Friday, November 13, 2015

Anda mahukan income lebih??Jom sertai DISINI...

Assalamualaikum n salam sejahtera
Disini sye nk share pda sape2 yg nak tambah side income 
Nak tak kalau kita cuba n usahakan utk dptkan income RM900 sehari??? FREE REGISTER .....Tiada apa2 bayaran pun dikenakan....(Kalau rasa program ini menipu,anda tidak rugi ape2 pun sbb tak keluar modal langsung pun kan???)
TAK perlu jumpa org,TAK perlu jual barang,...Anda open link dibawah yg sye bagi tu dan REGISTER anda terus dapat USD 25 X 4.2=RM105 
Lepas tu anda dapat link sendiri dan copy ayat saye ini...postkan pada kawan2 fb ke, twitter, wassup atau sebagainya. Setiap yg buka link anda, anda akn terima USD 10 X 4.2=RM42. MUDAH kan?. Anda boleh pilih sama ada duit masuk ke Acc bank atau CEK dipos ke alamat rumah anda. Rmai yg dah Register sbb apa?? Sebab free dan dapat income. Klik link ini kalau nak cuba buat duit dgn tanpa kos(FREE) tak salah mencuba tapi kalau x cuba kita yang rugi. Bila anda dah daftar tukar no.Link dan masuk kan No.Link anda. Forward kepada rakan2 sepakat cuba. Tak rugi pun langsung . Sila masuk ke link ini untuk daftar....
http://MyWeeklyPayouts.com/?ref=542

Monday, December 26, 2011

Pemasaran


SEKTOR PERTANIAN DAN KEPENTINGANNYA
Sektor pertanian, perternakan dan perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sector) selain daripada perlombongan dan kuari. Merupakan aktiviti peringkat awal yang tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemprosesan.
Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asian Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
Prestasi sektor pertanian sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan pola yang berbeza-beza di antara negara membangun. Output pertanian telah meningkat lebih daripada 60% sejak awal tahun 1970an, pengeluaran padi meningkat 2 kali ganda, eksport bahan dan tanaman industri juga meningkat dengan pesat. Peningkatan yang signifikan ini berlaku disebabkan oleh kepelbagaian dalam sistem pertanian.
Namun demikian, dikebanyakan negara di Asia Tenggara dapat dilihat syer tenaga kerja di sektor pertanian dan sumbanganya kepada KDNK semakin merosot jika dibandingkan dengan sumbangan oleh sektor pembuatan. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan.


SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

Perancangan sektor pertanian secara sistematik dan terarah telah bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan telah diperkemaskan lagi selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menunjukkan tren yang semakin menurun daripada 31.5% pada tahun 1965 kepada hanya 12.2% pada tahun 1997 dan 10.5% pada tahun 2000. Sektor pembuatan – pertumbuhan yang memberangsangkan daripada 10.4% pada tahun 1965 kepada 35.5% pada tahun 1997 dan 37.5% tahun 2000. Sumbangan sektor utama ialah 40.5% pada tahun 1965 menurun kepada 19.0% pada tahun 1997.
Sumbangan kepada peluang pekerjaan atau guna tenaga, tren yang sama iaitu daripada 52.1% pada tahun 1965 merosot kepada hanya 15.2% pada tahun 1997 dan 13.1% tahun 2000. Sebaliknya sektor pembuatan menunjukkan peningkatan daripada hanya 8.3% pada tahun 1965 kepada 27.5% pada tahun 1997 dan 28.9% pada tahun 2000.
Eksport pertanian – pada tahun 1970 eksport barangan pertanian merupakan 60.2% daripada jumlah eksport kasar negara (di mana getah merupakan hasil eksport utama iaitu sebanyak 33.4%). Eksport barangan pertanian telah menurun kepada 22.3% pada tahun 1990 dan 13.1% pada tahun 1995. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6 (1996-2000) eksport barangan pertanian dijangka tumbuh pada kadar purata tahunan 6.5% berbanding dengan 25.8% oleh sektor pembuatan.
Dari segi penggunaan tanah pertanian di Malaysia, sebahagian besar diperuntukkan kepada tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran, nenas dan buah-buahan. Penggunaan tanah pertanian meningkat daripada lebih kurang 5.5 juta hektar kepada tahun 1990 kepada 5.8 juta hektar pada tahun 1995 tetapi menurun kepada 5.4 juta hektar pada tahun 2000. Komoditi pertanian industri iaitu kelapa sawit terus menjadi komoditi pertanian utama yang melibatkan penggunaan tanah daripada 2.0 juta hektar pada tahun 1990 kepada 2.6 juta hektar pada tahun 2000. Peningkatan ini disebabkan oleh pembangunan tanah baru dan penukaran tanah tanaman getah kepada kelapa sawit.


Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku kepada ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan dari sektor perindustrian dan perkhidmatan. Perhatian dan penekanan yang diberikan terhadap pembangunan sektor perindustrian terutamanya, menunjukkan seolah-olah sektor pertanian telah dipinggirkan. Kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah mengakibatkan kenaikan harga barangan makanan akibat daripada kenaikan harga barang import. Keadaan ini telah meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga makanan untuk terus meningkat.



Import Makanan dan Tahap Mampu Diri Makanan
Malaysia

Import makanan di Malaysia telah meningkat daripada RM6,668.1 juta pada tahun 1994 kepada RM7,884.7 juta (atau 18.2%) pada tahun 1995, RM9,089.5 juta (atau 15.3%) pada tahun 1996 dan RM10,044 juta (10.5%) pada tahun 1997.
Sebahagian besar import makanan berupa daging lembu, tenusu, beras, sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan gula. Import sayuran bernilai sekitar RM2 bilion setahun manakala import beras berada sekitar RM400-500 juta. Peningkatan import makanan tanpa disusuli dengan peningkatan penawaran makanan akan membawa kepada masalah kadar mampu diri (self-sufficiency) yang rendah dan kesan terhadap imbangan pembayaran.
Penggunaan makanan per kapita, keperluan makanan akan terus meningkat dengan pertumbuhan penduduk negara pada kadar sekitar 2.3% setahun. Beras misalnya, jumlah pengeluaran ialah 1,373 ribu tan metrik pada tahun 1995 tetapi jumlah penggunaan ialah 1,798 ribu tan metrik. Ini menunjukkan kadar mampu diri sebanyak 76.36% sahaja.
Kegagalan negara untuk menyediakan makanan yang mencukupi boleh mengancam "keselamatan makanan" (food security). Paling ketara ialah kegagalan negara untuk memenuhi keperluan beras. Matlamat pencapaian 80% tahap mampu diri makanan yang dimuatkan dalam Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984, terpaksa dinilai semula pada hanya 65% dalam DPN II (1992-2000).
Matlamat pengeluaran barangan makanan penting (kecuali beras) dan kadar mampu diri tidak dinyatakan dengan jelas dalam DPN I. Sementara DPN II pula, sasaran pengeluaran dan kadar mampu-diri barangan makanan penting seperti beras, sayur-sayuran, telur, ikan, daging (lembu, kambing, ayam & khinzir), buah-buahan dan susu telah dinyatakan dengan agak lengkap kerana ianya penting dari segi keselamatan makanan.
Kegawatan ekonomi yang berlaku telah sejak pertengahan tahun 1997 telah menyedarkan berbagai pihak tentang pentingnya negara mengeluarkan makanan yang mencukupi serta dasar yang tidak terlalu bergantung kepada bahan makanan yang diimport. Kejatuhan ringgit telah menyebabkan kenaikan harga barang import. Purata nilai RM pada Januari 1998 dibandingkan dengan nilai puratanya pada tahun 1997 menunjukkan nilai ringgit telah jatuh sebanyak 43.3% bagi setiap dollar Amerika. Kejatuhan secara tidak langsung ini telah menyebabkan harga makanan ternakan (jagung dan kacang soya yang kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat, China dan Argentina), racun serangga, baja dan bahan-bahan ubatan ternakan yang kebanyakannya diimport menjadi semakin mahal. Keadaan ini akan meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga barangan makanan untuk terus meningkat.
Walaupun negara sedang mengejar era negara perindustrian, perancangan pertanian terutamanya perancangan pengeluaran dan pemprosesan makanan tidak harus dipinggirkan. Pembangunan sektor pertanian seharusnya dianggap sebagai pelengkap kepada sektor perindustrian. Kepentingann mengurangkan import, meningkatkan kadar mampu diri seharusnya mendahului kepentingan untuk meningkatkan eksport makanan. Walaupun DPN telah berjaya mengurangkan import barangan makanan tertentu, tetapi kebanyakannya bukan merupakan barangan makanan penting, sebaliknya import barangan makanan penting terus meningkat. Kadar mampu diri barangan makanan yang belum mencapai pengeluaran 100% seharusnya ditingkatkan.


Pembangunan Sistem Pertanian

Kebanyakan kegiatan pertanian di negara membangun wujud dalam skala yang kecil, dijalankan secara tradisional dengan sistem pertanian sara diri. Senario ini selalunya dibangkitkan apabila membincangakan tentang sektor pertanian di negara membangun. Dalam kes-kes tertentu telah berlaku salah penjelasan terhadap perubahan ekonomi, teknologi dan persekitaran di negara2 tersebut.
Sejak berabad-abad petani telah mengubahsuai persekitaran produksi mereka, dengan menggunakan teknik pengeluaran yang baru dan membangunkan pelbagai tanaman komersial. Komersialisasi dan meningkatnya ekonomi perdagangan telah mengubah struktur sosial masyarakat petani. Tanah bukan lagi menjadi sumber milikan umum tetapi lebih merupakan komoditi yang dimiliki, dibeli atau dijual.
Integrasi kawasan luar bandar kepada ekonomi nasional dan antarabangsa telah memberi kesan kepada kawasan kampung adan tenaga buruh yang terdapat, ketiadaan tanah dan juga meningkatnya upah buruh. Gambaran visual landskap pertanian menunjukan telah berlaku beberapa perubahan melalui masa dari segi sosial, ekonomi, malahan juga biofizikal.
Impak teknologi moden terhadap pengeluaran padi misalnya melalui peningkatan penggunaan jentera untuk pembajakan dan penanaman, pemotongan padi dan penggunaan baja kimia serta racun serangga - telah menyumbang kepada peningkatan dalam produksi terutamanya di negara/kawasan di mana terdapatnya sistem taliair atau pengairan yang membolehkan penanaman dijalankan sepanjang tahun.
Pembaharuan Tanah
Kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dan negara miskin, majoriti mempunyai milikan tanah yang bersaiz kecil atau penyewa kepada tanah orang lain atau hanya merupakan tenaga buruh yang tidak bertanah. Program Transmigrasi di Indonesia, FELDA di Malaysia dan pemulihan tanah di Filipina merupakan program-program yang bertujuan untuk mengagihkan semula tanah kepada petani-petani yang tidak bertanah yang miskin, mengurangkan sewa tanah dan meningkatkan jaminan hasil tanaman kepada penanam luar bandar.

Teknologi dan Sektor Pertanian.

Pembangunan teknologi bagi dari segi penggunaan jentera dan teknik penanaman, maupun dari segi teknologi bioteknologi banyak menyumbang kepada peningkatan dalam produktiviti dan hasil tuaian penanaman. Namun demikian, isu teknologi bioteknologi masih menjadi satu perdebatan kerana wujudnya kesan negatif daripada teknologi tersebut terhadap pengguna. R&D dan inovasi baru dianggap sebagai pencetus penting kepada pertumbuhan ekonomi.

Perbezaan dalam tahap teknologi di antara negara juga akan menggambarkan tahap produksi dan pergantungan sesebuah negara itu kepada negara yang lain terutamanya kepada negara maju di mana aktiviti R&D adalah tinggi. Produksi kebanyakan negera Dunia ke 3 selalunya mempunyai kaitan yang kecil dengan aktiviti R&D
Revolusi teknologi dalam pengeluaran padi yang dikenali sebagai Revolusi Hijau, dibangunkan pada tahun 1960an pada masa berlakunya pertumbuhan populasi dan pengeluaran pertanian yang rendah telah menimbulkan kebimbangan tentang kekurangan sumber bahan makanan. Package teknologi pengeluaran di bawah Revolusi Hijau adalah berasaskan kepada variati bijih benih padi yang boleh menghasilkan hasil tuaian yang tinggi (HYV – high yielding varieties) yang dihasilkan di International Rice Research Institute (IRRI) di Los Banos, Filipina. Sejak pertengahan tahun 1960an, penggunaan variati padi moden dan teknologi agro telah membawa kepada transformasi dalam pengeluaran padi di kebanyakan negara. Di antara tahun 1969 dan 1989, pengeluaran padi meningkat dua kali ganda di negara-negara seperti Indonesia dan Filipina, sehingga mencapai tahap ambang (threshold) self-sufficiency makanan bijirin nasional.
Hal ini banyak disebabkan oleh meningkatnya hasil tuaian per hektar yang disebabkan oleh penggunaan baja kimia dan variati /biji benih yang menghasilkan tuaian yng tinggi atau biji benih moden yang diperkenalkan pada tahun 1966. Peningkatan hasil padi juga disebabkan oleh kesediaadaan sistem pengairan/taliair.
Impak penggunaan teknologi. Meningkatkan penggunaan jentera, mengurangkan penggunaan buruh. Racun serangga dan penggunaan baja kimia – kesan terhadap kesihatan.
Walaupun Revolusi Hijau dianggap telah berjaya untuk meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran pertanian, namun didapati penggunaan teknologi dalam sektor pertanian ini agak terhad terutamanya di kalangan negara membangun. Misalnya tidak dapat diperluaskan kepada


Persoalan sekarang :-

How can agriculture sector be expected to perform in the future?
Adakah wujud keperluan kepada perancangan makanan lestari dan apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan.
Walaupun sektor pertanian boleh berkembang tetapi perluasan dari segi ruang semakin terhad pada masa hadapan. Di kebanyakan negara kekurangan tanah yang boleh ditanami semakin diberikan perhatian dan langkah2 mengatasi mula dilaksanakan. Intensifikasi pengeluaran boleh dipertingkatkan melalui pembangunan kaedah pengeluaran yang baru bagi menggantikan amalam tradisional yang menggunakan tanah secara ekstensif. Prospek untuk ini masih menjadi tanda tanya terutamanya dalam menjayakan sistem pertanian yang lebih sustainable atau mampan.
Kekangan sumber akan semakin meningkat dan ini akan membawa kepada perlunya membentuk sistem pertanian yang lebih efisien dan sustainable pada masa hadapan. Bagaimanakah kekangan kesediaan tanah untuk pertanian dapat diatasi ? Anda boleh merujuk kepada kes-kes pertanian moden dan berteknologi tinggi di beberapa negara maju.


Kuliah 2

TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR


Masyarakat terbesar (hampir 70%) populasi miskin dunia mendiami kawasan luar dan terlibat dalam pertanian sara diri. Sekiranya pembangunan hendak dilakukan dan menjadikan masyarakat ini ‘self-sustaining’ ia perlu bermula di kawasan luar bandar umumnya dan sektor pertanian khususnya.
Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya – peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.
Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan.


Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem
Pertanian

3 tahap evolusi produksi pertanian iaitu :-
  1. Tahap primitif dan sara diri

  • dicirikan oleh produktiviti yang rendah, output untuk keperluan atau penggunaan sendiri, melibatkan tanaman yang menjadi sumber makanan utama, menggunakan kaedah dan peralatan tradisional
  • kekangan teknologi, institusi sosial dan fragmentasi pasaran serta network komunikasi yang terhad di antara kawasan luar bandar dengan kawasan lain tidak mendorong kepada tahap produksi yang lebih tinggi
  • berisiko tinggi dan terdedah kepada ketidaktentuan
  1. Tahap kepelbagaian tanaman (mixed/diversified farming)

  • tanaman utama bukan lagi didominasi oleh tanaman makanan asasi petani tetapi juga tanaman lain
  • aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan effisien
  • pengenalan alatan mekanikal mudah, penggunaan racun serangga, biji benih yang baik, baja kimia dan sistem pengairan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian tanaman utama
  • kepelbagaian tanaman membolehkan impak kegagalan tanaman utama diminimumkan dan mewujudkan jaminan/kelangsungan pendapatan kepada petani
  1. Tahap tanaman komersial moden (modern commercial farming)

  • tahap paling tinggi dan maju serta wujudnya pengkhususan dalam produksi pertanian, merupakan respon kepada peningkatan dalam taraf hidup, kemajuan biologikal dan teknikal serta perkembangan pasaran nasional dan antarabangsa
  • keuntungan komersial (untuk jualan) merupakan kriteria utama dan peningkatan hasil tanaman per hektar dipengaruhi oleh sistem pengairan yang baik, racun serangga, baja kimia, biji benih kacukan dan teknologi. Modal, kemajuan teknologi dan R&D memainkan peranan penting.
  • kepelbagaian dari segi saiz dan amalan – dari penanaman secara intensif buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga kepada penanaman secara ladang yang ekstensif. Peralatan mekanikal yang sofisikated diperkenalkan, bersifat intensif modal dan mementingkan ‘economi scale’
  • tanaman khusus yang bersifat ekstensif lazimnya dimiliki oleh syarikat multinasional yang besar


Faktor-faktor Sosio-Ekonomi yang Mempengaruhi
Pertanian

Pembangunan pelbagai jenis pertanian dalam mana-mana wilyah bergantung kepada :-
  • Persepsi petani
  • Peluang yang ada
  • Had dan Batasan
  • Sosial dan ekonomi
  • Kemungkinan untuk masa hadapan
Halangan-halangan sosial :-
  • Tahap pengetahuan dan pendidikan petani
  • Status sosial dan kesenangan
  • Cara pemilikan tanah
  • Budaya
  • Kekurangan makanan
  • Ketiadaan visi/wawasan


Masalah Pemilikan Tanah

Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah – kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana :-
  • jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan menghasilkan keuntungan
  • pembesaran/penambahan pelaburan terhad
  • petani yang menyewa bergantung sepenuhnya kepada sumber sendiri untuk mengendalikan kebun/ladang
  • jumlah pendapatan mesti diuntukkan untuk membayar sewa, hutang dan sebagainya
  • kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut
  • penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke tahap yang lebih baik.



Masalah Pemasaran Hasil Pertanian

  1. Ketidakstabilan harga


  • oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan
  1. Penawaran dan Permintaan bermusim

  • Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan


  1. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin


  • Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan.
  1. Kos dan Margin yang Tinggi


  • Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko.
  1. Kekurangan Maklumat Pasaran


  • Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.
  1. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran


  • Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan




Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar

Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.
Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :-
  • perubahan teknologi dan innovasi
  • polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan
  • institusi sokongan sosial
  • Pemulihan tanah (land reform)
  • Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)
Teknologi dan Innovasi
  • Di kebanyakan negara membangun, teknologi dan innovasi baru dalam bidang pertanian adalah penting sebagai syarat kepada peningkatkan output dan produktiviti.
  • Dua sumber utama teknologi dan innovasi yang boleh meningkatkan hasil tuaian ialah :
  • pengenalan peralatan mekanisasi
  • kemajuan dari segi biologikal (kacukan biji benih/baka ternakan) kawalan sumber air dan kimia (racun serangga dan baja kimia)
  • Peralatan mekanisasi – untuk menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan volume output per pekerja terutamanya apabila melibatkan kawasan penanaman yang luas
  • Masalah – kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dicirikan dengan pemilikan tanah pertanian yang kecil, kekurangan modal dan buruh yang ramai. Pengenalan atau penggunaan peralatan mekanisasi (peralatan mesin) bukan sahaja tidak sesuai dari segi persekitaran fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap pengangguran di kawasan luar bandar.
  • Innovasi dan teknologi kedua – membolehkan peningkatan hasil tuaian per hektar melalui peningkatan kualiti tanah sedia ada. Biji benih yang baik, teknik pengairan dan sistem giliran tanaman yang maju, peningkatan penggunaan baja kimia, racun serangga, pembangunan dalam ubatan/rawatan dan bahan makanan ternakan menggambarkan kemajuan saintifik utama dalam pertanian moden.
  • Kemajuan ini bersifat ‘scale-neutral’ iaitu ia boleh diaplikasikan secara effektif pada semua skala milikan tanah. Tidak semestinya memerlukan input modal yang besar atau peralatan mesin.

Polisi dan Insentif

  • Polisi pembangunan - seharusnya tidak mendiskriminasikan sektor pertanian dalam strategi pembangunan nasional
  • Polisi harga komoditi pertanian – kebanyakan kerajaan LDC dalam usaha menggalakkan pembangunan industri dan bandar yang pesat telah mengekalkan tahap harga komoditi pertanian pada paras yang rendah sebagai usaha untuk menyediakan sumber makanan yang murah. Harga produk pertanian yang sentiasa berubah-ubah juga boleh merugikan petani.
  • Beberapa polisi yang bersifat sektor-spesifik yang membawa kesan buruk kepada sektor pertanian termasuklah cukai terhadap eksport pertanian, penggenaan levi kepada eksport hasil keluaran tanaman tertentu, menentukan tahap harga yang rendah kepada bahan makanan untuk faedah populasi bandar, polisi harga yang yang membawa kesan diskriminasi terhadap pengeluar pertanian oleh agen pemasaran negeri dan tahap pelaburan yang rendah dalam perluasan pertanian, infrastruktur dan teknologi
  • Faedah pembangunan pertanian berskala kecil tidak dapat direalisasikan melainkan kerajaan menyokong sistem tersebut dengan memberi beberapa insentif yang diperlukan, peluang-peluang ekonomi dan ketersampaian kepada input yang diperlukan.
  • Insentif berkaitan dengan komersialisasi pertanian dalam bentuk perkhidmatan sokongan, pemasaran, R&D, kredit dan subsidi, pendidikan latihan dan pengembangan.




Institusi

  • Peranan yang aktif institusi luar bandar yang mengawal produksi dan perkhidmatan sokongan kerajaan
  • Ini termasuk juga dari aspek legislation dan peraturan yang berkaitan dengan pemasaran, pemilikan tanah, pengangkutan dan tenaga buruh

Pemulihan Tanah

  • Pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar hanya boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat tani melalui usaha sama di antara kerajaan dengan masyarakat tani
  • Struktur hak milik tanah yang tidak sama rata merupakan antara faktor utama yang menentukan wujudnya pengagihan pendapatan dan kekayaan kawasan luar bandar yang tidak seimbang
  • Pemulihan tanah (land reform) selalunya melibatkan pengagihan semula hak milik dan penggunaan tanah.
  • Myrdal – ‘land reform’ merupakan kunci kepada pembangunan pertanian di Asia. Sekiranya program ‘land reform’ dapat dilaksanakan secara effektif oleh kerajaan, peningkatan tahap output dan taraf hidup masyarakat tani luar bandar dapat dibangunkan.

Pembangunan Bersepadu

  • Pembangunan luar bandar sebahagian besarnya bergantung kepada kemajuan sektor pertanian merangkumi usaha-usaha
  • meningkatkan pendapatan benar masyarakat luar bandar sama ada pendapatan dari aktiviti pertanian atau bukan pertanian, industrialisasi luar bandar dan peningkatan peruntukan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan sosial dan kebajikan
  • mengurangkan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masyakarat luar bandar dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan bandar-luar bandar serta meningkatkan peluang-peluang ekonomi di kawasan luar bandar
  • keupayaan sektor luar bandar untuk terus maju dan membangun melalui masa (pembangunan mampan)

Pusat Latihan

Program Sijil Kemahiran Malaysia
Objektif :
  • Membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian.
Jangkamasa Program :
  •      Tahap  1 – 6 Bulan
  •      Tahap  2 – 6 bulan
  •      Tahap  3 – 12 bulan
  •      Tahap  4 -  15 bulan
Kemudahan :
  •      Latihan pertanian secara percuma;
  •      Tempat tinggal disediakan;
  •      Makanan disediakan
Lokasi :
  •      Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  •      Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
Kumpulan Sasar :
  •      Pelajar  Lepasan UPSR
  •      Pelajar  Lepasan PMR
  •      Pelajar  Lepasan SPM
Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)

Latar Belakang 

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memberi latihan kepada belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on’ berkenaan ilmu pertanian di ladang. Program ini telah dimulakan seawal tahun 2003 dengan melibatkan hanya 2 buah pusat program. Berikutan daripada penting dan berfaedahnya program ini dalam menjana pertumbuhan sektor pertanian negara, sehingga kini sebanyak lima (5) buah pusat telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program inkubator usahawan belia tani ini.

Mereka yang terpilih untuk menjadi peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation’ selama lapan bulan, sebelum menceburkan diri dalam projek komersial sendiri di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Projek TKPM) Jabatan Pertanian atau tanah sendiri. Di bawah Projek TKPM, bekas peserta inkubator akan diberi peluang untuk mengusahakan sendiri projek pertanian seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Adalah dijangka, di akhir tempoh projek nanti, peserta akan memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan juga dapat membangunkan ‘networking’ dan kontak perniagaan di kalangan usahawan.
Lokasi-lokasi bagi program Inkubator Usahawan Belia Tani ini adalah:
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
  • Pusat Kecemerlangan Serdang, Selangor
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  • Pusat Latihan Pembangunan dan Pengembangan, Besut, Terengganu.
Sehingga kini, seramai 268 orang lepasan Program Inkubator Usahawan Belia Tani ini telah berjaya dihasilkan .

Objektif Program
  • Peserta mendapat bimbingan dan pengalaman secara ‘hands-on’ di ladang.
  • Peserta menjadi usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) 

Latar Belakang
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.
Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :
Manakala, dua buah lagi Institut Pertanian adalah di:
  • Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
  • Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah
Sehingga tahun 2008, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 8579 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.
Objektif
  • melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian
  • menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial

Matlamat
  • Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta
  • Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk  mewujudkan bakal bakal usahawan pertanian
  • Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.

Kilang

Portal Rasmi
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN

web laman FAMA sila klik disini

Peralatan Pertanian

Traktor tangan (hand tractor) adalah sumber penggerak dari implemen (peralatan) pertanian. Biasanya traktor tangan digunakan untuk mengolah tanah. Namun sebenarnya traktor tangan ini merupakan mesin yang serba guna, karena dapat digunakan untuk tenaga penggerak implemen yang lain, seperti : pompa air, alat prosesing, trailer, dan lain-lain.
Berdasarkan jenis bahan bakar yang digunakan, traktor tangan dapat dibagi menjadi tiga jenis, yaitu :
  1. Traktor tangan berbahan bakar Solar
  2. Traktor tangan berbahan bakar bensin
  3. Traktor tangan berbahan bakar minyak tanah (kerosin)
Berdasarkan besarnya daya motor, traktor tangan dapat dibagi menjadi tiga jenis, yaitu :
  • Traktor tangan berukuran kecil, tenaga penggeraknya kurang dari 5 hp
  • Traktor tangan berukuran sedang, tenaga penggeraknya antara 5 – 7 hp
  • Traktor tangan berukuran besar, tenaga penggeraknya antara 7–12 hp
Catatan :
Traktor dengan bahan bakar bensin dan minyak tanah biasanya berukuran kurang dari 7 hp. Jenis motor yang paling banyak digunakan traktor tangan di Indonesia adalah motor berbahan bakar solar.
Untuk lebih mengenal traktor tangan maka Langkah pertama yang harus dipelajari oleh calon operator untuk dapat mengoperasikan traktor tangan adalah mengenal traktor tangan itu sendiri. Bagian-bagian utama dari traktor tangan dapat dilihat pada gambar di bawah ini.


Keterangan gambar:
  1. Bagian-bagian traktor tanganLamp
  2. Engine
  3. Clutch
  4. Gearbox
  5. Handlebar
  6. Speed-changing
  7. Clutch-brake handle
  8. Throttle control handle
  9. Steering hand grip
  10. Traction adapter
  11. Driving wheel
  12. Frame
Bagian-bagian utama traktor tangan dapat dikelompokkan menjadi 3 kelompok, yaitu:
  1. Tenaga penggerak motor.
  2. Kerangka dan transmisi (penerus tenaga).
  3. Tuas kendali

HARI ini, pertanian menjadi satu kerjaya yang semakin mendapat perhatian ramai. Ini berdasarkan kepada minat yang ditunjukkan melalui pelbagai program-program pertanian dan ramai yang minat untuk menceburinya sama ada secara serius atau sekadar untuk mengisi masa lapang.
Didorong oleh semangat melihat kejayaan orang lain atau sekadar gemarkan kedamaian dan keindahan alam semula jadi serta minat kepada pemeliharaan haiwan, bidang pertanian seakan satu tarikan baru kepada rakyat di negara ini.
Berkebun, bercucuk tanam dan menternak haiwan peliharaan mungkin agak merumitkan bagi sesetengah orang, tetapi sebahagian besar pula melihatnya sebagai aktiviti masa senggang yang menyeronokkan.
Apa jua faktor dan alasannya, pertanian sebenarnya menjanjikan pulangan lumayan setelah mengharungi satu tempoh kepayahan dan bidang ini juga menjanjikan suatu kepuasan.
Disebabkan itu sejak kebelakangan ini, banyak teknologi baru dan inovasi yang dihasilkan bagi memberi suntikan baru dalam sektor pertanian ini untuk terus maju seiring dengan negara-negara maju yang lain.
Perkembangan sektor pertanian kini boleh dilihat sebagai satu sinar baru kepada pekerjaan tradisi manusia sejak permulaan tamadun mereka lagi.
Perkembangan-perkembangan itu mencetuskan idea dan inisiatif kepada pereka cipta untuk menghasilkan inovasi daripada yang paling rumit kepada yang paling mudah dan canggih.
Sebatang cangkul direka dan dihasilkan kerana manusia perlu membajak tanah dan kini kerja-kerja tersebut disempurnakan oleh jentera yang lengkap dan menjimatkan masa.
Demikian peralatan pertanian lain dicipta dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan aktiviti pertanian.
Berbeza pula dengan inisiatif oleh sekumpulan kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah mewujudkan satu inovasi baru dengan mengumpulkan lapan peralatan pertanian asas dalam satu beg untuk dipakejkan sebagai satu gajet pertanian.
Inovasi tersebut merupakan ilham daripada sekumpulan petugas di Taman Pertanian Universiti (TPU) yang diminta untuk memikirkan satu idea menyelesaikan masalah membawa peralatan pertanian ke ladang.
Kumpulan tersebut yang dinamakan kumpulan Malaxis dibentuk pada tahun 2009 hasil didikan daripada kumpulan inovasi dan kreatif yang telah mengadakan sesi lampas minda bagaimana menghasilkan sesuatu yang inovatif dan kreatif.
Kumpulan tersebut terdiri daripada lapan ahli yang mempunyai pelbagai kepakaran terdiri daripada Kamarul Zaidi Abd. Ghani yang juga ketua unit buah-buahan di TPU, Hasnul Hadi Hussain (penyelaras agroteknologi) dan Nur Qamarina Salman (Penyelia Landskap dan Orkid).
Ahli kumpulan lain termasuk Nor Haimanshah Ismail (Penyelia Semaian Buah-buahan), Ahmad Rodhi Kamaludin (Penyelia Fertigasi), Muhd. Rizal Che Jid (penyelia biji-benih), Mohamad Faiz Mohd. Shapie (penyelia tanaman pelbagai) dan Mohd. Harlizan Mohd. Darus (Penyelaras Tanaman Industri).
Hasnul Hadi yang juga ketua kumpulan berkenaan berkata, cadangan mewujudkan satu kumpulan gajet pertanian asas memberi peluang kepada mereka yang gemarkan bidang pertanian untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
“Jika dilihat, set gajet ini mudah dibawa, sama seperti membawa laptop yang dibimbit dalam beg khas dan sesuai bagi mereka yang sukakan gaya kerja yang ringkas,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan dan pelancaran tidak rasmi set Agrokits di Serdang baru-baru ini.
Beliau berkata, idea itu tercetus selepas kumpulannya bercadang untuk menghasilkan inovasi baru bagi membantu mereka yang sukakan pertanian sebagai aktiviti harian.
“Pada sesi tersebut, kami mengenalpasti antara masalah utama dalam penyimpanan dan pengendalian peralatan pertanian ialah kesukaran membawa peralatan yang banyak dan besar dengan menggunakan kereta atau motosikal.
“Ia memerlukan ruang penyimpanan yang luas, terdedah kepada risiko bahaya kecederaan jika berlaku kecuaian sama ada sebelum dan selepas pengendalian peralatan tersebut,” ujar beliau.
Kumpulan tersebut, kata beliau kemudiannya menetapkan tujuh peralatan asas yang biasanya digunakan semasa aktiviti amalan ladang terutamanya kepada para pelajar jurusan pertanian dan ia boleh juga digunakan kepada mereka yang gemarkan aktiviti berkebun.
Peralatan tersebut ialah cangkul, pisau cantuman, serampang tangan, hand trowel, pencakar, gunting pangkasan dan L&key.
Sebuah beg bersaiz sebesar beg laptop direka khas untuk menyimpan peralatan tersebut supaya gajet pertanian itu mudah disimpan dan dibawa untuk berkebun.
Uniknya batang cangkul yang diperbuat daripada aluminium itu mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ia tahan karat, ringan dan mudah untuk dibersihkan selepas aktiviti berkebun.
Batang cangkul ini juga boleh diselaraskan mengikut keselesaan pengguna ia bersama mata cangkul boleh ditanggalkan.
Nur Qamarina yang merupakan Setiausaha Kumpulan berkata, pihak mereka juga sedang menyiapkan satu manual penggunaan alat berkenaan yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengguna.
“Kami berharap idea seringkas ini dapat membantu pengguna menggunakannya serta mudah untuk dibawa berkebun di mana saja,” ujarnya.
Beliau juga berharap pencinta – pencinta pertanian dapat memanfaatkannya dengan adanya peralatan seperti ini dan ia akan memudahkan aktiviti berkebun di samping memudahkan lagi proses pembelajaran dalam jurusan pertanian untuk melakukan aktiviti amalan ladang.
Set Agrokits telah dipatenkan pada tahun 2009 dan masih dalam proses mencari pengusaha yang mahu mengeluarkan produk itu secara komersial.
Cetusan idea Agrokits membawa lembaran baru kepada TPU yang aktif dalam pengeluaran anak pokok buah-buahan dan aktiviti amalan ladang kepada pelajar-pelajar UPM terutamanya bagi pelajar jurusan pertanian.

Monday, December 12, 2011

Taman Dan Kehidupan

Pokok

Pokok merupakan tumbuhan berkayu dalam alam tumbuhan. Sesejenis tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akarbatangdahan, dan daun. Pokok juga mempunyai tempoh hayat yang lebih lama berbanding tanaman yang lain. Beberapa spesies pokok tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan terdapat pokok yang mampu untuk hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga mencecah seribu tahun. Pada tahun 2005, terdapat kira-kira 400 bilion pokok di Dunia, dengan purata 61 pokok untuk setiap orang.
Bahagian penting bagi sebatang pokok adalah akarbadandahanranting, dan daun. Batang pokok kebanyakannya terdiri daripada tisu penyokong xilem (xylem}, dan tisu pengangkutan floem (phloem). Sebenarnya, kayu terdiri daripada sel xilem, dan kulit kayu kebanyakannya terdiri daripada floem. Apabila sebatang pokok bertambah tua, ia membina gelang pertumbuhan (growth ring).
Gelang pertumbuhan boleh dikira bagi memastikan usia pokok terutama bagi pokok yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana, dan digunakan untuk mengenalpasti usia dan tarikh kayu yang diambil dari pokok masa silam dengan menggunakan sains dendrokhronologi. Umbi pokok adalah pada lazimnya terbenam dalam bumi dengan itu membentuk pasak untuk biomass di permukaan tanah dan menyerap air dan garam-galian dari tanah.
Di atas permukaan tanah, batang pokok memberikan ketinggian untuk membenarkan cabang dan ranting berdaun memperolehi kelebihan berbanding tumbuhan lain untuk mendapatkan cahaya matahari. Dalam kebanyakan pokok, susunan dahan memberikan kelebihan untuk pendedahan optima daun kepada cahaya matahari. Matahari adalah penting untuk proses fotosintesis dalam penghasilan kanji bagi tumbuhan.

Tumbuhan

Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.
Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanjiSel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-

Tumbuhan Berbunga sama ada=

1.Pokok berbuah
2.Pokok tidak berbuah
3.Tumbuhan tidak berbunga 
Kesulitan Dalam Penakrifan

Istilah tumbuhan jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasa tumbuhan. Kita cenderung untuk menganggap tumbuhan sebagai organismamulticellulareukaryotic yang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya tumbuhan vaskular (vascular plant) mempunyai "akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, seperti tumbuhan kanivor dan pokok janggut nabi, tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari.
Istilah tumbuhan yang lebih luas adalah semua autotrof (autotroph) — iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalam sistem ekologi. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (photoautotrophs) dalam Prokaryote, khususnya bakteria photoautotrophik dan cyanobacteria.
Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali sebagai alga biru-hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa kebanyakan orang, termasuk botanis, memanggil cendawan (mushroom) sebagai tumbuhan, walaupun cendawan adalah badan berbuah (fruiting body) fungi (Alam Fungi), dan bukannyaphotoautotrophic sama sekali, tetapi saprophytic. Dan terdapat agak banyak spesies tumbuhan berbunga, fungi, dan bakteria yang merupakan parasit.
Sistem pengelasan biologi semasa (lihat cladistics) cenderung untuk memberi penekanan perkaitan genetik antara organisma sebagai asas pengelasan. Secara sempurna, taxon (atau clade) perlu monophyletik; semua organisma dalam taxon atau clade sepatutnya berkongsi leluhur tunggal, dan taxon atau clade sepatutnya merangkumi semua keturunan dari leluhur tunggal itu. Satu cara lain mentakrifkan Alam Tumbuhan adalah untuk menentukan samaada semua organisma dalam alam boleh dijejak kepada leluhur tunggal.
Kita tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Senarai ciri-ciri yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada alam biologi lain memberikan sekurang-kurangnya takrifan teknikal. Masalah kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkan tumbuhan adalah pernyataan kefahaman (understanding statements), sering dijumpai dalam rencana Wikipedia, contohnya: ...xylem merupakan satu dari dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia tidak boleh dianggap merangkumi semua tumbuhan, alga sehingga tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak merangkumi fungi atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular (khususnya paku-pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh., ...dalam tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini ).
Sistem pengelasan (lihat pengelasan saintifik) digunakan oleh para biologi untuk mengkatalog organisma yang hidup di bumi telah digunakan oleh beribu pakar sains yang meluangkan masa untuk melengkapkannya. Sistem ini direka agar "berkecuali", mentakrifkan perkaitan evolusi antara kesemua spesies berlainan (termasuk yang hanya dikenali melalui fosil). Tumbuhan adalah sebahagian daripada usaha pengelasan dan samaada menentukan "tumbuhan" secara meluas atau khusus, kita mesti memasukkan rujukan kepada sistem pengkelassan dalam kesemua usaha terpelajar untuk mendapatkan atau memberikan mamlumat mengenainya.