Pokok Buah-Buahan2

Cempedak


CH 28
Klon ini berasal dari Pusat Pembangunan Komoditi Serdang dan didaftarkan pada 1 Jun 1978.  Saiz buah sederhana besar dengan berat yang boleh mencapai sehingga 2.5 kg.  Ukuran panjang buah adalah diantara 30-76 cm.  Kulit buah berwarna kekuningan dan permukaannya berombak sedikit.  Isi ulasnya tebal, sangat manis, berbau sangat harum dan berwarna kuning.
 
  • CH 30
    Dikenali dengan nama Kuang 5, berasal dari Kuang, Sungai Buloh, Selangor dan didaftarkan pada 1 Jun 1978.  Buah bersaiz sederhana besar (2.5 kg) dan berbentuk lurus.  Kulit berwarna hijau, licin dan tidak berbonggol-bonggol.  Durinya leper dan lebar.  Klon ini mengandungi ulas sederhana besar.  Isinya tebal dan berwarna kuning oren.
     
  • CH 33
    Buah cempedak ini digelar cempedak 'syin', berasal dari kampung Banggol Lalang, Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 15 Ogos 1989.  Saiz buah sederhana (2.2 kg) dan berbentuk panjang.  Kulit berwarna hijau dan terdapat tompok-tompok berwarna kuning.  Durinya hampir-hampir rata.  Isi berwarna oren, sederhana tebal, manis dan ira isi yang halus.  Bijinya kecil, berbentuk bujur dan leper.
Iklim:
Cempedak sesuai ditanam di bawah iklim yang panas dan lembap.  Walau bagaimanapun pokok pada peringkat dewasa tidaklah begitu terjejas sangat oleh keadaan kemarau.  Suhu yang sesuai untuk tanamaj cempedak ialah antara 22oC -35oC.  Curahan hujan yang optimum untuk tanaman cempedak ialah 2500 mm setahun.
Musim berbuah bagi tanaman cempedak dipengaruhi`oleh musim kering.&lbsp; Kawasan yang mempunyai dua musim kering yang pendek dalam setahun biasanya mempunyai dua kali musim buah dalam setahun.  Di kawasan yang hanya mempunyai satu musim kering seperti di Perlis, Kedah, Kelantan dan sebahagian kawasan di Terengganu, pokok cempedak berbuah hanya sekali dalam setahun.
Tanah:
Sesuai ditanam di berbagai jenis tanah dan keadaan tanah yang mempunyai saliran yang baik.  pH yang sesuai ialah antara 4.5  6.5.  Penanaman di tanah rendah dan mempunyai masalah air bertakung hendaklah dielakkan oleh sebab tanaman cempedak rentan kepada penyakit bakteria yang senang merebak dalam keadaan lembab.  Ia paling sesuai di tanah lanar yang mempunyai saliran yang baik.  Tanaman ini juga boleh ditanam di tanah yang kurang subur seperti tanah laterit dan tanah pasir sekiranya diberi baja yang cukup.  Tanaman yang ditanam di tanah yang tidak subur seperti tanah bris tidak disyorkan memandangkan kos baja yang diperlukan adalah tinggi. 
Pokok cempedak boleh tumbuh dengan sempurna di tanah yang mendatar hingga kecuraman tanah 20o.  Di kawasan yang mendatar sistem perparitan yang berkesan perlu dibina sebelum penanaman dibuat.  Manakala di kawasan yang curamnya melebihi 12o, penanaman berteres atau berpentas perlu diamalkan.  Penanaman di terain yang melebihi 20o tidak disyorkan untuk mengelakkan hakisan tanah terutamanya di kawasan yang mempunyai musim tengkujuh yang berpanjangan.
Penyediaan benih tanaman:
Anak pokok cempedak boleh dibiakkan dengan cara cantuman matatunas, cantuman baji dan cantuman sandingan.  Cara yang biasa digunakan ialah cantuman matatunas dan cantuman baji (lihat panduan cantuman).  Anak pokok penanti perlu disediakan terlebih dahulu di tapak semaian. Benih cempedak atau nangka boleh digunakan sebagai pokok penanti.  Biji benih diperolehi dari buah yang matang atau masak.  Kebaikan menggunakan biji benih nangka ialah ia boleh diperolehi sepanjang tahun.  Sebelum menyemai, kotak semaian yang dilengkapi dengan sistem pengairan perlu disediakan.  Pasir sungai yang bersih digunakan sebagai medium semaian.  Pasir di kotak semaian hendaklah sedalam 20 cm.  Pasir yang boleh digunakan perlu dirawat dengan butir dazomet 99.0% dengan kadar 40 gm/m2 sebulan sebelum biji benih disemai.  Rawatan ini bertujuan untuk mengawal kulat tanah, nematoda dan juga dapat memusnahkan biji benih rumpai.
Kawasan penanaman:
Kawasan penanaman hendaklah dibersihkan dengan sempurna sebelum menanam dan diikuti dengan pembajakan bagi kawasan yang mempunyai kecerunan kurang daripada 6o.  Amalan ini penting untuk memusnahkan segala rumpai dan membaiki struktur tanah.  Di kawasan yang mempunyai kecerunan tanah melebihi 12o, pembinaan teres atau pentas untuk tapak pokok adalah disyorkan bagi mengurangkan masalah hakisan tanah, dan juga memudahkan kerja menanam dan penyenggaraan ladang.  Penanaman penutup bumi selepas kerja penyediaan tanah digalakkan kerana ianya boleh membaiki kesuburan tanah dan mengurangkan hakisan.
Bagi tanah yang masam dan mempunyai pH kurang daripada 4.5, pengapuran perlu dijalankan.  Secara am, pada tanah lempung kadar yang digunakan ialah 3-5 tan metrik sehektar dan kadar ini berkurangan bagi tanah berpasir.  Bagi kawasan yang mendatar, sistem perparitan (parit ladang, parit sekunder, parit utama) perlu disediakan.  Bagi tanah lempung jarak 40 meter.  Di kawasan tanah datar, parit sekunder sedalam 1.2 m digali dengan jarak lebih kurang 300 m antara satu sama lain.
Penanaman di ladang:
Sebelum tanaman di ladang, anak pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sepenuhnya secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan kejutan penanaman dan seterusnya mengurangkan peratusan anak pokok yang mati atau terbantut di ladang.  Penanaman sebaik-baiknya dijalankan pada awal musim hujan supaya pokok mendapat air dengan secukupnya.
Sistem penanaman:
Sistem penanaman yang diamalkan ialah sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama dan sistem siku keluang.  Jarak tanaman yang disyorkan untuk cempedak yang ditanam secara tunggal ialah 9 meter antara pokok.  Penanaman menggunakan sistem tiga segi akan memberikan kepadatan yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 15% dibandingkan dengan sistem empat segi sama.
Sistem siku keluang melibatkan penanaman pokok selingan di tengah-tengah pokok utama yang ditanam mengikut sistem empat segi sama.  Pokok selingan merupakan tanaman sementara dan akan dibuang apabila kanopinya mula bersaing dengan tanaman utama.  Dengan sistem ini, cempedak ditanam sebagai tanaman sementara berselingan dengan pokok-pokok buah-buahan kekal seperti durian, manggis dan duku langsat.  Dengan sistem ini kepadatan pokok cempedak adalah sama dengan pokok kekal.  Pokok cempedak perlu dibuang lebih kurang 10 tahun selepas penanaman. (Sila lihat rajah sistem tanaman tiga segi dan empat segi).
Pemangkasan:
Pokok cempedak perlu dipangkas untuk tujuan berikut:-
  • membentuk pokok yang seimbang
  • memastikan edaran udara yang baik
  • memelihara kecergasan pertumbuhan pokok
  • mewujudkan dahan yang kuat dan boleh mengeluarkan buah yang banyak dan berkualit
  • mengawal ketinggian dan saiz kanopi pokok

Dua jenis pemangkasan perlu dilakukan seperti berikut:-
  1. Pemangkasan pembentukan

    Bertujuan untuk mendapatkan bentuk pokok yang baik setelah pokok berumur 1 1/2 tahun.
    (Sila lihat proses cantasan/pangkasan pokok) !
     
  2. Pemangkasan penjagaan

    Dijalankan sepanjang umur pokok.  Ia bertujuan untuk mendapatkan pokok yang subur, seimbang dan produktif.  Pemangkasan ini melibatkan penjarangan dahan atau ranting yang rapat, bertindih, bersilang atau lemah membuang tunas-tunas air, dahan-dahan berpenyakit, rosak, patah dan mati.
Jadual Pemangkasan
 



Umur pokokAnggaran tinggi pokokGerak kerjaCatatan
6 bulan0.6 mMemancang kayu sokong.Pastikan batang pokok adalaah tegak.
6 bulan1.1 mPangkas segala dahan sisi di bawah paras 0.3 meter rapat pada batang pokok.  Dahan-dahan sisi di atas paras 0.3 meter yang cergas dan saiznya hampir sama dengan batang utama pokok dicantas separuh dahannya.Elakkan daripada pemangkasan yang keterlaluan.  Pemangkasan yang keterlaluan boleh mengencatkan pertumbuhan pokok.  Disyorkan ketinggian paras pemangkasan tidak melebihi 1/3 ketinggian pokok pada ketika kerja pemangkasan dilakukan.
1 tahun1.6 mPangkas segala dahan sisi dibawah paras 0.5 meter.  Dahan-dahan sisi
lain dijarangkan untuk mendapatkan
orientasi dahan yang seimbang.
 
Pastikan hanya satu batang utama pokok sahaja.  Dahan-dahan sekunder (dahan yang muncul dari dahan sisi) yang lemah, bertindih, melempai atau terlalu rapat antara satu dengan lain juga dipangkas.
1 1/2 tahun2.1 mCantas segala dahan sisi di bawah
paras 0.7 meter.  Dahan-dahan sisi
lain dijarangkan untuk mendapatkan
orientasi dahan yang seimbang.
Dahan-dahan skunder yang lemah, bertindih, melempai atau terlalu rapat antara satu dengan lain juga dipangkas.
 
2 tahun2.5 mPangkas segala dahan sisi dibawah paras 0.75 meter.  Dahan-dahan sisi
lain dijarangkan supaya setiap pokok mempunyai 6-8 dahan sisi yang seimbang.
Dahan-dahan sekunder yang lemah, bertindih, melepai atau terlalu rapat antara satu dengan lain juga dipangkas.

 
2 1/2 tahun2.9 mPemangkas pembetukan kali terakhir dilaksanakan.  Bagi klon (CH 28) yang batang pokoknya jauh lebih dominan
dari dahan sisi, batang utama pokok dipangkas pada paras 2 - 2.5 meter.
Ketinggian paras dahan sisi primer yang pertama selepas pemangkasan pembetukan terakhir ialah antara 0.75 hingga 1 meter.  Segala dahan sekunder di sepanjang satu meter dari pangkal dahan sisi dipangkas.
3 tahun3.3 mMencantas dahan yang berpenyakit, bertindih, bergeser.  Buang segala
tunas air.
Pemangkasan penjagaan diteruskan setiap setengah tahun sekali selepas ini.
 
Pembajaan
 



Umur pokok
(tahun)
Kadar Baja Kimia (g/pokok/tahun)
Baja Organik
(kg/pokok/tahun)
NPK20Mg
11651631254010
23303252507510
349548837511015
453052056515015
567065071018520
679578085022530
71,0601,0401,13030040
8-201,3251,3001,41537540

Pengurusan air:
Anak pokok yang baru ditanam di ladang perlu disiram sekiranya keadaan tanah adalah kering.  Siraman boleh dihentikan apabila anak pokok pulih dari kejutan pindahan ke ladang.
Penjarangan buah:
Untuk mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan buah yang besar, penjarangan buah perlu diamalkan dengan membiarkan hanya satu biji sahaja untuk membesar bagi setiap ranting pendek.  Penjarangan buah juga membolehkan pembentukan buah yang seragam saiznya dan juga membantu mengurangkan kerosakan daripada serangan ulat pengorek tanah.
PENYAKIT:
  • Mati rosot

    Penyakit yang paling serius untuk tanaman cempedak ialah penyakit bakteria yang disebabkan oleh pathogen Erwinia carotovora yang menyerang bahagian dahan dan pangkal pokok.  Pada permulaan serangan, daun-daun yang dijangkiti penyakit akan menguning.  Bahagian dahan yang diserang mengeluarkan pembesaran damar yang berwarna putih kekuningan.  Permukaan kulit menjadi lembut, berair dan berbau busuk.  Apabila kulit dikopek, permukaan kayu di dalamnya telah bertukar ke warna perang.  Untuk membasmi, cantas dahan-dahan yang diserang dicantas dan bakar.  Bagi jangkitan yang telah parah, pokok perlu ditebang dan dibakar.   Semua alat yang digunakan untuk memotong dan memangkas pokok hendaklah dibasmi kuman dengan mencelupkannya di dalam alkohol 85% atau formalin 3%.
     
  • Reput putik buah

    Serangan kulat Rhizopus artocarpi atas putik-putik buah mengakibatkan putik-putik menjadi hitam dan gugur.  Sembur racun kulat seperti cuprous oxide dengan kadar 0.2% bahan aktif dua minggu sekali pada peringkat pembungaan adalah disyorkan.
  • Pengorek buah (Margaronia caesalis)
    Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meningalkan lubang di permukaan buah.  Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari lubang ini.  Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas.
  • Pengorek batang (Apriona flavescens)
    Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang.  Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama.  Ia mengeluarkan  frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering.  ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.
  • Lalat Buah (Backtrocera spp.)
    Bertelur di dalam buah yang hampir masak.  Mengorek dan memakan isi buah.  Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas.  Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion dan disembur ke daun.  Penggan bahan penarik methyleugenol untuk memerangkap lalat buah.

K
EMATANGAN BUAH CEMPEDAK
Buah cempedak klon CH 28 akan masak di atas pokok 94 - 105 hari selepas tarikh jambak bunga betina mula berkembang.  Buah yang matang dan sesuai untuk dituai apabila salah satu daripada daun pengasuhnya bertukar warna daripada hijau kepada kuning, iaitu 9-14 hari sebelum buah masak di atas pokok.  Sekiranya buah dikutip pada peringkat ini, ia akan masak dalam tempoh 4 hari bawah keadaan ambien.  Mutu buah didapati tidak terjejas walaupun warna isinya adalah sedikit pucat kalau dibanding dengan buah yang dipetik masak atas pokok.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
  • Pengendalaian di ladang
    Buah yang dipetik dikumpulkan di dalam bakul rotan atau bakul plastik untuk memudahkan pemunggahan ke atas lori atau treler.  Anyaman daun kelapa atau kertas yang membalut buah cempedak dijadikan bahan mencegah geseran buah.  Buah yang dipungut tidak didedahkan kepada cahaya matahari dan perlu diangkut ke rumah pembungkusan dengan secepat mungkin.
     
  • Pengedalian di pusat pengumpulan
    Selepas dibasuh, buah dikering serta digredkan berdasarkan saiz, kematangan dan kualiti buah secara umum.  Buah yang bergred tinggi hendaklah mempunyai ciri-ciri yang seragam, matang, tidak terlalu masak, bersih, rupabentuk yagn menarik, tiada tanda kerosakan oleh penyakit atau perosak, tiada lebam, luka atau kepecahan kulit.  Buah yang telah digred kemudian dibungkus dengan kertas sebelum dimasukkan ke dalam bakul untuk dipasarkan.  Bagi pasaran jauh, penggunaan kotak 'corrugated fiberboard' yang mempunyai lubang pengudaraan sesuai digunakan untuk mengelakkan buah bertindih atau bergesel.
     
  • Pengangkutan
    Buah cempedak yang matang akan mula masak dalam tempoh 4 hari.  Oleh yang demikian, hasil buah hendaklah dihantar ke pasar dengan secepat mungkin.  Bakul-bakul atau 'corrugated fibreboard' yang diisi dengan buah cempedak perlu disusun di atas lori bagi memastikan pengudaraan yang baik.
     

ALAT PENYAMPUL PUTIK CEMPEDAK (APC):
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Jabatan Pertanian 1999
Secara fisiologinya, pokok cempedak yang matang mengeluarkan bunga pada bahagian batang pokok dan dahan, bermula dari bawah hingga ke bahagian atas pokok sebanyak tiga peringkat dalam setahun.  Untuk membungkus putik cempedak pada bahagian batang dan dahan yang di bawah tidak menimbulkan masalah tetapi tidak pada putik yang terbit pada batang dan dahan di bahagian atas disebabkan kedudukannya yang tinggi.
Bagi mengatasi masalah kesukaran membungkus putik yang terbit pada batang dan dahan di bahagian yang tinggi, alat Penyampul Putik Cempedak (APC) telah dicipta.  Bahagian utama alat ini ialah rumah penyambut (hopper) yang disambung dengan beberapa bahagian galah untuk menyampul putik cempedak pada ketinggian yang berbeza-beza. 
Faedah-faedah daripada penggunaan APC:
  • Pengurangan Kos Operasi
    Kos operasi menyampul putik cempedak menggunakan APC dapat dikurangkan sehingga 60% kos berbanding dengan kaedah menyampul dengan cara memanjat dan menggunakan tangga.  Kos operasi menyampul dengan kaedah memanjat dan menggunakan tangga dianggarkan sebanyak RM1339.30 perhektar manakala kos operasi menyampul dengan APC ialah 762.50 perhektar sahaja.
  • Penjimatan Masa
    APC dapat menjimatkan hampir 51% masa menyampul putik cempedak.  Ini berdasarkan masa yang diambil selama 2.63 minit untuk membungkus satu putik cempedak berbanding dengan 5.44 minit dengan kaedah lama.
  • Pengurangan Kadar Kerosakan Buah
    Dengan APC, peratus kerosakan buah cempedak dapat dikurang dari 41.1% kepada 9.43%.
  • Peningkatan Tahap Penerimaan dan Kepuasan Hati Petani
    Harga seunit APC murah, tahan lama, ringan dan mudah alih.   Seseorang petani boleh menggunakannya dengan cekap dalam tempoh yang singkat dan seusai digunakan oleh semua petani tanpa mengira peringkat usia.  Lebih menarik, APC boleh juga digunakan untuk menyampul putik buah-buahan lain seperti limau bali, mangga dan sebagainya.  APC juga menjamin keselamatan petani kerana tidak perlu memanjat pokok cempedak untuk kerja-kerja menyampul selain tidak membebankan petani untuk membawa tangga merata-rata di sekeliling dusun.

Alat Pembungkus Cempedak (APC)
 




Komponen-komponen APC dan fungsi setiap komponen:
  1. Sarung plastik penyampul
    Untuk menyampul putik cempedak.  Saiz 12 x 18" (cerah) - 1 kg.
  2. Gelang getah
    Untuk mencerut plastik pada tampok putik cempedak.  Gelang getah ukuran lilitan  3"
  3. Lengkang penahan
    Untuk memegang plastik sebelum dilekatkan ke putik cempedak - Paip PVC nipis 3" garis pusat x 1 1/2" lebar
  4. Hopper (rumah penyampul)
    Struktur utama 80mm x 40mm - PVC reducer.
  5. Jejari plastik
    Memudahkan plastik penyampul dipisahkan dan hopper dan lekat di putik cempedak.  Boleh gunakan bahan terpakai saiz 1 x 3 cm x 14 cm panjang
  6. Hose Clipse
    Untuk memegang jejari plastik kepada tapak hopper.  Saiz 5 (95-115 mm garis pusat)
  7. Spring dan Dawai
    Spring lembut untuk menggerakkan lengkung penahan ke atas dan ke bawah.
    Saiz 30mm x 8 mm garis pusat (2 unit spring dan 2 unit dawai)
  8. Tali Penarik
    Untuk menarik dawai pemegang diperbuat dari tali nylon.
  9. Adjustable collar
    Untuk memberikan gerakan ke kiri dan kanan dan pusingan sehingga 360 darjah.
    PVC tank connector 3/4'     - 1 unit
    PVC faucet connector 3/4"  - 1 unit
    PNC reducer 3/4" x 1/2"      - 1 unit
  10. Galah
    Meninggikan alat penyampul putik cempedak mengikut paras putik cempedak di pokok, diperbuat daripada alluminium hollow pipe 3/4" garis pusat x 5' panjang (2 batang).
Perhatian!
Alat APC ini telah dicipta oleh pasukan kerja Pejabat Pertanian Daerah Mersing, Johor dengan kos operasi  Inovasi ini telah memenangi Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian 1999 anjuran MAMPU.

Durian


Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari.  Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit.  Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.  Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak.  Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh.  Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

  1. Iklim
    Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan vegetif.  Tanaman durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-32oC, mendapat hujan diantara 1,800-4,000 mm setahun, mengalami musim kemarau antara 1-3 bulan, mempunyai peredaran udara dan angin yang baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun.

    Kelembapan tanah yang diperlukan adalah lebih kurang 80%.  Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi, pokok-pokok durian berupaya menghasilkan pucuk-pucuk baru sekali setiap bulan, berbeza dengan pokok buah-buahan yang lain.  Lebih kurang 90% dari tunas hujung baru berupaya menghasilkan daun baru.  Pada peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian sangat peka kepada keadaan kemarau.  Pengairan diperlukan untuk mengelakkan kematian.  Ini adalah kerana sistem akarnya yang sangat cetek dan mudah ketandusan air.

    Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara 1-3 bulan untuk mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan tersebut.  Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira 4 minggu selepas bunga kembang.  Ini disebabkan pada waktu tersebut, kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah tinggi.  Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok menghasilkan pucuk baru.  Keadaan ini menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahan makanan antara buah muda dengan daun baru yang boleh menyebabkan buah gugur.
  2. Faktor Tanah
    Durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan dan struktur yang baik untuk pertumbuhan akar.  Tanah jenis lom hingga lom berpasir adalah paling sesuai.  Tanah jenis lom lempung (clay loam) juga sesuai bagi tanaman durian tetapi memerlukan perparitan yang sempurna kerana durian tidak tahan dalam keadaan air bertakung.  Tanah jenis lom dan lom berpasir banyak terdapat di lereng-lereng bukit.  Walaupun tanah-tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi ia tidak tahan dengan musim kemarau yang terlalu panjang.  Penanaman durian di kawasan yang mengalami kemarau panjang, seperti di Utara Semenanjung, memerlukan sistem pengairan bagi menggalakkan pengeluaran hasil yang baik.

    Contoh tanah yang dianggap sesuai bagi tanaman durian ialah:-

    (a)  Tanah yang berasal dari batu igneus seperti tanah siri Rengam dan Jerangau.
    (b)  Tanah lom liat berpasir yang berasal dari batu sedimentari (lihat siri-siri tanah Semenanjung Malaysia).
    (c)  Tanah lanar laut yang mengandungi kandungan liat yang tinggi, asalkan paras air dalam tanah tidak
          terlalutinggi.  Sebagai contoh: Siri Kangkong dan Siri Selangor di Semenanjung Malaysia.  Tanah-tanah
          bermasaalah seperti tanah bris, tanah pasir lombong, tanah asid sulfat, tanah masin, tanah gambut dan
          tanah bertakung air adalah tidak sesuai.

    Tanah-tanah yang berkecerunan 0-12o adalah sesuai untuk penanaman durian.  Walau bagaimanapun, ia masih boleh ditanam di kawasan yang berkecerunan 12-20o jika langkah-langkah pemuliharaan tanah dibuat.
     
KLON-KLON YANG DISYORKAN
  • D 24
    Klon ini berasal dari Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937.  Pokok cergas membesar, rendang dan rajin berbuah.  Hasil purata pada peringkat awal (umur 6-9 tahun) ialah 10 biji sepokok setahun.  Hasil akan meningkat ke 65 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Bentuk buahnya bulat membujur, bersaiz sederhana besar dengan berat diantara 1.0 - 1.8 kg sebiji buah durian.  Pangsa mempunyai 1-3 ulas yang berwarna kuning pucat dan bersusun sebaris.  Isi manis, pejal, bertekstrur halus dan sedikit pahit. Peratus isi ialah 26%.  Pokok memerlukan tanah yang subur dan tidak tahan kemarau tanpa pengairan yang cukup.  Tempoh matang buah ialah 105-110 hari selepas bunga kembang.  Bijinya besar dan kebanyakannya merekah.
     
  • D 99
    Durian ini dipanggil Kop Kecil, berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 17 Jun 1970.  Pokok lasak tetapi lambat membesar.Pokok agak kecil tetapi rajin berbuah.  Pada peringkat awal (pokok berumur 6-9 tahun) hasil ialah 7 biji sepokok setahun.  Hasil akan meningkat ke 45 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas.  Di pokok, buahnya didapati dalam keadaan berjambak.  Saiz buah sederhana dengan berat diantara 1-2 kg. sebuah.  Buah durian D 99 berbentuk bulat tetapi dempak di bahagian pangkal dan hujung buah.  Kulitnya nipis berwarna hijau hingga hijau perang.  Durinya kecil, pendek dan tajam.  Buah boleh dikopek dengan mudah.  Bilangan ulas boleh mencapai sehingga 25 ulas bagi sebiji durian.  Isinya sederhana tebal, berwarna kuning terang dan tekstur isinya halus.  Pokok tahan terhadap kanker batang dan persekitaran kering.  Rasanya lemak manis.  Kebanyakan biji durian jenis ini adalah leper atau kesep.  Tempoh matang ialah 90-100 hari selepas bunga kembang.
     
  • D 123
    Klon yang berasal dari Thailand ini dipanggil 'Chanee' dan didaftarkan pada 24 Julai 1971 serta sesuai ditanam di sebelah utama Semenanjung Malaysia.  Pokok sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering.  Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 30-40 biji sethaun.  Buah besar, berat 2.5 kg. sebiji dan berbentuk bujur.. Permukaan kulit buah berlekuk dan berwarna hijau kekuningan.  Isinya tebal, berwarna kuning keemasan,  beraroma atau berbau kuat; rasa lemak dan manis dan tekstur isi yang sederhana halus.  Peratus isi 30-40%.  Tempoh matang buah ialah 105-120 hari selepas bunga kembang.
     
  • D 145
    Klon durian D 145 berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang dan didaftarkan pada 30 Oktober 1981.  Durian ini juga digelar Durian Beserah, Tuan Mek atau Durian Hijau.  Pokok sederhana besar dan sederhana cergas.  Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 50 buah setahun.  Buah berbentuk bulat, purata berat 1.4 kg. sebiji dan di bahagian hujung buah terdapat bentuk seperti puting.  Durinya rapat dan panjang dan kulit berwarna hijau bila cukup matang.  Isinya berwarna kuning keemasan, bertekstur halus dan rasa lemak manis.  Peratus isi buah ialah 25%.  Tempoh matang buah adalah 105-115 hari selepas  bunga berkembang.
     
  • D 158
    Durian ini berasal dari Thailand.  Nama popularnya 'Kan You' atau Tangkai Panjang dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987.  Pokok sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering.  Saiz buah durian ini adalah sederhana besar dengan purata berat diantara 2-4 kg. sebuah.  Warna kulitnya hijau perang, tangkai buah panjang (15-17 cm).  Buah berbentuk bulat bujur, kulit buah berwarna hijau perang dan durinya pendek.  Saiz ulasnya besar.  Isi tebal, ulas besar dan berwarna kuning keemasan, pejal sedikit bersabut dan rasanya manis.  Klon ini kurang beraroma jika dibandingkan dengan klon D 123.  Peratus isi buah ialah 32%.  Tempoh matang buah antara 130-140 hari selepas bunga berkembang.
     
  • D 159
    Dikenali sebagai 'Mon Thong' atau Bantal Mas.  Berasal dari Thailand dan popular di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987.  Pokok sederhana besar, senang hidup apabila ditanam dan tahan kepada keadaan kering.  Hasil purata sepokok (beruumur 10 tahun) ialah 60-100 biji semusim dan purata berat buah diantara 3.0-5.0 kg. Buah berbentuk bujur panjang dan bergelugur.  Bahagian hujung buah tajam dan membengkok sedikit.  Duri berwarna perang dan kasar.  Ulasnya besar, isi tebal, berwarna kuning emas, rasa yang manis, tekstur isinya halus dan berkrim dan kurang beraroma.  Peratus isi buah ialah 30-35%. Tempoh matang buah diantara 130-140 hari selepas bunga kembang.
     
  • D 169
    Berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada tahun 1989.  Klon ini juga dikenali sebagai 'Tok Li Tok'.  Pokok sederhana besar dan pertumbuhannya cergas.  Hasil purata sepokok ialah 40-50 biji setahun (berumur 10 tahun).  Berat buah 1.2-1.8 kg. sebiji.  Bentuk buah bujur panjang, kulit buah berwarna hijau kekuningan, nipis, mempunyai duri yang agak kasar dan tajam.  Isinya tebal, berwarna kuning, sedikit bersabut dan lembut.  Rasanya lemak manis dan pahit sedikit.  Peratus isi ialah 25%.  Tempoh matang buah ialah 100-110 hari selepas bunga kembang.
     
  • MDUR 78
    Hasil dari kacukan D10 dan D24.  Pokok cergas membesar dan rintang terhadap penyakit kanker.  Berat buah 1-1.8 kg. sebiji.  Kulit sederhana tebal.  Berwarna hijau muda kekuningan dan berbentuk bulat membujur.  Isi tebal, ulas besar, warna ulas kuning dan bertekstur halus.  Rasa isi lemak, manis dan beraroma.
     
  • DUR 79
    Hasil dari kacukan D24 dan D10.  Pokok sederhana besar dan rintang kepada penyakit kanker.  Rajin berbuah, buah berbentuk bulat membujur dan berat 1.0-1.6 kg. sebiji.  Warna kulit hijau.  Isi berwarna kuning jingga, ulas besar dan bertekstur halus.  Rasa isi manis dan lemak.
     
  • MDUR 88
    Klon hibrid, hasil kacukan antara D24 dan D10.  Buah berbentuk bulat bujur.  Saiz buah sederhana besar antara 1.5-2.0 kg.  Isi sangat tebal dan berwarna kuning emas.  Tekstur isi pejal, sederhana halus dan rasanya lemak manis.  Hasil purata ialah 55-65 biji/pokok/musim.
     
SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLIN DURIAN
Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu dusun durian komersil untuk pendebungaan dan pasaran.  Bagi sesuatu kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori seperti berikut:-

  1. Klon Utama
  2. Klon-klon Subsidiary
  3. Klon-klon Tempatan
Klon UtamaBagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada 50-70% daripada jumlah pokok yang ditanam.  Dalam keadaan tertentu dua klon utama boleh ditanam.
Klon-Klon Subsidiary
Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk tujuan pendebungaan dan juga untuk pasaran.  Klon-klon ini terdiri dari senarai klon-klon durian yang disyorkan.
Klon-klon Tempatan
Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan terbukti berprestasi baik di sesuatu kawasan setempat.  Pemilihan klon-klon ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun.  Biasanya pekebun boleh menanam 5-20% klon-klon tempatan.  Penanaman klon-klon durian mengikut kesesuaian tempat adalah seperti berikut:-
Jenis KlonKawasan Utama Yang Sesuai
D 24 (Bukit Merah)
D 99 (Kop Kecil)
D 123 (Chanee)
D 190 (MDUR 88)
D 188 (MDUR 78)
D 145 (Beserah)
D 158 (Kan Yau)
D 159 (Mon Thong)
D 169 (Tok Litok)
D 189 (MDUR 79)
Perak dan kawasan di mana kemaraunya pendek dan tidak nyata.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
Pahang.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang.
Kelantan.
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
PENANAMAN
  1. Penyediaan Benih Tanaman

    Penanaman durian pada masa ini menggunakan baka klon yang dibiakkan secara vegetatif.  Teknik pembiakan benih bagi tanaman durian ialah dengan kaedah cantuman matatunas atau cantuman baji.  Bahan pembiakan mestilah diperolehi dari sumber pokok induk yang disahkan ketulenannya.  Anak benih mestilah sihat, subur, cergas, tidak berpenyakit dan dari klon yang tulen dan menepati standard yang ditetapkan.  Spesifikasi standard minimum anak benih durian yang dibiak dengan menggunakan saiz polibeg berukuran 30 x 12 cm adalah seperti berikut:-
    Faktor
    Spesifikasi Standard Diperlukan
    Ketinggian anak cantuman dari tapak cantuman (minimum)
    Umur lepas cantuman (minimum)
    Umur lepas cantuman (maksimum)
    Bilangan daun sempurna
    Saiz garis pusat batang pada paras 10 cm di atas tapak cantuman
    30 cm
    4 bulan
    8 bulan
    8 bulan
    0.5 cm
  2. Anak benih tanaman durian yang sihat, subur dan tuleh boleh diperolehi daripada pengeluar-pengeluar benih tanaman yang berwibawa.  Bahan Tanaman Lanjut (Advanced Planting Material) merupakan benih durian cantuman yang tumbesarannya dijaga hingga ketinggian pokok melebihi 150 cm.  Umur benih tanaman lanjut bagi durian dapat mengurangkan peratus kematian.  Pertumbuhan pokok juga cepat dan tidak memerlukan perlindungan pada awal penanaman.  Penyediaan benih tanaman lanjut bagi durian ini dibuat dengan menukar polibeg kecil kepada polibeg besar.  Polibeg 30 cm x 45 cm biasa digunakan.  Tanah campuran baru dimasukkan semasa penukaran polibeg.  Pokok benih yang telah siap diubah perlu dijaga rapi dengan cukup pembajaan dan penyiraman di bawah sedikit lindungan.  Benih tanaman lanjut durian perlu dibuat penyesuaian atau perlasakan (hardening) sebelum diubah ke ladang.  Menanam durian klon D24 dengan menggunakan bahan tanaman lanjut didapati peratus kehidupannya adalah tinggi dan tumbesarannya lebih aktif.  
  3. Cantuman Ladang

    Cantuman ladang ialah cantuman sion terpilih (klon) ke atas pokok penanti yang telah tersedia ditanam di ladang.  Diantara kebaikan cantuman ladang ialah pokok-pokok penanti boleh ditanam terus dari peringkat awal percambahan atau dari anak biji benih.  Gangguan kejutan mengubah benih pokok tidak timbul lagi dengan kaedah ini.  Sejak awal lagi, pertumbuhan anak pokok penanti lebih subur dan tidak mudah mendiri.  Setelah pokok-pokok penanti berumur lebih 4 bulan atau garis pusat batang pokok penanti mencapai 0.4-0.8 cm, cantuman sangat sesuai dilakukan pada paras ketinggian 30 cm dari paras tanah.

    Kaedah cantuman ladang boleh dilakukan dengan cara cantuman matatunas atau cantuman baji sisi (selit) dengan keratan ranting muda.  Setiap keratan muda mempunyai 2-4 matatunas.  Pokok penanti di ladang yang subur dan cergas sahaja dipilih untuk dibuat cantuman.  Sion atau matatunas klon terpilih dicantum ke atas pokok penanti.  Kaedah cantuman adalah sama seperti membuat cantuman keatas pokok penanti di dalam polibeg di tapak semaian.

    Pokok penanti perlukan bekalan air yang mencukupi selepas kerja cantuman ladang dilaksanakan.  Cuaca yang tidak begitu kering dan hujan sekali sekala dalam seminggu adalah sesuai untuk menentukan kejayaan yang tinggi.  Kemarau yang terlalu panjang melebihi dua minggu atau hujan terlalu lebat dan berpanjangan akan menurunkan peratus kejayaan.  Selepas 3 minggu, balutan plastik cantuman boleh dibuka bagi cantuman matatunas, tetapi cantuman selit masih belum sesuai dibuka balutannya.  Kejayaan cantuman dapat dinilai daripada warna dan keadaan sion yang masih hijau.

    Selepas seminggu, matatunas mula becambah sepanjang 1 cm dan mengeluarkan pucuk hijau.  Pokok penanti boleh dipotong 15 cm atas paras sion supaya menggalakkan pertumbuhan lebih aktif dan cepat.  Pokok penanti yang pertumbuhan sion melebihi 10 cm atau melebihi 5 helai daun dipotong menghampiri paras cantuman sion-penanti.  Sokongan kayu tegak perlu disediakan untuk pertumbuhan sion-penanti.  Sebarang tunas selain dari sion yang dapat pada pokok penanti sentiasa perlu dibuang.  Pengurusan pokok yang telah dicantum perlulah diteruskan dengan pembajaan, merumput, kawalan penyakit dan serangga dan penyiraman.  Penyemburan foliar baja daun digalakkan supaya pertumbuhan pokok cepat dan aktif pada peringkat awal.  Peratus kejayaan dengan menggunakan teknik cantuman ladang adalah tinggi.
     
  4. Penyediaan Kawasan

    Pokok-pokok, belukar dan semak samun perlulah dibersihkan.  Parit saliran perlu dibina jika kawasan ladang itu agak rendah dan mendatar bagi mengelakkan air bertakung.  Bagi kawasan yang berbukit-bukit yang mempunyai cerun melebihi 12
    o, teres atau platform perlu dibina sebagai satu langkah pemuliharaan tanah.  Penanaman kekacang penutup bumi juga digalakkan untuk mengawal hakisan dan juga membekalkan unsur nitrogen kepada pokok-pokok durian.  Kawasan ladang perlulah dibajak, sekurang-kurngnya satu pusingan bajak piring, diikuti oleh satu pusingan bajak putar, jika tanaman penutup bumi dicadangkan.  Sebaik-baik pembajaan minimum atau tanpa pembajakan adalah digalakkan, jika penanaman penutup bumi tidak diperlukan.
     
  5. Sistem Penanaman

    Boleh ditanam dengan menggunakan 4 sistem iaitu sistem segi-empat tepat, sistem segiempat sama, sistem segitiga sama dan sistem sesiku keluang.  Keutamaan sistem segitiga sama ialah (pada satu jarak yang sama) dapat memberikan bilangan pokok yang lebih, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem segiempat sama.  Sistem segiempat tepat dapat memberikan ruang diantara barisan untuk ditanam dengan tanaman lain sekiranya tanaman selingan atau campuran diamalkan.  Manakala sistem sesiku keluang pula, melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem segi empat sama.  Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut.  Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi dan boleh memaksimumkan penggunaan tanah. (Sila lihat rajah sistem penanaman di sini) !

    Dalam merancang penanaman durian, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah tentang proses pendebungaan.  Klon durian bersifat tidak serasi sendiri yang boleh mempengaruhi pembentukan buah durian.  Oleh yang demikian, penanaman klon durian secara tunggal tidak digalakkan, sebaliknya penanaman pelbagai klon perlu dipratikkan.  Langkah ini akan dapat mempertingkatkan proses pendebungaan, persenyawaan dan seterusnya hasil dan bentuk buah yang seragam.
     
  6. Membuat Barisan dan Lubang Tanaman

    Tumbesaran pokok durian lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut.  Keadaan ini mengakibatkan permukaan tanah terlindung dan ia mewujudkan satu keadaan persekitaran yang lembap dan menggalakkan kejadian penyakit cerana batang.  Jarak tanaman yang sesuai bagi durian mengikut jenis sistem penanaman yang diamalkan adalah seperti berikut:-
    Sistem penanaman
    Jarak (meter)
    Kepadatan pokok (pokok.ha)
    Tiga segi sama
    Empat segi sama
    Empat segi tepat
    Sesiku keluang
    10x10x10
    10x10
    10x12
    12x12
    115
    100
    83
    139
  7. Penanaman di Ladang

    Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur, cergas dan sempurna.  Adalah disyorkan supaya kawasan ladang ditanam dengan tanaman yang boleh memberikan naungan sementara seperti pisang.  Untuk tujuan demikian, tanaman naungan perlulah ditanam 6 bulan lebih awal daripada tarikh penanaman durian.  Jarak tanaman bagi pisang ialah 3m x 3m.




    Bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan lubang, membaris barisan tanaman perlulah dimulakan dengan barisan dasar dan seterusnya menentukan lubang tanaman dengan memacak kayu-kayu pancang pada jarak yang dtetapkan.  Apabila kerja membaris selesai dibuat, lubang tanaman berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm hendaklah digali pada jarak yang ditetapkan.  Seelok-elok lubang digali sebulan sebelum menanam dan didedahkan kepada sinar matahari.  Selepas itu lubang tersebut ditimbus semula dengan menggunakan tanah lapisan atas yang lebih subur dan gembur.  Jika didapati tanah itu kurang subur, campurkan baja organik seperti tahi ayam atau tahi lembu yang telah reput pada kadar 5-10 kg/lubang bersama tanah lapisan atas.  Masukkan kembali ke dalam lubang.  Bergantung kepada kesuburan tanah juga, taburkan 150 - 250 gm baja fosfat seperti CIRP pada tiap-tiap lubang tanaman.  Lubang tanaman yang ditumbus kembali seelok-eloknya dibiarkan untuk tempoh satu minggu sebelum memulakan operasi penanaman anak benih.

    Semua anak benih yang bakal diubah ke ladang hendaklah melalui proses perlasakan (hardening) bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang serius yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut.  Proses perlasakan boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada satu kali sehari selama seminggu.  Setelah itu, anak benih boleh diubah ke ladang.

    Buat lubang kecil pada tengah lubang tanaman yang telah ditimbus tadi bagi menempatkan anak benih yang hendak ditanam.  Letakkan anak benih di dalam lubang tersebut.  Pastikan polibeg dipotong dan dibuang terlebih dahulu.  Timbus lubang tersebut dengan tanah dan padatkan tanah keliling dengan sempurna.  Naikkan sedikit tanah di pangkal pokok tersebut supaya kelihatan berbusut bagi mengatasi masalah air bertakung atau tanah mendap.  Siram pokok itu dengan secukupnya selepas menanam, kecuali keadaan kandungan air pada tanah adalah mencukupi untuk keperluan anak pokok.

    Anak pokok yang baru ditanam diikat pada kayu pancang bagi mendapatkan pokok yang tegak.  Sekiranya tiada tanaman naungan, anak pokok durian perlu dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang.  Lindungan diperlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan pertama penanaman di ladang.  Sungkupan juga diperlukan untuk diletakkan di pangkal anak pokok supaya kelembapan tanah terkawal bagi pertumbuhannya.
     
PEMBAJAAN

Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan.  Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun.  Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi.  Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah.  Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru.  Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah.

Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga.  Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa banyak.  Pembajaan pada musim kemarau perlu dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat diwujudkan.

Pengapuran amat penting bagi mendapatkan pH yang optimum bagi tumbesaran pokok durian.  Pengapuran adalah disyorkan dengan menggunakan GML (Ground Magnesium Limestone) pada kadar 5 kg/pokok/tahun untuk pokok dewasa.  Kadar pembajaan bagi pokok durian adalah seperti berikut:-



Umur pokok (tahun)Baja Yang DisyorkanKg/Pokok/
Tahun
Kekerapan Membaja Setahun
115:15:15
Baja organan
0.5
20.0
6
215:15:15
Baja organan
1.0
30.0
4
315:15:15
Baja organan
2.0
40.0
4
415:15:15
Baja organan
3.0
40.0
4
512:12:17:2
Baja organan
4.0
40.0
4
612:12:17:2
Baja organan
5.0
40.0
4
712:12:17:2
Baja organan
6.0
40.0
3
8-2512:12:17:2
Baja organan
9.0
40.0
3


PEMANGKASAN
Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok.  Kerja-kerja membentuk pokok hendaklah dilakukan secara berterusan bermula dari 3-6 bulan selepas tanam.  Pada peringkat ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak.
Apabila pokok telah membesar, dahan-dahan yang mencecah tanah, terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang.  Dahan-dahan yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan dari berjangkit ke dahan yang lain.  Dahan perlu dipotong seberapa dekat yang boleh dengan dahan/batang asal.  Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit.  (Sila lihat panduan memangkas/mencantas pokok). Klik !
PENGURUSAN AIR
Air merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk tanaman durian selain daripada udara dan tanah.  Keperluan air merupakan salah satu faktor utama untuk meningkatkan tumbesaran pokok dan pengeluaran buah durian.  Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan kepada 50%.  Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan.
Terdapat beberapa jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman durian.  Diantaranya adalah sistem pengairan titis, sistem pengairan mikro dan sistem pengairan renjis.  Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan.  Secara am, sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk membangunkan industri dusun durian adalah sistem pengairan titis.  Jika dibanding dengan sistem pengairan yang lain, sistem pengairan titis adalah sangat cekap dan tidak mahal dari segi kos pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan.  Selain daripada menyalirkan air kepada tanaman durian, kegunaan sistem ini juga boleh dipelbagaikan untuk tujuan membaja, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu di dalam tanah dan di dusun.
Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok durian telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah.  Kegunaannya boleh diperluaskan kepada menjalankan kerja pembajaan, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam tanah.  Komponen utama yang terdapat di dalam sistem pengairan titis adalah sumber air, rumah pam, enjin/motor-pam, penyuntik baja, alat penapis, sistem paip, tiub high density polythene dan tiub low density polythene.  Rekabentuk sistem pengairan bagi setiap dusun durian bergantung kepada potential evapo-transpiration rate, jenis tanah, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, jenis tanaman, jarak tanaman, jenis paip dan tiub, jenis penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta sistem pengendalian.
Dalam operasi sistem pengairan titis, fator utama yang perlu diambilkira adalah kualiti air.  Walaupun alat penapis yang digunakan mempunyai kemampuan menapis sehingga 250 mesh, masih lagi terdapat partikel halus di dalam air yang boleh menembusi sistem penapisan dan mengakibatkan sistem pengairan titis tersumbat.  Oleh yang demikian, rawatan di kawasan sumber air adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kos penyelenggaraan.  Pengairan untuk tanaman durian selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang.  Ini adalah untuk mengelakkan penyejatan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal bukannya air panas yang terkena kepada cahaya matahari.
Bagi kawasan durian yang ditanam di tempat yang curam, masalah saliran timbul pada permulaan kawasan tersebut dibuka.  Penebangan pokok-pokok dan pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah tersebut kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.  Oleh itu adalah disyorkan bahawa kerja-kerja penyediaan permukaan tanah dibuat pada musim panas.  Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang telah dibuka, penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera bagi mengawal hakisan tanah.
PENJARANGAN BUAH
Penjarangan buah adalah penting untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan dan pokok serta mengelakkan dahan serkah dan mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah.  Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas bunga mekar apabila putik buah telah mencapai ukuran diantara 5-6 cm.  Penjarangan buah dilakukan dengan membuang buah yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
  1. Buah yang berbentuk bentong / bengkok
  2. Buah yang rapat, duri bertemu di antara satu sama lain dalam satu jambak
  3. Buah yang lebih dari satu biji pada satu tangkai
  4. Buah yang telah diserang serangga
  5. Buah yang di hujung ranting

Penjarangkan dilakukan dengan menggunakan sabit kecil yang tajam dan diikat pada galah. 
Durian peka kepada beberapa penyakit pada semua  peringkat pertumbuhannya dan boleh mengurangkan hasil atau mengakibatkan pokok mati.  Antara beberapa penyakit utama pada tanaman durian cara kawalannya adalah seperti berikut:
  1. Penyakit Bengkak Cerana Kanker (Phytophthora palmivora)


    Merupakan penyakit yang paling serius.  Penyakit bengkak cerana atau kanker batang adalah disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora.  Penyakit ini menjangkiti bahagian batang dan akar pokok durian terutamanya di bahagian pangkal pokok yang berdekatan dengan tanah .  la juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti reput akar, hawar daun, mati rosot anak benih dan pokok dewasa serta reput buah.  Penyakit mudah tersebar luas di seluruh kawasan penanaman durian terutama sekali dalam keadaan lembap.


    Tanda-tanda penyakit:


    Pada kulit batang pokok durian yang dijangkiti kelihatan nekrosis bercampur tompok-tompok hitam yang disebabkan oleh lelehan cecair yang terkeluar dari kulit batang.  Pokok yang diserang agak teruk biasanya mempunyai tanda-tanda daun melecur, keguguran daun, pengeluaran bunga dan buah yang banyak dan akhirnya pokok akan mati.


    Kawalan:


    Penyakit ini hendaklah dikesan di peringkat awal lagi.  Jika kawalan tidak dilaksanakan dan penyakit telah menjadi teruk maka adalah tidak ekonomik untuk mengawal penyakit ini.  Penyakit ini hendaklah dikesan pada setiap lawatan terutama pada musim hujan.  Kawalan serta merta perlu dilaksanakan bagi mengelakkan penyakit ini merebak.  Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:-


    - Di peringkat tapak semaian; pastikan benih bebas dari penyakit.
    - Jarakkan bahan tanaman di tapak semaian (jika perlu sembur dengan racun seperti metalaxyl/
      fosetyl-aluminium.
    - Di ladang, pastikan saliran di kawasan durian adalah baik (air tidak bertakung)
    - Elakkan keadaan lembap di sekeliling pangkal pokok.


    - Kikis sebahagian kulit kayu yang dijangkiti dengan pisau bersih.  Rendam di dalam racun kulat atau methylated
      spirit untuk mendedahkan keseluruhan tompok berpenyakit termasuk kawasan yang masih sihat di sekeliling
      lesion. Sapukan kawasan yang terdedah dengan 1-2% liter bahan aktif metalaxyl, forsetyl aluminium atau
      lain-lain racun kulat yang sesuai.  Lesion akan menjadi kering dan tidak akan membesar.  Pengawasan bulanan
      adalah perlu untuk memastikan tiada lesion baru yang terjadi.


    - Elakkan pokok dari mendapat cedera di bahagian akar dan pangkal pokok dekat permukaan tanah kerana
      kecederaan di bahagian ini memudahkan jangkitan penyakit.


    - Musnahkan bahagian pokok yang dijangkiti penyakit ini iaitu tisu-tisu kulit yang telah dikikis untuk rawatan,
       buah-buah yang dijangkiti reput buah, serta pokok yang telah mati.  Amalan ini akan mengurangkan penyakit
       ini merebak lebih luas lagi.


    - Tanam lebih dari satu klon durian.  Campuran dengan klon yang kurang rentang pada penyakit adalah
       disyorkan seperti klon MDUR 88.

  2. Hawar Daun Rhizoctania

    Sering berlaku pada peringkat semaian dan boleh juga menyerang tanaman durian di ladang.  Tidak begitu serius tetapi boleh menyebabkan daun luruh dengan teruk terutama pada musim hujan atau di kawasan yang sangat lembap.  Kulat R. solani menyerang daun dan boleh merebak ke ranting dan dahan dan seterusnya boleh menyebabkan simptom mati rosot.

    Tanda-tanda penyakit:

    Mula kelihatan sebagai bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan serta dikelilingi oleh kawasan yang perang keunguan.  Ia akan bertukar menjadi perang.  Lesion-lesion ini akan bercantum menjadi besar bertukar warna dari perang tua ke perang muda apabila sudah kering.

    Kawalan:

    Buang dan bakar daun-daun yang diserang.  Elakkan keadaan lembap dan pastikan pengudaraan yang baik di tempat semaian dengan mengatur anak-anak pokok tidak terlalu rapat.  Di ladang, kumpul dan musnahkan daun-daun penyakit yang gugur ke tanah terutama pada musim hujan.  Sembur dengan difenoconazole, flutolanil atau hexaconazole.  Ulangi semburan sekiranya serangan masih berkekalan selang beberapa hari sebagaimana tercatat pada label.
  3. Bintik Daun

    Disebabkan oleh alga Cephaleuros virescens.  Kelihatan tompok-tompok perang kemerahan yang berupa baldu pada permukaan daun dan di ranting-ranting.  Daun menjadi kekuningan dan gugur.  Penyakit ini selalu terdapat pada pokok durian tetapi tidak berbahaya pada pokok.

    Kawalan:
    Pastikan pokok dalam keadaan baik dengan memberi pembajaan yang optimum, pokok tidak terlalu rimbun, ladang tidak banyak rumpai dan mempunyai saliran yang baik.  Jika diserang teruk, sembur dengan racun jenis kuprum.
  4. Penyakit Cendawan Angin

    Disebabkan oleh kulat Corticium salmnicolor.  Ia menyerang ranting dan dahan pokok.  Batang dan cabang yang dijangkiti menunjukkan keruping yang berwarna merah muda.  Serangan teruk menyebabkan layu pucuk, daun gugur dan dahan mati.  Ini selalu terjadi pada musim hujan.

    Kawalan:
    Cantas dan musnah bahagian yang dijangkiti kerana ini mengurangkan kejadian jangkitan.  Pangkas bahagian yang berpenyakit dan bakar.  Sapu bahagian yang terdedah dengan cat.  Sembur atau sapu dengan racun kulat.
  5. Anthraknos

    Disebabkan oleh Colletotrichum gloeosporioides.  Boleh dikesan apabila berlaku pengeringan batang dengan cepat, bermula dari hujung dan merebak ke bahagian bawah batang.  Daun-daun menjadi kecut dan gugur.  Apabila meristem hujung mati, pucuk-pucuk baru tumbuh dengan banyak pada bahagian bawah dahan sihat.  Serangan pada daun boleh menyebabkan daun kering, bermula dari tepi atu hujung daun.  Penyakit boleh merebak ke seluruh daun menyebabkan daun gugur.  Penyakit ini biasa terdapat pada anak benih dan pokok yang lemah.  Boleh dikawal dengan semburan racun kulat yang sesuai.
  6. Cendawan angin Corticium (corticium salmonicolor)

    Simptom:  Batang dan cabang menunjukkan keruping berwarna merah muda, pucuk layu, daun gugur dan dahan mati.  Amalkan pertanian yang baik dan gunakan racun jenis kuprum mengikut label.
  1. Ulat Pengorek Buah
    Guna perangkap lampu (dipasang setinggi 20-30 kaki di sekitar dusun).  Sembur dengan racun serangga.
  2. Ulat Pengorek kulit dan Batang (Bactrocera guitata Zeuzera coffeae Synantheden spp.)
    Menyerang  ranting, dahan dan batang.  Dahan menjadi layu dan mati serta meninggalkan sisa buangan di atas tanah. Pangkas semua ranting yang ada tanda serangan dan musnahkan. Jika lubang pernafasan telah sampai ke pangkal pokok, suntik dengan racun kimia seperti Rogor dan Tamaron.  Selepas disuntik, lubang-lubng tadi ditutup dengan tanah liat atau plastisin.  Jika masih terdapat tanda-tanda serangan selepas 2 minggu, suntikan ulangan hendaklah dilakukan.
  3. Ulat Pengorek Kulit (Synanthedon spp.)
    Mengorek kulit bermula dari pangkal pokok. Tanda-tanda serangan ini jika melarat akan kelihatan tahi yang berwarna coklat kemerahan pada kulit-kulit batang.  Jika kulit-kulit ini dikikis akan kelihatan ulat-ulat berwarna putih di dalamnya.  Kikis bahagian kulit yang mempunyai tanda serangan.  Sapu atau sembur racun serangga jenis sistemik yang sesuai
    .
  4. Ulat Pengorek Biji Durian (Mudaria magniplaga)
    Larva yang menetas dalam buah memakan biji.  Guna perangkap lampu.  Kawalan dengan racun serangga seperti lambda-cyhalothrin.
  5. Kumbang Pengorek Batang (Platypus spp)
    Di dalam atau batang yang diserang terdapat ribuan lubang-lubang halus dan kumbang mengeluarkan habuk melalui lubang ini.
  6. Teritip
    Pokok diserang kelihatan pudar dan lama kelamaan diselaputi sepenuhnya oleh kulapuk hitam.  Daun-daun menjadi kering dan layu dan akhirnya boleh menyebabkan ranting atau dahan tersebut mati.
  7. Koya
    Sejenis serangga berwarna putih yang menyerang daun dan buah pada semua peringkat pertumbuhan pokok durian.  Serangga ini boleh dikawal dengan menyembur minyak putih pada bahagian yang diserang.
  8. Nematod (Meloidogyne incognita)
    Pokok kelihatan tidak segar dan terbantut.  Kanopi jarang dan daun kekuningan, buah menjadi kecil, cepat matang dan pudar.  Kulit tidak mengelupas.  Akar menjadi bengkak dan berubah warna.  Guna bahan tanaman yang bebas dari penyakit nematod.  Tabur racun nematicid yang sesuai.
  9. Anai-anai
    Menyerang pokok yang masih kecil, akar pokok akan diserang dan akan mati.  Serangan pada pokok dewasa akan kelihatan seperti terowong ana-anai daripada tanah.  Siram racun serangga yang dapat mengawet serangan anai-anai.
  10. Vertebrate Tupai
    Untuk kawalan jangka panjang, populasi tupai boleh dikurangkan dengan memusnahkan serang tupai secara membersihkan belukar dan semak samun di kawasan ladang.
KAWALAN RUMPAI
Kaedah kawalan menggunakan racun rumpai adalah lebih efektif, praktikal dan ekonomik untuk mengurangkan saingan rumpai, kehilangan hasil dan menjimatkan kos pengeluaran.
TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL
Penggunaan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil seperti berikut:-
Bahan aktif racun prosak
Tempoh dilarang
kutip hasil (hari)
difenoconazole
dimethomorph
fluazifop-p-butyl
flutolanil
fosetyl-aluminium
glufosinate ammonium
glyphosate isopropylamine
hexaconazole
lambda-chyalothrin
metalaxyl
metalaxyl-M
metalaxyl-M + copper oxychloride
pencycuron
phosphorous acid
14
14
14
14
30
14
1
14
7
14
14
14
3
14


KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH
Untuk memetik buah durian pada peringkat matang, terdapat beberapa panduan umum yang telah dibentuk sebagai indeks kematangan buah durian.  Walau bagaimanapun tidak semua indeks ini sesuai untuk semua jenis durian.  Indeks kematangan tersebut adalah seperti berikut:-
  • Pengiraan hari mengikut kalendar
    Kaedah ini melibatkan bilangan hari dari peringkat bunga kembang atau putik sehingga buah boleh dipetik.  Untuk memudahkan penuaian, tarikh pokok durian berbunga dalam sesuatu musim perlu dipastikan.  Biasanya tarikh bunga kembang dikira pada masa lebih kurang 70% bunga durian sudah kembang.  Umumnya buah durian mencapai kematangan di antara 90 dan 150 hari selepas bunga kembang bergantung pada klon atau kultivar. 
  • Warna duri atau kulit
    Bagi kebanyakan klon durian, warna hujung duri buah menjadi coklat tua apabila buah mencapai kematangan.  Ini jelas kelihatan kerana bahagian tapak duri dan lurah di antara duri berwarna cerah.
  • Ciri-ciri lurah pada buah
    Lurah atau alur di antara tapak duri mengembang dan warna bertambah gelap apabila buah matang.
  • Tangkai buah
    Buah durian yang keluar dri dahan pokok mempunyai tangkai yang agak panjang.  Pada tangkai ini terdapat bahagian absis iaitu bahagian yang akan memisahkan buah daripada pokok (menyebabkan buah luruh) apabila buah masak.  Ketika buah masih belum matang, keseluruhan tangkai buah kelihatan sama besar.  Apabila buah mencapai peringkat matang, bahagian absis kelihatan membengkak.  Buah boleh dipetik apabila garisan absis sudah terbentuk sebahagian atau sepenuhnya.  Garisan absis yang terbentuk sepenuhnya mengelilingi tangkai menandakan buah hampir luruh.  Tanda sebegini jelas pada klon Chanee, Monthong dan juga D 24.
  • Keanjalan hujung duri
    Buah yang matang biasanya mempunyai hujung duri yang anjal atau liut.  Manakala buah yang belum matang mempunyai hujung duri yang keras.
  • Garis pangsa
    Ruangan tempat isi atau ulas isi pada buah durian dipanggil pangsa.  Buah durian biasanya mempunyai 5 pangsa.  Garisan pangsa itu garisan yang memisahkan pangsa-pangsa ini akan jelas kelihatan pada kulit buah apabila buah sudah matang.  Garisan pangsa kelihatan lebih jelas pada buah yang lebih matang.
  • Bunyi apabila buah diketuk atau dikeruk
    Buah yang matang berbunyi kosong apabila diketuk dengan kayu atau rotan atau dikeruk dengan jari, sedangkan buah yang belum matang berbunyi padat.
  • Cairan tangkai buah

    Apabila tangkai buah dituris, cairan akan mengalir keluar.  Cairan yang keluar dari tangkai buah yang matang kelihatan jernih dan manis rasanya.  Bagi buah yang belum matang, cairan berkeadaan pekat, boleh melekat pada jari apabila disentuh dan tidak berasa manis.

    Bagi durian D 24, petunjuk kematangan yang paling sesuai ialah pembengkakan bahagian absis pada tangkai buah dan pembetukan garisan pangsa.  Walau bagaimanapun, hanya dengan melihat pada garisan pangsa sahaja sudah memadai untuk mengenali buah yang telah matang dan kaedah ini merupakan yang paling mudah.  Garisan pangsa kelihatan semakin jelas apabila buah semakin matang.  Selalunya garisan pangsa kelihatan timbul apabila buah hampir masak atau gugur.  Semua tanda kematangan di atas, walau bagaimanapun, dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar dan kultivar yang membolehkan kesilapan berlaku ketika menentukan kematangan buah durian.  Keadaan yang panas dan kering boleh mempercepat kematangan buah durian kadang-kadang sehingga 10 hari.
Tempoh Kemasakan Buah Durian



KlonTempoh Kemasakan
D24
D29
D123
D145
D158
D159
D169
D188
D189
D190
10-115 hari
90-100 hari
90-100 hari
100-115 hari
105-120 hari
105-120 hari
100-110 hari
110-115 hari
100-110 hari
106-115 hari
Buah  durian yang telah matang, dipetik dengan memotong tangkai buah 3-4 cm ke atas dari zon absis.  Tangkai buah biasanya dipotong dengan pisau tajam atau gunting.  Buah yang telah dipetik tidak boleh diletakkan di atas permukaan tanah tanpa dialas bagi mengelakkan pencemaran kulat semasa penyimpanan.  Seelok-eloknya buah tersebut terus diletakkan di dalam bakul atau bekas yang sesuai.  Bagi pokok yang tinggi, buah boleh dipetik dengan menggunakan tangga atau memanjat pokok tersebut.  Bagi mengelakkan buah terjatuh ke tanah, buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bekas kecil seperti baldi dan kemudian diturunkan dengan tali.  Seorang pekerja lain perlu berada di bawah pokok untuk menyambut buah tersebut dan dimasukkan ke dalam bakul mengumpul.  Buah juga boleh diturunkan dengan tali sebiji demi sebiji dengan mengikatkan tali pada tangkainya.

PETUA MEMILIH ANAK BENIH DURIAN BERMUTU
(Sumber:  Wawasan Pertanian BIl. 6 Vol. 1 Jilid 6)
Sekiranya anda bercadang untuk menanam durian, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.  Pertamanya anda perlu menentukan jenis klon durian yang sesuai untuk ditanam.  Selepas itu sudah tentu anda memikirkan bagaimana dan di mana hendak mendapatkan anak benih durian yang bermutu.
Tempat Membeli
Terdapat banyak tempat yang ada menjual anak benih durian contohnya pasar malam, pasar tani, gerai pameran, tapak semaian dan sebagainya.  Anda boleh membeli di mana sahaja yang anda fikirkan mudah untuk berurusan, tetapi anda juga harus memastikan adakah tempat yang anda beli itu menjual anak benih yang tulen.   Adakah penjual yang menjual benih itu boleh dipercayai atau sebaliknya (atau hanya mementingkan keuntungan semata-mata).  Dinasihatkan anda membeli anak benih durian di tapak semaian yang telah lama menceburkan diri dalam perniagaan anak benih.  Selain untuk mendapatkan bekalan anak benih daripada mereka, anda juga boleh mendapatkan tunjuk ajar dalam beberapa perkara terutamanya cara menanam durian dan sebagainya.
Sewaktu berada di tapak semaian adalah lebih baik anda meninjau di sekitar tempat itu untuk menentukan anak benih yang dijual adalah anak benih yang dikeluarkan oleh semaian itu sendiri.  Kadangkala terdapat juga pengusaha tapak semaian menjual anak benih yang dibeli dari tempat lain.  Sekiranya perkara seperti ini berlaku, sudah tentulah penjual itu tidak dapat menentukan benih yang dijualnya itu benar-benar tulen.  Perhatikan juga anak-anak benih yang terdapat di tapak semaian itu bebas daripada penyakit akar dan lain-lain penyakit yang berbahaya.
Kaedah penyediaan anak benih
Kebanyakan anak benih durian dijual di dalam polibeg yang telah dibuat cantuman anak benih daripada tunas induk klon (baka) yang terpilih.  Biji-biji durian yang disemai di atas batas semaian akan dipindahkan ke dalam polibeg setelah berumur 4 bulan.  Anak durian yang berada di dalam polibeg akan diberi  penjagaan yang sempurna selama satu bulan sebelum boleh dibuat cantuman.  Anak benih yang telah dicantum hendaklah dijaga dengan baik selama 3 bulan sebelum boleh dijual kepada pembeli.
Pembiakan anak benih durian boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu di kawasan terbuka dan di bawah naungan.  Kebanyakan pengusaha tapak semaian lebih berminat membuat pembiakan anak benih di bawah naungan kerana penjagaannya tidak rumit berbanding dengan keadaan di kawasan terbuka.  Pembiakan anak benih di kawasan terbuka memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya dalam kerja-kerja penyiraman.  Anak benih yang disediakan di bawah naungan biasanya kelihatan lebih subur, daun hijau cerah tetapi pokoknya agak lembut dan perlu diberi sokongan (kayu pancang).  Manakala anak benih durian yang disediakan di kawasan terbuka didapati daunnya lebih kecil dan berwarna hijau pekat.  Fizikal pokoknya kelihatan lebih tegap dan tumbuh menegak.
Kepada pembeli anak benih durian disyorkan supaya memilih anak-anak durian yang dibiakkan di kawasan terbuka kerana pertumbuhan anak benih ini agak lasak dan mudah menyesuaikan diri apabila ditanam di ladang.  Sewaktu menanam di ladang anak benih ini tidak perlu diberi naungan.  Ini sudah menjimatkan perbelanjaan menanam.




Duku Langsat


Duku-langsat ialah hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat.  Di Malaysia, pokok ini hanya tumbuh di beberapa kawasan di Terengganu terutama sekali di tebing-tebing Sungai Terengganu dan Sungai Telemong dalam daerah Kuala Terengganu.  Pokok-pokok yang ada merupakan warisan dan generasi yang terdahulu sejak seratus tahun yang lalu.
Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis.  Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat.
JenisOleh kerana duku-langsat membiak melalui biji benih, maka terdapat berbagai-bagai perbezaan daripada segi bentuk, jenis dan beberapa ciri yang lain.  Walau bagaimanapun, jenis-jenis duku-langsat ini mempunyai ciri-ciri yang agak sama dan rasanya manis.  Kelon-kelon yang telah didaftar oleh Jabatan Pertanian ialah Du1, Du2, Du3, Du4 dan Du5.
IklimDuku-langsat memerlukan iklim tropika iaitu panas dan lembab di sepanjang tahun.  Ia tahan pada cuaca kering dan musim hujan yang biasa berlaku di Terengganu.
TanahPokok ini tumbuh dengan subur di kawasan yang berhampiran dengan sungai.  Duku-langsat sesuai ditanam di tanah yang berpasir, mempunyai saliran yang baik dan berkeadaan lembab.  Pertumbuhannya kurang subur di tanah yang menakung air dan mempunyai paras air yang tinggi.
Cara Menanam
  • Membiak:
    Pembiakan tampang bagi duku-langsat belum lagi diamalkan secara meluas kerana pembiakan begini telah didapati kurang berjaya.  Cara yang biasa dilakukan oleh petani-petani ialah mengambil anak-anak duku-langsat yang tumbuh sendiri di bawah pokok induk sebagai bahan tanaman.  Anak-anak duku-langsat sesuai ditanam di dusun atau ladang setelah berumur dua tahun.
     
  • Menanam:
    Jarak tanaman yang disyorkan ialah diantara 9.0 - 12.00 meter.  Selalunya duku-langsat yang tumbuh sendiri hidup subur di celah-celah pokok lain.  Anak-anaknya dibiarkan tumbuh di bawah pokok-pokok yang matang.  Purata jarak di antara pokok yang telah matang dianggarkan sejauh 4.5 meter.
Penjagaan
  • Naungan:
    Pokok ini memerlukan keadaan yang redup, sejuk dan lembab di sepanjang masa.  Di Terengganu, duku-langsat tumbuh diantara pokok buah-buahan lain yang memberi naungan.  Di bawahnya pula terdapat semak-samun atau pokok-pokok kecil yang sentiasa menutupi tanah supaya sejuk.  Dusun yang kurang dinaungkan akan merendahkan hasil kerana keadaan yang lapang dan terbuka menyebabkan pokok mudah diserang penyakit matirosot.
     
  • Membaja:
    Mengikut tinjauan yang dibuat, duku-langsat tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti membaja, merumput atau mencantas.  Hasil yang tinggi ditentukan oleh tanah yang subur; kawasan yang sesuai dan naungan yang mencukupi.  Mungkin pokok-pokok naungan ini membantu memperkayakan baja organan yang terkandung dalam tanah hasil daripada bahan-bahan tumbuhan yang reput.  Bahan baja semulajadi ini seterusnya mengurangkan keperluan baja tambahan bagi duku-langsat.
Memungut Hasil:
Pokok duku-langsat biasanya mula berbuah setelah berumur 12 tahun.  Duku-langsat berbuah setahun sekali dan kadang-kadang terdapat juga buah di luar musim.  Pokok berbunga dalam bulan Jun dan mengambil masa 4 bulan sehingga buah masak.  Ini bermakna buah mula dipetik dalam bulan Oktober hingga November.  Hasil yang diperolehi dari satu pokok yang berumur 50 tahun ke atas biasanya ialah 240 - 300 kg (4-5 pikul) semusim.  Bagi satu pokok buahnya habis di petik dalam masa 2-4 minggu.

Cara Mengutip Hasil:
Waktu mengutip hasil yang paling sesuai ialah di antara pukul sepuluh hingga sebelas pagi dan pukul tiga hingga empat di sebelah petang.  Pada waktu-waktu ini, buah-buahnya telah kering dari embun dan cuaca yang redup dapat mengelakkan buah dari pecah.  Pemetik buah terpaksa memanjat dan memetik gugusan-gugusan buah.  Memetik hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan tampuk buah di dahan-dahan kerana bunga-bunga di musim akan datang akan dikeluarkan di tampuk-tampuk yang sama.  Buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul atau kain sarung dan dihulur ke bawah dengan tali.  Setelah dikumpul, buah yang kurang bermutu atau pecah diasingkan dari buah yang elok dan dimasukkan ke dalam guni-guni untuk dijual kepada peaih atau pemborong.

Pasaran:
Harga duku-langsat bergantung kepada hasil yang diperolehi dan musim buah-buahan yang lain.  Jika terdapat banyak buah-buahan lain di pasaran, harganya rendah sedikit.  Harga buah yang ditolak kepada peraih-peraih ialah lebih kurang RM90.00 bagi 60.5 kg (1 pikul) sewaktu dalam musim atau RM140.00 bagi 60.5 kg di awal musim.  Oleh kerana duku-langssat digemari ramai dan bekalannya pula terhad, buah ini tetap mendapat harga yang memuaskan dan menguntungkan pekebun-pekebun.

Masalah:
Masalah utama yang sering dihadapi oleh tuan-tuan punya dusun duku-langsat ialah kekurangan tenaga untuk memetik buah.  Buah-buah yang telah masak mestilah dipetik dengan segera kerana warnanya akan bertukar menjadi perang dan seterusnya hitam dalam masa beberapa hari setelah masak.  Buah yang begini kurang bermutu dan rendah harganya.  Untuk mengatasi masalah ini, pekebun-pekebun terpaksa mengupah pemetik-pemetik buah untuk mengutip hasil dengan bayaran lebih kurang RM15.00 bagi setiap 60.5 kg buah yang dipetik.

Pengendalian Lepastuai
Sepanjang yang diketahui duku-langsat merupakan sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi hidup subur dalam keadaan yang sesuai.  Namun begitu, penyelidikan selanjutnya seperti pembiakan secara tampang, pengurangan masa yang diambil untuk mula berbuah, penggalakan pengeluaran bunga di luar musim, pengawalan musuh-musuh utama, cara memangkas yang betul dan pembajaaan yang sesuai diamalkan perlulah dijalankan.  Dengan cara ini dapatlah bekalan duku-langsat ini memenuhi permintaan pembeli-pembeli yang akan bertambah di masa hadapan.



Setakat ini belum ada klon yang disyorkan untuk penanaman.  Walau bagaimanapun, pokok dokong kering yang didapati tulen dan bermutu, berhasil tinggi serta mempunyai ciri-ciri rintangan terhadap musuh dan penyakit dikenalpasti untuk mendapatkan biji sebagai sumber benih tanaman.
Terdapat tiga jenis dokong yang agak berlainan dari segi ciri dan kualiti buah, iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji atau dokong butir.  Perbezaan diantara ketiga-tiga adalah seperti berikut:-
  1. Dokong Kering
    Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset.  Buahnya tersusun rapat di tangkai.
     
  2. Dokong Air
    Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi.  Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan.  Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering.  Kulitnya nipis tetapi bergetah.  Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.
     
  3. Dokong Biji / Dokong Air
    Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas.  Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis.  Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah.  Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih pokok penanti.
Penanaman
Dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu anak pokok biji, anak pokok cantuman baji dan keratan.
  • Penyediaan anak pokok dari biji

    Buah dari pokok dokong kering berkualiti yang telah dikenalpasti diambil untuk mendapatkan bijinya.  Biasanya sekilo buah akan menghasilkan 4-6 biji yang besar dan bernas.  Hanya buah yang besar dan bentuk tidak seimbang sahaja yang ada biji besar dan dipilih sebagai sumber untuk mendapatkan biji.

    Biji buah dibuang dan bijinya dibersihkan dan disemai dalam kotak pasir yang telah disediakan lebih awal dan diberi rawatan racun kulat.  Biji ditanam sedalam 1 cm dan diletak secara mendatar.  Tutup biji-biji ini dengan pasir dan berikan lindungan dari cahaya matahari.  Siram 2 kali sehari.  Satu biji boleh mengeluarkan lebih dari satu anak pokok.  Dalam tempoh 8-10 minggu, anak pokok yang cergas boleh diasingkan dari pokok kecil lain dalam satu biji dan diubah ke polibeg.  Anak pokok yang masih kecil boleh disemaikan kembali ke pasir sehingga ia mencapai tahap dua helai daun sebelum diubah ke polibeg.  Selepas 8-10 bulan didalam polibeg, anak pokok semaian dokong akan mencapai peringkat umur untuk ditanam, iaitu ketinggian melebih 20 cm dan sekurang-kurangnya 8 helai daun.  Untuk mempercepatkan tumbesaran dan mengurangkan tempoh di dalam polibeg ini, semburan dengan baja foliar seminggu sekali adalah disyorkan.
     
  • Penyediaan anak benih secara tampang (cantuman baji)

    Semua spesies dalam genus Lansium boleh digunakan sebagai pokok penanti.  Langsat dan duku Kelantan (duku Dewan) merupakan pokok penanti yang paling sesuai.  Pokok penanti berumur 1-2 tahun, mempunyai batang bergaris pusat 6-8 mm serta sihat dan tidak berpenyakit boleh dipilih untuk cantuman baji.  Daun pokok penanti dibuang, batangnya dipotong pada paras lebih kurang 10 cm dari paras tanah dan kemudian dibelah tengah sedalam 2 cm dengan menggunakan pisau tajam.

    Pucuk dari pokok dokong kering yang terpilih, bergaris pusat 6-8 mm, mempunyai 3-4 mata tunas, panjang antara 15-20 cm dan sekurang-kurangnya dua helai daun hendaklah digunakan.  Daun besar boleh dikerat supaya tinggal 1/2 - 1/3 saiz asal untuk mengurangkan perpeluhan.  Pucuk yang baik ialah separuh keras.  Pangkal pucuk dipotong runcing sepanjang 2 cm berbentuk 'V'.  Masukkan ke dalam belahan di pokok penanti.  Untuk memastikan kejayaan cantuman, kambium dari pucuk dan pokok penanti mesti bertemu.  Tempat cantuman ini diikat dengan tali rafia dengan kuat.  Siram air hingga polibeg betul-betul lembab.  Tutup dengan beg plastik untuk mengekalkan kelembapan.  Selenggarakan selama 4-6 bulan sebelum ia sesuai ditanam di ladang. (Lihat rajah cantuman baji)
     
  • Penyediaan anak benih secara keratan

    Dokong boleh dibiak dengan cara keratan, akan tetapi teknik ini belum diamalkan secara meluas.  Pucuk-pucuk yang keras dari pokok dokong kering terpilih boleh digunakan.  Pilih keratan berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan bergaris pusat 6-8 mm mempunyai 2-3 ruas buku dan juga 2-4 helai daun.  Keratan dibuat di bawah buku daun 1/2-1/3 bahagian daun-daun dibuang supaya mengurangkan transpirasi dan menjimatkan ruang di dalam kotak pembiakan.

    Celup keratan ke dalam lauran 10,000 ppm Indole-Butyric Acid (hormon penggalak akar) selama 15 saat dan seterusnya tanam atas batas atau kotak pasir sungai yang diletak di dalam rumah pembab kabus.  Rumah pelembab dan pasir perlu sentiasa basah dan lembab.  Selaps 70 hari, keratan yang berakar boleh diubah ke ladang.  Polibeg ini disimpan dalam rumah pelembab selama 2 minggu sebelum dipindahkan ke rumah teduhan biasa.  Selepas 3-4 bulan, pokok keratan akan mengeluarkan pucuk serta daun baru dan boleh ditanam di ladang.  Oleh kerana pokok keratan ini tidak mempunyai akar tunjang, penanaman dalam sistem kepadatan tinggi disyorkan.

     
Penanaman di ladang

Jarak yang dicadangkan ialah 6m x 6m hingga 10m x 10m.  Pada amnya jarak yang disyorkan ialah 7m x 7m dan ia bergantung kepada kesuburan tanah.  Lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m.  Tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah dan biar lubang 2-3 minggu untuk didedahkan kepada cahaya matahari.  Selepas itu, lubang tersebut dikambus dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 200 gm CIRP dan 10 kg. baja organik atau kompos.  Ini diikuti dengan tanah lapisan bawah.

Sebelum menanam, pokok dalam polibeg disiram dan polibeg ditanggalkan dengan teliti supaya tidak merosakkan gumpalan  tanah dan akar.  Pokok ditanam secara tegak dan lubang ditimbus hingga 3 cm dari permukaan tanah polibeg.  Tanah di sekeliling pokok dipadatkan dan sungkupan yang terdiri dari sabut, rumput kering dan lain-lain boleh diletakkan di pangkal pokok.  Jika anak pokok agak tinggi (lebih dari 0.5m) sokongan menggunakan pancang kayu digunakan untuk mengelakkan pokok tumbang.

Keperluan Lindungan Atau Naungan

Pada tiga tahun pertama penanaman di ladang, pokok dokong memerlukan 40-60% teduhan supaya pertumbuhan subur dan cepat.  Biasanya pokok Gliricidia, petai, petai belalang dan pisang adalah tanaman lindungan yang sesuai.  Tanaman lindungan perlu ditanam sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dokong ditanam dan jarak antara pokok lindungan dan dokong hendaklah melebih 2.5 meter supaya mengelakkan persaingan. 

Pemangkasan

Dalam tempoh 6 bulan diladang, pengurusan pokok lindungan adalah penting untuk memberi naungan yang sesuai dan mengurangkan persaingan.  Cabang-cabang yang menganggu pertumbuhan dokong harus dipangkas dan pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga.  (Sila lihat panduan memangkas pokok). Klik !
Program Pembajaan




Peringkat
Pertumbuhan
Umur (tahun)Jenis BajaKadar
Kg/pk/thn
Masa Membaja
Masa MenanamPembajaan asasCIRP
Baja Organik
0.2
10.0
 Dimasukkan ke dalam lubang tanaman
Tumbesaran1
2
3
4
5


 
 14:13:19:2
 15:15:15 atau
 15:15:6:4


 dan
 Baja Organik
 
0.5
1.0
2.0
3.0
4.0

10kg
 
 3 bulan sekali terutama pada awal
 musim hujan.




 Baja Organik ditabur 2 kali setahun
 dengan kadar 10 kg/pokok
Buah6
7
8
9
10
11
12
13
14
15 ke atas

 
 12:12:17:2+TE


 12:6:22:3






 Baja Organik
 
6.0
6.0
7.0
7.0
7.0
8.0
8.0
8.0
8.0
9.0

 
 3 kali setahun seperti berikut:-
 1/2 bahagian selepas musim buah.
 1/4 bahagian 2 bulan sebelum berbunga
 1/4 bahagian selepas berputik.





 Baja organik ditabur 2 kali setahun
 dengan kadar 10 kg/pokok.
Keperluan Air
Umur pokokKeperluan Air
1-2 tahun
8-12 tahun
20-22 tahun
-
-
-
9-11 liter/pokok/hari
40-48 liter/pokok/hari
97-116 liter/pokok/hari
Hasil Dokong

Pokok dokong mula berbuah selepas 5-6 tahun ditanam.  Di peringkat awal berbuah, anggaran hasilnya ialah 3 tan sehektar (123 pokok sehektar dengan jarak tanaman 9m x 9m).  Dokong mencapai pengeluaran hasil optimum mulai tahun ke 14.  Anggaran hasil sebanyak 14 tan metrik sehektar.
Penuaian
Penuaian buah dokong dilakukan dengan memotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau.  Buah yahg dituai dimasukkan ke dalam baldi plastik dengan cermat bagi mengelakkan buah tercedera.  Gunakan tangga sekiranya pokok dokong yang hendak dituai itu tinggi.
Pengendalian Lepastuai
Selepas penuaian, buah dokong perlu dikendalikan dengan baik kerana ini akan menentukan gred, harga dan pasarannya.  Pengendalian lepastuai yang kurang baik akan merendahkan gred buah dan seterusnya mengurangkan pendapatan. 
Buah yang dituai dimasukkan  ke dalam bakul rotan yang dialas dengan bahan-bahan lembut seperti surat khabar lama,  Ini penting bagi memastikan buah dokong tidak cedera sebelum dihantar ke tempat penggredan.  Penggredan buah dokong dilakukan berdasrkan saiz buah, berat buah setangkai, kebersihan buah dan tiada kesan serangan serangga serta kulat.  Penggredan ini dilakukan sebaik sahaja penuaian selesai dijalankan.  Pada amnya, buah dokong dibahagikan kepada tiga gred, iaitu:-




GredCiri-ciriHarga/Kg
(RM)
ABuah besar (garis pusat > 3 cm)
Buah setangkai lebat.
Kulit bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga.
6.00-8.00
BBuah sederhana. Tangkai pendek dan buah jarang.  Bercampur
dengan buah relai.  Kulit mungkin berbintik.
4.00-6.00
CBuah relai dari tangkai.
Saiz tak seragam.
3.00-4.00

KEMATANGAN 
DAN PENGUTIPAN HASIL
Penghasilan Buah

Dengan pengurusan yang baik dan pembajaan yang mencukupi, pokok dokong akan mulai berbuah pada tahun ke 7 selepas ditanam di ladang bagi pokok yang ditanam dari biji dan 5-6 tahun bagi pokok yang ditanam secara anak tampang (tut atau cantuman biji).  Hasil pertama adalah rendah dan hanya beberapa kilogram buah dihasilkan pada satu pokok.  Hasil akan bertambah selepas itu.  Pada tahun ketiga berbuah (umur 10 tahun), pengeluaran mulai meningkat ke tahap 50-100 kg/pokok.  Dokong menunjukkan tabiat pengeluaran 'biennialitty' dimana hasil tinggi pada sesuatu tahun akan diikuti dengan hasil yang rendah pada tahun berikutnya.  Fenomena ini adalah lebih ketara jika penyelenggaraan dan pembajaan tidak sempurna.

Pokok dokong akan berbunga selepas mengalami satu musim kemarau yang agak panjang.  Kemarau yang berterusan selama 3-4 minggu diperlukan oleh pokok dokong untuk merangsang pengeluaran bunga.
 
Penjarangan Tangkai dan Buah

Apabila pokok dokong berbunga, beberapa tangkai akan keluar dari satu tampok bunga.  Jika pokok dokong mengeluarkan banyak tangkai bunga, penjarangan tangkai hendaklah dilakukan.  Biasanya 1-3 bunga ditinggalkan di setiap tampok supaya tangkai itu akan menjadi panjang, peratus pelekatan buah ditangkai tinggi dan menghasilkan buah yang besar dan bermutu.
 
Kematangan Buah

Buah dokong akan masak dalam tempoh 6 bulan.  Dalam tempoh itu, buah-buah yang terlalu kecil, yang pecah atau yang diserang oleh kulat atau serangga perlu dibuang supaya ia tidak menjejaskan kualiti buah lain.  Peringkat buah dokong masak boleh dilihat mengikut warna kulit, ciri serta tanda-tanda berikut:-

- warna kulit bertukar dari hijau ke kuning atau kuning kelabu.
- isinya menjadi jernih dan rasanya manis (isi buah mentah ialah keputihan).
- buah menjadi lembut apabila dipicit.
- buah masak mudah direlai dari tangkai.
- tiada getah pada kulit buah yang masak.
- buah yang betul-betul masak akan mengambil masa 180-200 hari selepas bunga kembang.
 
Memungut Hasil

Buah dokong yang dipetik di peringkat yang betul-betul masak akan menjadi dokong yang manis dan bermutu dan seterusnya memberi pulangan yang tinggi.  Apabila 75% buah di setiap tangkai masak, tangkai itu boleh dituai.  Tangkai buah hendaklah dipotong dengan teliti hingga rapat dengan batang.  Jangan rentap atau pulas tangkai buah kerana ini akan merosakkan tampok bunga.  Untuk memungut hasil, pemungut hendaklah duduk atau berdiri di atas tangga khas.  Ini akan mengurangkan kerosakan tampok bunga di dahan-dahan besar.  Tangkai-tangkai buah yang dipotong itu dimasukkan ke dalam baldi yang digantung di sebelah tangga.  Apabila baldi diisi penuh dengan tangkai buah dokong, ia diturunkan dengan menggunakan tali.


PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Pengendalian di ladang
Setiap tangkai buah yang dipungut diisi dalam bakul buluh atau plastik dan diselenggara dengan cermat.  Buah diperiksa bagi mendapatkan kualiti yang serata.  Buah-buah yang muda dan pecah atau rosak dibuang dan diasingkan.
Penggredan
Selepas pengasingan dan pemilihan ini dilakukan, jambah buah dokong boleh digredkan mengikut sistem gred yang diamalkan oleh pengusaha dan pemborong di Negeri Kelantan sekarang.

Gred A   -
 
Saiz buah besar, garispusat melebihi 3 cm, jambak lebat dan panjang.  Kulit buah bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga.
Gred B   -Saiz buah sederhana, jambak pendek dan buah jarang, bercampur dengan buah yang relai.  Kulit buah berbintik.
Gred C   -Buah yang relai, saiz bercampur.

Buah dokong yang telah digredkan itu akan dimuatkan ke dalam bakul plastik atau raga buluh.  Bakul / raga biasanya dilapis dengan suratkhabar sebelum diisikan dengan jambak buah.
Penyimpanan hasil
Buah dokong yang masak hanya boleh disimpan selama 3-5 hari dalam suhu biasa.  Kulitnya akan layu dan menukar ke warna hitam jika tempoh simpanan dilanjutkan.  Oleh itu buah dokong perlu dihantarkan ke pasar dan tempat jualan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan penurunan kualiti.  Simpanan di bilik sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi hitam dan ini adalah tidak disyorkan.
Serangan penyakit juga tidak membahayakan duku-langsat.  Diantaranya ialah kulat yang menyebabkan penyakit bintik berpusar (antraknos) pada buah dan penyakit kulapuk.
Buah-buah yang pecah juga merupakan masalah yang agak serius.  Walau bagaimanapun, ini bukanlah penyakit tetapi satu faktor fisiologikal, ini biasanya berlaku apabila hujan turun selepas cuaca panas dan kering.  Penyerapan air hujan menyebabkan buah menjadi bengkak dan akhirnya pecah oleh sebab ketegangan air di dalamnya.  Buah yang pecah kurang bermutu dan tidak mempunyai harga pasaran yang memuaskan.
Penyakit dan Penyebab:
  1. Antraknos (Colletotrichum spp.)
    Tompok-tompok kecil pada kulit buah bertukar menjadi warna perang.
  2. Cendawan Angin (Cortium salmonicolor)
    Ranting dan dahan pokok yang diserang diselaputi miselium putih bertukar menjadi merah jambu.  Daun menjadi kuning dan gugur.  Cantas dahan yang diserang.
  3. Kulapuk Hitam (Meliola spp.)
    Daun dan buah yang diserang dipenuhi miselia kulat berwarna hitam.  Menjejaskan fotosintisis dan kualiti buah.  Dikaitkan dengan kehadiran teritip yang mengeluarkan manisan.  Sembur white oil untuk mengawal teritip.


MUSUH DAN MAKHLUK PEROSAK

Walaupun terdapat beberapa jenis serangga perosak yang menyerang duku-langsat, kesannya tidaklah serius.  Diantaranya ialah 'Pengorek buah' yang bertelur di dalam buah yang muda.  Seterusnya larva memakan buah yang sedang membesar dan menyebabkannya gugur.  Untuk mengawalnya, bersihkan dusun dari buah-buah yang diserang dan bakar.

Juga terdapat teritip yang menghisap cecair daun.  Musuh-musuh seperti tikus, burung, kelawar dan tupai memakan buah yang masak dan mengakibatkan kekurangan hasil.  Jika dibiarkan, kesannya mungkin teruk.  Kawalan yang biasa diamalkan ialah secara menyalakan api di waktu malam untuk menghalau musuh-musuh tersebut.
Serangga perosask dan cara kawalannya:
  1. Ulat  Pengorek Kulit (Puru batang)
    Batang, dahan dan daun berkeruping.  Terbentuk bintik-bintik kecil berwarna coklat/hitam di peringkat awal.  BIntik-bintik membesar menjadi puru, menyerang pokok muda 2-3 tahun apabila serius seluruh batang mempunyai puru.  Ini boleh membantut pertumbuhan pokok dan mengurangkan hasil peneluaran.


    Tindakan:
    Kikis bahagian yang diserang dengan pisau.  Pangkas dan seterusnya bakar ranting yang telah mati dan yang teruk diserang.  Sembur racun seperti dimethoate jika perlu dengan kadar 0.5% bahan aktif sebulan sekali bagi serangan yang teruk dan 3 bulan sekali apabila serangan beransur pulih.
  2. Ulat Pemakan Daun
    Serangan tidak begitu serius.  Larva akan memakan pucuk muda dan meninggalkan lapisan kutikal.  Daun yang disrang menjadi kering berwarna perang di bahagian tepi daun.

    Tindakan:
    Jika perlu, sembur racun dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif di peringkat berpucuk.
  3. Lalat Buah
    Membuat tusukan pada buah yang sedang masak.  Buah akan menjadi berair dan bertukar warna menjadi coklat.  Buah rosak dan gugur.

    Tindakan:
    Guna umpan protin seperti protein hydrolysaste untuk memberi tarikan.  Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan disembur di kawasan daun.  Lalat akan berkerumun di situ dan terus guna methyl-eugenol bagi merangkap lalat.  Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan diletak di kawasan ladang.


JENIS PENYAKIT DAN KAWALANNYA
  1. Penyakit Reput Buah
    Buah menjadi rosak dan reput.  Tidak serius tetapi boleh mengurangkan hasil.  Guna racun kulat cooper oxychloride di peringkat berbuah dengan kadar 0.1%.  Ulangi semburan jika perlu.
  2. Antraknos Buah
    Serangan berlaku pada buah.  Peringkat awal tompok-tompok kecil terjadi pada kulit buah, bertukar menjadi warna perang.  Buah boleh gugur.  Serangan tidak begitu serius.  Guna cooper oxychloride.
  3. Cendawan Angin
    Menyerang ranting dan dahan pokok.  Bahagian diserang akan diselaputi Misilium putih bertukar menjadi merah jambu.  Jika teruk daun akan menjadi kuning dan gugur.  Cantas dahan yang diserang dan sembur pokok dengan cooper oxychloride.
  4. Kulapuk Hitam
    Serangan keatas daun dan buah.  Bahagian yang diserang dipenuhi mislia kulat berwarna hitam.  Menjejas proses fotosintesis jika serangan teruk dan juga kualiti buah.  Sembur white oil untuk mengawal teritip.  Sembur racun kulat seperti Maneb untuk mengawal kulat.


DUKU TERENGGANU (Lansium domesticum)
Seperti buah dokong, buah duku Terengganu akan bertukar daripada warna hijau ke warna kuning apabila buah mencapai peringkat masak.  Walau bagaimanapun, corak kemasakan buah duku Terengganu berlaku tidak serentak dalam satu tangkai.  Pada masa kebanyakan buah telah bertukar warna menjadi kuning, masih terdapat buah-buah yang masih hijau.  Keadaan ini menimbulkan masalah dalam penuaian.

Peringkat kemasakan duku Terengganu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat mengikut perubahan warna buah iaitu (1) hijau kekuningan; (2) kuning kehijauan; (3) kuning; (4) kuning cerah dan (5) kuning keperangan.  Kemanisan buah meningkat dan kemasaman buah menurun apabila buah semakin kuning.  Umumnya, buah duku Terengganu sudah boleh dipetik apabila kebanyakan buah pada sesuatu tangkai sudah berwarna kuning, kuning cerah dan kuning keperangan iaitu 15-16 minggu dan tarikh bunga berkembang.  Pada ketika itu, buah mengandungi jumlah pepejal terlarut antara 15-18% dan kandungan asid antara 0.2-0.4%.
Penuaian perlu dilakukan dengan cermat supaya tidak merosakkan buah yang dipetik.  Buah hendaklah dipetik seawal-awalnya pada lewat pagi iaitu antara pukul 10.00 atau 11.00 pagi hingga ke tengah hari atau petang untuk mengelakkan buah pecah.  Sekiranya buah dipetik pada awal pagi, peratus buah pecah adalah tinggi.  Kadangkala dalam keadaan cuaca redup atau hujan pagi, penuaian perlu dilakukan pada lewat tengah hari.  Penuaian dilakukan secara memilih iaitu dengan meleraikan buah yang telah kuning sahaja daripada tangkainya dan kemudian masukkannya ke dalam bekas kecil seperti bakul atau karung kain.  Buah yang masih hijau ditinggalkan pada tangkainya untuk dipetik kemudian hari.  Bagi pokok yang tinggi, pokok perlu dipanjat dan bakul atau karung kain yang telah diisi buah dihulurkan kepada seorang lagi yang menunggu di bawah pokok dengan tali.  Buah-buahan ini kemudian dipindahkan ke dalam bakul atau bekas plastik yang lebih besar untuk diangkut ke bangsal atau rumah pembungkusan.  Buah mesti dielakkan daripada terhempas ke tanah semasa penuaian.
Perubahan warna daripada satu indeks ke indeks kemasakan berikutnya mengambil masa selama 3-4 hari.  Perubahan warna buah daripada indeks 1 ke indeks 6 mengambil masa kira-kira 17 hari.  Peringkat kemasakan yang sesuai untuk penuaian buah dokong bergantung pada kegemaran pengguna.  Berdasarkan kajian yang dijalankan di MARDI, buah sesuai dipetik pada indeks 4 iaitu semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning cerah.  Pada peringkat ini buah sudah berhenti membesar (18 gm sebiji) dan kandungan gula sudah mencapai peringkat maksimum (jumlah pepejal terlarut lebih daripada 18%).  Walau bagaimanapun kandungan asid masih agak tinggi (0.9%) dan membuatkan buah mempunyai rasa manis dengan sedikit rasa masam.  Bagi mereka yang gemarkan buah yang lebih manis, penuaian boleh dilakukan pada indeks 5 atau 6, tetapi jangka hayat buah ini lebih pendek.  Terdapat jua penanam dokong memetik buah lebih awal iaitu pada indeks 4 untuk tujuan eksport ke Thailand.  Buah pada peringkat ini mempunyai rasa masam-masam manis (jumlah pepejal terlarut 16% dan asid 0.9%) dan saiz buah kecil sedikit (15 gm sebiji).
Pemetikan buah dokong adalah mudah kerana semua buah dalam satu tangkal masak serentak.  Buah dipetik dengan memotong tangkainya menggunakan pisau atau gunting tanpa meleraikan buah daripada tangkai.  Buah dalam bentuk jambak dimasukkan ke dalam bekas seperti bakul atau karung kain semasa penuaian dan kemudian dipindahkan ke dalam bekas yang lebih besar untuk diangkut ke bangsal atau rumah pembungkusan.  Bagi pokok yang tinggi, penuaian dilakukan dengan memanjat pokok atau menggunakan tangga.  Buah yang diisi ke dalam bakul atau karung kain diturunkan menggunakan tali dan disambut oleh seorang lagi yang menunggu di bawah pokok.  Penuaian mesti dilakukan dengan cermat untuk mengelakkan kecederaan pada buah.  Buah dokong digalakkan dipetik selepas pukul 10.00 pagi untuk mengelakkan kejadian buah pecah.
KEMATANGAN BUAH DOKONG / DUKU / DUKU-LANGSAT:
Buah dokong akan berubah warna daripada hijau kepada kuning apabila masak.  Perubahan warna kulit daripada hijau ke kekuningan berlaku kira-kira 87 hari selepas bunga kembang.  Buahnya masak seragam dalam satu tangkai dan keadaan ini memudahkan proses penuaian.  Indeks kemasakan buah dokong telah dibentuk berdasarkan warna buah dan boleh dijadikan panduan untuk penuaian.

Indeks 1:Setiap buah dalam satu tangkai, sudah menunjukkan warna kekujing walaupun keseluruhan buah masih kehijauan.
Indeks 2:Setiap buah pada satu tangkai berwarna kuning pucat dengan 6-8 biji buah masih terdapat warna kehijauan pada hujung buah.  Biasanya buah-buah ini menghadap cahaya matahari.
Indeks 3:Setiap buah dalam satu tangkai berwarna kuning pekat dengan 1-2 biji buah pada bahagian paling bawah tangkai menunjukkan kesan kehijauan pada hujung buah.
Indeks 4:Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning cerah.
Indeks 5:Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning keperangan.
Indeks 6:Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning keperangan tetapi darjah keperangannya lebih daripada buah pada indeks 5.




PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Pengendalian di Ladang
Setiap tangkai buah yang dipungut diisi dalam bakul dan diselenggara dengan cermat.  Buah diperiksa bagi mendapat kualiti yang serata.  Buah-buahan yang muda dan pecah atau rosak dibuang dan diasingkan.
Penggredan

Selepas pengasingan dan pemilihan ini dilakukan, jambah buah dokong boleh digredkan mengikut sistem gred yang diamalkan oleh pengusaha dan pemborong seperti berikut:-

Gred A:
Saiz buah besar, garispusat melebihi 3 cm, jambak lebat dan panjang.  Kulit buah bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga.

Gred B:
Saiz buah sederhana, jambak pendek dan buah jarang, bercampur dengan buah yang relai.  Kulit buah berbintik.

Gred C:
Buah yang relai, saiz bercampur.

Buah yang telah digredkan itu akan dimuatkan ke dalam bakul plastik atau raga buluh.  Bakul atau raga dilapis dengan suratkhabar sebelum diisikan dengan jambak buah.
Penyimpanan Hasil

Buah dokong yang masak hanya boleh disimpan selama 3-5 hari dalam suhu biasa.  Kulitnya akan layu dan menukar ke warna hitam jika tempoh simpanan dilanjutkan.  Oleh itu buah perlu dihantar ke pasar dan tempat jualan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan penurunan kualiti.  Simpanan di blik sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi hitam dan ini adalah tidak disyorkan.

Nangka


Nama Saintifik       :   Artocarpus heteropyllus Lam
Nama Tempatan   :   Nangka
Keluarga                :   Moraceae
Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae.  Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika.  Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2,  vitamin C dan niasin.
Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang.  Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

  1. Iklim

    Sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika.  Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o 
    - 31oC.  Tanaman ini agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemarau yang melebihi dua bulan kurang sesuai untuk tanaman ini melainkan pengairan dapat disediakan.  Tanaman nangka juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah dibanjiri.
     
  2. Faktor tanah

    Tanah gembur dalam, mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai. manakala kawasan yang senang bertakung air tidak sesuai.

Klon kultivar yang disyorkan:-
J 29
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973.  Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat.  Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal.  Durinya kasar dan jarang.  Ulas besar dan banyak dan bijinya besar.  Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus.  Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.
J 31
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973.  Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm.  Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat.  Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat.  Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami.  Bijinya kecil.
J 32
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997.  Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat.   Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit.  Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.
J 33
Sesuai dimakan mentah.  Pembiakan secara tampang.
MASTURA (Cj)Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik.  Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000).
Bagaimana MASTURA dihasilkan?
Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat penilaian.  Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih untuk dikacukkan.
Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg sebiji, empulur yang kecil dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak.  Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan.
Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA.
Ciri-ciri MASTURA:
Kultivar baru nangka MASTURA mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
  •  lon nangka.

PENYEDIAAN BENIH TANAMAN:
Gunakan baja klonal yang dibiakkan secara tampang iaitu cantuman mata tunas dan baji (klik untuk lihat proses cantuman dan cantuman pokok).  Bahan pembiakan mestilah diperlehi dari sumber pokok induk yang disahkan tulen.  Anak benih nangka yang hendak ditanam ke ladang mestilah anak benih yang sihat, subur, cergas dan tidak berpenyakit.
PENANAMAN DI LADANG
Semua anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut.  Proses ini boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada sekali sehari selama seminggu.  Setelah itu anak benih bolehlah ditanam di ladang.
Buat lubang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm.  Lubang-lubang ini seelok-eloknya dibiarkan terdedah selama 1-2 hari.  tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fostat.  Sebanyak 5-10 kg baja organik dan 150-250 gm baja fostat diperlukan bagi setiap lubang.  Setelah digaul, tanah tersebut dibiarkan selama seminggu sebelum operasi penanaman anak pokok dilakukan.
Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman.  Tanggalkan polibeg dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut.  Padatkan tanah di keliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi berbusut sedikit bagi mengatasi air bertakung atau tanah mendap.  Siram anak pokok dengan secukupnya selepas menanam.
Anak pokok yang baru ditanam ke ladang perlu diikat kepada kayu pancang bagi mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak.  Anak pokok nangka perlu juga dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang.  Lindungan diperlukan di pangkal anak pokok bagi memberikan keadaan kelembapan tanah yang optimum bagi pertumbuhan anak pokok.


Tanaman tunggal / selingan:


Menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontour.  Keutamaan sistem tiga segi sama, pada satu jarak yang sama dapat memberikan bilangan pokok yang baik, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi sama.
Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama.  Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut.  Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi.  Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai tanaman selingan atau tanaman pengisi.  Kombinasi yang popular ialah menanam nangka dengan durian. Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang di mana pokok durian di tanam di tengah-tengah sistem empat segi sama.  Pokok nangka akan dibuang apabila produktiviti nangka telah menurun dan kanopi pokok-pokok mula bertaut.
Tumbesaran pokok nangka lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab.  Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria.
PEMANGKASAN:
Pokok nangka memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini.  Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit. (sila lihat pangkasan pokok).
Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam.  Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer.  Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama.  Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok.  Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga.
PEMBAJAAN
Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi.  Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.;  Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai.
Program Pembajaan Bagi Tanaman Nangka

Umur pokok (tahun)Kadar baja kimia (g/pokok/tahun)Baja Organik
(kg/pokok/tahun)
UreaTSPK20Mg
1
2
3
4
5
6
7
8-20
165
330
459
530
670
795
1060
1325
163
325
488
520
650
780
1040
1300
125
250
375
565
710
850
1130
1415
40
75
110
150
185
225
300
375
10
10
15
15
20
30
40
40
Nota:
Urea
TSP
K20
Mg
:
:
:
:
Untuk tumbesaran pokok
Trade Super Phosphate (P)
Kalium (K)
Magnesium + mg
Urea, TSP, K20 dan Mg merupakan baja tunggal.  Digunakan untuk kesesuaian pokok pada keadaan ketika itu.  Hasil gabungan keempat-empat elemen di atas dikenali dengan nama N:P:K + Mg.
PENGURUSAN AIR
Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah.  Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis.  Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik.  Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan.  Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja.
PENJARANGAN BUAH
Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah.  Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat.
Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul.  Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok.
Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight)
Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang.  Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti.  Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot.  Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah.  Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk.

Kawalan:  Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit.  Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang.  Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu.
Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:-
  • Pengorek Buah (Margaronia caesalis) - dari jenis kupu-kupu.
    Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meninggalkan lubang di permukaan buah.  Bahan buangan aau fras dikeluarkan dari lubang ini.  Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas.
  • Pengorek Batang (Apriona flavescens) Kamp - sejenis kumbang
    Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang.  Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama.  Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek.  Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering.  Ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.
  • Lalat buah (bactrocera spp). 
    Bertelur di dalam buah yang hampir masak.  Mengorek dan memakan isi buah.  Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas.  Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion disemburkan ke daun.  Penggunan bahan penarik methyl-eugenol untuk memerangkap lalat buah.
  • Kumbang-kumbang Pemakan Daun (Apogonia spp & aderatus spp)Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas sebagai halangan fizikal untuk mengelakkan lalat buah bertelur pada buah.
     
Nangka biasanya dituai berdasarkan tarikh selepas buah dibungkus.  Penanam mengamalkan pembungkusan buah nangka di pokok untuk mengelakkan buah daripada serangan serangga perosak terutama lalat buah.  Buah nangka mula dibungkus apabila saiznya mencapai 8-10 cm panjang atau 2 minggu selepas berputik.  Buah jangka NS1 sudah boleh dipetik 12 minggu selepas dibungkus, manakala buah nangka Madu dipetik 14 minggu selepas dibungkus.
Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik.  Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka.  Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda.  Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain.  Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak.  Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat).
Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengan sekateur atau pisau.  Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok.

Nanas


Nanas atau nama botaninya Ananas comosus  dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nonas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Terdapat tiga kumpulan kultivar nanas yang ditanam di Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.
  • Sarawak
  • Smooth cayenne
  • Hilo
  • Nanas Merah (Singapore Spanish)
  • Masmerah
  • Nanas Hijau (Selangor Green)
  • Nangka
  • Gandol (No. 19 atau 'java hybrid')
  • Betik
  • Moris (Mauritius)
  • Bintangor (Moris Sarawak)
  • Nanas Moris
  • Nanas Sarawak
  • Nanas Pada (Nanas Sawit)
  • Nanas Josapine (A25-34)
  • Nanas Maspine

NANAS MORIS:
Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nanas segar yang ditanam pada masa ini.  Kedua-dua varieti nanas ini mempunyai kelemahan masing-masing.  Nanas Moris kecil, isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi.  Walau bagaimanapun bagi nanas jenis ini buahnya mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya. 
Indeks kematangan Nanas Moris
Indeks 1

 
:

 
Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang
- belum matang
- belum boleh dituai
Indeks 2

 
:

 
Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit kuning diantara mata di pangkal buah
- peringkat pecah warna (buah matang)
- belum sesuai dimakan segar
- sesuai dieksport melalui laut
Indeks 3


 
:


 
Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal buah hijau kekuningan
- buah matang
- boleh dimakan segar tapi belum enak
- sesuai dieksport melalui laut dan udara
Indeks 4


 
:


 
25% mata buah berwarna kuning
- buah mulai masak
- boleh dimakan segar
- sesuai dieksport melalui udara
Indeks 5


 
:


 
50% mata buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak  sesuai untuk dieksport
Indeks 6


 
:


 
Lebih 75% mata buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
Indeks 7



 
:

Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren
- buah masak ranum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
 


NANAS SARAWAK:
Bagi nanas Sarawak pula, buahnya besar, mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair.  Varieti Sarawak juga menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendan terutama di kawasan gambut.  Kedua-dua varieti (Moris dan Sarawak) ini juga rentan terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) akibat penyimpanan pada suhu rendah.
NANAS PADA (NANAS SAWIT)
Nanas Pada ialah nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada nanas yang popular dengan nama 'Nanas Sawit' di Mukah dan Dalat.

NANAS JOSAPINE:
Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak.  Rintang terhadap gejala teras hitam.  Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin.  Selain daripada itu nanas ini juga lebih manis, rangup dan kering, sesuai untuk hidangan segar.
Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor (induk betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nanas).
Ciri-ciri Utama Josapine:
  • Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.
  • Daun hijau keunguan, tidak beduri.
  • Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu.
  • Biasanya 1-2 sulur buah / pokok.
  • Sulur dan ratunnya baik.
Perbandingan ciri-ciri Josapine dengan Moris dan Sarawak adalah seperti berikut:-
VarietiBerat
(kg)
Empulur
mm)
Jumlah Pepejal Laut (%)Asid
%)
Bil
Sulur
Buah)
DuriBerbuah
Awal
Kualiti
Penyimpanan
Gejala
Teras
HItam
Tindak
Balas
Berbunga
 A25-341.32816.80.632.-3-**********r*****
Moris1.02415.90.490-*******tr*****
Sarawak2.22813.70.610-****tr**
Petunjuk:  ***** = sangat baik            r  = rintang
                 *      = tidak baik              tr = tidak rintang

Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan:
  • Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%).
  • Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari.
  • Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari.
  • Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama.
Ciri-ciri Buah:
  • Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak.
  • Buah berbentuk silinder.
  • Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish.
  • Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg).
  • Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering.
  • Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang.
  • Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah terlalu masak.
  • Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10%oC
    selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.
Iklim dan Tanah:Nanas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-30oC.  Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya serata.  Nanas boleh hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut, diantara pH 4.5-6.0.  Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah sentiasa lembap dan terlalu masam. Nanas sesuai ditanam di tanah rendan dan rata.
Penyediaan Tanah:Tanah perlua dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur sebelum menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak).  Tanah perlu dikapur sekiranya pH terlalu rendah (bawah pH 4.5)
Amalan Kultur:
  • Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur.
     
  • Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem penanaman pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam.
     
  • Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP + 163 kg 'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan selepas ditanam.  Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar setiap kali pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg 12:12:17:2+TE pada kadar yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan.
     
  • Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21 g ferus sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air.  Penyemburan dibuat pada 1 dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah.
     
  • Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon (300 bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok).
     
  • Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.

Pembajaan
PusinganMasaJenis BajaKadar/Hektar
1
2
3
4
5
Sebelum menanam
Semasa menanam
3 bulan
6 bulan
9 bulan
Kapor
CIRP
NPK 12:12:17:2
NPK 12:6:22:3
NPK 12:6:22:3
2.5 tan
200 kg
200 kg
500 kg
500 kg

Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga

BilRacunBahan AktifKadarJumlah/haKetinggian Kemasaman Tanah
1
2
3
4
5
6
Carbaryl
Dimethoate
Amitraz
Mercaptodimethur
Diazinon
Cypermethrin
85%
38%
20%
50%
52%
5.5%
9g / 4.5 lit.air
6 ml / 4.5 lit.air
10 ml / 4.5 lit.air
10 g/10 lit. air
7.5 ml / 4.5 lit.air
7.5 ml / 4.5 lit.air
1.8 kg
1 lit
0.8 lit
500 g
1.5 lit
1.3 lit
7
14
7
7
7
7

Racun Untuk Kulat
 

BilRacunNama DaganganBahan AktifKadar BancuhanKetinggian Kemasaman Tanah
1
2
3
4
Mancozeb
Maneb
Copper oxychloride
Tridemorph
Dithane M-45
Pro-Maned 80
Zepercide 870
Calixin
80%
80%
87%
84.3%
7-9/4.5 lit.air
30-40/18 lit.air
10-20 g/10 lit.air
5 ml/4.5 lit.air
7
14
7
7


Kawalan Rumpai:Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah dilakukan setiap 3 bulan ekali.  Selepas itu, merumput boleh dikurangkan sehingga 6 bulan sekali.
Kawalan Jambul dan Sulur:Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5 - 6.5 sm untuk membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah.  Hanya 2 sulur disimpang pada setiap pokok untuk dijadikan bahan tanaman.
Indeks Kematangan Nanas Josapine

Indeks 1


 
:


 
Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna kemerahan.
- buah belum matang
- isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan.
- belum sesuai untuk dituai.
Indeks 2




 
:




 
Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman antara mata. Braktea kekeringan, berwarna putih.
- buah telah matang (peringkat pecah warna)
- 50% isi berwarna keemasan
- belum sesuai dimakan segar
- boleh dieksport melalui laut
Indeks 3



 
:



 
Buah berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah bertukar warna keorenan.
- buah matang hijau
- 75% isi berwarna keemasan
- boleh dimakan segar tapi masih belum enak
- sesuai untuk ekport melalui laut dan udara
Indeks 4





 
:





 
Lebih kurang 25% mata buah berwarna keorenan.
- buah suku masak
- lebih 75% isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum
- baik untuk dimakan segar
- sesuai untuk pemprosesan minuman
- sesuai untuk eksport melalui udara.
Indeks 5





 
:





 
Lebih 75% mata berwarna keorenan
buah separuh masak
- keseluruhan isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan harum
- baik untuk dimakan segar
- baik untuk pemprosesan minuman
- masih boleh dieksport melalui udara
Indeks 6



 
:



 
Lebih kurang 75% mata buah berwarna keorenan
- buah tiga suku masak
- isi kurang pejal, sangat berjus, manis dan harum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk eksport
Indeks 7




 
:



 
Keseluruhan buah berwarna oren
- buah masak penuh
- isi lembik, sangat berjus, manis dengan sedikit kemasaman
- masih boleh dimakan segar tapi kurang enak
- tidak sesuai untuk eksport
 


NANAS MASPINE:
Maspine berasal dari kumpulan nanas 'Manzanah' iaitu daripada jenis buah yang mempunyai ciri-ciri daun tidak berduri (piping-leaf).  Ia telah dibangunkan dan dinamakan '73-50' oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii yang telah ditutup pada 1975.  Maspine ialah hibrid yang kompleks yang berasal dari kacukan antara kultivar Cayenne, Perolera, Pernambuco, Spanish dan Queen.
Di Malaysia, ia telah diperkenalkan di MARDI Pontian melalui program pertukaran germplasma dengan Stesen Penyelidikan Hortikultur Maroochy, Australia pada Mac 1993.  Dua sulur daripada setiap lima hibrid 'piping-leaf' telah diperkenalkan dan setelah melepasi kuarantin, ia ditanam di MARDI Pontian untuk pemerhatian dan kajian.  Lewat tahun 1994, tiga hibrid iaitu '53-116', '59-656' dan '73-50' (Maspine) telah dipilih dalam penilaian generasi pertama.  Hibrid yang dipilih ini dibiakkan menggunakan teknik tunas daun dan 'quartering'.
Pada tahun 1996, sebanyak 50 pokok dari setiap hibrid hasil penilaian generasi kedua ditanam dalam barisan progeni untuk penilaian seterusnya.  Selepas hasil dituai, jambul dan tangkai digunakan sebagai bahan tanaman untuk plot percubaan di Pontian pada tahun 1999.  Secara keseluruhan, hibrid '73-50' (Maspine) adalah yang terbaik berbanding dengan hibrid lain serta kultivar tempatan.  Ciri-ciri Maspine adalah seperti berikut:-
  • Ciri-Ciri Tampang
    - Pokok subur dan sederhana tinggi.
    - Daun tidak berduri.
    - Saiz jambul sederhana besar (sebagai bahan utama pembiakan).
    - Biasanya jarang mempunyai sulur tangkai, sulur angin dan sulur bawah.
     
  • Ciri-ciri Pembungaan

    - Tindak balas pembungaan lebih daripada 80%.
    - Pengeluaran jambak bunga 37 hari selepas aruhan hormon.
     
  • Ciri-ciri Buah
    - Buah berbentuk silinder dengan sisi bersegi.
    - Kulit nipis mempunyai kadar perolehan yang tinggi.
    - Bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg.
    - Isi bewarna kuning keemasan.
    - Kandungan gula tinggi iaitu lebih 16%.
    - Kandungan asid rendah (0.58%).
    - Rasanya manis dan enak, sesuai dijadikan pencuci mulut.
     
  • Hasil

    - Lebih kurang 40% lebih tinggi daripada Gandul dan 60% lebih tinggi daripada Josapine.
    - Rintang kepada penyakit reput teras.
    - Lebih mudah sesuai dengan pelbagai keadaan alam sekitar.
     
  • Ciri-ciri Pengalengan

    - Kadar perolehan yang lebih baik (20%) berbanding dengan Gandul (16-18%).
    - Kandungan gula yang tinggi 14-17% sebelum diproses dan 16-18% selepas diproses.
    - pH dan tahap keasidan sesuai untuk pengalengan.
    - Isi berwarna kuning keemasan yang menarik serta tidak mudah pecah setelah dipotong.
    - Isi buah bersih dan bebas daripada bintik-bintik.
    - Garis pusat empulur buah kurang daripada 30 mm.
    - Secara keseluruhan industri atau pengilang berpuas hati dengan kualiti varieti ini.
Benih Maspine dihasilkan melalui teknik 'quartering' dan ketulenan klon dijamin.  Terdapat lebih 12,000 sulur telah disediakan untuk hibrid ini.  Benih ini akan dibiakkan seterusnya dengan menggunakan teknik 'quartering' untuk mencapai sasaran 128,000 sulur pada hujung tahun 2006.