Peralatan Pertanian


Cangkul
Cangkul atau penggali merupakan alat tradisional yang digunakan untuk pertanian. Walaupun kini sudah terdapat pelbagai jenis jentera bajak moden namun penggunaan cangkul masih lagi diperlukan bagi setengah-setengah kerja di kebun atau di sawah. Cangkul kebiasaannya digunakan untuk merata, menggembur dan memecahkan tanah.
Cangkul mempunyai pelbagai jenis bentuk pemegang atau hulu yang diperbuat daripada kayu. Ada hulu berbentuk lurus dan ada juga yang berbentuk bengkok. Matanya pula diperbuat daripada besi. Terdapat pelbagai jenis cangkul yang dikenali sebagai cangkul betul (lurus) dan cangkul burung yang lebih dikenali sebagai alabangka. Cangkul lurus digunakan untuk menggali lubang yang sempit seperti turus pagar atau untuk menanam tiang. Cangkul burung pula digunakan untuk memecahkan tanah yang keras atau merejang batu.
Petani di kampung lazimnya menggunakan cangkul bagi menggemburkan tanah sebelum bercucuk tanam. Tanaman yang diusahakan seperti ubi, keledek, keladi, sayur-sayuran, tebu dan sebagainya.

Cangkul Kecil












Cangkul Besar














Bajak 
Bajak merupakan alat tradisional yang digunakan bagi kegiatan pertanian untuk tujuan penggemburan tanah. Bajak diperbuat daripada besi dan mempunyai gigi-gigi seperti sikat dan digunakan secara manual serta tidak disambungkan kepada jentera moden untuk membolehkan ianya berfungsi. Ia juga berfungsi dengan bantuan binatang peliharaan seperti kerbau dan lembu dan ini boleh membantu mempercepatkan proses pembajakan tanah.Fungsi utama bajak ini juga adalah untuk melakukan kerja-kerja penimbusan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tumbuhan seperti rumput-rampai, akar dan sebagainya ke dalam tanah , menyediakan ruang udara di dalam tanah untuk tanaman dan mengawal rumput-rampai daripada tumbuh. Kebiasaannya bajak selalu digunakan dikawasan sawah bagi proses penanaman padi.

Bajak Sikat