keupayaan pegangan air bagi tanah, jumlah penyebar setiap pokok, kadar alir air setiap penyebar, cuaca dan peringkat pertumbuhan pokok.  Pengairan perlu dikawal pada peringkat matang pokok untuk merangsang pembungaan.
Membungkus buah:
Buah perlu dibungkus untuk mendapatkan kualiti yang baik.  Juga dapat mengelakkan daripada diserang lalat buah dan perosak-perosak lain serta mengelakkan kerosakan ketika buah diangkut ke rumah pembungkusan.  Buah belimbing mula dibungkus pada peringkat empat minggu selepas berputik.  Membungkus pada peringkat ini memberikan peratus kejayaan pembentukan dan pembesaran buah lebih daripada 90%..  Buah yang dipilih untuk dibungkus berbentuk lurus, bersih dari titik-titik hitam atau tanda-tanda sengatan.  Buah yang dibungkus juga adalah lebih besar, lebih menarik dan berkilat daripada buah yang tidak dibungkus. 

Mengutip Hasil:


Belimbing adalah tanaman tidak bermusim tetapi ada 3-5 kali hasil yang banyak dalam setahun.  Jangka masa dari bunga berkembang hingga masak ialah 2 1/2 bulan.  Buah mestilah dibalut bila berukuran 2-4 cm panjang.  Buah boleh masak dalam masa 40-60 hari.  Kerja-kerja memetik mestilah dijalankan pada awal pagi.  Tempoh yang dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir racun perosak adalah seperti berikut:-
Racun Perosak
Tempoh Dilarang Tuai
Malathion
Fenthion
Cypermethrin
Tiademefon
Racun berunsur kuprum
Glufosimate-amonium
7
14
5
30
-
14

Pemasaran:


Untuk tujuan pemasaran, dari segi buah hendaklah dijaga supaya tidak rosak kerana ianya mudah diserang penyakit dan cepat menjadi busuk.  Buah boleh diisi ke dalam kotak atau bakul dan disusun di antara 4-5 lapisan.  Buah belimbing boleh dipetik apabila didapati masak 75%.  Warna buah menjadi kuning.  Ianya tahan 1-2 minggu jika disimpan didalam suhu bilik 24oC-35oC dalam suhu 5oC.  Ianya boleh disimpan selama 5 minggu tanpa kerosakan pada rasa dan kualiti.

INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH BELIMBING

Indeks warna belimbing telah dibentuk mengikut peringkat kematangan tertentu yang boleh digunakan sebagai indeks kematangan.  Warna kulit dikelaskan kepada 7 jenis seperti berikut:-

Indeks warna 1
:
Keseluruhan buah hijau gelap
Indeks warna 2:Buah berwarna hijau muda berkilat
Indeks warna 3:Buah berwarna lebih hijau daripada kuning
Indeks warna 4:50% bahagian buah berwarna hijau dan 50% kuning
Indeks warna 5:Buah berwarna lebih kuning daripada hijau
Indeks warna 6:Keseluruhan buah berwarna kuning
Indeks warna 7:Keseluruhan buah berwarna kuning oren

Bagi varieti B10, buah pada indeks warna 1 masih belum matang dan tidak sesuai untuk dituai dan dipasarkan.  Buah pada peringkat ini mempunyai rasa yang masam dan kelat.  Buah yang dipetik pada warna 2 dan 3 sesuai dipetik untuk dieksport melalui kapal laut.  Buah yang dipetik pada indeks warna 4 dan 5 mempunyai warna lebih kuning dan sesuai untuk dieksport melalui udara.  Buah pada indeks warna 6 tidak digalakkan untuk dieksport, walaupun masih boleh dieksport melalui udara, kerana buah sudah terlalu masak dan tidak tahan lama.  Walau bagaimanapun, buah pada indeks warna 6 dan 7 adalah paling manis dan berjus.

Pokok belimbing berbuah tidak bermusim dan penuaiannya boleh dilakukan 4-6 kali setahun.  Penuaian varieti B10 dilakukan dengan tangan selepas 60-65 hari dari peringkat berputik ketika buah mencapai peringkat indeks warna 2.  Buah biasanya dibalut dengan beg pembungkus lebih kurang 4 minggu selepas berputik dan saiznya mencapai 5-6 cm.  Beg pembungkus daripada kertas surat khabar diberi kod warna untuk memudahkan penuaian.  Belimbing biasanya dipetik dengan tangan secara  menarik buah yang berbungkus daripada ranting.  Buah yang masih berbungkus disusun dengan cermat secara berbaring di dalam bakul plastik dan diletakkan di tempat redup sementara menunggu untuk diangkut ke rumah pembungkusan.

Pengenalan dan Gred Saiz


GredKetentuanKelonggaran
(% maksimum)
1Kandungan bahan pepejal larut > 8 Birx:
Seragam indeks warna
Kesegaran
Kerosakan
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (berat > 200 gm)

5
5
5
10
5
2Seragam indeks warna
Kesegaran
Kerosakan
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam 120-200 gm)
5
5
10
15
5

  1. Mati rosot dahan (Cephaleuros virescens)Disebabkan oleh Cephaleuros virescens, sejenis alga yang menyerang daun, batang dan buah.  Ia merebak melalui angin.  Alga ini boleh menyebabkan batang bengkak, retak dan seterusnya daun gugur serta mati rosot pada batang.  Jangkitan pada daun tidak penting kerana ia hanya menyerang pada lapisan luar sahaja.  Bahagian pucuk yang diserang diselaputi dengan tompok-tompok alga.  Pangkas pokok bagi mengurangi serangan alga ini.  Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun kulat yang mengandungi kupram pada kadar yang ditetapkan (lihat proses pemangkasan pokok).


  2. Penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus)Disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus yang merebak melalui akar.  Merbahaya dan boleh menyebabkan kematian pokok.  Pokok yang diserang boleh menyebabkan daun menjadi layu, kering dan gugur.  Akar-akar yang dijangkiti akan kelihatan bebenang kulat atau rizomof yang berwarna putih di permukaannya.  Cara jangkitan ialah dari akar ke akar melalui bebenang kulat.  Akar yang diserang hendaklah dibuang dan siram tanah keliling dengan racun kulat disirim dengan racun jenis sistemik seperti tridemorf atau triademenol.  Jika serangan teruk, pokok hendaklah dicabut dan dibakar bersama akar-akar yang berpenyakit.

  3. Bintik Daun (Cercospora averrhoae)
    Disebabkan oleh Cercospora averrhoae.  Kulat ini menyerang daun dan kerap berlaku apabila keadaan lembab.  Tanda awal serangan ialah bintik-binti kecil nekrotik pada daun dan bintik-bintik ini akan bercantum menjadi besar.  Bahagian tengah bintik berwarna putih kelabu manakala bahagian tepi gelap dan dikelilingi oleh tisu klorotik.  Serangan teruk boleh menyebabkan daun muda gugur.  Sembur dengan racun kulat yang mengandungi kupram atau mancozeb.
  4. Daun berumpun dan kerekot (bunchy and mainformed top) 
    Cladosporium oxysporum dan interaksi dengan kutu thrip)Serangan berlaku pada betik eksotika.  Pucuk daun yang diserang kelihatan cacat dan terdaapt bintik daun serta bintik berlubang.  Pada daun tua kelihatan bintik perang dan daun kelihatan kerekot.  Pokok kelihatan bantut dan menjadi kecil.  Sebur dengan racun kulat seperti mancozeb dan sembur racun serangga bagi kawalan kutu trip.


  1. Lalat buah
    Perosak utama buah belimbing dan perosak yang sukar dikawal.  Buah belimbing muda rentan terhadap serangan lalat buah dalam tempoh 2-3 minggu selepas peringkat buah berputik.  Bungkus buah kerana selepas waktu ini lalat buah betina mula bertelor.  Tanda buah yang disengat ialah bintik hitam pada buah hijau dan coklat atau lebam pada buah masak.

    Pengusaha dinasihatkan memusnahkan buah-buah yang tidak dibalut (atau tidak diperlukan) di atas pokok dan juga buah-buah yang rosak dan jatuh ke tanah bagi mengurangkan perumah lalat buah.  Jika tidak lalat buah ini akan membiak di dalam buah tersebut dengan cepat.  Pembungkusan hendaklah dijalankan pada 2-3 minggu selepas pembentukan buah.  Racun serangga (fenthion atau cypermethrin) juga digunakan untuk mengawal lalat tetapi penggunaan secara terus ke atas buah hendaklah dielakkan demi untuk menghindarkan kesan sisabaki berlebihan.  Semburan umpan protin (campuran protin hydrolysate dan racun serangga)  atau perangkap lalat jantan menggunakan bahan penarik juga boleh diamalkan.
  2. Ulat bunga
    Larva ulat ini mengorek bunga dan putik buah.  Serangan yang teruk boleh merosakkan keseluruhan jambak bunga dan akibatnya buah tidak terbentuk.  Putik buah yang diserang akan gugur.  Apabila menjadi wabak, sekali semburan dengan racun serangga seperti cypermethrin dan malation adalah memadai kerana jika berlebihan akan memberi kesan buruk kepada serangga pendebungaan.
  3. Ulat lymantriid
    Larva menyerang bahagian bunga dan permukaan kulit buah tanpa mengorek ke dalam isi.  Serangan selalu terjadi keatas buah muda yang tidak dibungkus.  Boleh dikawal dengan parasitoid larva.
  4. Ulat buah
    Larva menyerang buah muda yang tidak dibungkus.  Juga menyerang daun hijau yang matang.  Larva menyerang lapisan kulit luar daun dan menyebabkan bahagian itu menjadi kering dan coklat.  Buah yang diserang hendaklah dibuang semasa pembungkusan buah.  Sebelum membungkus buah, sekali penyemburan dengan eltametrin atau metamidofos 0.05% adalah memadai.

  5. Pengorek batang

    Serangga bertelur di celah-celah rekahan kulit batang.  Larva yang menetas mengorek batang dan menyerang permukaan kulit.  Larva seterusnya membentuk terowong dan liang-liang.  Kepompong terjadi di lorong dalam batang dan akan bergerak ke liang sebelum serangga dewasa terjadi.  Racun serangga (metamidofos) disuntik ke dalam liang dan kemudian disumbat dengan tanah bagi mengelakkan larva keluar.

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
  • Pembungkusan
    Buah belimbing dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.
  • Perlabelan
    Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.
PERSAMPELAN
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits, atau kaedah statistik yang dipersetujui.

PENGENDALIAN PASCATUAI
Bungkusan buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang sedia dibawa oleh pemetik ke pusat pengumpulan sementara.  Di sana, pembalut dan buah tidak ditanggalkan dan disusun rapat ke dalam bakul plastik atau kotak kertas beralun.  Ini dapat mengurangkan geseran yang terjadi antara kertas kering dan sading buah.  Buah-buah disusun secara terbaring pada garis panjang.  Setiap lapisan buah dialas dengan kertas.  Kaedah ini sesuai untuk pengangkutan buah ke tempat yang dekat.
Buah belimbing yang dipasarkan perlu dikendalikan dalam bangsal atau tempat pembungkusan yang sesuai.  Rumah pembungkusan perlu ada ruang untuk aktiviti pemilihan, penggredan, membuat rawatan, bilik sejuk dan stor untuk menyimpan kotak dan peralatan.  Buah digred mengikut piawaian SIRIM.  Buah belimbing untuk dieksport mestilah segar iaitu dibungkus dalam tempoh 24 jam selepas dipetik.  Pembungkusan adalah perlubagi menjamin mutu buah agar sentiasa berkeadaan pejal, kulit tidak bertukar warna dan buah tetap berwarna hijau ketika dipasarkan.  Terdapat 3 cara pembungkusan untuk pasaran eksport iaitu,
  • buah dibungkus dengan filem regang jenis poliner klorida (PVC)
  • buah dibungkus dengan kertas tisu
  • buah dibungkus dengan polystyrene net
Buah yang telah dibungkus disusun di dalam kotak yang disedia khas.  Kotak-kotak yang telah diisi hendaklah diasingkan kepada lot-lot mengikut kelas saiz besar, sederhana dan kecil dan disimpan dalam bilik sejuk untuk tujuan eksport.
KEGUNAAN BUAH BELIMBING
Selain jadi pencuci mulut, belimbing boleh dijadikan penawar kepada beberapa jenis penyakit.  Bagi orang Melayu, buah belimbing dikatakan elok dimakan oleh pesakit darah tinggi, sama ada dimakan begitu sahaja atau dibuat jus.  Ada juga yang minum air rebusan daun belimbing untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Di India, buah belimbing yang matang digunakan untuk menghentikan pendarahan dan meredakan penyakit buasir berdarah.  Buah yang dikeringkan atau air buah pula dimakan sebagai penawar demam.  Jika terkena cirit-birit, jem belimbing dikatakan boleh meredakannya.  Manakala salap daripada buah belimbing digunakan untuk melegakan penyakit mata.
Di Brazil, belimbing disyorkan sebagai 'diuretik' (bertindak untuk melancarkan pengeluaran air kencing) bagi pesakit buah pinggang dan pundi kencing.  Ia juga dipercayai dapat meredakan gatal-gatal kulit yang mengalami ekzema.  Dalam perubatan Cina, belimbing dikatakan bertindak untuk menghilang dahaga, meningkatkan perembesan air liur dan melegakan demam.
Air rebusan buah dan daun belimbing boleh diminum untuk menghilangkan rasa mual dan loya muntah.  Daun-daun yang diikat  pada pelipis pula dapat melegakan sakit kepala.  Cacar air dan kurap juga dikatakan dapat dirawat dengan daun belimbing.  Caranya, daun dan pucuk belimbing dihancurkan dan dituam pada cacar air dan kurap tersebut.  Juga dipercayai bunga belimbing boleh dijadikan ubat cacing.
Di sesetengah tempat di Asia Tenggara, mereka menggunakan bunga belimbing untuk mengurangkan radang kulit bagi pengidap dermatitis (kulit kemerah-merahan dan mengelupas).  Bunga belimbing digosok-gosokkan pada kulit yang terkena jangkitan tersebut.  Air rebusan biji belimbing yang dihancurkan pula, dikatakan dapat menggalakkan pengeluaran susu dan melancarkan haid.  Namun begitu, air rebusan ini hendaklah diminum sedikit sahaja kerana ia agak memabukkan.  Ada juga yang menggunakan serbuk biji belimbing sebagai ubat penenang bagi penyakit lelah dan kembung.
Mengikut Burkill, 'kulit dalam' pokok belimbing yang diadun bersama kayu cendana dan Alyxia sp., boleh disapu pada ruam panas.  Manakala akar belimbing yang diadun bersama gula, dikatakan boleh menawarkan racun.  Daun, batang dan akar belimbing didapati mengandungi asid hidrosianik.
KEGUNAAN BELIMBING BULUH
Di Filipina, daun belimbing buluh digunakan sebagai pes untuk dituam pada bahagian badan yang mengalami gatal-gatal, bengkak, penyakit beguk dan reumatisme.  Pada sesetengah tempat, pes daun belimbing buluh atau daun yang dihancurkan dijadikan penawar bagi gigitan binatang yang berbisa dan beracun.
Orang-orang Melayu dahulu, menggunakan daun yang segar atau yang diperam, untuk merawat penyakit kelamin.  air rendaman daun belimbing ini juga dikatakan berkesan untuk melegakan batuk dan penyakit seriawan.  Selain itu, air rendaman daun ini dipercayai boleh dijadikan tonik untuk wanita lepas bersalin.  Penyakit radang dubur (rectal inflammative) juga dapat dikurangkan apabila air rebusan daun ini diminum.
Di Jawa, buah belimbing buluh yang dicampur dengan lada sulah, dimakan untuk mengeluarkan peluh apabila badan merasa kurang sihat.  Apabila baru lepas demam, pes buah belimbing buluh jeruk, dilumur ke seluruh badan supaya cepat sembuh dan untuk mengembalikan kesegaran badan.  Jem buah belimbing ini pula boleh dijadikan ubat batuk, penyakit beri-beri dan 'biliousness' (fungsi hati yang terganggu atau terlebih hempedu).
Buah belimbing buluh juga boleh dijadikan siap dan ia baik untuk melegakan demam, menghentikan pendarahan dubur dan meredakan penyakit buasir dalaman.

Betik

 


Di Malaysia, terdapat beberapa jenis betik yang dibiak-biak secara tempatan dan juga beberapa jenis dari luar negeri.  Betik jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah.  Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew.
Keperluan tanaman betik adalah seperti berikut:-
  1. Faktor Iklim
    Sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan yang sama rata sepanjang tahun.  Keperluan hujan tidak kurang dari 1200 mm setahun dan keadaan kemarau boleh menyebabkan keguguran bunga-bunga betik.  Suhu sesuai untuk tanaman betik ialah diantara 21-33oC.  Tidak sesuai ditanam di kawasan yang mengalami tiupan angin kencang kerana pengakarannya yang cetek pokok mudah tumbang.
     
  2. Faktor Tanah
    Memerlukan tanah bersaliran baik.  Jenis tanah yang mudah dibanjiri air adalah tidak sesuai.  Bagi tanah-tanah yang sederhana sesuai/bermasalah betik boleh ditanam dengan pengurusan yang bersesuaian bergantung kepada masalah yang dihadapi.  Masalah dan cara mengatasi adalah seperti berikut:-

    CEC sederhana Rendah
    Ikut program pembajaan yang disyorkan dan gunakan tambahan baja organik.

    Lapisan padat (di bawah 50 cm) atau berbatu
    Pecahkan lapisan padat dan buang batu-batu jika perlu.  Kemudian buat batas atau timbunan, sediakan lubang tanaman yang sempurna dan ikuti program pembajaan yang disyorkan.

    Sangat salir
    Adakan sistem pengairan dan gunakan bahan-bahan organan sebagai baja tanaman.

    Curam
    Elakkan hakisan tanah dengan menanam penutup bumi, menanam mengikut kontor, membina teres atau tapak pentas.  Sediakan parit kontor dan lain-lain.

Diantara kultivar-kultivar betik yang disyorkan ialah:-
  1. Subang 6

    Sesuai untuk diproses kerana warna isinya yang menarik serta saiz buahnya seragam.  Ia juga boleh dimakan segar kerana senang dihiris dan tidak mudah patah.  Jenis ini sangat subur pada peringkat awal pertumbuhan dan berbuah awal, lebih kurang 42-44 minggu selepas disemai. Buah yang masak mempunyai warna kulit kuning seragam dengan permukaan buah yang sangat bersih dan bebas daripada bintik-bintik atau lebam manakala tekstur isinya bagus dan mantap, dengan kandungan gula yang rendah.
     
  2. Sitiawan
    Betik jenis ini lebih sesuai untuk diproses atau ditinkan kerana hasilnya tinggi dan isinya yang pejal.  Ia mempunyai tumbesaran yang sangat subur, ketinggian yang sederhana dan cepat berbuah, kira-kira 44-45 minggu selepas disemai.
     
  3. Batu Arang
    Mempunyai ketinggian pokok yang sederhana tetapi cepat berbuah.  Ianya mula berbunga 4-6 bulan selepas disemai dan mengambil masa selama 5 bulan untuk buah membesar dan masak.  Tumbesaran dan penghasilan pokok amat sensitif kepada faktor-faktor alam persekitaran seperti suhu yang tinggi dan kemarau.
     
  4. Eksotika
    Betik Eksotika ialah hasil kacukan secara berulang-ulang diantara jenis luar negeri Sunrise Solo dengan jenis tempatan Subang 6.  Hasil kejayaan ini, betik Eksotika merupakan jenis  yang berpotensi untuk pasaran.  Pokok Betik Eksotika sederhana tingginya dan mula berbunga pada peringkat umur 3-4 bulan selepas ditanam.  Buah akan dihasilkan dan kematangannya akan mengambil masa selama antara 4 ke 5 bulan, dewasa pokoknya setinggi lebih kurang 80 cm dari permukaan tanah.
    Kesemua pokok betik eksotika akan menghasilkan buah jantina iaitu bermofrodit dan buah betina.  Buah bermofrodit berkeadaan panjang berbentuk pir, kecil di bahagian pangkal dan besar menirus ke bahagian hujung.  Sementara buah betina berbentuk bulat.  Berat sebiji diantara 600-800 gm dan mempunyai kandungan gula yang tinggi 14-15 TSS.  Isinya tebal berwarna samar kemerahan, rongga ovarinya kecil, berbau wangi dan lazat  rasanya.
     
  5. Betik Panjang
    Nama lain: Betik Sekaki atau Betik Hong Kong.  Daerah Batang Padang merupakan pengeluar betik sekaki terbesar di Perak.  Kawasan bekas lombong terutamanya di kawasan Bidor adalah merupakan kawasan yang terbanyak menanam betik sekaki di Daerah Batang Padang.

CARA MENANAM
Tanaman betik sesuai kepada tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentiasa berkeadaan lembab.  Tanah yang terendam air tidak sesuai bagi tanaman betik.  Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang tetapi tidak terdedah kepada angin yang kencang.  Cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan yang serata adalah mustahak bagi tanaman betik.
PENYEDIAAN BIJI BENIH
Sebanyak 1,700 pokok anak benih adalah diperlukan bagi tanaman setiap hektar tanah dan ditambah 10% atau 200 pokok lagi untuk sulaman jika ada yang tidak hidup selepas ditanam.  Biji benih elok disemai ke dalam polibeg, yang berukuran 15 cm x 22 cm.  Isikan polibeg dengan campuran 2 bahagian tanah lapisan atas, 1 bahagian pasir sungai dan 1 bahagian bahan organik (tahi ayam atau tahi lembu).  Sebelum biji benih disemaikan, adalah baik dirawat terlebih dahulu dengan racun thiram untuk mengelakkan terkena serangan kulat.
Tanamkan biji benih sedalam 2 cm ke dalam tanah.  Jangan tanam terlampau dalam kerana ditakuti benih tidak akan bercambah disebabkan terlampau cetek biji benih yang disemai akan berubah-ubah tempat semasa menyiram dan kecambahannya akan terganggu.  Biji benih akan bercambah dalam masa satu minggu.  Sedang anak benih beransur membesar, taburkan racun siput di merata kawasan, untuk mengelakkan daripada serangan siput.  Selain anak benih berumur 6-8 minggu ataupun telah berdaun 8-12 helai, anak semaian boleh diubah ke ladang.
KAWASAN PENANAMAN
Kawasan yang akan ditanam hendaklah dibersihkan dan dibajak.  Gali lubang sedalam 30 cm dan 30 cm lebar.  Jarak tanaman 1.8 m x 2.7 m, boleh ditanam sebanyak 1,700 pokok sehektar.  Semasa menanam gaulkan tanah di permukaan atas dengan baja phosphate sebanyak 200 g -250 g.  Pilihlah musim hujan yang sederhana apabila hendak menanam, kalau masa hujan yang banyak boleh menjadi keadaan terlalu lembab, dan akar betik yang belum berfungsi itu menjadi busuk.
Pembajaan









Jarak tanamanKepadatan tanaman sehektar
(pokok)
Umur pokok
(bulan)
Jenis bajakadar baja mengikut jenis tanah (kg/pokok)
Tanah mineralTanah pasir
sebelum/semasa menanamPembajaan Asas
TSP
Organan

0.25
5.0

0.25
6.00
1.8m x 2.7m
2.0m x 2.7m
2.0m x 3.4m
2.5m x 3.0m
2.7m x 3.0m
2000
1800
1420
1300
1200
1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
> 5 bulan
15:15:15 15:15:15
15:15:15
12:12:17:2

12:12:17:2
0.05
0.05
0.05
0.10
0.35
0.05
0.05
0.10
0.35
0.35


setiap 2 bulan
setiap 3 bulan
setiap 6 bulan
12:12:17:2
12:12:7:2
Organan
0.35
-
2.0
0.35
6.00
-


KAWALAN RUMPAI
Apabila pokok muda, rumpai di keliling pokok dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan.  Rumpai diantara pokok boleh juga dikawal dengan semburan racun glufosinate ammonium (Basta).  Selepas itu, ' 'spot spraying' dengan Glufosinate ammonium atau paraquat dibaut setiap 2 bulan sekiranya perlu.  (Racun herba sistemik seperti Glyphossate dan 2, 4-D Amine tidak boleh digunakan untuk betik).
MENJAGA MUTU BUAH
Pokok betik akan mula berbunga apabila berumur lebih kurang 4 bulan selepas ditanam.  Penjarangan buah perlulah dijalankan untuk menjaga bentuk dan saiz buah yang seragam.
PENGAIRAN
Jika musim terlampau kering, pokok-pokok betik perlu disiram air, jika tidak pertumbuhannya akan terganggu.  Kekurangan air juga boleh menyebabkan bunga-bunga betik menjadi gugur.

PENYAKIT:

  1. Antraknos (Colletotrichum gleosporioides) Dahan dan ranting mati pucuk.  Batang kering dengan cepat, bermula dari hujung dan merebak ke bahagian bawah batang.  Daun menjadi kecut dan gugur.  Bahagian yang diserang mempunyai garis-garis perang gelap di hujung.   Amalkan pertanian yang baik dan guna racun kulat mengikut label seperti mancozeb, thiophanate-metyl, prochhloraz zinc complex.  Musnahkan buah dan daun yang berpenyakit. 
     
  2. Reput Akar (Phytopthora parasitica) Daun muda menjadi layu, daun tua menjadi kuning dan patah terkulat di sekeliling batang sebelum jatuh.  Pokok tidak tahan kemarau dan senang tumbang bila ditiup angin.  Amalkan pertanian yang baik.  Cabut dan musnah pokok yang berpenyakit dan jaga kebersihan ladang.  Gunakan racun Benomyl (0.1%) atau Mancozeb (0.1%) serta elakkan dari air bertakung dalam kawasan bertanam
     
  3. Daun berumpun dan kerekot (Cladosporium oxysporum)
    Vektor:  Kutu Trip
    Hanya terdapat pada betik ekxotika. Pucuk daun kelihatan cacat dan terdapat bintik daun serta bintik berlubang 1-3 mm.  Pada daun tua kelihatan binti perang, sekelilingnya berwarna kuning dan daun kelihatan kerekot.  Dalam keadaan teruk hanya tinggal tangkai daun ssahaja.  Pokok keliahtan bantut dan buah menjadi kecil.  Gunakan racun serangga mengikut label untuk mengawal kutip trip serta racun kulat yang sesuai.
     
  4. Bintik Berlubang (Corynespora cassiicola)
    Daun matang kelihatan bintik-bintik perang muda berbentuk bulat dan berlubang di tengash sehingga 5 mm lebar.  Musnahkan daun-daun yang dijangkiti terutama daun yang tua dan duan gugur.   Amalkan pertanian yang baik dan pembajaan yang mencukupi.
  5. Penyakit Virus Bintik Cincin Betik 
    Klik untuk makluman seterusnya!
     
  6. Penyakit Mati Rosot Betik (papaya dieback)
    Klik untuk makluman seterusnya!

  1. Lalat Buah (Bactrocera spp.)Berenga mengorek serta memakan isi buah menyebabkan isi buah menjadi lembut dan busuk.  Musnah buah yang diserang dengan cara menanam ke dalam tanah sedalam satu kaki.  Pasang perangkap methyl-eugenol.  Gunakan racun seperti cypermethrin.
  2. Hamama Merah (Tetranychus spp.)Menyerang bahagian pucuk, daun dan buah pada semua peringkat dengan menghisap cairan.  Serangan meningkat di musim kemarau.  Sebur dengan racun hamama tetradifon.
  3. Kutu Trip (Thrips parvispinus)Menyerang bahagian pucuk, daun muda dan kudup bunga pada semua peringkat pertumbuhan.  Menghisap cairan dari bahagian yang diserang.  Sembur dengan racun serangga seperti deltamethrin.


MEMUNGUT HASIL

Selepas lebih kurang 8-9 bulan ditanam, pokok betik jenis ini sudah mula mengeluarkan hasil.  Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya.  Pada peringkat ini, buahnya senang dikendalikan kerana tidak mudah rosak.  Disamping itu dapat dihindarkan dari terkena serangan lalat buah dan penyakit Antraknos.  Buah-buah yang dipetik di peringkat ini tahan disimpan selama seminggu.  Bagi sepokok, hasilnya boleh mencapai kepada 25 kilo sepanjang hayatnya.  Masa pengeluaran, hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan, bermula dari bulan ke sepuluh selepas ditanam di ladang.
 

INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH  BETIK
Umumnya buah betik dituai pada peringkat umur 150-164 hari selepas bunga kembang.  Oleh sebab peringkat kematangan betik sangat berkait rapat dengan perubahan warna kulit  buah, penuaian sering dilakukan berdasarkan indeks warna buah tersebut.  Buah betik sudah boleh dituai sebaik sahaja terdapat perubahan warna pada kulit buah.  Perubahan warna kulit buah ini biasa mula berlaku di bahagian lurah pada hujung buah.

Indeks warna 1:Berwarna hijau sepenuhnya. Belum matang, tidak akan masak dengan sempurna
Indeks warna 2:Berwarna hijau dengan sedikit kesan kekuningan, sesuai untuk pasaran eksport.
Indeks warna 3:Warna kulit lebih hijau daripada kuning sesuai untuk pasaran eksport.
Indeks warna 4:Warna kulit lebih kuning daripada hijau, sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks warna 5:Kulit berwarna kuning dengan kesan kehijauan, sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks warna 6:Kulit berwarna kuning sepenuhnya, masak sepenuhnya.

Buah pada indeks warna 1 masih tidak sesuai dipetik kerana kematangannya tidak jelas.  Walaupun isi sudah kemerahan, kulitnya masih hijau dan buah ini dikhuatiri tidak masak dengan sempurna dan kandungan pepejal larut kurang daripada 10%.  Di Hawaii, buah petik yang masak perlu mengandungi jumlah pepejal larut 11.5% bagi memenuhi gred piawaian.  Buah betik untuk tujuan eksport sebaik-baiknya dituai pada indeks warna 2 atau selewat-lewatnya pada indeks warna 3.  Buah pada peringkat ini lebih tahan terhadap operasi pengendalian lepas tuai dan tempoh penyimpannya lebih panjang.  Buah ini mempunyai ciri-ciri rasa yang memuaskan setelah masak.  Penuaian buah pada indeks warna 4 dan 5 pula mungkin hanya sesuai untuk pasaran tempatan kerana hayat penyimpanannya pendek iaitu buah akan masak dengan cepat.  Buah-buah ini juga tidak sesuai untuk pengangkutan yang jauh kerana tidak tahan terhadap himpitan sama sendiri disebabkan buah sudah lembut.
Indeks Warna Buah Betik Eksotika


Penuaian mestilah dilakukan dengan cermat kerana buah betik sangat mudah tercedera.  Penuaian yang sebaik-baiknya ialah dengan memulas tangkai menggunakan tangan.
  SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED BETIK EKSOTIKA
(Sumber: FAMA)


Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk Betik Eksotika (II) yang nama botaninya Carica Papaya L.Var.Eksotika dari famili CARICACEAE.  Nama asalnya MARDI Backcross Solo.
Definasi Terma Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:-

  • Tahap kematangan (terdiri dari 6 indeks)
    Indeks 1 : Seluruh permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya.  Tidak sesuai untuk pasaran.
    Indeks 2 : Permukaan kulit berwarna hijau dengan sedikit tompok kekuningan.  Buah telah matang.
    Indeks 3 : Permukaan kulit berwarna hijau melebihi permukaan yang berwarna kuning.
    Indeks 4 : Masak.  Permukaan kulit berwarna kuning melebihi permukaan yang berwarna hijau.
    Indeks 5 : Seluruh permukaan kulit berwarna kuning dengan sedikit tompok hijau.
    Indeks 6 : Terlalu masak, keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning. Tidak digalakkan untuk dipasarkan.
     
  • Kotor
    Buah yang terdapat kesan-kesan kotoran yang tidak dibersihkan seperti kesan getah, serangga, tanah dan lain-lain bahan asing.
     
  • Segar
    Keadaan buah tidak kecut dan kulit tidak berkedut.
     
  • Cacat
    Buah yang bentuknya tidak normal seperti bengkok dan berbonggol.
     
  • Cacat Rupa
    Tanda-tanda yang mencacatkan rupa seperti berbintik dan kesan parut serta tidak boleh dibersihkan, tetapi tidak menjejaskan isi buah.  Kesan ini meliputi 10% - 25% permukaan kulit  buah.
     
  • Rosak
    Buah yang rosak akibat kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam dan busuk atau reput akibat serangan penyakit dan makhluk perosak serta kesan seperti cacat rupa yang melebihi 25% permukaan kulit buah.
     
  • Tahap Kematangan Seragam
    Konsainan yang mengandungi satu indeks tahap kematangan atau gabungan 2 indeks yang terdekat.

Keperluan Minima

  • Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit, kotoran, kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia.
  • Tangkai buah yang tidak melebihi 0.5 cm
  • Telah mencapai peringkat kematangan yang mencukupi (indeks 2 - indeks 5) seperti yang dikehendaki oleh pasaran.

Pengelasan Gred dan Saiz

  • Gred 1:
    Kandungan bahan pepejal larut > 10oBrix
    Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 5%)
    Kerosakan (maksimum kelonggaran: 10%)
    Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 10%)
    Saiz yang seragam: berat > 600 gm (maksimum kelonggaran: 5%)
     
  • Gred 2:
    Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 10%)
    Kerosakan (maksimum kelonggaran: 15%)
    Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 20%)
    Saiz yang seragam: berat  > 300 gm x 600 gm (maksimum kelonggaran: 5%)
     
  • Luar Gred:
    Buah yang tidak memenuhi ciri di atas.

Pembungkusan dan Perlabelan

  • Pembungkusan

    Betik Eksotika daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
  • Perlabelan

    Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-

    - Tarikh
    - Nama / Kod Penanam
    - Nama / Kod Pengeksport
    - No. Kad Pengenalan
    - No. Pendaftaran Syarikat
    - Alamat
    - Komoditi
    - Berat Bersih
    - Gred

Persampelan


Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits atau kaedah statistik yang dipersetujui.


KECEDERAAN DINGIN BUAH BETIK
(Sumber: Teknotani 1/97)

Penyimpanan buah-buahan pada suhu rendah boleh melambatkan proses buah masak.  Walau bagaimanapun, kebanyakan buah tropika dan subtropika peka terhadap suhu rendah.  Buah-buahan tersebut boleh mengalami kerosakan fisiologi yang dikenali sebagai kecederaan dingin apabila didedahkan pada suhu di bawah had kritis.  Suhu kritis kecederaan dingin bagi kebanyakan buah tropika adalah sekitar 10-15oC.  Tahap kecederaan dingin pada produk yang peka terhadap suhu rendah bergantung pada jangka masa penyimpanan serta rendah suhu.
Tahap kematangan juga mempengaruhi berlakunya kecederaan dingin.  Buah pada peringkat praklimakterik iaitu pada peringkat awal kematangan lebih peka kepada kecederaan dingin berbanding dengan buah pada peringkat pascaklimakterik.
Bagi buah betik, tahap dan simptom kecederaan dingin yang berlaku berbeza-beza mengikut varieti dan kaedah penyimpanan.  Kecederaan dingin pada betik Solo berlaku  pada suhu penyimpanan 7oC, manakala bagi betik Eksotika, simptomnya mula kelihatan pada keadaan berikut:-
  • setelah disimpan selama 5 hari pada suhu 10oC
  • setelah disimpan selama 4 minggu pada suhu 12oC
Simptom kecederaan dingin:
Antara simptom kecederaan yang biasa berlaku pada buah betik ialah:-

  • lekukan pada permukaan kulit
  • bintik-bintik berwarna perang/hitam
  • peningkatan serangan kulat dan penyakit
  • masak tidak seragam atau tidak masak
  • lebam
Mengatasi kecederaan dingin:
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.  Antaranya ialah dengan mengolah suai keadaan penyimpanan, pengawalan atmosfera di sekeliling buah, pengawalan kelembapan, penyimpanan pada tekanan rendah, penggunaan bahan kimia dan modifikasi genetik.
Kaedah mengolah suai keadaan penyimpanan memberi kesan positif pada buah betik.  Kaedah ini dapat dilakukan dengan berbagai-bagai cara.  Antaranya adalah dengan penyimpanan tertangguh, iaitu menyimpan buah yang peka terhadap suhu dingin pada suhu ambien untuk seketika sebelum disimpan pada suhu dingin, penyimpanan berselang-seli pada suhu dingin dan suhu ambien dan pendedahan buah pada suhu lebih tinggi sedikit daripada suhu kecederaan dingin.

Kaedah mengekalkan kelembapan persekitaran yang tinggi semasa penyimpanan juga boleh membantu mengelakkan kecederaan dingin.  Caranya ialah dengan pembungkusan atmosfera terubahsuai.  Sistem penyimpanan yang sesuai dan pengawalan suhu yang optimum amat penting untuk memanjangkan tempoh simpanan sesuatu komoditi.  Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius dalam merancang pengeluaran dan pemasaran komoditi-komoditi yang mempunyai potensi eksport.

Buah Naga

  

  PENGENALAN
Pitaya atau 'dragon fruit' atau buah mata naga (Hylocereus undatus) adalah tanaman baru yang diusahakan secara komersil di negara ini.  Ia berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke 19 dari Guvana sebagai tanaman hiasan.
Buah daripada famili 'Cactaceace' ini mendapat nama mungkin daripada bentuknya yang kelihatan seakan-akan bebola api yang terdapat pada mulut naga.  Nama tempatan yang biasa ialah Pitaya/Kaew mang korn (Thailand); Than long (Vietnam), Strawberry pear; Pitahaya (Latin America); Queen of the night (North America); Red dragon fruit; Fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); Huo long guo/Hong long guo (Taiwan).
Kandungan zat makanan yang terdapat dalam buah pitaya air, protin, lemak, gentian, karotin, kalsium, fosferus, besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, thiamine, riboflavin, niacin dan abu.
CIRI-CIRI POKO

Pokok pitaya tergolong dalam keluarga kaktus.  Pitaya hidup dengan tumbuh menjalar dan disokong oleh akar-akar yang kuat.  Akar ini juga berfungsi menyerap makanan daripada bahan organik untuk pertumbuhan.  Buah Pitaya berbentuk bujur, berkulit merah muda terang dilindungi lapisan kelopak berwarna hijau serindit di hujungnya dan mempunyai rasa yang lazat dan kaya dengan nilai pemakanan serta tonik penyembuh penyakit.
VARIETI PITAYA
Terdapat beberapa varieti pitaya yang diusahakan.  Varieti ini berdasarkan kepada warna isi buah pitaya iaitu warna putih, merah dan kuning.
 
Varieti
Warna Isi
Saiz Buah Sari Salut/Sisik buah pada buah matang Gerigi Batang
Hylocereus costa/Hylocereus poly/
Pitaya 126
(Asal Taiwan)
Merah
Sederhana besar
(300-500g)
 Susunan lebih rapat
 Berbentuk lebar dan pendek
 Bewarna hijau atau
 hijau sedikit perang
Hylocereus undatusPutih
Besar
(500-800g)
 
 Susunan jarang
 Berentuk  tirus dan panjang
 Berwarna perang


KEPERLUAN TANAH DAN IKLIM
Pitaya sesuai ditanam di kawasan yang mengandungi 10-30% pasir atau tanah gembur pada cerun kurang dari 6o dan bersaliran baik.  Walau bagaimanapun, kawasan tanah tinggi, tanah baris mahupun tanah sawah boleh juga ditanam jika langkah-langkah pemuliharaan tanah diambilkira.  Di kawasan sawah ianya perlu ditanam di atas batas yang cukup tinggi dan akarnya tidak digenangi air.  Sistem 'furrow' boleh digunakan di tanah sawah.
Tanaman buah naga bersifat 'long day plant' iaitu ia memerlukan cahaya matahari yang panjang pada waktu siang.  Selain itu, ia adalah dari golongan 'Crassulacean Acid Metabolic' iaitu tumbuhan yang memproses makanannya pada waktu malam.  Pokok buah naga juga bersifat epipitik dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut serta memanjat dan menjalar.  Akar akan keluar dari batang yang menjalar di atas para untuk tujuan pengambilan air dan pemakanan.
Iklim tropika dengan purata suhu antara 25-30oC dan hujan antara 500-1500 mm adalah sangat sesuai.  Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk.
PEMBAJAAN
|font face="Arial" style="font-size: 11pt"> Pembajaan ialah satu akpiviti ladang yang sangat penting dalam penanaman buah naga.  Tanaman buah naga memerlukan baja organik untuk pgrtumbuhan yang baik.  Pen'apuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah rendah (masam).
Lubang tanaman dimasukkan baja organik CIRP dan juga kapur.    Baja hendaklah diberi secara 'pemberian split' dengan kadar bulanan tertentu.  Baja 'foliar' juga perlu disemburkan pada batang supaya pokok lebih sihat.  Apabila pokok telah membesar, baja kimia dan baja organik perlu diberi dengan lebih kerap.  Kadar pembajaan adalah seperti berikut
 

Umur Pokok
Jenis Baja
Kadar / Rumpun Kekerapan
Pokok muda (1-6 bulan) NPK 15:15:15
 atau NPK 16:16:16
 Organan
100 g
 2 bulan sekali
7 bulan dan seterusnya NPK 15:15:15
 atau NPK 16:16:16
 Organan
500 g
 2 bulan sekali, berselang seli
 dengan baja kimia
Pokok berbuah:
Masa berbuah
NPK 13:13:21
Organan
300 g
500 g
 Biasanya selang sebulan antara
 baja pembesaran dan baja buah
Selepas berbuahNPK 15:15:15
Organan
300 g
500 g


PENANAMAN
Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan.  Bagi setiap tiang, empat anak pokok (dari keratan batang) ditanam.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5m dalam baris dan 3m antara baris.  Anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak.  Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh memanjang untuk membentuk batang utama.
CANTASAN
Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para.  Bagi pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi.  Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).
PENGAIRAN
Pengairan yang baik adalah penting untuk mendapat hasil pitaya yang tinggi. Pengairan pada kekerapan 2-3 hari sekali di peringkat awal penanaman dan 1-2 kali seminggu di peringkat pokok matang adalah di syorkan, terutama pada musim panas. Sistem pengairan titis disyorkan untuk tanaman pitaya.
PENGURUSAN PEROSAK, PENYAKIT DAN RUMPAI
Pokok buah naga sangat sensitif kepada racun rumpai.  Penggunaan racun rumpai dipangkal pokok tidak digalakkan kerana sistem akar pitaya adalah cetek. Pokok dan batangnya mudah melecur dan menggelupas apabila terkena racun tersebut. Rumpai di sekeliling pokok disyorkan dipotong/dicabut. Amalan meletakkan bahan sungkupan/kompos di sekeliling pangkal tanaman juga dapat mengawal pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok. Bagi kawasan di antara barisan tanaman, disyorkan rumpai dipotong setiap 1-2 bulan sekali. Kawalan rumpai dibuat secara berkala mengikut keadaan ladang.  Begitu juga dengan kawalan perosak dan penyakit jika perlu.  Penyakit yang sering dijumpai ialah kulat dan bakteria.
Serangan semut dan kulat boleh dikawal dengan menggunakan racun perosakan yang disyorkan.  Haiwan yang biasa menyerang tanaman ialah burung, tupai, tikus dan kelawar.  Siput juga boleh merosakkan batang buah naga.  Haiwan-haiwan ini akan makan buah yang telah masak.  Oleh itu, buah hendaklah dibungkus untuk mengelakkannya daripada dirosakkan oleh haiwan-haiwan berkenaan.  Perosak lain ialah kumbang Xylopetrus yang perlu diawasi, walaupun tahap serangan adalah rendah.  Selain itu, lalat buah (Dacus dorsalis) juga sangat penting dikawal.
Selain haiwan perosak, penyakit reput batang (stem rot) yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris turut menyerang tanaman ini.  Kulat Phomopsis menyebabkan bintik berwarna coklat pada buah.  Semburan dengan racun kulat dapat mengawal penyakit ini daripada merebak.
PENGELUARAN HASIL
Pokok pitaya mula berbunga selepas 7 bulan ditanam.  Bunga akan berkembang pada waktu malam dan bertahan semalaman saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil yang  pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam.  Pusingan pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari.  Secara umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun.

PENUAIAN

Petik buah apabila mencapai kematangan optimum 38-40 hari dari berputik atau 30-32 hari daripada bunga mula mengembang.  Petik pada wakktu pagi atau lewat petang untuk mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi dan kumpul buah di tempat teduh.  Gunakan peralatan seperti gunting, bekas dan kereta sorong yang bersih dan sesuai.  Elakkan memetik semasa buah masih basah (embun atau hujan).  Elakkan buah tersentuh dengan minyak atau kimia yang bukan untuk rawatan.  Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan pada buah.  Gunakan bekas yang kukuh, bersih, licin dan tiada bahagian yang tajam dan jangan letak buah tanpa berlapik.

INDEKS KEMATANGAN
Indeks 1  -Belum matang (19-20 hari).  Permukaan kulit dan sisek berwarna hijau.  Belum sesuai dituai.
Indeks 2  -
 
Matang (24-25 hari).  Permukaan kulit berwarna tompok-tompok merah dan sisek berwarna hijau.  Sesuai dituai untuk penghantaran jauh dan eksport menggunakan laut dan udara.
Indeks 3  -
 
Hampir masak (27-29 hari).  Permukaan kulit berwarna kemerah-merahan dan sisek berwarna hijau.  Sesuai dituai untuk penghantaran jauh dan esport menggunakan laut dan udara.
Indeks 4  -
 
Masak (31-32 hari).  Seluruh permukaan kulit berwarna merah, dan sisek berwarna hijau.  Sesuai untuk menghantaran jauh dan eksport menggunakan udara sahaja.
Indeks 5  -
 
Terlalu masak (34-35 hari).  Keseluruhan permukaan kulit berwarna merah dan sisek berwarna keperangan.  Hanya sesuai untuk pasaran tempatan sahaja.


PENGENDALIAN LEPAS TUAI
  • Pengasingan
    Lakukan pengasingan di ladang dan di rumah pembungkusan.  Pilih buah yang berkualiti iaitu yang segar, matang, bebas daripada kecacatan dan kerosakan.  Asingkan buah mengikut tahap-tahap kematangan.  Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan pada buah.  Musnahkan buah yang ditolak dengan kaedah yang betul.
     
  • Pembersihan
    Bersihkan buah dari kotoran ladang dan benda asing termasuk sarang serangga, tanah dan sebagainya.  Elakkan membersihkan buah dengan merendam buah di dalam air.  Span, berus atau kain lembut boleh digunakan semasa membersih untuk mengelakkan kecederaan pada buah.  Buah yang basah kerana hujan atau embun perlu dikeringkan menggunakan kipas pada suhu bilik.
  • Penggredan
    Buah perlu digred dengan cermat mengikut kriteria-kriteria tertentu seperti varieti, keseragaman saiz, keseragaman kematangan, bebas daripada bahan asing, kecacatan, kecederaan dan jangkitan penyakit.  Buah pitaya mestilah memenuhi keperlukan minimum berikut:-
    - mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki pasaran.
    - kandungan jumlah pepejal larut melebihi 9% Bris.
    - buah masih segar dan agak bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan.
     
  • PembungkusanMenggunakan bekas atau bahan pembungkusan yang sesuai dan boleh melindungi buah daripada kecederaan mekanikal dengan baik semasa dikendalikan.  Bahan yang digunakan untuk mengalas mestilah dari bahan lembut, bersih dan bebas daripada kesan toksik.  Bahan pembungkus mempunyai cukup pengudaraan.  Berat bersih bagi satu unit pembungkusan ialah diantara 5 kg - 10 kg.  Mempunyai label seperti nama dan alamat pembungkus, perkataan 'Pitaya' dan juga varieti, negara asal, gred, kelas saiz dan  bilangan buah.

    Untuk pasaran tempatan, buah hanya disusun di dalam kotak kertas mengikut gred dan juga di dalam bakul plastik.  Untuk pasaran jauh buah perlu dibalut dengan 'styrofoam' lembut dan disusun di dalam kota beralas dengan carikan kertas.  Buah disusun dalam keadaan berbaring dan carikan kertas juga diletak antara buah-buah supaya ia tidak rosak semasa pengangkutan.  Bilangan buah sekotak ialah antara 12-14  biji dengan berat 4 kg sekotak.
     
  • Simpanan SementaraBertujuan menurunkan suhu buah ke tahap paling rendah untuk membuang haba ladang (field heat) dengan cepat supaya jangka hayat buah menjadi lebih lama.  Elakkan perubahan suhu yang mendadak kerana ini akan mempercepatkan proses buah rosak.  Suhu simpanan yang sesuai ialah 6-7oC dengan kadar kelembapan relatif 90-95% dimana kualiti buah dapat dikekalkan sehinggga 3 minggu.  Penyimpanan pada suhu yang lebih rendah (<5oC) boleh menyebabkan berlakunya kecederaan sejuk.
     
  • Pengangkutan dan PengedaranDigalakkan menggunakan bakul plastik atau kotak untuk memudahkan pengendalian.  Kurangkan tempoh pengangkutan dan pemunggakan.  Gunakan pelet untuk mengurangkan pengendalian.  Gunakan lori sejuk atau lori yang bertutup kanvas yang mempunyai cukup pengudaraan dan digalakkan untuk mengangkut pada waktu cuaca sejuk. Kebanyakan pengusaha menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau lori kecil.

Ciku





Nama Saintifik:Manikara achras (Mill Fosberg
Nama Lain:Achras Sapota L.
Nama Biasa:Ciku, Sawo
Keluarga:Sapotaceace
:Pokok Ciku (Wikipedia)
Buah tropika berasal dari Amerika Tengah.  Ciku mengandungi kandungan karbohidrat, kalori yang tinggi dan kaya dengan zat-zat makanan (air, protin, lemak serabut, abu, kalsium, fosferos, besi, natrium, kalium, karotena, vitamin B1, B2, B3, C.
Pokok
Pokok bersaiz sederhana besar, berbentuk piramid semasa kecil, rendang serta membulat apabila matang.  Ketinggian boleh mencapai sehingga lebih 10 meter.  Kada pembesaran pokok agak perlahan tetapi boleh hidup lama dengan pengeluaran hasil yang memuaskan.  Mempunyai akar tunjang jika bahan tanaman ditanam daripada biji benih.  Anak pokok yang ditanam melalui pembiakan tut tidak mempunyai akar tunjang.
Buah
Berbentuk bulat atau bujur bergantung pada jenis klon.  Saiz buah matang adalah antara 5-6 cm panjang dan lebar 4-6 cm.  Purata berat sebiji di antara 80 gm - 120 gm.   Kulit buah nipis, berkeadaan kesat, bersisik dan berwarna perang.  Buah yang belum masak berkeadaan keras, bergetah dan rasanya kelat disebabkan oleh kandungan tannin.  Buah yang matang dipetik dan perlu diperam selama 3-5 hari supaya masak.  Buah yang baru dipetik akan mengeluarkan getah berwarna putih.  Buah yang cukup masak berkulit perang kemerahan, berbau harum dan rasanya manis.
 
VARIETI-VARIETI CIKU
  1. CIKU JANTUNG (C62)
    Klon ini dikenali dengan nama Jantung.  Buah bersaiz besar dengan ukuran purata 6.6 cm panjang dan 5.2 cm lebar.  Purata berat buah ialah 110 gm sebiji.  Buah berbentuk bujur dan runcing di hujung, seakan-akan bentuk jantung dan warna kulit perang kemerahan.  Isinya berwarna perang kemerahan, manis, iranya halus dan tidak berpasir.  Klon ini berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan didaftarkan pada 7 Julai 1973.  Banyak ditanam secara komersial.
     
  2. CIKU SUBANG (C63)Klon ini popular dengan gelaran Ciku Subang.  Ia berasal dari Subang New Village, Selangor dan didaftarkan pada 7 September 1989.  Buah berbentuk bujur panjang iaitu meruncing di hujung dan pangkal buah dan warna kulit perang.  Saiz buah sederhana besar (40-120 gm sebiji).  Ukuran buah ialah 6.2-8.0 cm panjang dan 3.1 hingga 5.2 cm lebar.  Isinya manis, berair, bertekstur halus dan tidak berpasir.  Bijinya kecil dan bilangan purata biji bagi sebuah ciku biasanya satu. 
     
  3. CIKU  CM 19Ciku atau Manikara achras adalah tanaman tropika yang tidak bermusim tetapi berbuah lebat dua kali setahun.  Tanaman ini diusahakan secara tradisional dan kecil-kecilan di negara kita.  Keluasan tanaman ini tidak bertambah dari tahun 1984 sehingga kini iaitu di sekitar 1,000 -1,300 hektar.  Beberapa faktor menjadi penghalang untuk industri ini berkembang antara ialah pengurusan tanaman yang tidak sempurna dan kekurangan klon-klon yang superior.

    Bagi membantu petani menambah pendapatan mereka yang mengusahakan tanaman ciku, MARDI telah menjalankan kajian untuk mempertingkatkan penghasilan dan mutu tanaman ini.  Kajian bermula pada tahun 1988 meningkatkan aktiviti pengumpulan janaplasma ciku dari dalam dan luar negara seperti Florida, Filipina, Thailand dan Indonesia.  Lebih daripada 50 jenis ciku telah berjaya dikumpul dan dinilai.

    Hasil daripada kajian yang dijalankan selama lebih satu dekat dengan menelan belanja hampir RM100,000, maka klon ciku  CM 19 telah berjaya dihasilkan sebagai klon alternatif.  Dengan penemuan klon CM 19 ini banyak permasalahan dalam tanaman ciku dapat diatasi.

    Kelebihan CM 19

    Anak benih CM 19 lebih mantap.  Pada masa lalu para penanam ciku menghadapi masalah penjagaan tanaman ini terutamanya pada tiga tahun yang pertama selepas diubah ke ladang.  Anak benih klon-klon komersial seperti Jantung dan Subang, kurang lasak dan memerlukan penjagaan yang rapi.  Anak benih CM 19 didapati lebih mantap dan tidak memerlukan pemerhatian yang terlalu rapi.

    Pokok CM 19 bebas daripada gejala batang berbonggol

    Kejadian gejala batang berbonggol atau 'gall' sering berlaku kepada pokok pokok ciku selepas berumur 3 tahun di ladang.  Kadar serangan biasanya hampir 70 peratus daripada jumlah pokok dan ini mengakibatkan para penanam ciku patah semangat untuk mempertingkatkan usaha mereka.  Pokok CM 19 bebar daripada kejadian batang berbonggol yang sering menyerang klon-klon komersial lain.

    Bentuk pokok

    Kadar tumbesaran batang CM 19 adalah lebih tinggi daripada klon biasa tetapi secara relatif kanopinya adalah lebih kecil dan sesuai untuk sistem tanaman padat.  Dengan mengamalkan jarak tanaman 18' x  18' jumlah pokok yang boleh ditanam adalah sebanyak 336 pokok sehektar.  Manakala sistem tanaman biasanya hanya 172 pokok sahaja sehektar.

    Pembuahan

    C 19 lazimnya mengeluarkan sebiji buah pada setiap tangkai.  Ciri ini penting kerana dapat mengurangkan serangan ulat penggorek buah dan kulapuk hitam.  Penjarangan buah tidak perlu dilakukan dan masalah penuaian yang timbul daripada peringkat kematangan buah yang berbeza pada satu tangkai yang biasa terdapat pada klon-klon komersial dapat diatasi.

    Bentuk dan saiz buah

    Bentuk buah CM 19 adalah simetri dengan bahu buah yang rata.  Ini memudahkan pembungkusan dan mengurangkan kecederaan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Saiz buah yang hampir tiga kali ganda berbanding klon-klon komersial (Jantung dan Subang) menjadikan CM 19 kelihatan eksotik.

    Buah CM 19

    Buah CM 19 yang cukup masak boleh dimakan dengan tidak perlu dikupas kulitnya kerana kulitnya tidak berasa kelat.  Isi CM 19 lebih halus daripada Jantung tetapi kasar sedikit daripada Subang.  Manisnya hampir sama dengan Jantung dan Subang. Dengan kepadatan tanaman 336 pokok sehektar, yang berumur 5-6 tahun dapat mengeluarkan hasil 7 tan metrik setahun.
     
Penanaman Ciku:
Ciku merupakan tanaman yang lasak dan mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika.  Walau bagaimanapun tanaman ini boleh hidup dengan subur dan mengeluarkan hasil yang opstimum dalam keadaan tertentu.  Kawasan yang mendapat hujan antara 125-250 cm setahun adalah sangat sesuai bagi pertumbesaran pokok ciku.  Suhu yang diperlukan bagi tanaman ini adalah antara 11-34oC.  Ciku juga boleh hidup di kebanyakan jenis tanah yang terdapat di Malaysia seperti mineral, asid salfat dan gambut.  Penanaman secara ladang adalah dinasihatkan agar mendapatkan kawasan yang rata atau kurang kecerunan melebihi 25-30 darjah.  Sekiranya terdapat kawasan yang mengalami air bertakung, perparitan perlulah dibuat untuk mengelakkan pertumbuhan pokok tersebut.

Penyediaan Benih:
Pokok ciku boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan kaedah cantuman baji.  Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah.  Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi.  Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.  Lagi satu cara menanam ialah dengan teknik keratan batang.
Penanaman

Tanah yang telah dibersihkan perlu dibuat pancang penanda lubang tanaman.  Jarak tanaman yang disyorkan adalah 18' x 18' bagi penanaman padat.  Jarak tanaman ini akan menghasilkan 336 pokok bagi satu hektar.  Kaedah lama hanya dapat menghasilkan 172 pokok sahaja.  Dengan mengamalkan kaedah penanaman padat ini, pengeluaran hasil dapat ditingkatkan kepada dua kali ganda.  Penanaman sebaiknya dilakukan dalam musim hujan supaya meringankan kerja-kerja penyiraman.

Pengairan

Walaupun pokok ciku sejenis tanaman yang lasak, sistem pengairan perlu dibuat untuk menjamin pertumbuhan anak pokok tidak terbantut.  Sistem pengairan yang disyorkan ialah sistem pengairan titis.  Pemasangan saluran PVC berukuran 2 inci daripada sumber air merentasi tengah ladang dan disambungkan kepada getah saliran titis yang direntang sepanjang baris tanaman.  Muncung saliran titis dipasang pada saluran berhampiran pangkal setiap anak pokok.  Bagi menjimatkan belanja tenaga atau bahan api, adalah disyorkan supaya sumber air dapat disalirkan daripada tangki takungan air yang berada di tempat tinggi.  Kaedah ini membolehkan air disalirkan pada setiap masa dengan tekanan graviti.

Pembajaan

Pembajaan perlu dilakukan mengikut jadual.  Baja dagangan 15:15:15 disyorkan pada tahun pertama dan kedua.  Pada tahun-tahun yang berikutnya baja dagangan ditukarkan kepada 12:12:17:2.  Jadual dan kadar pembajaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
Umur Pokok
(tahun)
Jenis Baja
(N:P:K:TE)
Kadar Baja
(kg / pokok)
Kekerapan
(Bil / Tahun)
115:15:150.24
215:15:150.34
312:12:17:20.53
412:12:17:21.03
512:12:17:21.53
6-712:12:17:22.03
8-1012:12:17:22.53
10 dan ke atas12:12:17:23.03

Pemangkasan

Antara faktor utama penanaman ciku kurang berjaya di negara ini adalah disebabkan oleh sikap para pekebun yang kurang memberi penjagaan dan amalan agronomi yang kurang sempurna terutamanya tentang amalan pemangkasan.  Tanaman ciku memerlukan dua jenis pemangkasan iaitu pemangkasan berbentuk di peringkat awal dan pemangkasan penyelenggaraan.

Pemangkasan berbentuk

Pemangkasan berbentuk ialah pemangkasan di peringkat awal sewaktu pokok berumur kurang daripada tiga tahun.  Pemangkasan ini perlu dilakukan untuk mendapatkan bentuk pokok yang seragam dan ketinggian yang tidak melebihi 4.5 meter.  Pemangkasan berbentuk bagi pokok CM 19 lebih mudah kerana secara relitif kanopinya tidak sebesar berbanding dengan ciku klon lain.

Pemangkasan penyelenggaraan

Pemangkasan penyelenggaraan adalah amalan rutin yang perlu dilakukan setiap tiga atau empat bulan sekali.  Pemangkasan ini dilakukan untuk menjarangkan dahan, ranting supaya pokok tidak terlalu rimbun dan bahagian dalam pokok lebih terdedah kepada cahaya matahari serta peredaran udara.  Keadaan pokok seperti ini dapat mengurangkan serangan musuh perosak dan penyakit kulat.  Selain menjarangkan dahan dan ranting, pemangkasan penyelenggaraan juga dilakukan untuk membuang dahan atau ranting yang rosak dan berpenyakit.
(dipetik dari majalah Wawasan Pertanian Bil. 16/2002).
Kawalan Rumpai

Kawalan rumpai dilakukan dengan manual (menggunakan cangkul, tajak atau mesin pemotong rumput) atau racun rumpai.  Rumpai juga boleh dikawal dengan menutup kawasan keliling pokok ciku dengan sungkupan yang terdiri dari lalang, rumput kering atau jerami padi.  Bagi pokok ciku matang rumpai dikawal dengan menyembur paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate - ammonium (0.5 kg/ha) dan gunakan alat penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias dari terkena tanaman.

KAEDAH MUDAH MEMBIAK POKOK CIKU
Teknik Keratan Batang:
(Sumber:  Agromedia Bil. 4, 1998)
Dengan teknik ini, keratan kayu muda atau batang perang (lebih tua) dengan garis pusat 6-8 mm diambil daripada pucuk terminal pokok baka yang sihat.  Panjang keratan kira-kira 12-24 cm dan mempunyai  4-15 helai daun di bahagian atas keratan.  Daun-daun di bahagian bawah dibuang bagi mengurangkan pepeluhan dan keperluan ruang dalam dulang pembiakan.  Pangkal keratan ini dibelah sedikit sebelum dicelup ke dalam larutan hormon pengakaran IBA (asid butirik indol) pada kepekatan 10,000 bpj selama 5 saat.  Keratan ini kemudiannya ditanam ke dalam medium pengakaran yang terdiri daripada satu bahagian enapsemar kelapa sawit (POMS) dan empat bahagian pasir.  Dulang plastik berlubang yang mengisi campuran medium ini diletakkan di dalam rumah semaian plastik berkabus.  Keratan ini mula berakar selepas 3-4 bulan.
Keratan kayu muda biasanya cepat mengeluarkan akar berbanding dengan keratan batang perang.  Pada umumnya, pengakaran bagi kultivar Jantung dan Subang ialah 60-90%.  Penyiraman air yang berlebihan perlu dielakkan bagi mendapatkan pengakaran yang baik.  Pastikan medium pengakaran tidak digenangi air.
Penjagaan Keratan Berakar
Keratan batang ciku memerlukan masa selama 4 bulan bagi mengeluarkan akar yang cukup supaya mudah dialih ke dalam polibeg (18 cm x 23 cm).  Polibeg ini mengandungi campuran sekam padi + tanah atau POMS + tanah (1:4).  Selepas keratan dialihkan ke dalam polibeg, polibeg ini diletakkan semula di dalam rumah semaian plastik berkabus.  Selepas 2-4 minggu, keratan dalam polibeg dikeluarkan dari rumah semaian dan diletakkan di tempat teduh yang terbuka.  Keratan ini sedia ditanam di ladang dalam masa setahun bergantung pada saiznya.
Pengakaran Keratan Terus Didalam Polibeg
Keratan ciku juga boleh ditanam terus ke dalam polibeg (15 cm x 23 cm) yang mengandungi campuran POMS dan tanah (1:4).  Polibeg ini diletakkan di dalam rumah semaian plastik berkabus selama 4 bulan.  Pengakaran terus dapat mengurangkan kejutan terhadap pengalihan (gangguan pada akar), meningkatkan potensi pertumbuhan dan mengurangkan pengendalian.  Kaedah ini hanya disyorkan untuk kultivar yang mempunyai peratus pengakaran yang tinggi.  Namun, ia memerlukan ruang yang lebih luas. (Sumber:  Agromedia Bil. 4, 1998)
 
PEROSAK TANAMAN CIKU

Serangga perosak perlu dikawal bagi mendapatkan hasil yang tinggi.  Serangga perosak seperti ulat pengorek buah, lalat buah, kumbang pemakan daun, pelombong daun, koya dan ulat pelipat pucuk dikenalpasti menyerang tanaman ciku. 
  • Kumbang Kaboi (Apogonia spp., Adoretus spp.)
    Kumbang memakan daun dan meninggalkan kesan yang bergerigi.  Sebur dengan racun serangga seperti cypermethrin.
  • Lalat Buah (Bactrocera spp.)
    Menyerang buah matang.  Lalat betina mencucuk permukaan buah untuk bertelur.  Berenga yang menetas mengorek dan memakan isi buah.  Buah menjadi busuk dan berair.  Kutip buah gugur dan busuk dan musnahkan.  Gunakan perangkap buah bersama bahan penarik seperti methyl-eugenol dicampur malathion.
  • Pengorek Buah  (ANephopterix pirates)Larva mengorek dan merosakkan isi buah.  Terdapat fras berhampiran lubang yang dikorek.  Petik dan kumpul buah yang diserang dalam karung plastik dan tanam ke dalam tanah.
  • Ulat Pelipat Pucuk (Banisia myrsusalis)
    Larva yang menetas dan tinggal di dalam daun yang dilipat memakan epidermis daun.  Kutip larva dan musnah.
  • Ulat Pelombong Daun (Acrocercops spp)Larva mengorek bahagian bawah eipdermis daun, membentuk terowong. Daun menjadi kering dan mati.  Guna perangkap pelekat kuning/biru.
     
  • Koya (Phaenococcus spp.)Dewasa menghisap cairan sel daun dan mengeluarkan manisan.  Manisan ini menyebabkan serangan kulat kulapok berdebu.  Sembur dengan minyak putih.
Tindakan-tindakan berikut perlu diambil:-
  • Kutip buah gugur dan  busuk serta musnahkan.
  • Gunakan perangkap buah bersama bahan penarik seperti methyl eugenol + malathion.
  • Kutip larva dan musnahkan.
  • Sembur minyak putih dengan kadar 0.1% b.a.
Antara jenis penyakit yang menyerang tanaman ini ialah penyakit cendawan angin, jelaga hitam dan penyakit puru.
Jenis seranggaBahagian diserang/simptomSyor kawalan
Cendawan angin
(corticum salmonicolor)
Menyerang bahagian dahan, ranting dan bahagian batang berhampiran dengan dahan.  Di peringkat awal, maisilium merah jambu kelihatan di celah-celah bahagian kulit, batang dan daun.  Di peringkat serius, penyakit ini akan melingkari keseluruhan batang atau dahan dan akhirnya mati.Cantas ranting, dahan kecil yang diserang. Sapukan dengan racun kupram pada batang atau dahan besar yang diserang di mana peringkat serangan kurang dari separuh lilitan.
 
Jelaga Hitam (Aithaloderma setosum; juga disebabkan oleh kulat lain)
 
Serangan berlaku disebabkan kehadiran manisan yang dikeluarkan oleh serangga jenis kutu daun, teritip dan koya.  Serangan berlaku di permukaan daun, buah, ranting dan dahan.Kawal serangga yang mengeluarkan manisan.

 
Penyakit Puru (dikaitkan dengan bakteria Agrobacterium sp.)Menyerang bahagian dahan dan pucuk di mana tisu menjadi bengkak dan berpuru.Cantas bahagian yang diserang dan musnahkan.

INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN CIKU

Buah ciku mengambil masa yang lama untuk mencapai peringkat kematangan.  Ciku varieti Jantung mencapai kematangan dalam masa 6-8 bulan dari tempoh bunga kembang.  Sementara ciku jenis Subang dan CM19 (ciku Mega) sesuai dipetik kira-kira 7-8 bulan selepas bunga kembang.  Oleh sebab buah ciku pada pelbagai peringkat kematangan boleh didapati dalam satu pokok adalah sukar untuk menentukan masa penuaian mengikut umur buah.  Kebanyakan penanam ciku di Malaysia menggunakan beberapa sifat luaran buah sebagai panduan untuk menganggarkan peringkat kematangan semasa kerja memetik.  Antara sifat-sifat luaran yang digunakan ialah:-
-
 
warna kulit yang hijau kekuningan atau coklat kekuningan apabila digosok atau diguris.
-

 
bahan bersisik berwarna coklat di permukaan buah kian berkurangan dengan meningkatnya kematangan
-
 
kulit buah yang terlalu matang berwarna coklat kekuningan seperti ubi kentang
-aliran getah daripada buah berkurangan
-
 
tangkai buah yang cukup matang mudah dipisahkan daripada tampuknya.
Warna Kematangan Buah Ciku

Gambar:  Atas (buah Ciku Jantung) dan
Kanan (Subang) yang telah matang
Bawah: Pada indeks 3,4,5 akan masak sempurna
selepas diperam.  Buah boleh dipetik seawal indeks 2


Buah ciku seelok-eloknya dipetik dengan tangan.  Bagi pokok yang agak tinggi, pemetikan buah dilakukan dengan cara memanjat pokok atau menggunakan tangga atau galah.  Galah yang mempunyai jaring di hujung adalah sesuai digunakan..  Buah yang baru dipetik, seelok-eloknya disusun di atas hamparan guni dengan bahagian tangkainya menghala ke bawah.  Keadaan ini membolehkan getahnya meleleh ke hamparan guni tanpa mengotorkan buah.  Pembasuhan secepat mungkin selepas penuaian juga dapat membantu membersihkan buah ciku daripada pencemaran getah.

PENGENDALIAN PASCATUAI
Pengendalian di ladang
Buah yang dipetik, kemudiannya dikumpulkan di atas rumput atau guni sebelum dimasukkan ke dalam bakul plastik, bertujuan untuk menyerap dan mengeringkan lelehan getah pada buah ciku.  Lelehan getah yang banyak mencacatkan kualiti buah ciku.  Selepas kerja memetik selesai, buah yang telah dikumpul dipindahkan ke dalam bekas yang dialas dengan daun pisang atau kertas.  Dari dusun buah tersebut terus dipindahkan ke atas kenderaan pengangkutan untuk dihantar ke pusat pengumpulan.
Di pusat pengumpulan buah ciku dibersihkan, sama ada:-
  • dibasuh dengan air sambil menggosokkan perlahan-lahan dengan menggunakan bahan yang lembut, kemudian dikeringkan.
  • digosok dengan kain yang lembab dan lembut.
Penyimpanan hasil
Ciku dikelaskan sebagai buah klimeterik dimana kadar pernafasan buah dan pengeluaran etilena meningkat secara mendadak apabila buah mulai menjalani proses pemasakan.  Ciku yang baru dipetik (indeks kematangan 2-4) boleh disimpan 7-8 hari pada suhu biasa.  Tempoh penyimpanan boleh dilanjutkan sehingga 1-2 minggu bagi ciku Subang dan 2-3 minggu bagi ciku Jantung pada suhu 13o-15oC.  Sebelum disimpan, ciku dibersihkan dan diasingkan mengikut peringkat kematangan indek buah ciku.
Penggredan
Biasanya buah yang beratnya 100 gm atau lebih sebiji dianggap Kelas A dan kurang daripada 100 gm atau lebih sebiji dianggap Kelas A dan kurang daripada 100 gm sebiji dimasukkan kelas B.
Pembungkusan dan pengangkutan
Untuk penghantaran di dalam negeri dan Singapura, buah ciku boleh diisi di dalam bakul plastik atau kotak.  Untuk tujuan pengekspotan buah ciku ke negara-negara tertentu yang mempunyai daya belian yang tinggi, ciri-ciri utama bekas pengisi seperti ruang pengudaraan yang mencukupi, lekok tidak mencederakan buah, penjimatan ruang, mudah dikendalikan dan kos perlu diberi perhatian.
Pemeraman
Buah yang cukup matang (indeks 4 dan 5) selepas dipetik akan masak 3-5 hari pada suhu biasa.  Buah yang dipetik pada indeks 2 dan 3 kadangkala tidak dapat masak dengan sempurna atau seragam sekiranya buah tersebut tidak diaruh.  Cara biasa untuk mengaruh buah ciku ialah dengan menggunakan kalsium karbaid.  Kadar penggunaan kalsium karbaid ialah 20 gm kalsium karbaid bagi setiap satu kilogram berat buah.  Cara penggunaannya dengan dengan memasukkan buah ke dalam kotak atau bakul bersama kalsium karbaid, kemudian ditutup kotak tersebut dengan guni atau suratkhabar dan dibiarkan selama 24 jam.  Bekas tadi dibuka, buah akan masak dalam 2-3 hari kemudiannya.  Kalsium karbaid hendaklah dibungkus dengan kain atau kertas sebelum diletakkan di tengah-tengah di sebelah bawah bekas.